Showing posts with label shooting. Show all posts
Showing posts with label shooting. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wordnesday || Dah sampai!


Yeayy!
DVD-R dah sampai.
Boleh tengok sampai puas!

Sambil-sambil cari mana kekuatan dan kelemahan diri sendiri bila kena interview dan masuk dokumentari.
Terima kasih RTM

Tuesday, September 22, 2015

Day 1 - Shooting dari RTM untuk Rancangan "Agro Jurnal"


Alhamdulillah.
Selesai sudah shooting 3 hari bersama pihak RTM dari 18 hingga 20 September lepas.
Nama je shooting 3 hari. Tapi persediaan rasanya berhari-hari juga perlu dibuat.
Dah lah kami hanya dapat panggilan daripada pihak RTM awal pagi Isnin lepas, terus je kelam kabut dan huru hara sikit meeting dengan orang tu, jumpa dengan agensi ni, bincang dengan pihak tu dan macam2 lagi. 

Namun semuanya berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama dan sokongan pelbagai pihak.
Ya lah shooting ni berbeza2 di setiap lokasi pada setiap hari. Semestinya macam2 pihak perlu terlibat sama.

Oh ya berdasarkan jadual diatas tu, ada perubahan tentatif sikit. Iaitu tentatif pada 18hb bertukar dengan tentatif 19hb. Ini kerana pihak Lembaga Koko Malaysia dari Nilai hanya boleh turun ke premis CocoDamia pada tarikh tersebut sahaja. Namun ia langsung tidak menjadi masalah kepada kami.

Satu penganugerahan besar juga tajuk "Usahawan Berjaya dalam Industri Koko Negara" kepada kami. Namun saya percaya pasti ada hikmah kenapa Allah telah mendetikkan pihak RTM memilih kami CocoDamia.

Jom tengok gambar2 dibawah!



Day 1 - 18/9/2015

Task: Rakaman dari RTM Angkasapuri untuk Rancangan "Agro Jurnal" setiap ahad di TV1

Venue: Pasaraya Maslee Taman Teratai dan Kedai Sahabat Roselle Marketing (SRM) Taman Impian Emas

Masa: 10 pagi hingga 4:30 petang

Skop Interview: Pasaran CocoDamia dari mula2 berniaga hingga perkembangan terkini

Pihak2 terlibat: Branch Manager Pasaraya Maslee dan juga para staff lain, Pegawai FAMA Negeri Johor, Pengurus kedai SRM, regular customer CocoDamia, promoter CocoDamia dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua atas komitmen yang diberikan.


Untunglah staff Maslee pun boleh masuk TV..


Branch Manager Maslee Tmn Teratai


Regular Customer CocoDamia


Regular customer kena intervie juga


Hah! Dah start part saya kena shooting bersama pegawai FAMA


Belek2 sambil bual2..


Lam pula scene saya..


Macam2 saya terangkan...


Pegawai FAMA kena interview


Crowds yang ramai uji rasa Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Scene saya lagi


Lebih menceritakan pasaran saya sekarang


Ramai pula yang tengok.
Mujur saya dah biasa.
Penerbit RTM cakap saya macam dah biasa kena interview dan berlakon. Hihi..


Sebelum solat jumaat, saya membawa krew RTM makan dulu


Restoran pilihan saya kalini adalah di Asam Pedas Bugis.


Jam 2:30 petang kami sambung shooting di kedai stokis kami iaitu SRM.


Berlakon bang, jangan tak berlakon


Kat SRM ni pun ramai crowd yang datang tgk kami shooting


En Yusof selaku pengurus SRM sedang ditemuramah


Regular customer Coklat IQ di SRM, Puan Sarina


Bergambar kenang-kenangan.


Kepada sekitar penduduk Johor Bahru, boleh dapatkan Crunchy Flakes Cereal Cup ni di semua outlet2 (12) Pasaraya Maslee ya kecuali di Simpang Renggam tiada.

