Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

--> iPuasa dengan Hero Korea

as-salam

Ignore the title of this entry. I just wanna wish all of you....hurm, let my nephews say it because it will sound even cuter! Love them so much.

Oh ya, they're not just chinese-looking but also speak the language and now settling in Shanghai, China. It has been a year and they will come back in two years. Both of them are 5 and 6 years old.
Wallpaper Ramadhan
Wallpaper Ramadhan
Wallpaper Ramadhan
Daripada Abu Hurairah; telah bersabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"

Don't forget to perform Solat Tarawih ya!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, July 13, 2012

--> iNews: Perkuburan Yahudi di Pulau Pinang

as-salam
Rizal Sadiman
Click over here to look for the history.

Berdasarkan penulisan blog seorang hamba Allah ini, terdapat beberapa komen yang dapat aku kongsi; Klik di sini untuk artikel berkenaan. Bagi aku, komen yang diberikan oleh para pembaca adalah bernas. Komen -komen di bawah ini diambil sepenuhnya daripada blog ini dan tiada tokok tambah. 
Rizal Sadiman
"Umum kita ketahui bahawa kita tidak mengiktiraf negara israelaknatullah, bukannya bangsa yahudi. Bangsa yahudi ada dimana-mana sahaja. Dan ada juga kelompok yang beragama judais dan boleh bertutur bahasa kita di ibu negara. Terus terang saya katakan, gaya dan isi tulisan Tuan kurang ilmu. Setahu saya Komuniti yahudi sudak lama menapak sebelum perang dunia lagi. Isu politik sama sekali tidak mahu saya sentuh"
Rizal Sadiman
"Rasulullah sendiri tak berdendam dengan yahudi, ingat tak kisah Rasulullah dengan pengemis yahudi buta? Rasulullah mendengar cacian dan fitnah yang dilempar yahudi buta tersebut tapi Rasulullah tak marah dan berdendam malah Rasulullah menyuapkan makanan kedalam mulut pengemis yahudi buta itu. Tapi selepas kewafatan Rasulullah, yahudi itu bersyahadah. Jadi maksud saya contohilah Rasulullah tak semua yahudi itu jahat, ada juga yang baik"
Rizal Sadiman
"Kenapa sekarang baru nak dijadikan isu? Saudara sendiri melawat tempat tersebut dan tengok sendiri catatan bila ianya diwujudkan. Masa Straits Settlement lagi. Dirasmikan sendiri oleh Gabenor Straits Settlement ketika itu pada 1805ad. Wujud ker UMNO dan BN pada waktu tu. Dah lahir ker Dato Onn dan Tunku pada masa tu? Kenapa memutarbelitkan fakta utk tujuan politik"
Rizal Sadiman
"Tanah kubur tu dah lama dah kat situ sejak 1805. UMNO pun belum wujud lagi. Orang Yahudi pun ada hak untuk dikuburkan bila dah mati. Kita membenci zionis bukannya yahudi secara keseluruhannya. Kerajaan yang memerintah perlu adil pada semua rakyatnya tak kira apa fahaman agama"

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

--> iKhutbah Jumaat: Penyalahgunaan Media

as-salam
Rizal Sadiman
Meet my horse : Grace
Kutbah Jumaat di masjid UPM hari ini bercakap mengenai media massa dan elektronik. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah penyalahgunaan medium tersebut untuk menyampaikan maklumat dan dakwah. Aku amat suka tajuk mengenai tajuk yang dibincangkan.

Hendak berdakwah ada caranya. Janganlah sesekali menghukum sesuatu pihak jika kita sendiri tidak mempunyai bukti dan maklumat yang kukuh. Bagi sesiapa yang mempunyai akaun Facebook pasti perasan dengan pelbagai kewujudan 'page' yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan - TERLALU BANYAK dan rata-ratanya lantang bercakap mengenai politik. 

Tidak salah, cuma kadang-kadang aku rasa mereka ini taksub sehingga kurang rasional mengenai gambar yang dikongsikan. Aku amat kecewa dengan satu gambar di Facebook semalam. Aku rasa korang boleh judge sendiri. Jangan lupa baca komen dari orang ramai ya.


Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, February 5, 2012

--> iSlam: Muslim Beri Makan Kepada Anjing Terbiar

as-salam

Sumber gambar adalah daripada Facebook.




Aku sangat tersentuh bila melihat gambar ini. Mana tidaknya, berapa ramai daripada kita (orang Islam @ Muslim) yang sanggup berbuat macam ni? Beri makan kepada anjing yang terbiar dan kelaparan. Kita kena ingat, anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Tak salah kita berlaku baik kepada haiwan ni.

Yes, we Muslims can't touch dogs but to feed this unfortunate dogs, I don't really have an issue about it.  When we help the unfortunate animals like in the photos, it indirectly shows the good image about Islam itself. Here are some of the comments I've taken from the Facebook page. Look at these positive comments even from the non muslims people. 

From non muslims' perspectives regarding the picture:

From muslims' perspectives regarding the picture:

Nak tahu kisah pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan? Click on the link given; Kisah Seorang Pelacur dan Anjing.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Wednesday, January 4, 2012

--> Pelajar Pintar: Siti Fatimah Mukhtar di UK

as-salam

Saudari Siti Fatimah Mukhtar merupakan seorang pintar yang berasal dari Kelantan yang memperolehi keputusan yang amat cemerlang pada SPM 2006 dengan 17 1A dan 1 2A. Beliau kini sedang menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau bersama slip SPM yang menggemparkan satu Malaysia

Apa yang menarik tentang diri SFM?
Bagi aku, yang paling menarik tentang Siti Fatimah adalah beliau masih kekal dengan imej bertudung labuh, masih kekal dengan cara hidup sebagai seorang gadis Melayu Malaysia dan yang penting seorang Muslimah sejati. Walaupun sudah berada di perantauan orang buat jangka masa yang panjang, saudari ini masih mengamalkan cara hidup yang amat disengangi untuk dikongsi bersama.

Apakah aktiviti-aktiviti seharian beliau? 
Dengan berbekalkan hafalan 17 juzuk al-Quran, rasa hormat aku terhadap saudari ini semakin bertambah. Bukan sahaja akhlaknya yang baik, malah aktiviti seharian yang dijalankan juga menyebab hati aku sejuk bila mengetahui. Buat ibunya yang mengandungkan dia selama 9 bulan, mesti sejuk kan...? Semoga saudari istiqamah dalam melakukan apa yang sedang saudari praktikkan. 

Pesanan ikhlas dibawakan oleh iGossip.
Inilah perwatakan dan ciri-ciri yang seharusnya menjadi teladan kepada seluruh anak muda di Malaysia mahupun di serata dunia. Biarpun seluas mana ilmu di dada, agama masih menjadi perkara utama. Kepada saudari Fatimah, saya Muhamad Rizal bin Sadiman ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas semua kejayaan yang anda telah kecapi dan bakal kecapi. Semoga Allah sentiasa limpahkan barakahNya kepada saudari. InsyaAllah.

Untuk mendapatkan tips belajar oleh saudari Siti Fatimah Mukhtar, sila klik link ini.


Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Tuesday, December 20, 2011

--> Muslimah Memang Tak Guna...

as-salam


Wait. Don't say anything before you guys read the full entry. The title of this entry itself is taken from a famous website.

1. Tak guna kain yang nipis untuk buat bajunya.

2. Tak guna minyak wangi berlebihan untuk tarik perhatian lelaki.

3. Tak guna kata-kata keji yang boleh menunjukkan betapa rendahnya akhlaknya.

Click here for full article.

So now you understand the full entry. Sorry for making this one a little bit confusing i the first place but my intention is good. So, cheer up everybody and do read the full article above from the link given. 

