Showing posts with label FB. Show all posts
Showing posts with label FB. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Suami aku ustaz || Kisah budak SPM kahwin dengan ustaz sekolah sendiri


Semua ikan dilaut,
Burung diudara, 
Bulan dan matahari,
Dan malaikat dilangit,
Akan turut beristighfar,
Selama mana isterinya taat kepada suaminya.

Isteri yang solehah adalah lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh.

Dan doa seorang isteri adalah lebih makbul dari suaminya kerana sifat seorang isteri yang penyayang.

Sobsss! Sobsss!
Sedih sangat tengok filem ni.
Mencurah-curah pula air mata tengok ustaz tu sanggup mengorbankan diri dan sabar dengan kerenah isterinya yang masih bersekolah dan akan menduduki SPM.

Balik dari kelas tadi, ingat nak baring2 kejap. Ternampak pula ada link filem ni dah keluar di Gengtube. Memang dah lama nak tengok cerita ni. Sebab jalan cerita yang menarik.

Walau apa pun cerita yang kita tengok, ambillah iktibar dan pengajaran atas setiap jalan cerita yang dipaparkan.

Semoga kita semua menjadi isteri terbaik untuk suami kita walaupun kita tak cukup sempurna.

Monday, January 26, 2015

Instant shawl bertali


Wah wah..
Sekarang semuanya nak instant kan..
Dulu famous dengan tudung instant..
Sekarang wujud pula shawl instant..
Semua nak mudah dan cepatkan..

Tapi kalini lain sikit instantnya..
Siap bertali uolsss..
Nak ikat bawah dagu boleh, nak ikat kat belakang boleh, nak ikat kat tepi pun boleh..
Jangan ikat kat hidung sudah.. Hihi..


Khamis lepas parcel saya sampai by pos laju..tak sabar nak cuba.. Sekali cuba.. Wahhhhhh... Ngam pula dengan muka saya..labuh depan belakang pulak tu...alhamdulillah..


Kepada yang berminat nak cuba instant shawl bertali ni, bolehlah ke FB: Anjung Wafiyyah. Pelbagai warna ada. Naik rambang mata nak memilihnya. 

Tapi semalam nampak Anjung Wafiyyah updated status semua dah sold out. Alhamdulillah, tumpang happy dengan rezeki mereka.

P/s: Bila nak kemas luggage ni. Waktu ni masih ke hulu hilir cari barang. 

Thursday, February 6, 2014

Tips memilih Cardigan || Cardigan Chic dan labuh

Kenapa saya pakai Cardigan?

Secara umumnya kerana:

- dress tak ada lengan 
- t-shirt atau blouse lengan pendek
- t-shirt atau blouse singkat paras punggung
- nak cover t-shirt/ blouse yang dah lusuh
- nak cover perut buncit
- memang utk stylista!

Eh! Malam-malam kalau nak keluar waktu sejuk, sarung juga cardigan ala-ala ganti sweater gitu!

Yang penting cardigan tu mesti LABUH..

  
Cardigan adalah pilihan yang cukup bijakuntuk sesiapa sahaja yang mahukan sepasang top yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sepanjang tahun. Cardigan juga popular kerana begitu mudah boleh dipadankan dengan simple t-shirts atau blouse. Ianya juga boleh dibutangkan menutupi tubuh anda jika berada dalam keadaan sejuk. Ianya hadir dalam pelbagai jenis potongan sesuai dengan tubuh badan sipemakai. Terdapat juga stail dan ukuran berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kebanyakan wanita merasakan perlu untuk mempunyai setidak-tidaknya sehelai di dalam koleksi mereka. Namun adalah penting untuk memilih cardigan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Terutama saya yang bertubuh tinggi ni. Dan makin hari makin berisi juga. Tak sesuai pakai cardigan jenis lycra kerana melekap pada badan, lebih sesuai pakai cardigan jenis chiffon atau kain cotton.



Perkara pertama yang anda harust itiberatkan ketika membeli cardigan ialah tentang bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita tahu jenis tubuh mereka dengan mengukurnya dan membezakan dengan anggaran size cardigan tersebut .Ini sangat mudah!

