Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

> T_T

Adam dan alif demam. T_T

Mereka berdua ni, saya perhatikan kalau sorang demam, tak lama lepas tu mesti sorang lagi akan demam. Kadang-kadang serentak.

Bila mereka berdua demam, nak-nak semasa ketiadaan hubby buat saya down sikit. Saya ni cepat risau bila anak-anak tak sihat. Tidur malam tak lena. Setiap jam saya akan check suhu badan mereka. Kalau belum sampai masa makan ubat, tapi badan sudah panas, cepat-cepat lap badan dorang dgn kain basah.

Tak dapat saya bayangkan kalau tika ini saya berada di pahang. Duduk disana dgn anak-anak sahaja. Mahu saya meraung dibuatnya. Itu sebab sepanjang ketiadaan hubby saya menetap di kampung. Ada jugak yg tengok-tengokkan kami anak beranak.

Jangan tak tahu yang alif sangat susah makan ubat. Baru sebut perkataan ubat, dia mula nak menangis. Nak tak nak kena paksa juga. Tahan saja la dengar dia menangis. Tapi lain pula dengan adam. Alhamdulillah dia takde masalah nak makan ubat.

Abah! Adam dan alif rindu abah kot. :-(

Doakan adam dan alif cepat sihat ye. Get well soon my dear..

Wednesday, November 24, 2010

> 1001 cerita

hari ni baru start kerja setelah lama bercuti. 17.11.2010 cuti Hari raya Aidil Adha. khamis dan jumaat cuti ihsan dari company. tak payah tolak annual leave. suka sangat. terima kasih bos. sabtu dan ahad cuti lagi seperti biasa. isnin masih cuti sebab pengasuh adam pun cuti. selasa iaitu semalam cuti lagi sebab adam demam. cuti-cuti diatas dihabiskan di kampung halaman kecuali pada hari isnin dan selasa.

 

adam mula panas-panas badan pada pagi sabtu (20.11.2010) semasa di kampung lagi. lepas makan ubat, suhu mula menurun. tapi tak lama. sekejap lagi panas balik. setiap 4 jam makan ubat sampai lah ubat kehabisan. kemuncaknya hari isnin suhu naik sampai ke 40 darjah celcius. hati mula risau. bawak pergi klinik dan doktor masukkkan ubat insert. alhamdulillah lepas tu suhu turun dan terus sembuh dari demam. syukur sangat.

 

malam semalam pergi klinik untuk monthly checkup pregnancy. sudah 31 minggu. tekanan darah ok. berat sekarang sudah 54 kg. berat baby 1.6 kg. uri sudah diatas. cuma kepala baby masih tak pusing kebawah. dan kena suntikan ape ntah di lengan. sakit sikit-sikit hingga sekarang.

 

sekarang mood masih malas. mahu cuti lagi boleh?

Friday, October 1, 2010

> MC

semalam aku MC. bukan demam, cuma selsema. aku ni jarang jugak demam, alhamdulillah. tapi kena selsema kerap jugak. kalau dah kena selsema memang tak boleh tahan, asyik bersin jer, hidung gatal2, sakit dan merah. tu sebab kalau aku selsema memang aku tak boleh nak buat ape. apa lagi baring dan tido saja la. tu sebab kalau selsema aku memang nak MC. alhamdulillah, hari ni dah ok.


aku ni memang alah sangat dengan habuk. kat rumah memang aku sapu sampah tak pakai penyapu. aku guna vacum. kalau guna penyapu bila habuk tu terbang nnt masuk dalam hidung aku. kalau terpaksa guna penyapu mmg aku akan pastikan hidung aku ditutup. pakai le mask ke, tutup dengan kain ke. kalau lipat kain pun aku boleh bersin2. sensitif no hidung aku ni. bulu hidung pendek sgt kot. hahaha…




Tuesday, June 1, 2010

> Rindu

assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. sedar tak sedar hari ni dah masuk Jun. dah separuh tahun 2010.



minggu lepas macam mood tak berapa elok. bukan sebab ape pun. kebetulan hubby outstation ke Perlis dari hari isnin sampai le hari khamis. sunyi rumah dibuatnya. Rindu sangat-sangat kami pada dia.



kebetulan jugak hari isnin tu aku MC. aku selsema dan rasa nak demam. lepas tu pulak hari selasa adam pulak mula panas-panas badan. hari rabu adam mula merengek kata mulut dia sakit. ade ulser dlm mulut. byk jugak. 2-3 tempat termasuk kat lidah. demam ade sikit. asyik menangis. aku terpaksa amik cuti. minum dan makan pun adam tak mahu. air kosong pun dia tak nak. sekejap-sekejap nangis nak abah. kejap nangis kata mulut sakit. sedih betul dibuatnya. hari khamis pun aku masih cuti. adam still lagi sakit mulut. tp alhamdulillah minum susu dah mahu sikit. dugaan betul rasanya bila hubby takde…



sepeninggalan hubby ke Perlis, telefon la penghubung kami yg setia. dah mcm zaman bercinta dulu-dulu. bergayut kat telefon berjam lamanya. sms setiap masa. hehe… memang mcm org tgh bercinta la. hubby xde depan mata memang rindu sangat. adam pun macam tu. nak-nak skrg dia dah pandai ckp di telefon. mcm2 dia tny abah dia. bila abah nak balik. abah buat keje ye. nanti abah beli bj ultraman untuk adam ye (ermm sempat lagi tu. hehe)… kdg2 berebut telefon aku dgn dia nak ckp dgn hubby.



