Hari yang menakutkan sudah tiba. Pada hari isnin, 20/12/2010, pembentangan projek tahun akhir atau penilaian tahun akhir (PeTA) fakulti penulisan diadakan. Semua peserta pada hari sebelumnya iaitu ahad sangat gementar sehingga tidak dapat tidur dan bermimpi-mimpikan hari ini. Walaupun agak gementar, ia harus ditempuhi.
Pelajar-pelajar yang dinilai:
Sebelah pagi:
Novel
1. Roziah Adama - Tibabar
2. Nada Haifaa - Sayap Ilusi
Skrip Pentas
1. Asrul Sany (saya le tu) - Muzikal Manusia Burung
2. Fairuz (Kiah) - Realisme - Dalam Kurungan
Sebelah petang:
Skrip Pentas
3. Ruby - Muzikal Bapa Mentuaku
4. Fatiha (Wardah) - Non Realisme
5. Fairuz (Bolok) - Non Realisme - Kumpulan Drama "Undilah Aku"
Pada sesi awal, penilai-penilai agak ghairah untuk bertanya dan sesi saya dan beberapa sahabat yang lain adalah selama sejam. Tetapi pada sebelah petangnya, sesi itu dipendekkan selama setengah jam sahaja.
Walaupun agak nerbes, saya tetap bangga kerana penyelia saya iaitu Faisal Tehrani sudi meluangkan masa melihat pembentangan saya. Tahniah ya, kawan-kawan. Semoga kita tetap sama walaupun anda sudah jadi popular, kaya, kahwin dan sewaktu dengannya. Amin.
Gambar-gambar di bawah adalah reaksi kami ketika membentang. Terbaikkkk...
Fairuz (Kiah) dengan aksi komedinya
Asrul Sany iaitu saya yang cuba jadi serius dan tidak terlalu kanak-kanak
Fairuz (Bolok) cuba jadi seperti ahli politik atau angry young man.
Kak Rozie aka CEO sedang bercerita mengenai "Gebu", "Kambing". Tibabar, kak Rozie.
Nada Jaejoong yang sangat-sangat serius
Puan Ruby yang tenang, seri orang bakal kahwin mungkin. lol
Fatiha (Wardah) yang memperjuangkan bahasa Melayu baku. berusahalah!
Masih sedih kerana hari ini adalah hari terakhir kami bergelar seorang pelajar ASWARA dan bakal membawa haluan masing-masing dengan kerjaya, kahwin, anak, bini, suami dan sewaktu dengannya. sob sob sob.