Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Dialah Umaimah...


Assalamualaikum WBT

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keyakinan diri
Tiada mustahil dihadapi

Sebelum belajar, kita melihat ijazah tersebut tinggi bak dahan yang jauh hendak dicapai
Namun apabila kita mengharunginya, kita tak sedar masa berlalu pantas
Dan apabila tiba saat menggapainya, ianya telah di hadapan mata.





Kagum dengan semangat juangnya yang tak pernah luntur
Pernah rebah sekali tatkala ayahandanya tersayang pergi buat selama-lamanya, namun dia kembali bangun, mengutip sisa-sisa semangat yang diwarisi.
Berkahwin di usia awal dan mempunyai anak juga di awal usia dan seterusnya mengejar cita.
Bas, LRT,ERL, Komuter, cepat, lambat ke kelas, meninggalkan anak, meredakan hati meninggalkan anak yang baru sebulan dilahirkan, demi untuk ilmu, tak semua dapat melakukan.
Dialah Umaimah Mohamed.
Anak saudara Baba.

Kenapa Mama menulis satu post berkenaan dia?
Kerana Mama ingin kalian berkongsi rasa.
Berkongsi cerita dan mengambil ikhtibar.
Bukan mudah untuk menggali ilmu dan bukan mudah untuk merealisasikannya.
Namun, bila ada usaha, segala daya dikerah untuk cita dicapai walau apa pun yang mendatang.

Mama masih ingat saat dia baru pertama kali menjejak kaki ke UIA dan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang sukar kerana dia tidak fasih berbahasa melayu ataupun inggeris. Tapi, di situlah Allah telah mengaturkan kehidupannya dengan cantik walau ujian demi ujian diberi.

Adakah kita masih mahu hanya menunggu ilmu datang tanpa kita pergi mencarinya?
Adakah kisah Umaimah tidak cukup untuk memupuk rasa semangat cinta pada ilmu?


Umaimah,
Khola percaya ini adalah saat terindah buat Umaimah, apabila anakanda berjaya menghadiahkan segulung ijazah bukan sahaja buat mama Nora Shiyuti, suami, anak5nya, adik beradiknya, tetapi buat Almarhum Ayahandanya.

Mabruk ya Umaimah.
We are extremely happy for u!

Luv,
Igloomama
Shah Alam.

Tuesday, October 7, 2014

Submission VS Achievement

Assalamualaikum WBT

Hati tersentuh sekali lagi..
Masih belum rezeki kami.
Insya Allah, menyusul kemudian.
Sesungguhnya rindu ini terus bertumpu pada Haramain.







Tahun 2009 menyaksikan 29 tahun kehidupan Mama menerima berita yang amat menyedihkan apabila tidak direzekikan lagi untuk mengerjakan Haji, walaupun kami berada di bumi Saudi. Di masa itu Hashimiz masih kecil dan disebabkan wabak selsema burung yang sedang berleluasa masa itu, pihak Saudi melarang para jemaah membawa anak-anak kecil.

Berlinangan air mata Mama melihat jemaah haji berwukuf melaluikaca tv..sedih yang teramat. Hati tetap terpalit sedih walau dalam redha. Insya Allah suatu hari Mama akan berada dalam kumpulan jemaah yang berwukuf di Arafah, insya Allah.

Teringat perihal menunaikan ibadah haji dan umrah ini, teringat juga Mama akan kata-kata Dr. Bilal Philips.

"Hajj is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Jadi, secara kesimpulannya,

"Ibadah is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Benar, bila bab ibadah, apabila kita berjaya melakukannya, ianya bukanlah satu pencapaian, tetapi sebenar-benar penyerahan. Sebagai contoh kita dapat mengerjakan haji atau umrah di usia muda, ianya adalah rezeki kita dan bukanlah untuk diceritakan. Begitu juga jika kita disponsor penuh melakukan umrah 5 bintang, tidak perlulah untuk bercerita panjang lebar bagaimana kita berjaya mendapatkannya kerana ianya adalah perkara 'ubudiyyah iaitu perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan pengabdian kita kepadaNya.