alhamdulillah hubby sampai rumah hari khamis lepas maghrib. seronok sangat kami anak beranak. hubby belikan pelam harum manis. kan perlis terkenal dengan pelam tu… sedappppp…


Wednesday, March 3, 2010

> kembali lagi???

baru jer sat tadi dgr dekat buletin utama ade kes H1N1 terbaru yg mengakibatkan kematian di kelantan... risau dibuatnya....
pada semua dinasihatkan utamakan kebersihan dan kesihatan ye...
sila ikut nasihat dari kementerian kesihatan bagi mencegah virus tersebut...
dan marilah kita sama2 berdoa agar diri kita, keluarga kita dan seluruh rakyat malaysia amnya dihindarkan dan dilindungi dari virus merbahaya ini...

maklumat terbaru mengenai virus ini ada disini

Tuesday, January 5, 2010

> prevention

sape punya ubat la byk2 ni...
siap de inhealer lagi...
sape lagi kan... kalau bukan my son tu...







Adam kalau selsema n batuk mudah sgt kena semput (asthma)…
Baru2 ni pon kena lagi…
Hari ni pon tak berapa ok lagi sepenuhnya...
Ubat batuk, selsema, kahak, wheezing still kena mkn...
Alhamdulillah takde demam..

Memandangkan every month doctor ckp adam selalu kena semput,
So, doktor suggest adam pakai inhealer...
Cegah utk semput terjadi..
Act inhealer ni Ade 2 jenis, 1 utk treatment dan 1 lagi utk prevention…
Yg utk treatment adam kena guna 3 kali setiap hari selagi semput tu masih ada…
Yang prevention 3 kali setiap hari selama 3 bulan…

Doktor ckp sesetengah org kena semput masa kecik jer..
Bile besar hilang dgn sendirinya…
Hopefully adam mcm tu…

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, aku bermohon agar disembuhkan anakku Muhammad Adam Faris dari selsema, batuk dan asthma, berikanlah kesihataan yang baik untuknya dan lindungilah dari perkara-perkara yang buruk.

Monday, August 10, 2009

> fever

assalamualaikum...
baru ni nak tunjuk muka kan...
last wk 1 minggu menghilang...
hihi..
bukan ape... emosi tak stabil....
bukan tak stabil ape....
risau yang amat sgt sebenarnye...
last wk adam demam...
start pagi isnin sampai jumaat...
lama kan...
mau tak risau....

ptg isnin bwk pegi klinik...
doktor ckp adam demam biasa jer...
lagipon dia takde batuk, selsema mahupon muntah2...
doktor cuma bg ubat demam je la kan...

hari selasa, rabu, khamis adam still lagi demam..
ubat demam pon dh makin sikit...
setiap 4 jam aku bagi ubat...
sampai dh mengamuk2 adam dibuatnye...
agaknye dh jemu sgt kot asyik mkn ubat je...

khamis pagi pegi klinik lagi...
doktor ckp jgn terlalu risau sgt...
sbb suhu badan adam makin menurun berbanding hari first dia demam tu...
sbb aku risau sgt...
so doktor nak buat blood test...
takot demam denggi..
time nak amik darah tu...
alahai....
menangis la pulak si adam tu...
sayu dan kesian betul aku tgk dia....
tak sanggp rasenye...
ptg tu doktor kol bagitau result...
darah adam ok...
alhamdulillah

ptg tu pon adam dah ok sikit...
dh tak panas sgt...
jumaat hantar adam mcm biasa kt rmh pengasuh..
dia pon dh ok...
tp blk dari keje...
pengasuh ckp bdn adam panas lagi...
dugaan sungguh kan...
blk rmh sebelom tdo bagi lg ubat demam...
bagi pakai baju yg tebal sikit...
act boleh kuar peluhkan...

alhamdulillah... bgn pagi hari sabtu
adam dh sihat...
semoga adam sentiasa diberi kesihataan yang baik...

now kat mana2 byk dgr org demam..
musim kot...
dgn wabak h1n1 lagi...
aduhhhh..... takot rasenye...
mintak2 kita semua dijauhkan dan dilindungi Allah dari wabak h1n1 ni....
same2 la kita semua byk2 berdoa, baca yassin dan solat hajat...

dan kalau boleh kurangkan keluar ditempat2 awam...
kalau takde urusan penting better duduk rumah je...
kalau terpaksa keluar jgk... jgn lupa pakai mask....