Penggunaan pita pengukur adalah lebih tepat kerana ianya membenarkan anda tahu perbandingan yang sebenar. Namun harus diingatkan bahawa anda digalakkan untuk membuat ukuran tersebut di hadapan cermin ketika mengukur pinggang, badan, dada serta bahu. Adalah penting untuk tahu bahawa berat tidak mempunyai kaitan dengan bentuk tubuh seseorang. Ini kerana seorang wanita yang overweight kadang-kala mempunyai bentuk tubuh seperti ‘hourglass’ dan yang sangat kurus berkemungkinan mempunyai bentuk seperti buah pear atau epal, bergantung pada susuk tubuh masing-masing. Ini bermakna tak kira anda gemuk atau kurus, anda tetap boleh pakai cardigan. Jangan berasa rendah diri kerana mungkin dengan pemakaian cardigan tersebut boleh menampakkan anda kelihatan lebih kurus. 


Pemilihan sesuatu warna kadang-kala juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dari segi susuk tubuh. Kardigan berwarnahitam kebiasaannya membuatkan seseorang kelihatan kurus namun tidak nampak sesuai atau flattering untuk individu yang tidak mempunyai pinggang. Warna cerah mencuri perhatian manakala corak belang dan pattern boleh membuatkan penampilan seseorang lebih bergaya. Apabila dipadankan dengan bentuk atau potongan cardigan yang sesuai, warna dapat memberikan impak terhadap penampilan seseorang. Namun adalah digalakkan untuk mendapatkan basic cardigan yang sesuai dipakai dengan apa sahaja tops dan pakaian. Sebab itu kebanyakan koleksi cardigan saya warna hitam, hitam dan hitam. Adalah sehelai warna putih dan pink. Sehelai juga bercorak leopard dibeli masa di Bandung 2 tahun lepas. Kononnya nak nampak lebih slim!


Cantikkan Gaya Muslimah dipadankan dengan Cardigan. Kalau dikenakan dengan dress nampak elegan. Kalau dikenakan dengan seluar atau skirt nampak separa formal kan. Sumber gambar: Google..:)


ZALORA turut dikenali sebagai destinasi fashion online utama, menawarkan pelbagai jenis cardigan online untuk wanita dengan pelbagai bentuk potongan serta corak dan warna. Dapatkan cardigan daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa serta tempatan di sana dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari dengan harga yang berpatutan!

Layari laman web zalora.com.my atau ZALORA Facebook untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru.
Di ZALORA, macam-macam adaaaaaaaaaa..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 22, 2014

Menang No 2 !


Alhamdulillah, rezeki Both Damias.. Menang Contest Draw-Cember tema percutian anak-anak organised by Starpoints Hotel Kuala Lumpur. Gambar Aleesya dan Ayyunie tu masa bercuti di atas homestay berkonsepkan rakit di Jojorakit.


Menang set dinner utk 2 orang di hotel tersebut. Tapi selalunya burn je kalau menang hadiah macam2 ni sebab kekangan masa dan kebetulan kalau gi KL pun tak sempat nak redeem. Insyallah ada rezeki bolehlah utilize hadiah tersebut.

P/s: Kemenangan merupakan satu kepuasan. Itu pun dah cukup bermakna. Semoga Allah izinkan saya memperoleh pelbagai kemenangan lagi utk masa-masa akan datang. Aaamiiin...

Thursday, May 2, 2013

60 Friend Requests on Instagram & 666 friend requests on Facebook


Should I be afraid???



Yang kenal2 dan nama familiar jer saya approve ya..
Yang saya tak berapa kenal takutttt!!!!


Yang FB lagilah saya takutttt..
Sebab kadang2 gambar ntah apa2, pastu nama lain gambar orang lain, pastu tgk friendlist sikit benar, pastu tgk kat photo2nya macam tak ada gambar2 lain pun. 
Baik beringat sebelum terjadi apa2 kan..

Ok, jom sambung kerja dan buat surat rasmi!!!
Take 5 bersama Coklat IQ CocoDamia jom!!!

Wednesday, April 17, 2013

Malaysia Truly Asia.... All in Malaysia

Unikkan Malaysia..

Turkey ada, Netherland ada, France ada, New Zealand ada...

Semuanya ada di Malaysia..

Wahhh, ni betul2 boleh jimatkan duit ni...

Hihihihi


Gambar ambil dari FB

p/s: Lately busy nak menulis dalam blog ni...walaupun ada pelbagai cerita yang nak dikongsi tersimpan rapi di sanubari...:((
Short entry pun boleh lah ya dari tak ada langsung...





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 11, 2013

Al-Humaira Contemporary || Yeayy tudung online dah sampai



Yeayyy dah sampai..
Saya beli online selasa, rabu pos, khamis semalam sampai..
Tapi pagi tadi baru sempat suruh ayah damia tolong ambilkan kat Pos laju Larkin..
Semalam pun pergi pos laju larkin juga ambil hadiah dari Dumex Dugro..
Hurmm nak buat cam mana, posmen datang pagi, kami bukak office tengahari..