Tak salah untuk kita memberitahu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk kita berangkat, tetapi bukan untuk menampakkan ianya sebagai satu penghargaan yang diterima hasil kerja keras kita bertungkus lumus bekerja, kerana perkara ibadah tiada kaitan dengan penghargaan atau pencapaian sebaliknya benar-benar mengharap keredhaan Allah tatkala hati terus menerus ikhlas melakukannya.
Mungkin ramai di antara kita seronok untuk mengesyorkan pada rakan-rakan tentang kemudahan yang kita terima semasa mengerjakan haji/umrah atau apa sahaja perkara-perkara ibadah yang kita lakukan, tetapi simpanlah untuk kegunaan sendiri supaya lebih khusyuk dalam melaksanakan ibadah. Lebih baik untuk mendoakan agar ahli keluarga, sahabat handai dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik ataupun kita sendiri memberi bantuan buat mereka mengerjakan ibadah tesebut tanpa memerlukan pembalasan.
Adakah kita seronok apabila kita dapat bercerita pengalaman kita dilayan sebagai duyufurrahman 5 bintang?



Begitu juga perihal ibadah khusus yang lainnya, solat, zakat. dan juga beberapa ibadah lain seperti sedekah, membantu orang lain. Simpanlah ia, supaya ianya menjadi senjata rahsia kita bertemu Allah kemudian nanti. Amalan dan pemberian bukan utk menunjukkan pencapaian kita berkaitan dengan hasil kerja kita. Sama-sama semaikan dalam hati, berapa banyak kita memberi, apa amalan kita adalah dalam pengetahuan Allah dan Allah jua yang menganugerahi kita dengan nikmat yang sebegitu.

“Ya, Tuhanku, jadikanlah aku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku pada golongan hamba-Mu yang salih.” (Surah an-Naml, ayat 19)

Jika ingin berkongsi amalan, silakan, tetapi bukan untuk tujuan tertentu sebaliknya untuk bersama-sama meraikan ilmu dan menyampaikannya, serta pastikan ianya berlandaskan Al-Quran dan Hadith,

Maaf jika ada yang tersinggung. Mama mmg lemah dalam bab nak share ni kerana diri sendiri masih tercari-cari, cuma penulisan kali ini bukanlah untuk menegur, tetapi untuk sama-sama membaiki dan mengambil manfaat.

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Monday, September 8, 2014

Islamic Online University

Assalamualaikum WBT

Okeh..Mama nak share something...





Ada diploma courses for FREE..
Nak tambah ilmu..best! Pastu ada test..
So..korang boleh laa tinjau2 ye..


Luv
Igloomama
Shah Alam


Friday, September 5, 2014

Kemuliaan Ilmu Atas Harta





Benarkah??

Jom kita selusuri penjelasan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah berkenaan perbezaan antara ILMU (tuntutan pada ilmu shar'ie) dan HARTA.

1. Ilmu adalah warisan para Nabi sedangkan harta adalah warisan para raja dan orang kaya.
2. Ilmu menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta sentiasa sibuk menjaga hartanya.
3. Ilmu ada penguasa atas harta, sedang harta tidak berkuasa atas ilmu.
4. Harta bisa habis dengan sebab dibelanjakan, sedangkan ilmu sentiasa bertambah dengan diajarkan.
5. Pemilik harta jika telah meninggal dunia, dia berpisah dengan hartanya, sedangkan ilmu akan mengiringi         pemilik ilmu ke dalam kubur.
6. Sesiapa sahaja, muslim ataupun tidak, baik ataupun jahat, soleh ataupun tidak mampu memperolehi harta,     sedangkan ilmu yang bermanfaat hanya didapatkan oleh orang yang beriman sahaja.
7. Sesungguhnya jiwa menjadi lebih mulia dan bersih dengan mendapatkan ilmu, menyempurnakan diri dan kemuliaannya. Sedangkan harta tidak membersihkan diri dan tidak pula menambahkan sifat kesempurnaan diri, malah jiwa dan perasaan menjadi kurang serta kikir dengan mengumpulkan harta dan menginginkannya. Jadi keinginannya kepada ilmu adalah inti kesempurnaannya dan keinginnya kepada harta adalah ketidak sempurnaan dirinya.
8. Mencari ilmu dan mencintainya adalah akar seluruh ketaatan, sedangkan mencintai harta dan dunia adalah akar kepada pelbagai kesalahan.

