My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Nasi Kerabu Terbaik Di Pasar Ramadan Teluk Air Tawar

Sempena Ramadan ada solok lada istimewa sebagai condiment tambahan nasi kerabu En  Jamil

Ingat tak lagi tentang Nasi kerabu terbaik di Pulau Pinang perniagaan En Jamil yang telah dibuat liputan sebelum ini? Berita baik untuk para penggemar makanan khas pantai timur ini, En Jamil berniaga di pasar ramadan depan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar sepanjang Ramadan. Lebih istimewa lagi sempena Ramadan ada menu tambahan untuk nasi kerabu iaitu solok lada yang istimewa. Solok lada ini juga yang terbaik yang pernah saya makan. Rasanya sangat enak dan tidak terlalu pedas.

Laksam terbaik di luar Kelantan!!

Lagi satu berita baik ialah ada laksam juga sempena bulan ramadan. Adoi, sedap sungguh laksamnya. Saya belum pernah makan laksam sesedap ini di luar Kelantan. Saya bukanlah penggemar laksam tapi nampak gayanya habis juga sebungkus saya makan.

Lokasi tapak 'stall' En Jamil ialah di sebelah kanan pintu pagar besar sekolah. Kalau nampak nasi kerabu yang pertama, itulah dia. Untuk pastikan, tanyalah.."Ini nasi kerabu En Jamil ka?"...just to make sure. hehehe.

Kepada yang tinggal di luar kawasan, kenalah booking dulu, nanti tak sempat sampai Teluk Air Tawar semua dah habis. Bolehlah contact En Jamil di no 012 - 591 7502

Saturday, May 1, 2010

Nasi Kerabu Terbaek di Pulau Pinang (Info Tambahan)



Tadi aku pi beli nasi kerabu kat Taman Robina.
Link terdahulu tentang post ini: Nasi Kerabu Terbaek di Pulau Pinang
Nasi kerabu terbaek kat Penang dan seluruh kawasan utara (aku bagi rank ni)
Tokey dia En Jamil yang berbudi bahasa bagi nombor telefon dia;
012- 591 7502
Katanya bolehlah call dulu, order, datang ambil kemudian.
Bukannya apa, kadang-kadang habis awal.
Pukul 9.00 pagi pun boleh habis.
Untuk yang datang jauh dari Bukit Mertajam nun, kesian pulak bila dah sampai, nasi kerabu sold out.

Kat situ juga ada nasi lemak yang tak kurang hebat.
Kuih-muih pun ada jugak.
Harga murah sangat. (From RM1.00)
Harga nasi kerabu RM 2.50.
Harap info ni dapat membantu peminat nasi kerabu Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth.
P/S: Setiap hari Isnin - Kedai ditutup.