Showing posts with label Igloo Outing. Show all posts
Showing posts with label Igloo Outing. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Day Seven : Balik Kampung ooooo


Assalamualaikum WBT

Salam Sayyidul Ayyam!!

Jumaat merupakan hari yang diberkati, ia adalah sebaik-baik hari yang terbit matahari pada paginya. Pada hari inilah Nabi Allah Adam A.S diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan daripadanya. Jumaat juga akan berlakunya hari kiamat dan yang penting perlu diketahui oleh kita juga ialah terdapat satu saat yang mana Allah memperkenankan doa-doa hambaNya. Demikianlah antara kelebihan-kelebihan hari jumaat yang banyak disebutkan oleh para alim ulama dalam karya-karya mereka.

Banyak benda yang masih kita tak tahu pasal keistimewaan Jumaat ni kan...

Mama pun tahu serba sikit ni hasil carian sebab sama-sama tolong Balqees Hashim buat scrap book about Jumu'ah Mubaraqah.

Betul lah ajaibnya ilmu ni...makin bnyk kita baca..makin banyak kita tak tahu dan makin banyak kita cuba nak paham..makin menarik jadinya..
Tapi...kena stop jap..penat juga jadi tukang gam ni..

Oh ye...bila nak siap laa scrap book Kakak ni tak tau laaa... :D
*insert...ketuk kepala*

Siang Mama tolong Hashimiz siapkan homework yang sangat laa banyakkkkkkk..mcm cuti sebulan pulak..hihihihi...

Okeh..hari ni ada something best..

KAMI NAK BALIK KAMPUNG!!!

Destinasi : Segamat, Johor.

Kami bertolak pukul 9.30 malam.
Alhamdulillah sampai Segamat pukul 12.30. Lewat skit sbb hujan, plus Baba ngantuk..

Okeh...
So..tips cuti hari ni.. balik kampung!! sesekali balik tgk atok and nenek di kampung!! best kannnnnn..

Luv,
Igloomama
Segamat

Thursday, September 18, 2014

Day Four : Movie dan Makan

Assalamualaikum WBT.

Mama dan Auntie Ani plan nak bawak kids pegi tgk movie.
Pilihan cerita..Ribbit in Malay tapi malangnya tiket dah sold out..

Akhirnya....





Ini lah pilihan kami..
Kat Space U8 pulak tu...ihihihhi
Lepas tu..Mama and Baba cucuk jarum..kasik Cik Nani join sekali..haahahahah

Tapi...
Walaupun tak happening tempat tu...
Dan sedikit boring..

Kami kan happening..riuh rendah...so..tak terasalah sangat..hihihi

Setel tengok movie..

Kami menjamu selera di kedai kawan Baba.
*Kalau nak tau...semua Baba yang ada ni..mmg dipanggil Baba juga oleh anak2...haaa...senang kan...sehati sejiwa gitu.. :D




DaraLamb..kat Section 7. Betul2 kat belakang (ke mengadap ek?? tak perasan pulak..) Hospital Shah Alam yang bakal di buka tu..

Peminat burger bakar..boleh try..kedai cosy..
Enjoy lepak2 santai sebab kebetulan masa kami terjah tu...tak ada org lagi...best kan..hihihihih

Apa-apa pun..
Kalau tempat tak best mana..event tak se gah mana...tapi once bersama dengan geng kita..semuanya meriah belaka..kan..kan..kan..

ALhamdulillah atas kurniaan sahabat mcm diaorg!!
Thank You Allah.


Okeh..so..another 2 ideas how to spend school holidays wisely..
Movie and makan with your geng!!
Peace!!

Luv,
Igloomama
Shah Alam 



Monday, September 15, 2014

Day Two : Santai Ria dan Silaturrahim

Assalamualaikum WBT

Hari ini kami tidak ke mana2...

Mama buat bihun goreng dan juga jemput-jemput. Special kali ini Mama buat jemput-jemput menggunakan tepung attar..
Tepung attar tu apa?
Tepung yang buat capatti tu..ada dijual di pasaraya. Cari tepung ATTAR.. sedap..lembut..best!!


Lepas tu Mama dan Baba keluar untuk sedikit brisk walk di Tasik Kota Kemuning.
Lama kami tak buat aktiviti ini...

Sedikit penat tapi sangat syiokk...hiihhi

Kami sampai di rumah...
Mama siapkan kerja2 rumah dan Hashimiz buat homework dengan Baba..
Kami ada jemputan untuk menghadiri kenduri kesyukuran bersempena pertunangan sepupu Baba di Gombak..so..kami pun berehat lah sekejap..