Ok, sambung shooting lagi keesokannya.





















Tuesday, February 24, 2015

Rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan

Alhamdulillah.
Pagi ini saya ada rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan di Cupchai Cafe & Bistro.
Baru selesai shooting jam 12:30 tengahari tadi.

Terima kasih kepada pihak TV Selatan yang menjemput saya selaku pemilik CocoDamia, sebagai tetamu undangan program bual bicara ini di saluran Sembang Selatan.

Sembang Selatan ni merupakan sebuah program bual bicara yang menampilkan tetamu undangan bagi mempromosikan produk yang diusahakan di sekitar Negeri Johor.


Pihak produksi tengah set up produk2 dan banting CocoDamia.


Saya yang sedang dipakaikan microfon chips dibawah tudung.


Kena sorokkan wayar-wayar yang kelihatan.


Pengacara yang begitu sporting dan cepat serasi dengan saya.


Bersungguh-sungguh tu hah nampaknya saya sharing tentang produk CocoDamia.


Saya berkongsi Perancangan dan strategi untuk memperluaskan produk ini di peringkat Malaysia dan Antarabangsa.


Rakaman di sini.
Btw saya pernah makan disini.


Pengacara lelaki tu cakap dia pernah makan Krukk Krakk Chocolate tu.
Memang sedap! Makan sekali nak makan dan makan lagi.
Tak sedar sekejap je dah makan 3 bar.


Nanti dah ditayangkan rakamannya saya share ya.


Dan agenda wajib lepas rakaman adalah bergambar bersama produk-produk CocoDamia.


Terima kasih kerana belanja Roti Kacang Pool..;-)


Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada pihak TV Selatan kerana menjemput CocoDamia.
Semoga cerita dan maklumat berkenaan produk-produk CocoDamia terutama Coklat IQ dapat memberi manfaat dan menambah nilai kepada semua.

Terima kasih Ya Allah.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, July 20, 2012

Di sebalik pembikinan Iklan Jacobs yang ditayangkan di TV sekarang

Wahhh..lama betul yer nak buat cerita di sebalik pembikinan iklan Jacobs ni..
Kebetulan pula sekarang hari-hari iklan Jacobs On air kat banyak channels..
So ambillah kesempatan ni imbas kembali masa shooting haritu..
Kami shooting hari khamis bersamaa dengan 14 Jun 2012..

Sepatutnya tepat jam 4 pagi, van production akan ambil saya dan mak kat hotel.
Hotel yang kami stay adalah The Nomad 
Ni kali ke 2 kami stay kat hotel ni..
Tapi disebabkan ayah damia tak nak terikat dengan jadual waktu shooting sebab faham2 jer lah kan kalau bawak 2 budak kecik...so kami decide kami follow jer lah van tu nanti naik kereta kami sendiri..

Lokasi kami shooting adalah di Hulu Langat...
Kebetulan masa kami sampai tu, azan subuh berkumandang...
So, kami sempat solat di Masjid kat sebelah tu jer dulu...
Lepas dah siap2 solat, terus kami ke lokasi berhampiran iaitu di kawasan perumahan kampung disitu..
Ramai krew2 dan juga khemah2 telah tersedia utk kemudahan shooting pada haritu..





Ni mak tengah make up selepas menukar pakaian utk shooting iklan ni..
Seawal pagi tu dah make up..
Selepas make up, kami mengambil sarapan yang disediakan di bawah khemah .
Mak aiiii..banyak sungguh pilihan makanan..
Serius cakap, setiap kali shooting, makanan memang tidak menghampakan..




SCENE PERTAMA
Selepas tu kami menaiki van yang disediakan ke destinasi pertama iaitu di satu kawasan berbukit yang sangat cantik..memang tak ada org pun lalu lalang kat situ...penuh dengan krew2 dan tenaga kerja shooting sahaja..