Banyaknya warna cantik2..
Agak2 saya pilih yang mana ya??



Jeng jeng...yang menjadi pilihan saya..
Senang boleh match ngan banyak warna baju kan..



Tak sabar nak pakai dah ni...hihi

*******************************************************************************
Me agak bizi harini..
Masuk keje separuh hari..
Sebab my helper datang lagi..
Setelah 3 minggu bercuti..
Baju banyak giler perlu disusuni dan dilipati..
Harapnya semuanya dipermudahi...


Bilik both Damias sementara dijadikan tempat pengurusan baju-baju..
Bilik laundry pula penuh dengan baju2 yang perlu digosok dan dipilih utk hantar dobi digosok..
So kalau harini dapat settled baju-bajan dulu pun alhamdulillah..
Tak yah kemas yang lain pun tak pe..
Sebab masa me sangat2 terhad sekarang ni..

p/s: Ayah damia ajak kami sekeluarga bercuti dekat2 esok..
Sebab minggu ni really2 sibuk dan weekends akan datang dah full dengan kursus dan praktikal umrah.
Mana erkk nak pergi bercuti ni???


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, September 27, 2012

Menang RM100 voucher PONEY!!!


Jujurnya masa saya join contest ni, tak ramai lagi yang join..
Due date sampai 31 Julai 2012..
Tetiba PONEY pulak buat pengumuman contest dilanjutkan sampai 31 Ogos 2012..
Wahhh boleh pulak dilanjutkan...may be tak ramai peserta kot..

Sekali bila dah lama tu belek2 album kat PONEY...wahhh ramai yg join dah..
Saingan sengit2 sebab gambar contestants semuanya cun cun...
Masa tu pudar harapan nak Aleesya menang..

Tapi Alhamdulillah..
Masih ada rezeki Aleesya utk menang..
Walaupun tempat ke 5..
Jadilah daripada nothing kan..
RM100 better than kosong kosong kosong...
Tapi tak cover pun kos baju yang dibeli tu..
Kerana harga baju yang Aleesya pakai dalam contest ni tak silap RM119...
Tak pe lah...sebab both Damias memang pakai brand ni PONEY.

Gambar yang dipertandingkan...



Bukti Aleesya menang...
Tahniah juga kepada pemenang2 yang lain..
Semua anak-anak anda comel tau!!!

Ayyunie pun saya masukkan join contest ni..
Tapi tak ada rezeki nak menang..
Tak pe baby...baby tetap menang di hati ibu, ayah dan kakak..
Tak pun kempiskan dulu perut baby tu yer...hehe..ibu gurau2 jer lah baby!!!

p/s: Dah lama betul tak join contest offline...mood dan masa tak ada....kalau contest online yang submit2 gambar tu adalah join sikit2...


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, July 19, 2012

Berhati-hati kalau nak berehat di R&R di Highway LEKAS


Ni saya copy paste yer..

 " Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido. Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat) sy terpaksa lawan arus keluar ikut jln msk ke R&R. Sy terus pecut kereta sambil call 999 utk bantuan dlm mase sama diaorg kejar sy dan cube langgar kereta sy dr belakang. Plg best mase ckp dgn operator kecemasan sy bgtau dia situasi sy dia ckp “Encik sila pergi ke balai berdekatan” padahal time tu mmg tgh pecut & penyamun tu tgh kejar (mcm dlm movie pun ade) siap sy bgtau operator tu “diaorg tgh kejar sy & cube langgar kereta sy” dgn nada selambe dia ulang ayat sama. Sy letak hp trus pecut dlm 140-160kmj penyamun tu kejar sy dari R&R Beranang smp Exit Tol Setul (Seremban) antara R&R Beranang dan Tol Setul ade 2 exit lg (Nilai/Pajam & Mantin) nk bgtau yg diaorg ni nekad nk samun sy sanggup kejar smp ke Tol Setul (dlm 20km). Smp kat Tol sy perlahankan keta sebab kat situ dh ade org (mase kene kejar ade selisih dgn sebuah kereta je punye sunyi Highway ni)diaorg trus potong dan kluar dr tol sy msk laluan sama tanya budak jaga tol td “dik kereta dpn tu india 4 org kan” utk dptkan kepastian. Dia ckp ye lps tu sy ckp la sy hamper kene samun kebetulan kt situ ade peronda LEKAS sy btau diaorg psl kejadian td trus escort ke Balai Mantin buat Repot Polis. Polis ckp sy bernasib baik sebab bertindak cepat kalau x xtau la ape akan jd kt sy & isteri.Sy nk nasihatkan pemandu2 yg gune highway LEKAS lps pkl 12 mlm jgn la berhenti kat kwsn R&R sebab bahaya walaupun diaorg ckp ade guard tp sy x nampak pun batang hidung mse berhenti."