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Monday, December 19, 2011

--> iArtis: Kan Cantik Bertudung...

as-salam

Ntah kenapa tiba-tiba aku rasa nak buat entry ni. Korang layan je lah ek... Oh ya, satu lagi, aku sertakan account Twitter diorang sekali. Sejuk hati memandang orang perempuan bertudung. Mana-mana lelaki pun mesti idamkan perempuan yang solehah kan? Dan terima kasih kepada Beautiful Nara atas gambar-gambar di bawah.

10 artis cantik bertudung
CTNurhaliza
# Kalau macam ni la kan, memang layak dapat gelaran ikon nombor 1 Malaysia! Menyanyi sedap, mengaji sedap, masak mesti sedap! hehe.

10 artis cantik bertudung
FashaSandha1
# Warna merah jambu amat sesuai dengan tona kulit dia. Aku cakap macam aku pakar je kan? pfffft! Nice looking F!

10 artis cantik bertudung
maya_karin
# Ada orang cakap cara bertudung macam ni dah outdated ataupun selekeh tetapi yang penting tutup aurat! Gambar ni daripada filem Ombak Rindu kot...

10 artis cantik bertudung
LisaSurihani
# Memang comel peguam Malaysia ni! As usual...Kalau korang tengok la kan, muka dia bertudung ada iras-iras kerabat diraja. Apa aku cakap ni?

10 artis cantik bertudung
ErraFaziraWC
# Dah namanya pun bekas ratu cantik Malaysia, memang cantik la kan...? Dan yang duduk sebelah dia pun cantik-cantik belaka...ececeh...

10 artis cantik bertudung
missfazura
# Yang ini adalah favourite aku...Cantik, bergaya, ayu, ntah la.., there are so many things I want to describe. However the point is I love her in this lovely image. 


# Seriously I Love Dato's Siti and Fazura very much. I may sound a little bit bias but they look outstanding among others.

# I heard some of them have went for Umrah and Haji and hopefully they will continue wearing tudung after this.

# Check this out for more info on: Persoalan Mengenai Rambut dan Kelebihan Bertudung.

# Again, I would like to remind you that this blog isn't for celebrities' review. It varies.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, December 17, 2011

--> Perkahwinan Gay Melayu!

as-salam


Dan di bawah ini ada beberapa respon daripada orang ramai melalui beberapa blog berkaitan dengan isu tersebut. Aku ada beberapa pandangan mengenai perkara ini dan aku yakin korang pun ada pendapat sendiri. Satu perkara yang penting adalah kita kena ingat sebagai umat Islam, kita ada tanggungjawab yang perlu tunaikan dan ingat bahawa setiap ujian yang ditimpakan kepada kita adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. 

Sebagai contoh, jika seseorang itu dilahirkan sebagai gay ataupun homoseksual, dia perlu ingat bahawa ianya adalah satu dugaan yang amat besar terhadap dirinya. Jika ujian sebesar ini dapat ditawan maka akan naiklah darjatnya di sisi Allah. Jangan lupa laksanakan ibadah wajib dan perbanyakkan ibadat sunat serta berdoa kepada Allah. InsyaAllah, Dia akan membantu kita menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.






Biodata Arif

Sumber #1
Sumber #2

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, December 16, 2011

--> iAsk: Tugas Tersembunyi CIKGU?

as-salam
We are teachers-to-be...

Masa PERTANDINGAN BOLA...cikgu jadi PENGADIL
Masa AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP...cikgu jadi PETANI
Masa KUTIP YURAN...cikgu jadi AKAUNTAN
Masa RMT...cikgu jadi PELAYAN
Masa BUDAK PECAH KEPALA...cikgu jadi DOKTOR
Masa CERAMAH...cikgu jadi MOTIVATOR
Masa HIAS KELAS...cikgu jadi PELUKIS SENI
Masa PERSEMBAHAN HARI GURU...cikgu jadi PENYANYI
Masa BAIKI KERUSI ROSAK...cikgu jadi TUKANG KAYU
Masa BUDAK MUNTAH DALAM KELAS...cikgu jadi TUKANG SAPU
Masa BUDAK MENCURI...cikgu jadi DETEKTIF
Masa PERKHEMAHAN...cikgu jadi MASTERCHIEF/KOMANDO
Masa HARI KANTIN...cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Masa MASUK WAKTU SOLAT...cikgu jadi TOK IMAM
Masa BUDAK BERGADUH...cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Masa BUDAK SAKIT KECEMASAN...cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Masa PERTANDINGAN BOLA...cikgu jadi POLIS TRAFIK