Yeayyy...matahari terbit dah nampak..
Tujuan kami ke sini awal pagi adalah semata2 nak tunggu matahari terbit ni lah...takut terlepas pulak..
Tapi sebelum tu rasanya mahu 40 kali mak ulang alik bawak motor dari hujung sana sampai hujung sini..
Tapi bukan mak sorang jer...ramai crew2 yang jaga mak..
Kalau mak kena patah balik ke tempat hujung sana, mak naik motor yang crew bawak..
So pendek kata kebajikan mak memang dijaga..
(Perasan tak dalam iklan Jacobs yang mak bawak motor tu?? kat sinilah lokasinya)



Nampak tak asap2 yang keluar tu..
Tu diaorg guna alat apa ntah suruh keluar asap2 tu..
Kengkonon macam kabus kot..
Oh yer...masa mak tgh shooting ni, saya and both DAMIAS duduk dalam van yang disediakan sebab takut penat..ayah damia pulak memang duduk kat area shooting sebab takut mak nak apa2 kan..
Yang tak tahan tu, pokok durian ni boleh pulak gugurkan durian bedebokkkk time org tgh shooting...sabo jer lah...hahaha...




SCENE KEDUA
Lepas dah habis shooting yang scene bawak motor tu, kami ke destinasi seterusnya pula..
Kat sini mak kena lalu jambatan ni..
Memang cantik pemandangan kat sini...
Nasib baik sekejap jer sebab matahari dah naik betul dan panas pun dah rasa..
Kami anak beranak tunggu dalam van tgk dari dalam van jer..




SCENE KETIGA
Lepas tu kami menaiki van ke kedai makan yang telah dipilih oleh produksi..
Wahhh...kat sini nak makan apa cakap jer, nak minum apa pun order jer..
Tu mak tengah gigih bawak periuk kengkonon nak jual kat kedai makan..
Tapi area shooting tu sikit jer pun..
Kat area luar tu jer..kabinet makanan pun produksi bawak dengan lori tau..
Bukan owner kedai tu punya..pergh memang bersusah payah juga yer nak berlakon atau buat iklan ni..
Macam2 prop yang pihak produksi kena sediakan..




Para crew dengan tugas masing2..
Selain dari crew, org2 dari agensi juga hadir utk memantau kelancaran shooting ni..
Mana2 yang mereka ada nak bantah atau tak suka, boleh on the spot komen..
So kami sebagai TALENT akan buat sekali lagi...




Layanan terhadap mak memang best!!!
Makanan minuman semua terhidang utk mak..
Al-maklum ler...yang muda lebih menghormati yang tua..:)




SCENE 4 DAN SETERUSNYA
Lebih kurang jam 12 tengahari, TALENT kena balik ke rumah yang disewa utk shooting..
Walhal crew2 masih lagi berada di kedai makan tadi utk shoot resit dan lain2..
(Seperti yang tgk dalam iklan Jacobs tu)
Kami makan tengahari..yang bestnya tu, kawasan rumah sini penuh dengan buah-buahan tempatan..
Sempat juga kami mencari buah manggis dan makan sampai lebam..
Yang crew2 tu lagi lah..pantang dengar durian gugur, laju jer pi cari durian dan makan terus..
Memang rajin owner rumah ni, Kak Ros..
Rumahnya selalu dijadikan tempat shooting...

Oh yer..dah siap makan bagai...terus saya dan mak solat dan make up lagi..
Kebetulan masjid dekat kat sebelah tu..
So, memang pantang dengar azan, memang terus jer nak solat..

Scene2 seterusnya saya tak dapat nak snap sebab giliran saya dan mak pulak shoot..
Nak harapkan ayah damia????
Boleh pulak dia hilang ngan anak2 pergi amna ntah..
Tanya kat whatapps abang pergi mana..dibalasnya gambar dia tgh mandi kat sungai congkak tu..
Perghhh siap mandi sungai lagi diaorg tu...dan dan jugak meratah durian kat tepi jalan tu..
Sabo jer lah..tapi ok lah kan...janji budak2 happy..