Kawan-kawan..

"To seek knowledge is to seek path in Jannah"

Love
Igloomama
Shah Alam


Saturday, August 30, 2014

Kisah Cinta Ulung

Assalamualaikum WBT

Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...





Hubungan kita dengan Allah ialah sebuah kisah cinta

Ulangilah kata-kata cinta kita kepada Allah dengan sentiasa membasahi lidah dan hati kita dengan kalimah suci Al Quran dan Zikrullah.

Buktikanlah rasa cinta kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar

Prof Tariq Ramadan



Sunday, July 13, 2014

Kisah Amal dan Ilmu

Assalamualaikum.

Coretan 15 Ramadan

Kisah Amal dan Ilmu

Biasa kita dengar tentang orang yang ada ilmu kena amalkan tapi tahukah kita yang beramal juga perlu dengan ilmu. Pernah tak kita ikut pendapat mana2 pihak atau orang perseorangan, mempercayainya dan menuruti amalannya sedangkan kita tidak memiliki pengetahuan apa2 tentang amalan tersebut?

Sebenarnya, apabila sesuatu amalan yang menyangkut hak orang lain, ianya lebih bahaya akibatnya sama ada di dunia atau di akhirat.

Allah berfirman :

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra`: 36)

Beberapa hari lepas, Mama sempat menyedut ilmu dengan Datin Dr Irwani Abdullah berkenaan beberapa perkara yang mengelirukan Mama dan antara pesannya ialah "konteks hal ehwal ibadah adalah amat rigid, kita tak boleh nak ubah suai atau tokok tambah walaupun atas niat yang baik..itu namanya bid'ah"
Terima kasih Kak Wani, nasihat itu insya Allah akan sentiasa diingati.

Di saat itu terasa betapa kerdilnya diri. Betapa Mama banyak mensia-siakan masa dan tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya. Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

Igloomama
Shah Alam

Saturday, July 12, 2014

Allah Al Musta'an

Assalamualaikum

Salam 14 Ramadan

Mama tak perasan yang hari ni sudah Ramadan 14,
Cepat masa berlalu kan..

Rutin harian di bulan Ramadan juga berubah pola. Sekolah pun awal pulangnya dan cabaran dengan anak-anak yang baru belajar memahami kaedah berpuasa memang sedikit sebanyak merenggut masa Mama (tak nak mengaku dah tua n mudah lupa :D)

Hashimiz yang berusia 9, 8, 6 dan 4 tahun masing2 perlukan perhatian Mama dan kadangkala mereka minta lebih daripada 100% (ye ke?). Dan bulan Ramadan ini nampaknya membuatkan Mama perlu bekerja lebih dengan target diri sendiri - untuk TIDAK membeli sebarang juadah berbuka puasa dan berbuka seadanya tetapi MESTI memenuhi kesemua keperluan diet Hashimiz yang seleranya berlainan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan Hashimiz sentiasa berada dalam 'mood' yang baik, supaya segala aktiviti yang menjadi santapan rohani dan jasmani mereka berlangsung tanpa gangguan. Walau ada sedikit-sedikit yang mengelat..ihihih (biasalah kan...)

Dan yang sedang berlangsung sekarang di mana Mama perlu mengambil alih sebentar watak utama dalam keluarga. Ketika watak utama tersebut hanya dapat berlintas langsung dalam sela waktu yang tertentu sahaja. 2 in 1. (Yang ni tak boleh ngelat ye....)

Sifir mudah dalam keadaan ini yang mungkin dapat Mama rumuskan..

1) Baca Al Quran + Berzikir = Tenang

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

2) Sabar + Syukur = Tenang

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Friday, April 11, 2014

RM yang paling BESAR!!

Assalamualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam..

Bila akal mula fikirkan dunia,
Hati juga mula mengeras...

Pagi ini Mama mendapat satu ilmu baru..membina keikhlasan, menyucikan hati..Insya Allah.
Biasakah kita bersedekah??
Not RM yg kecil selalunya kita ambil dan kita hulurkan.
Not RM yang berwarna biru kita ambil dan kita masukkan ke dalam tabung..
Cuba sekali kita ambil not RM yg terbesar di dalam purse kita..



Akal fikir apa?
Hati kata apa?
Akal tak berminat
Hati memberat

Kenapa ye??

Sebab takut?
Sebab risau?
Sebab lokek?
Macam2 sebab boleh kita rasa dan reka..

Sahabat saya pernah kata..
"Tak percaya dengan Allah? Allah kan Maha Pemberi"
Jawapan yang tepat dan betul!!

*Masuk ke hati*

Cik Abang pun cakap..
"Rezeki dah ditetapkan oleh Allah. Banyak ke sikit ke..mmg dah ditetapkan. Rezeki kita akan seperti yg telah ditetapkan oleh Allah walaupun kita memberi not RM yg paling besar pun."
Panjang skit jawapan..ulasan berdasarkan kitab Minhajul Abidin.

*Menggetar hati*

Ustaz Ismail Kamus kata..
"Duit yang kita simpan dalam purse kita tu, bukan duit kita..mungkin mekanik punya..mungkin hospital punya..mungkin cikgu punya..tapi duit yang kita sedekah tu memang kita punya.."
Ya Allah...sayangnya Allah kat kita...Allah beri kita rezeki..Allah bagi kita rezeki yg dalamnya ada hak orang tp dlm hak orang ada pula pahala utk kita..

*Menusuk jauh ke dalam hati...*

Hiduplah untuk memberi..
Diri tersedar
Mata terbuka
Alangkah kedekutnya aku..

So..
Mencabar diri untuk ikhlas..

Jumuah Mubaroqah...


Wednesday, April 9, 2014

Tapak kaki Bilal di Syurga??

Assalamualaikum WBT

Meh Mama nak story skit..
Baba outstation 2 hari..so, pagi ni Hashimiz kecik bangun, tengok Baba dah pergi. Hashimiz besar sempat jumpa..
Mama hantar semua pergi school hari ni dan Hashimiz kecik bising laa kat Mama..
"Apsal Baba tak tunggu kiteorg bangun?"
"Kalau nak tunggu Aiman dan Adek bangun, flight tinggalkan Baba laaa"
"Baba tak sayang Adek!" Anees Hashim muncung.
"Sayang..Baba kiss Adek dah."
pendek kata riuh rendah pot pet dalam keta...

Tiba2 Mama dapat satu idea!

"Kids!!! meh Mama nak buat quiz. Adek dan Kakak satu group. Aiman dan Abang satu group."
semua diam..excited nak dengar
"Last few days, Baba ada cerita pasal Bilal bin Rabah kan?"
"Ye..ye..."
"Okeh..sekarang soalan dia...apa amalan Bilal, sampai tapak kaki dia di dengar di Syurga?"
"Yay!! Kakak tau jawapan..." Balqees Hashim angkat tangan nak jawab
"Tak, Mama tak nak jawapan sekarang. Mama nak Kakak dan Abang tulis dalam kertas, nanti balik sekolah. Buat cantik2. Nanti esok Baba balik, Baba bagi markah."
"Yay!! Art and craft!!" Haarith Hashim dan Aiman Hashim jerit2.. (jerit lagi...haihhh)
"Kalau sapa sayang Baba..mesti dia akan ingat apa yang Baba cerita.."
Anees Hashim tetap muncung..hihihihihi



So..
Ada yang nak share sama di ruangan komen?
Apa amalan Bilal, sampai tapak kaki dia di dengar di Syurga?"
Jom lah share..sambil2 tambah ilmu..