Alamak!!
Dah terlewat bangun..cepat2 siap..kami sampai di Gombak pukul 4ptg!!
Ya Ampunnnn..hihihi..mmg dah lewat sangat2..

Sebelum ke Gombak tu, Baba selesaikan sedikit kerja nya..tu yang jadik tambah lewat,..hihihi


*sorry nismah...akak cilok gambar from FB..ya ampunnn...

Tapi yang penting, kami datang..tetap untuk meraikan..Tahniah buat Cousin Nismah Hayati Nasiruddin!! Moga jodoh kalian panjang, sehingga ke jinjang pelamin..insya Allah.
*Nismah punya jamuan di tepi swimming pool..awesome sangat!! Hashimiz spent masa main playground,,and Mama enjoying the foods..Masya Allah..Alhamdulillah..sedap sungguh dapat makan gulai ikan masin ngan nenas :D

Sebelum pulang..Baba singgah di UIA..sambil2 drop Affaf dan Amer (anak2 sedara Baba yang sedang belajar di UIA). Baba beli samosa sedap di cafe Ali..mmg sodap...hiiihihih

Sampai di rumah..Maghrib.
Lepas solat Isyak..Mama dan Baba lepak2 tengok Batman.
Best. Lepas tu...ngantukkk.....tdo! hahaahah

Luv,
Igloomama
Shah Alam.

Day One : Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...

Cuti sekolah kali ini Mama dah ada plan ahead. so, at least kita dah ada guideline..just in case apa yg plan tak menjadi..so..kita main tukar2 hari aje laa...hihihi

Okeh..berbalik pada kisah short trip kami..
The best and amazing short trip yang Mama rasa sangat2 bermanfaat buat Mama, Baba dan Hashimiz. Alhamdulillah.

5.15am - Bertolak dari rumah
5.30am - Solat Subuh di Masjid Shah Alam.
6.30am - Memulakan perjalanan. (ingatkan anak2 untuk membaca doa musafir)
8.00am - Tiba di Tapah
*Kami spend masa di sini agak lama, bersarapan bersama dengan rakan sekolah Baba. Terima kasih kerana sudi bersarapan bersama kami : Arjunee, Wife dia Yani dan juga sons, Amal dan Aiman.
(Silaturrahim juga penting :D)

9.30am - Mula mendaki Cameron Highland (melalui Tapah)



10.30am - Tiba di Tanah Rata. Kami terus ke Taman Agrotek Mardi. Info : Tiket Dewasa RM3, Kanak2 7 -12thn RM1.50. So total tiket kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM9.
Kalau korang nak beli pokok2 bunga, hiasan ataupun anak2 pokok, baguslah belinya di sini. Harga lebih murah. Mama beli sepokok daisy, sepokok pine hiasan, sepokok bonsai dan beberapa pasu kaktus buat Hashimiz dan kawan2nya.



1.30pm - Tiba di Tapak Pasar Malam. Kebanyakan gerai2 pasar malam sudah dibuka awal. Kami pun membeli lah. Sayur2, Teh dan juga sedikit cenderamata.
2.15pm - Tiba di Kedai Teh Bharat, Cameron Valley. Kami berhenti untuk minum teh dan amik lunch ringan2.
3,00pm - Mulakan perjalanan pulang (juga ikut Tapah)
4.30pm - Singgah di Masjid di Area Tapah untuk solat Jamak Ta'khir.
6.00pm - Sampai di Shah Alam

Selesai misi kami.
Tujuan utama ke Cameron :-
--> Permintaan Haarith Hashim nak makan strawberi coklat. *Sedap strawberi coklat di Mardi. secucuk RM2.50.



--> Mama nak beli teh
--> Nak pergi Mardi.
--> Nak jalan-jalan lihat alam sekitar.





Alhamdulillah..
Semua yang di plan menjadi.
Letih?
Tolak ketepi.
Nikmat Allah beri terlalu banyak nak dibandingkan dengan letih yang sedikit.
Alhamdulillah.
Seronok!




Nak buat short trip mcm ni lagi..Insya Allah.

Luv,
Igloomama
Shah Alam


Monday, April 21, 2014

Sukaneka Restukids di Riyadh Restu, Kuang.

Assalamualaikum WBT

Tarikh : 12 April 2014

Kenangan terindah sukan Hashimiz.
Tahniah Restukids!!