Masa ni saya berehat kejap..
Mak pulak kena scene yang buka kotak biskut Jacobs dan makan biskut Jacobs tu..




Masa playback kat TV...saya sempat record ni...
Ni adegan saya tunjuk gambar2 both Damias kat mak guna IPAD..
Alaa...yang macam kita tgk dalam iklan Jacobs tu..
Tu gambar both Damias kat Cameron yang masa gi bulan Feb aritu...
Ingat lagi tak???




Sangat sweet kan..
Kebanyakan gambar2 saya masa kecil di paparkan..




Ni lagi gambar2 saya masa kecil dan mak masa zaman muda2..
Yang bestnya pihak produksi dah cuci besar2 gambar asal yang 3R sahaja tu..
So memang tuah kami lah dapat semula gambar2 lama dalam saiz yang lebih besar..hehe



Waktu utk rehat makan tengahari..
Tapi mak tak nak makan nasi..
Katanya nak makan durian jer..
Kebetulan pula pengarah iklan belanja kami semua makan durian..
Wahhh suka mak makan durian banyak2..
Memang dia tak makan nasi pun..
Tengahari tu makan meehoon soup sahaja..
Bersama mak adalah owner rumah tu, Kak Ros..




Waktu ni scene Aleesya dah nak start..
Tu gambar Aleesya bersama juru make upnya..




Ni pula gambar Aleesya bersama dengan crew produksi..




Saya dan Aleesya..
Nampak lainkan muka pakai tudung cenggitu..
Aishhh....first time ni pakai tudung yang ada inner neck cam tu..
Saya kan selalu pakai yang ada awning jer...




Cucu dan nenek..
Nenek lagi glammmm dari saya dan cucunya..
Kat kampung semua tegur mak tanya pasal iklan ni..hik hik..




My sweet heart..
Sangat bagus komitmen yang diberi haritu..




My script..
Berpuluh2 kali berulang baca skrip ni..




Ni scene kat dapur pulak..
Alaaa..kalau yang dalam iklan tu yang time mak menumbuk bawang tu..
Tumbuk bawangnya sikit..tapi aksesori tambahannya bukan main banyak lagi...




See!!!
Nak gunanya seulas dua jer bawang..
Tapi sebab nak perfect punya pasal masa shooting..berkilo2 dibelinya semua ni..




Lepas tu saya dibawa ke sebuah kawasan atas bukit yang sunyi dengan menaiki HYUNDAI STAREX utk record suara pula..
Nasib baik ada pihak agensi teman...
Kalau tak serammmmm jugak...hehe




Last scene..
Mak kena buat aksi bangun tido dalam bilik...




Kat bawah pulak crew2 yang jaga audio, visual semuanya bekerja keras..




Dan finally...tepat jam 9 malam, semuanya settled!!
Wahhhh...badan dah terasa huyung hayang...
Otak pun dah penat..
Tapi sempat lagi kami makan malam dalam khemah yang disediakan..




Dan mak???
Tetap nak makan durian jugak...
Langsung tak makan nasi..
Akhirnya selesai sudaaaa shooting iklan Jacobs kami...phewwwww!!!!

Sampai2 jer hotel...terus terbaring...serius saya tak sedarkan diri..
Last2 kul 4 pagi baru mak kejutkan solat isyak...
Memang pengalaman yang paling bermakna buat kami sekeluarga terutama mak!!!
Insyallah...harapnya next time ada job lagi kami nak berlakon iklan..ngeh ngeh ngeh!!!

p/s: Maaf kalau ada tersalah ejaan...taip sekali lalu jer ni...tak sempat nak check ejaan..
p/s: Apa2 pun legaaaa entry ni dah terbuat....sekurang2nya ia memberi pengalaman dan memori yang bermakna buat kami