p/s: Saya and husband memang jarang2 tido di R&R. Sebab takut kes-kes macam ni lah berlaku. Sebab tu kami lebih rela check in hotel rehat betul2 sebelum memulakan perjalanan balik atau pergi. Kalau sekali dua terpaksa sangat tido kat R&R pun may be sebab mengantuk sesangat atau letih sesangat...selalunya saya tak tido dan akan perhatikan keadaan sekeliling sambil tgk DVD...So guys, hati2 ok..walaupun kawasan org ramai tapi manusia yang berhati kejam sanggup buat apa sahaja...
Mudah-mudahan kita dijauhkan sebarang bencana..




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, April 3, 2012

Awas!!!! Taktik menculik budak di Pasaraya, dalam sekelip mata anak kita bertukar wajah...

 


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

p/s: Sesungguhnya sangat berderau darah bila baca cerita2 macam ni...Minta dijauhkan berlaku kepada anak2 kita semua kan.. Bukan apa, kadang2 time terleka atau sedang memilih barang2 yang hendak dibeli tu, budak2 ni macam2 kerenahnya dan sekilas pandang pun boleh hilang depan mata....Nauzubillahiminzalik...

p/s: Info dapat dari FB


Friday, February 24, 2012

Video Karipap S***** R***** berulat

 Ternampak ada org share video ni kat FB tadi...
Katanya ni dari Restoran Femes S***** R*****..
Alahai....tak tahu nak percaya ke tidak ni...
Sebab dunia sekarang ni macam2 benda boleh buat kan...
Mungkin yer mungkin tidak karipap tu dari s***** R*****
Apa2 pun you all tgk dulu video kat bawah ni yer..


So macam mana???
Geli kan...


Ni pulak bukti di mana karipap tu dibeli..
Sumber: Sini

Moral of the story???
Masak dan makan dirumah adalah terbaik!!!!

Monday, October 24, 2011

Pengaruh Warna terhadap anak-anak...


 Warna mana yang menjadi pilihan untuk anak-anak anda??
Kerana setiap warna mempunyai elemen tersendiri yang dapat mempengaruhi jiwa anak-anak anda..





Kalau berkenan di hati...
Jemput singgah di FB KEBAYA ZARINA AYU COLLECTIONS yer..
Sebab sekarang ada harga promosi utk RAYA AIDILADHA...:)



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, October 3, 2011

Smoking Zone!!!


Ternampak malam tadi gambar ni kat somebody punya FB...
Agak2 practically tak kalau buat macam ni kat restoran2 di Malaysia ni??
Nak smoking, tarik turun jer gelas besar tu..
Hah..hisaplah rokok dalam tu puas2..
Asap??? Confirm naik ke atas yang macam kitchen hood tu kan...

p/s: BTW memang sangat rimas kan kalau kita tgh makan kat mana2 restoran (kecuali dalam shopping complex), pastu tiba2 jer ader bau asap rokok singgah kat kita...dah lah anak2 kecik lagi...nak2 pula time tengah peknen..memang rimas sangat2 dibuatnya..kadang2 terpaksa tahan nafas pun yer....Syukur!!! Suamiku bukan perokok...husband uols hisap rokok tak???




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, September 14, 2011

Another Crime In Malaysia..Kali ni kat garaj rumah pulak..

 Haritu kecoh kejap dengan kes rompakan di kedai mamak kan...
Haishhh..apa nak jadi lah Malaysia sekarang..

Kesimpulan yang boleh dibuat dari Video tu..
1. Kalau ada CCTV pun sekadar boleh rekod jer lah kan...tapi nak cari suspek agak sukar jugak tu rasanya sebab muka covered penuh dan no plate motosikal pun tak berapa nampak...unless pihak polis dapat detect suspek guna teknologi yang ada...memang salute lah kan..

2. Alahai...tu nasib baik guna autogate..at least perompak rosakkan cermin kereta dan cepat2 ambil barang yang di aim...cuba bayangkan kalau tak der autogate, pemandu tu sendiri keluar buka gate..alahai..risiko nyawa jugak tu kan..

