Tuduhan yang sering dilemparkan oleh Ahlul Bid'ah terhadap Ahlus Sunnah adalah tuduhan tajsim (menjisimkan) dan tasybih (menyamakan) zat Allah dengan makhluk. Apa yang lebih malang, syubhat-syubhat ini dibuat dengan mendatangkan fakta-fakta yang mengelirukan, malah lebih mendahulukan akal daripada nas-nas sohih. Contohnya dalam masalah istiwa' Allah atas 'Arasy. Sebahagiannya menuduh Ahlus Sunnah menisbatkan Allah itu berhajat kepada makhluk, mentajsimkan zat Allah dan sebagainya. Sebelum itu, mari kita perhatikan hadith-hadith yang menyokong hujah bahawa Allah S.W.T. istiwa atas 'Arasy.
Hadith pertama :
Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Sulaimi r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bertanya kepada seorang hamba wanita
"Di manakah Allah?" Hamba itu menjawab : "Di atas langit". Baginda bertanya lagi, "Siapakah saya?" Hamba itu menjawab "Anda Rasulullah SAW", Maka baginda bersabda, "Bebaskan dia, kerana sesungguhnya dia adalah seorang mukminah"
Apa pula kata Imam Adz-Zahabi?
"Hadith ini sohih, dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'ei, serta tidak hanya satu orang dari kalangan Imam yang memuatkannya di dalam karya-karya mereka. Semua memperlakukannya sebagaimana datangnya, tidak ada yang cuba melakukan tahrif dan takwil"(manhaj al-Imam Asy-Syafi'e Rahimahullah Ta'ala fii Itsbat al-Aqidah;Dr. Muhammad bin A.W. al-'Aqil, ms.431, Aina Allah;Hairi Nonchi ms. 14)
Dalam surah Thoha ayat ke 5 ada menyatakan mengenai perihal istiwa Allah atas 'Arasy.
"Yang Maha Pemurah, beristiwa atas 'Arasy"
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a.
"Sifat ini disebutkan oleh Allah di tujuh tempat dalam kitabNya dan kita meyakini apa yang telah ditegaskan oleh Allah terhadap diriNya, bahawa Dia benar-benar bersemayam dengan sifat bersemayam yang layak bagiNya" (Syarah al-Aqidah al-Wasatiyyah, Ibnu Taimiyyah, oleh Syaikh Sa'id bin Ali bin Wahfi al-Qahthaniy, ms 53-54)
Begitu juga dengan ayat berikut( Surah al-A'raf ayat 7) :
Sehubungan dengan ayat itu, beginilah pendapat yang dikeluarkan oleh Imam Ibnu Kathir :
"Sehubungan dengan ayat ini, para ulama mempunyai banyak pendapat. Namun sehubungan dengan ini, kami hanya meniti cara yang dipakai oleh mazhab ulama Salaf As-Soleh seperti Malik, Auza'i, As-Sauri, Al-Lais ibnu Sa'd, As-Syafie, Ahmad, dan Ishaq Ibnu Rahawaih serta lain-lainnya dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang terdahul mahupun yang terkemudian. Iaitu dengan tanpa memberikan gambaran, penyerupaan, juga tanpa mengaburkan pengertiannya"(Tafsir Ibnu Kathir, juz 8, ms 353)
Adakah dengan penetapan Allah istiwa' atas 'Arasy menyebabkan kita menyerupakan Allah dengan makhluk??
Lihatlah jawaban Imam Ibnu Kathir :
"Semua apa yang digambarkan oleh Allah SWT mengenai diriNya, juga apa yang digambarkan oleh RasulNya bukanlah termasuk dalam pengertian penyerupaan (tasybih). Jelasnya, barangsiapa yang meyakini Allah sesuai dengan apa yang diwahyukan melalui ayat-ayat yang jelas dan hadith-hadith yang sahih, kemudian diertikan sesuai dengan keagungan Allah dan meniadakan dari zat Allah sifat-sifat kekurangan, maka dia telah memperoleh hidayah
(Tafsir Ibnu Kathir, juz 8, ms 354)
Sesungguhnya penetapan Allah Istiwa di atas 'Arasy bukanlah bermakna kita menjisimkan Allah dan sebagainya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Malah, ingatlah bahawa tiada suatupun yang menyerupaiNya. Janganlah kita menggunakan akal dalam mencari kesempurnaan Allah sehingga mengingkari nas-nas dan wahyu Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syura : 11 ;
Mudah-mudahan kita akan sentiasa beroleh taufik dan hidayahNya. Insya Allah
Jumaat, 29 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan