Tahun lepas diakhiri dengan baik. Artikel dapat terbit, dapat habiskan projek tahun akhir dengan tenang dan berjumpa dengan "Orang itu" beberapa jam sebelum tahun baru.
Awal tahun walaupun agak perlahan, tetapi masih dengan beberapa berita gembira. Saya kembali dengan menghasilkan karya kanak-kanak setelah beberapa bulan meninggalkannya untuk memasuki "dunia dewasa".
Karya kanak-kanak pertama yang diterbitkan pada tahun ini, ada dalam majalah Dewan Pelajar, Januari 2011. Sebuah cerita rakyat Rusia berjudul Ivan dan Musang.
Dan juga buat kali pertama, puisi saya diterbitkan dalam Dewan Siswa pada bulan ini. Agak bangga kerana sebelum ini tidak pernah tersiar disebabkan saya tidak pandai dan tidak suka dengan penulisan puisi. Saya bukan Nicolas Saputra dalam Ada Apa Dengan Cinta. lol.
Berita yang paling buat saya gembira adalah dapat berhubung kembali dengan dua kawan baik saya yang telah lama menghilang iaitu Zaki dan Shikin. Sudah bertahun tanpa sebarang khabar.
Saya juga teruja apabila melihat "Orang itu" gembira mengambil gambar-gambar indah...
p/s : Cerita cinta "Jangan Lepaskan Dia Pergi" adalah genre Sci-Fi.