Now, let the pics tell you the stories!!

dedicated teachers and super supportive parents!


from left : Ariff, Haarith Hashim, Afif, Aiman Hashim & Balqees Hashim


presenting our Little Diva - Anees Hashim


Mama's boyfriend - Ammar



Sukaneka : Bawa bola dalam gelung plastik


Aiman Hashim in action!


Anees Hashim in action!


blood-tie relationship..always holding each other hands


Yeah...go girl...jump..jumpp..


Lari bawa pundi kacang atas kepala feat Balqees Hashim gigit jari..hahaha


When ex-1 month KISAS met ex-KISAS


What are you doing Haarith Hashim?


Parents in Purple..Aww..sweet moment holding ball with our neck..
sorang tinggi and sorang pendek..ahahha..



Mama's boyfriend again!!


3 BFFs


The wooden house..


again..the 3 BFFs


Haarith Hashim is waiting for his turn..Giant Ice Cream Match


Look at Baba...excited betul!!


Little Diva again...biting her fingers..hahah


Hikhikhik...again Mama's boyfriend!!



Teacher Dilla..the emcee


Tatehhh..tatehhhh...boyfriend baru nak tatehh..hiihihhi


Bestnya sukan!!

igloomama
shah alam

Thursday, December 12, 2013

Hashimiz No-School Activities!!

Assalamualaikum WBT

Salam sayang semua...

Setiap kali buat post baru,..setiap kali Mama mintak maaf ye..lama tak bersiaran secara tetap..tgk overview pun dah semakin menurun...uhuhuh
Cuti sekolah menuntut banyak masa Mama dengan Hashimiz. Contohnya..memasak kena 4 kali sehari...dapur tak berhenti beroperasi sehingga lah Hashimiz semua tdo.
Hihihihi...

So..kali ni Mama nak share skit info pasal cerita cuti sekolah ni..



Beraktiviti bersama Hashimiz yang sentiasa aktif ni (Alhamdulillah) memang menuntut kesabaran yang amat2 tinggi!!
Mama sebenarnya tak nak laa jadi Mama yang tak bertanggungjawab bila biarkan aje kids tgk tv n main ipad tanpa henti dan kawalan kan..

So..mula2 je cuti..kami decide untuk khatankan Haarith Hashim dan Aiman Hashim. Senang..awal2 cuti...so, kalau ada rezeki..nnt boleh jalan2 lepas tu..ihhihihi...mengambil jalan selamat dengan bersunat awal..Alhamdulillah..skrg dah boleh melompat bagai dah.,

While boys sedang menjalani proses pantang kerana bersunat... Mama hantar Balqees Hashim ke Program Celik Solat anjuran Butik Siti Khadijah. Fee dia RM60. So..outcome dari kem itu..Balqees Hashim lebih particular dalam menguruskan solatnya setiap waktu. Lebih particular dalam mengambil wudhuk. Alhamdulillah. Dalam kem tersebut jugak ada satu special session bersama selebriti comel, Wardina Safiyah. (dia sangat gojes!! Masya Allah)

Then..pihak sekolah dah set 3days Science Camp fro 2nd-4th Dec 2013. Macam2 cerita dan eksperimen yang diaorg show to us. Yang paling best..mcm mana panadol boleh hasilkan letupan!!! OMG!! Masa tu terfikir..panadol meletop2 dalam perut!! Yang nyatanya diaorg happy!! Alhamdulillah..

Then, we off to cuti2..ke Gunung Jerai dan juga Penang. ALhamdulillah..worth it!! seriously amazing!! Subhanallah..kuasa Allah..
*Mama akan story pasal ni kat post lain*

So, balik je from cuti2...Balqees Hashim and Haarith Hashim ke 1 Day My English Workshop anjuran Flying Colors Training Centre under Coach Liz. She was an awesome lady!! Masya Allah. sangat2 peramah..ofis dia pun sgt2 kemas.!! Fee RM90 per person... dan ada special price kalau pegi more than 3 in one group..kalau tak salah. Well, balik from workshop..diaorg speaking london laa sekejap..hahah..that's good!! Alhamdulillah.,

So..right after this...Mama akan packing baju2 semuala untuk sesi BALIK KAMPUNG!! Tak lama..coz kami nak culik Neni ke Shah Alam!! Insya Allah!!

After that???
What???
Legoland??????

Rethink...

Setelkan barang2 sekolah dulu ye..then baru tgk bajet balik!!