Nanti Mama share hasil jawapan Hashimiz, Insya Allah.

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::


Tuesday, April 8, 2014

Jom Buat Lauk Frozen!!

Assalamualaikum WBT

Semalam kan..Mama ada story yang Mama buat lauk frozen untuk seminggu kan....
Nak jadik cerita ada laa dua tiga sahabat yang bertanya dan ada yang mintak Mama muat naik dalam post...hihihihi (perasan glamer jap :D)

So..sebenarnya tak de laa gempak sangat pun...
Tapi untuk tidak menghampakan korang kan (ecehhh..)..meh Mama share skit..ini berdasarkan apa yang Mama buat tau..
Plan berapa hari dan berapa kali dan lauk apa. Contoh : sepanjang seminggu (weekdays) ada 5x lunch dan 5x dinner. So korang plan jadual korang..then pick lauk apa nak masak..within a week akan ada lauk yg diulang..tp pandai2 laa manage hari dan geng dia..jgn laa pulak dok ulang benda sama sampai seminggu..hihihi
Pastikan ada yg menjaga kids. korang perlukan daya fokus yang tinggi semasa membuat lauk pauk frozen nih. ala2 masterchef gitu. sebab korang akan masak bnyk lauk dalam satu masa..so..selain fokus..SEMANGAT adalah sgt penting!!
Sediakan bekas yg mencukupi. satu bekas utk satu kali makan/portion. Jangan letak dalam satu bekas besar! Hanya keluarkan/thaw apa yg korang nak makan aje - sebab tu planning apa yg nak masak tu penting..supaya korang tak terkurang masak/terlebih masak/masak mcm2 lauk yg at last korang sendiri capek tak leh bgn..hihihi
Pastu korang masak2 macam biasa aje..then korang tunggu lauk2 korang betul2 sejuk. Ingat point yg ni..Betul2 Sejuk! Tutup bekas and masuk freezer. Tandakan jika perlu.
So..siap laa..esok sblm korang pegi keje..turunkan mana2 food yang korang nak makan ke dalam chiller. nnt bila balik kerja, food dah separuh cair..masukkan dalam koli..kasi panasss..kalau tak berapa nak rajin..masuk je dlm microwave. *Jangan lupa masak nasi pulak!! hahhahaha
Sebaiknya jangan freeze balik food yg dah turun ke chiller. so,plis plan your consumption wisely..

Antara food yg mudah utk dipelbagaikan :
Sambal tumis : sambal sotong, udang, telur, ayam, ikan, ikan bilis
Sup : sayur, ayam, daging, sup siam (tambah asam limau dan cili api...), sup telur..
*jika nak buat sambal udang atau sotong, JANGAN masukkan dahulu. masukkan seafood (yg dah siap bersih) masa panaskan sambal.

Owh ye..jgn lupa stok telur...kacau2 telur...dah jadik telur dadar....hiihhi..mudah kan..
Sayur2 dan bebawang juga nak mudah, siap potong2 and basuh..simpan dalam ziplock tu..
Ikan2 tu..marinate siap2..nnt tinggal goreng aje..

Harapnya post ni dpt beri sedikit sebanyak manfaat pada korang...
Good Luck!!
Bye bye!

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::

Sunday, April 6, 2014

Bukan kaya pilihan ku...

Assalamualaikum WBT

Meletakkan setiap hari pada tempat dan gaya hidup yang sama mungkin tak nampak kita beria-ria untuk berubah, tapi ianya mengekalkan satu bentuk 'istiqamah' yang secara perlahan menjadi kita insan yang lebih bersyukur dan sentiasa mengharapkan redha Allah dalam kehidupan.