3. Pernah terbaca jangan letak handbag/bag/ apa2 yang menarik perhatian org kat atas seat depan...Bahaya...terutamanya kat traffic light...yang naik motor tu senang2 jer aim kat depan tu...ibu memang takut...selalu letak handbag kat bawah seat depan atau kat second row seat...tapi kat bawah lah...

p/s: Apa2 pun sekarang ni pergi mana2 pun kena hati2....pergi masjid pun barang boleh hilang apa...huhu



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, July 27, 2011

Edisi Terhad - Kebaya ibu dan anak sedondon!!!






Permintaan ramai!!
Nak ibu dan anak sedondon di pagi raya..
ZARINA AYU COLECTIONS realisasikan impian anda..
Kerana kami faham apa yang anda mahu..

Details harga COMBO SPECIAL RAYA!!

Terima kasih..

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, July 19, 2011

Beli apam polkadots online!!!


Sesungguhnya macam tak percaya..
Sebab diri ni boleh beli kuih secara online..
Kalau kuih raya tu ok gak kan..sebab tahan lama..
Ni kuih yang kena makan cepat ni..sebab tak nanti basi pulak kan..
Eh, kuih ader basi erkk???

Ntahlah yer..cam mana leh terjebak nak beli kuih ni secara online..
Walhal sejujurnya lah cakap..yg bahan2 nak buat kuih apam polkadots ni dah lama standby dalam peti dan rak simpan segala aksesori buat kuih ni....memang dah lama nak buat sendiri...tapi tak nyempat2 jugak nak buat tu..

Last2 masa malam selasa lepas..before mata terlelap..
Berwi-fi sekajap ngan HP atas katil..
Tup tup ader nampak posting pasal siapa nak beli apam polkadots ni..
Tanpa fikir panjang terus inbox org yang jual apam polkadots ni..
Tak kenal sgt pun siapa penjualnya....cuma kenal melalui FB jer lah..

Hari Rabu pagi2 bank in duit..
So tengahri rabu org yang jual tu kata akan pos..
Sepatutnya hari khamis sampai ler..
Tunggu2 tak sampai2..
Hari jumaat pun sama..tungu sampai ke petang..
Last2 masa balik office tu around jam 5:20 petang..alih2 dapat notis pos laju sampai 5:15 petang..
Alahai...dah kena pi amik kat pejabat pos larkin nu..
Maka keesokan paginya (sabtu), before kami cuti2 ke Tanjung Leman , singgah sekejap ke pejabat pos amik kuih apam polkadots ni..

Aishhh apa lah aku dok merepek ni..
Al-maklum ler entry ni dibuat jam 1:30 pagi ni..hehehe
Jom ler tgk kuih comel ni..


Comel kan warna2 apam polkadots ni..
Inti boleh pilih nak filling apa..
Ibu pilih peanut, kaya, strawberry dan orange kalau tak silap..
Warna malas nak pilih2..suruh jer org tu buat campur2..


Ader kelassss apam polkadots ni tau..
Shoot dalam hotel gitu...ekekeke
Gigih yang tukang snap ni susun2 tau..


Dalam balang ni ader 50 biji..
RM 17 sahaja...postage RM 4..
Total RM21...berbaloi2 kan..


Tapi rasanya kalau apam polkadots ni disusun dalam bekas tuppaware lagi cantik dan kemas kot..
Berbanding dalam balang cam ni..
Sekadar memberi pendapat sahaja..:)
Agar nampak lebih kemas dan tersusun..
Tak lah tunggang terbalik cam kat atas tu..


Walaupun lewat 2 hari dari tarikh membeli tu..
Nasib baik boleh makan lagi..syukur..
Ayah damia geleng2 kepala tgk ibu beli kuih online ni..
Katanya macamlah kat JB ni tak der...huhu

Owh yer..rasanya kalau apam polkadots tu lembut dan filling lebih sikit, lagi marvelous rasanya..:)
Sekadar memberi pendapat..


p/s: Uols pernah ke beli kuih nak makan utk suka2 atau cuba2 melalui online?? Bukan kuih raya tau..kuih raya boleh jer beli online sebab tahan lama kan..

p/s: Dulu pernah hampir2 nak beli macaroons online...sebab nampak sgt cantik dan delicious...nasib baik ada yang sudi bagi free utk rasa...alahai...manis bebenor rupanya....terus tak minat sampai sekarang..



 
 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!