Ok..tu serba sedikit projek cuti sekolah diaorg..
Insya Allah petang ni nak ajak Baba ke bookshop..cari buku latihan..

JOM!!

*boleh bagi kids Omega Guard.. amik peluang tgh offer nih!!

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Thursday, September 19, 2013

Alahai..lamanya tak menulis..

Assalamualaikum WBT

Cek blog..wahh....10 hari Mama tak menulis rupanya.

Ishhhh...tak patut...tak patut..

Mama agak sibuk dengan rutin harian dan juga jalan-jalan masa cuti Hari Malaysia hari tu..
Insya Allah Mama akan up cerita jalan-jalan Mama tu ye..



Seronok dapat bawa dua2 bonda kali ni..cuma trip Cameron Highland Ma tak join..so,kurang lah meriahnya..ihihhi

Ok buat setakat ni..Mama nak setelkan beberapa longgok kain lagi..maklumlah, sepanjang cuti2 hari tu memang Mama tak memdobi..sekrang ni rumah comel kami dah macam kedai dobi rasanya..hihihi



*kalau ikut gambar ni..Mama dah lama kurus kan..hihihihihi

So, sapa2 yang nak kurus tu...boleh try set kuruskan badan supaya sihat semulajadi..

Shaklee laa..apa lagi..

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Monday, June 3, 2013

Musim kenduri dan sakit perut

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang semuaaaaa..

Ya Allah seronoknya balik kampung.
Destinasi kami minggu lepas adalah KELANTAN!!

Mama ke Kelantan selain nak balik kampung..kami ke sana meraikan perkahwinan sepupu Mama bersama pujaan hatinya seorang mek klate yang kiut miut! So, Selamatlah semuanya...yang dah kawin..dah setel nikah..yang Mama ni laa dah sampai Shah Alam dan kus semangattttt...penuhnya bakul laundry kami!!! ihihhihi..tak pe lah..sekali sekala..bukan sokmo2 pung...

Nak jadi cerita..sampai kelantan ari tu..Ma (MIL Mama) sakit perut..Ma kata dah pi toilet dua tiga kali pagi tu..(kami sampai klate pukul 8am). Mama pun cepat2 unpack barang2 yang bawak dan Mama carik Performance Drink. Mama bancuhkan satu cawan utk Ma. Pas makan, Ma pun minum lah..



Mama pun lupa nak tanya apa2 lepas tu..sebab sibuk2 nak pi majlis nikah cousin Mama tu..
Pegi majlis nikah tu...siap ada kamben golek lagi you...ihihi..mmg makan mcm tak ingat laa..

Balik kenduri semua dah letih. So, apa lagi..terus tdo!

Bangun subuh keesokkannya tu..Ma ckp,
"Aida, Ma dah pi tandas 2kali dah pagi ni..ada tak air yang mcm smalam tu. Smalam minum, Alhamdulillah..perut rasa lega dan tak letih."

"Ada Ma..nanti aida bancuhkan sat."
Mama pun bancuhkan laa..satu mug lagi. Hajatnya nak letak dlm botol air, tapi carik2 botol air, tak jumpa pulak. Setel bancuh, Ma pun minum. Pas minum beberapa ketika Ma ke toilet lagi.

"Lega skit." katanya.

So, nak jadi cerita, smalam masa Mama nak balik Shah Alam...Ma ckp
"Aida tinggalkan Ma skit air tu. Rasa sedap tubuh bila minum. Kita buang2 air pun tak rasa letih sangat..cuma kaki ni je laa..lenguh pi toilet."
*usahkan Ma, Mama pun lenguh kalau toilet cangkung*
*smile*



Mama pun masukkan separuh canister ke dalam tupperware dan tutup rapat, dan ceritakan mcm mana cara bancuhan. Syok bila tgk Ma berminat dengan Shaklee..Ma mmg penyokong tetap Mama!! Alhamdulillah.
Dan Mama lagi seronok bila Ma kata Ma tak amik dah ubat2 hospital. Alhamdulillah!!

So, kalau Ma Mama yang dah berusia 70 tahun lebih pun masih mempunyai keinginan untuk mencuba, kenapa tidak kita. Kulit Ma walaupun sudah tak tegang..tapi masih putih bersih dan lembutttsssss...

Tak salah mencuba kan!!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-


1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201

2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
PosLaju percuma dengan pembelian RM350 ke atas

COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

  

Sunday, March 31, 2013

panas..panas..belon..panas...