Sesetengah manusia begitu rancak mempersiap dan memperhebatkan dirinya setiap hari agar nampak lebih baik dari semalam, tetapi tertinggal utk melakukan apa kebaikan yg dilakukannya semalam.

Adalah lebih baik jika tetap mengekalkan satu kebaikan itu agar ianya berterusan selain ditambah dengan kebaikan yang lain setiap hari yang juga akan diteruskan setiap masa.

Apalah ertinya duit yang banyak, pangkat yang tinggi, dunia yang dikejar, tetapi semakin hari kita semakin mengurangkan keberkahannya.

"Aku nak kaya, nak simpanan juta2. Nanti senang masa hari tua. pastu nak bagi sedekah tak de laa nak bagi RM10 aje..boleh laa beri lebih sikit."

Sampaikah kita untuk "tua" itu?
Adakah di waktu kita "tua" itu kita masih ada simpanan tersebut?
Adakah nilai sedekah kita yang banyak itu mampu membantu kita di sana nanti??

Semua kita tak tahu.
Kita memang tak tahu.

Bersyukurlah seadanya
Berusahalah untuk mendapat redha Allah
Rezeki Allah dah tentukan
Ada, tiada, sedikit, banyak, semuanya Allah dah siap2kan untuk kita dan itulah yang terbaik buat kita.

----
Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::



Monday, November 11, 2013

Comparing?? Please Don't!

Assalamualaikum WBT

Berpagi-pagi dengan urusan rumah..

Mengemas meja SOHO yang penuh dengan mainan Hashimiz..mereka memang suka meletakkan mainan mereka di atas meja SOHO Baba dan Mama.
**anak2 Shaklee mmg mcm tu.**

Sekali...terpandang buku "Erti Hidup Pada Memberi" karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Helaian demi helaian Mama buka dan mata terpandang pada satu muka surat yang membuatkan betapa Mama masih belajar menjadi Mama..

"Berjaga2 lah ibu bapa yang suka membandingkan anak2nya dengan anak2 org lain. Kerana mereka juga akan membandingkan ibu bapanya dengan ibu bapa org lain" 
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


pic : carian google. tq!


Personality begins when comparing ends.

Boleh juga kita amalkan doa ini..

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;" Al Baqarah : 128


Allahumma Aamiin.

Nota untuk diri...

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Friday, November 8, 2013

Tentang Cinta...

Assalamualaikum WBT

Tentang Cinta....



"cinta mendorong kita bekerja. cinta merangsang kita berperanan. cinta menjadikan segala tugas dan tanggungjawab yg dilakukan sebagai satu keseronokan dan kepuasan dalam hidup" - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

zaman bercinta mmg indah belaka..

Cinta utama kekal milik Allah..

"Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.

Katakanlah: hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Tetapi jika kamu berpaling, maka sesungguh­nya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir."
Ali Imran : 31 & 32

Begitu juga apabila kita berniaga...jatuh cinta lah dengan apa yang kita niagakan...bukan main sedap taram sukati yek...

**Mama mg jatuh cinta dengan Shaklee...Terima Kasih Allah..kenalkan Mama dengan Shaklee.**

p/s : hujung minggu ni memang masa yang sesuai untuk memupuk cinta..lebih2 lagi untuk anak2..shower them with your love..dia orang kan amanah tu...

Mama buat COD juga hujung minggu...berkenalan dengan customer2 antara acara mingguan (harian) buat Mama...

SMS/Whatsapp : 0192491201

Wednesday, October 30, 2013

Ujian...kekuatan....

Assalamualaikum WBT




Ujian...Kekuatan..

Jalan mujahadah itu sukar
penuh ujian
banyak sekali halangan...