Basically, this entry is to make you guys to think the roles of a teacher in school. Sometimes we do hate teachers especially the discipline teacher because he/she likes to take things seriously. However, there is something that you have to bear in mind which is how bad the teacher is, he/she teaches you so many things; or the Malays always said, "Teacher is like a candle, burns himself/herself to brighten the darkness" See how important a teacher can be? So please be nice to teachers/lecturers. Be cool ya?

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Tuesday, October 25, 2011

--> iPuisi: Aku dan Dia

as-salam

Kali ni aku nak kongsi satu puisi yang menyayat hati...gitu la kan...? Puisi ni menang untuk Minggu Kesenian Islam baru-baru ni di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Hayati dan ambil iktibar okay?

Bandingkan haiwan dan manusia...renung-renungkan dan selamat beramal



Berhembus angin malam
Sayup-sayup kedengaran bunyi cengkerik
Sebak hati perasaan ditanam
Mengenang dosa perit yang kini kian menjerit

Dosa, Dosa, Dosa
Diriku bergelumang dengan perkara-perkara hina
Mindaku tiada fokus mencari jalan sehala
Jiwaku tiada tenteram mengenang nasib di sana
Harapanku punah mengenangkan dosa yang mendewa

Titisan air mata tiada lagi henti
Hanya Dia memahami rahsia bisikan hati
Hanya Dia ketahui nasibku di kemudiaan hari
Semuanya Dia

Namun malangnya aku
Telah terlewat untukku bersujud
Sampanku, dayungku, hanyut dibawa arus
Akhlakku, akidahku, rosak sekaligus
Masihkah Dia mendengar luahanku ini?
Masihkah Dia terima taubat untukku bersuci?

Tenanglah wahai diriku
Dia Maha Pengampun, Maha Agung
Kau makhluk ciptaanNya yang serba kekurangan
Tiada terlindung daripada calar keduniaan
Kesilapan, kerana kau seorang insan

Pohonlah, pohonlah dan pohonlah
Ucaplah dua kalimah syahadah
Tunaikanlah lima waktumu tanpa leka
Patuhlah tuntutan puasamu yang tertera
Belanjakan hartamu di jalan Pencipta
Tawaf dirimu pabila berharta
InsyaAllah, lebar jalanmu ke pintu syurga.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, October 14, 2011

--> iFree Write on Friday

as-salam




Alhamdulillah, I've finished my hectic week and another hectic one is coming next week. This weekend will be hectic as well since there will be two three more examination papers to cover. How cool is that? Yeahh! Very cool!

Hope you get it..till then, that is how

iGossip

Friday, October 7, 2011

--> iSlam: Bandingkan Solat Kita Dengan Para Rasul & Mereka!

as-salam

Kak Long Zati, Angah Jujue and Aku, Rizal @ TESL Night 2011, IPBA, Kuala Lumpur...   
 
1          Ruginya muka handsome tapi tak solat! Nabi Yusuf yang handsome pun solat...

2          Ruginya muka cantik tapi tak solat! Saidatina Aisyah yang cantik pun solat...

3          Ruginya orang kaya tak solat! Nabi Sulaiman yang kaya pun solat....

4          Ruginya orang miskin yang tak solat! Nabi Muhammad S.A.W yang miskin pun solat...

5          Ruginya budak-budak tak solat! Hasan dan Husin pun solat...

Bersolatlah sebelum solat anda dihitung.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Tuesday, September 20, 2011

--> iNasihat: Wahai Remaja! Janganlah Berzina...

as-salam




Penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin mengkhuatirkan. Pergeseran kefahaman, dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing juga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang enteng.
Padahal penyimpangan seks iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari oleh setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga haiwan dan tumbuhan.
Memang patut jika manusia mempunyai ghairah seks atau keinginan untuk melempiaskan keinginan seksual itu.
Allah tidak melarang manusia melempiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Malah Nabi seakan tidak mengaku umat kepada mereka yang punyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin) maka dia bukan dari kalanganku."
p/s: Girls, please don't be like Wi-Fi without password which every man can enjoy.