Assalamualaikum WBT

Salam petang Ahad...bumi Shah Alam sedang disirami rezeki hujan..Alhamdulillah...syukur..sejuk sikit rasanya..cuma ada laaa dgr2 komplen2 kecil sbb astro kejap ada kejap tak de..Hashimiz tgh tgk movie Real Steel...kisah robot lawan boxing tu...ihihhihi...lupa segala Test 2 esok..diaorg dok depan tv ye...haaaiipppp...
(Mama jugak yg bukak TV sebenarnya...sekali...ada cerita yg diaorg minat daaa...hihihihi)

Well...tadi pagi kami dah menjejaki bumi Putrajaya dengan harapan nak solat Subuh di Masjid Sultan Mizan..tapi..malangnya semuanya tersedar hanya selepas azan subuh..,(FRUST betul..) so, dgn sepantas kilatnya kami menyiapkan diri2 kami...solat dan terus bertolak ke Putrajaya...sebelum tu singgah beli sarapan jap..sbb kalau nak tunggu sarapan nnt susah pulak nak dpt parking..

Eh..kenapa yg kalut sangat nak pi Putrajaya tu? ihihih..sebenarnya untuk ini...


Last day hari ni...tu yang excited sangat nak pi...

Apa yang kami dapat? Tahun ni tak de laaaa best sangat Mama rasakan...mungkin sebab cuti sekolah kan..so, org dah pi awal2....

Kali ni tak beli apa2..cuma saja nak menyibukkan diri dengan crowd dan pastu nak kasik diri Mama pening....as usual laa..perasaan excited akan hilang bila org dah start ramai...sbb Mama akan start peluh seram sejuk and pening kalau duduk di kawasan org yg padat...tu pasal kami jarang nak pi shopping mall...hihihihhi....(mujur sangat laa kan...)



Gambar2 ihsan from gallery kat Official Website..Mama mmg tak bawak Cik Nikonita kami..malas sebab berat..hahahaha....

Kanak2 agak frust sebb kami tak belikan belon..hihihihi...buat apa...membazir...baik beli makanan kan..kan...so..pastu Baba pun belanja laaa aiskirim...dan juga alatulis nak naik sekolah esok...dan kami zoom balik rumah dannnnnnn....acara kesukaan ramai...

TIDURRRRRRRR...

Minat dengan Shaklee??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

Bawalah ku terbang..zam zam ala kazammm...
iGLooMaMa
Shah Alam.

Saturday, March 30, 2013

M E N G A * D**G??? Lagi????

Assalamualaikum WBT

Salam malam Ahad..Ya Allah...kejapnya cuti sekolah nak abis...kain baju cuti2 ari tu blom sempurna setel lagi..hihihih....kena berusaha keras dalam masa beberapa jam terakhir ni..ye lah..Mama dah nak masuk keje balik..Supir Tetap Hashimiz kan....huhuhuhuhu

Pagi tadi kami ke rumah cousin Baba..Dr.Asyraf Wajdi Dusuki..dan Mama pun berpeluang juga berbual2 dengan wife-nya...Kak Wani - Dr. Irwani Abdullah...kami tak de laa berbual berkenaan islamic banking mcm Baba ralit mengambil kesempatan bertanyakan pelbagai soalan kepada sepupunya..cuma kami banyak bercerita mengenai family...dan kebetulan usia anak kecil kami hanya bezanya sebulan..so, mcm2 laa topic masam2 manis yang keluar kan...
( Ralat tak menjenguk Khola Aini yang baru lepas surgery..maaf yang teramat..melayan kerenah si kecil tadi sehinggakan terlupa untuk bertanya khabar. *insert sedih :((* )

Tapi salah satu yg menjadi topik perbualan kami yang membuatkan Mama tersenyum sendiri..ialah..

"Aida bila nak menambah? Muda lagi tu.."
"Errr....."

Terbayang betapa meriahnya rumah comel kami dengan keriuhan Hashimiz..


*insert LOL*

Kena tunggu Kak Wani conceive ni..so, boleh join...sebab anak2 kami kebanyakannya sebaya..Allahyarham Al Baihaqie Hashim sebaya dengan 'Ammar, Balqees Hashim sebaya dengan 'Affaf, Aiman Hashim sebaya dengan 'Affan dan Anees Hashim sebaya dengan 'Azzah..
Hihihihiiii..