Masalah..
Yang kecil..bisa jadi besar
Yang remeh..bisa jadi penting
Yang biasa..bisa jadi luar biasa

Namun..
Ujian buat kita kuat
Ujian buat kita lebih rapat
Ujian buat kita selalu ingat

Hasil..
Yang dahulunya kecil...sekarang dah besar..
Yang duhulunya dipandang remeh..sekarang dah penting..
Yang dahulunya biasa-biasa..sekarang dah jadi luar biasa..

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Al Anfaal : 28

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu."
As Saba' : 21

p/s : Giving up doesn't mean you are weak
Sometimes it means that you are strong enough to let go

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Friday, October 25, 2013

Tahajjud Call...nantikan ia...

Assalamualaikum WBT

Salam selamat malam semua...

Mama nak berehat dulu...esok banyak tugas yang menanti (jika maih ada esok untuk Mama..)



Maafkan Mama ye kalau ada silap salah...



Nantikan panggilan ini esok pagi..

Jom tidur awal dan niat nak bangun tahajjud!

"Dan bangunlah daripada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji"
Al Isra' : 79

Nota untuk diri.

p/s : set alarm ye

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Friday, October 4, 2013

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan - Part 2

Assalamualaikum WBT.

Salam rindu buat semua pembaca dan juga customer tersayang..

Mama nak sambung pasal sunnah2 yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita.

berhenti hari tu kat no 3. so kita sambung no 4 dan seterusnya.

4. Bersedekah
Sedekah bermaksud memberikan sedikit harta yang kita ada untuk orang-orang yang memerlukan dengan ikhlas. Rasulullah sangat suka bersedekah. Tak nak ke kita ikut cara baginda???




5. Menjaga Wuduk / Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Jagalah wuduk dan perbaharuilah wuduk jika terbatal.



6. Sentiasa beristighfar.
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

So...
Janganlah kita baca aje ye...jom amalkan sama2!!
Insya Allah rezeki kita lebih diberkati...Allahumma Aamiin.



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara





Friday, September 20, 2013

Wahai anak-anak lelaki Mama....

Assalamualaikum WBT

Wahai anak-anak lelaki Mama,

Jadilah kamu diantara 7 golngan lelaki yang dinaungi Allah.



-Imam yang adil
-Pemuda yang selalu beribadat kepada Allah
-Lelaki yang sentiasa mengigati Allah dan bercucuran air matanya kerana Allah
-Lelaki yang mana hatinya terpaut pada masjid



-Lelaki yang mengasihi kerana Allah dan berpisah pun keranaNya
-Lelaki yang menolak ajakan jahat dari wanita dan berkata "sesungguhnya aku takut pada Allah"
-Lelaki yang menyembunyikan suatu sedekah ibarat tangan kiri tidak mengetahui pemberian tangan kanan terhadap sesorang.

Moga Engkau perkenankan doa ibu ini Ya Allah..Ya Rabb,
Allahumma Ameen...

Pesanan penaja :
Pastikan anak-anak anda sihat..pemakanan dan juga environment yang sihat..
Pilih makanan tambahan yang sesuai untuk mereka.
Pilihlah untuk menjadi ibu bapa yang bijak.

*Mama beri Hashimiz Meal Shake dan Vit C Chew.

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday : Wanita, sayangilah dirimu...

Assalamualaikum WBT...

Semalam Mama ke Masjid Negeri, Shah Alam..dan memang menjadi rutin kebiasaan kami berterawih di situ bermulanya Ramadhan ari tu, Alhamdulillah...



Seronok..itu yang mampu Mama katakan..
Walaupun terpaksa berjalan agak jauh dan juga laju2..(sebabnya slalu sampai dah masuk Isyak..hiihhihi), walau terpaksa naik tangga tinggi2...(sian kat Ma kalau Ma ikut....) tapi Mama rasakan seronok, tenang, aman damai berterawih di sana..Subhanallah Wa Alhamdulillah...