For full article, please log on this website:

Hope you get it...till then, that is how
iGossip

Wednesday, August 17, 2011

--> iHate: Ramadhan Disajikan Dengan Maksiat

as-salam

Punah masyarakat kita sekarang. Bulan puasa pun masih lagi nak buat maksiat. Takda otak ke?! Maksiat apa? Macam-macam tapi yang paling aku tak panas adalah ZINA! Amek hang seketoi parpu nala punya zina. 



I saw on news culprits are caught and some of them even confessed that they are not MUSLIM eventhough they are. This is absolutely too much. They should have some respect towards this holy months and race for the goodness that Allah has promised which is Lailatul Qadar.

P/s: 10 Malam terakhir, berebutlah wahai umat Islam..

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, June 4, 2011

--> iTips #2 - Buat Hawa Andai Mahu Menerima Adam

as-salam
Carilah lelaki yang terbaik untukmu


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

P/s: Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Thursday, June 2, 2011

--> iTips #1 - Buat Adam Andai Mahu Mencari Hawa

as-salam

You know how hard to find a good girl these days?
Semoga aku dijodohkan dengan wanita yang solehah...

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.


3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

P/s: Mohonlah petunjuk dari Yg Maha Mengetahui, sesungguhnya hanya DIA yg mngetahui isi hati hamba-hamba Nya. Kejarlah Cinta Illahi, di sana engkau pasti temui Cinta Hakiki.

Hope you get it...till then, that is how
  
iGossip 

Sunday, April 17, 2011

--> iKecewa Kau Tak Dara

as-salam

Surau in International Languages Campus







Aku terfikir, kalau la suatu hari nanti aku kahwin, tiba-tiba aku dapat tahu yang isteri aku tak dara dah...Entah apa yang aku akan buat. Akankah aku ceraikan dia terus? Ataupun aku terima dia seadaanya. Tapi macam mana pulak kalau itu hanya kisah silam dia sebelum dia bertaubat? Dapatkah aku terima dia seadaanya?

Kenapa aku tulis benda ni?

Tiba-tiba aku terfikir tentang masalah remaja zaman sekarang. Tengok ramai gadis-gadis melepak dengan lelaki, ada yang membonceng di belakang motor, ada yang berpegangan tangan, ada yang melepaskan badan begitu saja. MasyaAllah...Namun aku yakin, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Harap-harap aku tergolong dalam kalangan yang baik. Amin...

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, April 15, 2011

--> iDiscuss: ILLUMINATI What say you?

as-salam

Red Scorpion - RM40

























Bercakap tentang ILLUMINATI memang membuatkan aku rasa seram sejuk. Memikirkan dajjal yang bakal muncul membuatkan aku tak tenang. Terlintas di fikiran mengenai Kiamat menyebabkan aku terfikir akan dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.

Rasanya ramai dah tahu tentang ILLUMINATI atau lebih mesra dengan panggilan KONSPIRASI DAJJAL. Aku rasa pergerakan mereka semakin hari semakin aktif. Tak henti-henti meyebarkan propaganda palsu dan durjana kepada dunia dan focusnya adalah pada golongan muda. Apa yang aku takutkan adalah aku lemah lalu terjerumus ke dalam lembah maksiat binaan mereka.

The problem here is that there are people who not aware with this situation. While it's getting worse, we are busy with our world, work for more money and we tend to forget the duty towards Islam. Frankly speaking, I love to read about this organisation and I keep thinking about my role as a Muslim. What can I do to spread the news regarding this anguish phenomenon? Am I a true Muslim who is able to serve for Islam? Or am I just a worshiper? 


Hope you get it...till then, that is how

iGossip