Memang ramai di kalangan kawan2 Mama sekarang sedang berbadan dua..macam2 cerita Mama dah dgr..yang tu nausea..yang tu jadik malas..yang sorang moody semacam..ada yang tak de rasa apa2...relaks aje..

Itulah keajaiban seorang ibu yang sedang hamil..apa yang dia sgt suka..dia jadik tak suka..senang2 je semua benda twist..ihhihihihi..yang paling ajaibnya..ibu ni tak pernah rasa serik kan??? sakit mcm mana pun proses kelahiran anak2 mereka..mereka tetap mahu dan redha melahirkan lagi..Maha Suci Allah!!!
*syukur Allah jadikan Mama seorang wanita dan ibu..Alhamdulillah..*

Bebel punya bebel...jam dah kul 10pm rupanya...nak aturkan tdo Hashimiz...esok pagi2 kami ada agenda, insya Allah...nak kemana?? Haaa...tunggu kalau2 jadik ye...

Minat dengan Shaklee??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni..

wanginya bau babyyyy...
iGLooMaMa
Shah Alam.

Monday, March 11, 2013

Apa nak buat?

Assalamualaikum WBT

Salam kasih sayang semua..sekali lagi, lama betul Mama tak menulis...Allahu Rabbi..teruk betul sesawang dalam blog Mama nih...and I'm again bersemangat kononnya nak keep on menulis daily(sangat hope boleh buat kali ini :D) Yeah..being a HOME MOMMA makes Mama teramat-lah bz dengan house chores(Owh no!! why I can go down and under mr.facebook every seconds but i dont have time for blogging??? simple..coz blogging will needs Mama to sit and focus writing..while FB-ing pakai fon aje kan??kan?? ihihihihih)

Yesterday...Baba ajak Mama bawak kids pegi Setia City Park...main layang2...mmg best ok! Cuma nak jadik cerita, kami bentang tikar kat tempat sprinkler air tu...ahhahaah...mmg selamat kain Mama basah..eeerrrgggghhh......silap port..so, nanti pasni, kiteorg akan tengok betul2 dulu..ihihih..

Kids were really having fun. Seronok bila tgk mereka suka mcm semalam and Alhamdulillah as usual, Baba mmg terer bab main dgn kids..while Mama dok diam2 atas tikar n jaga barang2..teringin gak nak main2 kejar2 ngan kids...tapi public place kan..so..mcm malu2 nak main2 depan2 org...plus..angin kuat..kang terbang picnic mat kami..hohoho ( cakap le laa malas dan tak berapa rajin...ihhihi)

We managed to spent our time kat situ about 2 hours...kids were extremely happy and keep on telling Baba that they wanna go there again..Aiman siap ajak 2 kali pergi every week...hihihihih...

Dah berpenat lelah kat park..,..kamimasuk Setia City Mall untuk solat Maghrib. Ramainya laaa manusia...
Mama ada satu alergy...mmg x leh tgk org ramai2...start kuar peluh sejuk..kepala rasa dizzy..kaki rasa dah x jejak atas tanah....

Setel Solat Maghrib...kami menuju ke destinasi memenuhkan perut...ihihih..Mama beli voucher The Manhattan Fish Market kat Groupon...so, as usual...penasihat tetap Mama, mek BFF dah kasik warning yang makanan sangat bnyk..so, Mama dah readykan kids yg hanya makan roti masa bekpes smlm dan penat main2..so, mmg diaorg lapar sgt2...sup datang...sup abis..spegeti dtg..spegeti abis...ikan dtg..ikan abis..haahahahah....seronok tgk diaorg makan..esp Haarith laa...(sebenarnya tgk Mama Baba makan lagi best..ahahahahah)

Memang berbaloi2 dengan pembelian kali ni..rasanya kalau tak makan MFM setahun pun masih teringat2 kan hidangan yang sangat banyakkkk...well, as for Mama..Mama mmg sgt suka kat MFM..so, we'll be there again soon ye...oh ye..ari ni last for MFM punya deal dlm groupon..so, u guys..sapa2 nak..cepat2 grab..bwk laa Mak Ayah MIL FIL semua pegi mkn situ..mmg terbaik...

Ni link dan link kalau korang nak beli..for this time being..ada lagi plus minus 14jam lagi...grab jgn tak grab...hihihihi

Ok lah..Mama nak setelkan keje2 rumah...12pm nnt nak pick up Aiman..dok ngadap pc mmg ralit...better step off now..kita dating lagi nnt ye...

Hari panas baik cepat jemur kain...

iGLooMaMa
Shah Alam