Bila pergi tempat awam...mestilah mcm2 perkara yang kita nampak dan mungkin juga kita perhatikan..Maaf ye..bukan nak masuk campur..cuma apa yang baik tu kita amil sebagaipengajaran, dan apa yang kurang elok..amik sebagai peringatan..insya Allah..erti hidup adalah pada memberi kan....

Moga Allah membaiki dan mengelokkan perangai2 kita seperti mana Allah telah mengelokkan kejadian fizikal kita, Ameen...

Dan satu benda yang membuatkan Mama sangat terharu...


Dapat dan faham akan maksud yang disampaikan??
Menggunakan medium FB (sbb Baba tahu Mama mmg FB addicted..ihihi) dan menggunakan bahasa yang sedap didengar..inilah HIKMAH dalam menegur dan menasihati...kan bagus kalau semua suami mcm ni..(syukur Alhamdulillah...kalau dah dpt suami mcm ni..jangan amik kesempatan ye...)

Wanita, fahamilah definisi menutup aurat dlm erti kata sebenar, fahamilah makna ibadah dalam erti kata yang mendalam, hayatilah Ramadhan dalam ruang maksud yang luas..Islam itu mudah, tapi bukan utk dipermudahkan..Islam itu elok dan bukan utk diperolokkan..jaga kelakuan, tingkah laku..kerana secantik2 perhiasan adalah wanita solehah..dan janganlah mengheret suami/ayah kita ke neraka kerana dek perbuatan kita...

Sekadar untuk ingatan bersama...
Maaf andai terkasar bahasa...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.


Thursday, July 11, 2013

Siapa tak SAHUR???

Assalamualaikum WBT

Salam buat semua..

Alhamdulillah..2 Ramadhan sudah..seronok kan berpuasa??
Teringat di zaman sekolah dulu, Mak akan kejutkan Mama pukul 3am..makan2 (mesti makan nasi!! + teh o suam!!) dan Mak juga akan paksa tidur balik pukul 4am sbb tak nak anak2 dia ngantuk kat sekolah. Macam2 cara yang mak2 kita buat untuk pastikan anak2 mereka berpuasa dengan jayanya kan..hihihi

So, siapa di antara pembaca yang tidak pernah bersahur? Atau mungkin frasa yang tepat adalah MALAS..jom kita cuba selusuri apa manfaat bersahur..



Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. - Dr Maza

Walaupun Sahur tidak diwajibkan, ianya adalah SUNNAH! Ini bermakna bersahur adalah amat digalakkan. Antara sebabnya ialah :-

1. Ianya menjadi perbezaan antara orang-orang Islam dan Yahudi.
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
(Riwayat Muslim).

2. Allah meletakkan keberkatan dalam bersahur.
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Aduhh..baru tau ye betapa ruginya kita jika tak bersahur? 

"Tapi saya mmg tak boleh makan tgh2 malam tu..nnt lagi sakit perut saya"
Bukan suruh makan sampai penuh sehidangan di meja. Cukup sekadarnya.

Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Atau sekadar bersahur dengan tamar!! Dan ianya sangat digalakkan. 
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).



Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

Sahur itu Sunnah untuk dilewatkan. So, tak de lah masalah bgn tgh malam untuk makan. Selesai bersahur, terus solat Subuh dan boleh sambung dengan apa2 aktiviti ibadah yang lain.

Ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan melewatkan sahur antaranya :-

1. “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

2.“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka berdasar al-Quran dan hadith2 di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

Apa lagi alasan yang nak diberi?
Tepuk dada tanya diri....


Mungkin anda boleh juga cuba yang ini..



Mudah, Ringkas, Berkesan...cuma tambah buah tamar aje...dapat pahala, Insya Allah!!!






Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem!!

AssalamualaikumWBT

Belum terlambat rasanya!!

Ramadhan Kareem untuk semua!!



Madrasah Ramadhan kembali lagi.
Pesta Ibadah jangan hanya dinanti tapi tidak diisi.

Doa dlm bulan Ramadhan :


JOM JADI BAIK!!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.