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Tuesday, June 16, 2009

> thermometer



kalau adam demam aku check suhu guna thermometer ni.. mmg payah la nak letak kat bawak ketiak dia tu... nak tunggu bacaan tu naik lagi... ambik masa sikit... kadang2 tak sempat bacaan tu stop, adam dah tarik kuar.. macam mana la aku nak tau suhu badan dia tu betol2...



aku dah beli thermometer baru... ni jenis yang check kat telinga cam kat klinik2 tu... dlm masa 1 sec jer dah dapat bacaan... senang sikit... tp thermometer jenis ni mahal sikit... bukan2.... mahal banyak... tp takpe la kan... untuk anak.. sanggup buat ape saje... masa adam demam hari tu setiap 4 jam aku check suhu badan dia...

Monday, June 15, 2009

> demam

bangun pagi semalam badan adam mula rasa panas.. cepat2 kasi ubat.. alhamdulillah pas makan ubat tu suhu turun... tp bile mlm badan panas balik... kasi ubat kol 7 ptg... tp panas jgk... tak turun2 suhu tu... kol 10 lebih bawak adam gi klinik... dh mintak doktor masukkan ubat bontot.. panas dh cecah 39... doktor yg kat klinik tu suggest suh pegi hospital check darah sbb badan adam ade block2 merah... tp mmg aku perasan sebelom ni pon kalau adam dmm terlalu panas mmg badan dia jadi merah2... tp doktor tak nk terima... dia takut kes denggi... before nak pegi hospital tu aku mntk dia masukkan ubat bontot.. tapi dia tak kasi... tak tau sbb ape... malas aku nk cite panjang... aku bkn ape... suhu adam ms tu mmg panas sgt... risau tol... kuar dari klinik terus pegi hospital putrajaya... nasib baik cepat jgk boleh jumpe doktor sbb kat klinik tadi doktor tu dh kasi surat urgent.. kat hospital adam disuruh mandi... bukan mandi betul2... cuma lap2 kan seluruh badan dengan kain basah untuk turunkan suhu panas tu... menangis2 adam dibuatnyer... tak nak... taknak... itu jer yg dia ckp... berjam2 jgk aku lapkan bdn adam... suhu panas turun sikit jer... last2 doktor kasi ubat bontot... baru suhu panas tu turun.. darah tak ambik pon.. sbb doktor kat hospital tu ckp bukan tanda2 denggi... block2 merah tu sbb badan adam panas sgt... kol 2.30 pagi doktor benarkan adam balik... sampai rumah kol 3.30 pagi... mengantuk sgt... adam pon same... dari dlm keta lagi adam dh tido... bila angkat masuk rmh pon tak sedar... pagi tadi bwk sekali lagi adam pegi klinik... ni pegi klinik yg selalu adam pegi... klinik pakar kanak2... doktor cuma suruh kasi makan ubat demam... suhu badan pon tak tinggi sgt dari semalam.... balik rumah bile aku chck suhu badan adam dh tak demam... alhamdulillah... tp ubat still lagi mkn... tgh aku taip entri ni si adam tu sibuk main... dh aktif balik dh.... syukur sangat2...
alhamdulillah....

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Thursday, April 23, 2009

> allergic

1-2 hari yang lepas (lebih tepat hari selasa sebenarnya) adam mengalami merah2 di badan (kawasan tertentu sahaja). tidak pasti apa puncanya.. mmg dari baby adam kerap mengalami masalah ini.. pernah satu ketika seluruh badan merah dibuatnya. menurut kata doktor, adam allergic.. tp tak pasti allergic pada apa.. boleh jadi pada makanan ataupon seperti yang tersenarai di bawah ini..

Allergic reaction can be provoked by skin contact with poison plants, chemicals and animal scratches, as well as by insect stings. Ingesting or inhaling substances like pollen, animal dander, molds and mildew, dust, nuts and shellfish, may also cause allergic reaction. Medications such as penicillin and other antibiotics are also to be taken with care, to assure an allergic reflex is not triggered.

Thursday, April 2, 2009

> misi berjaya


ini bukan adam

alhamdulillah misi untuk memberhentikan adam dari menghisap puting telah berjaya... misi telah dimulakan pada hari jumaat 27 mac 2009. sehingga saat ini adam tidak lagi meminta putingnya itu.

langkah-langkah untuk menjayakan misi tersebut ialah:-
  1. memotong separuh getah puting (apabila anak menghisap puting yg telah dipotong, ia akan berasa janggal dan akan membelek2 puting tersebut beberapa kali)
  2. memberi susu @ air kosong (apabila anak merengek meminta puting tukarkan dengan susu atau air kosong)
  3. memberi biskut (kalau tak jln dgn memberi susu @ air tukar kepada biskut @ jajan)
  4. buat tak tau jer (apabila anak meminta puting buat2 tak dengar)
  5. leka kan anak (lekakan anak dengan selalu bermain dgnnya supaya anak tak ingat akan kewujudan puting)
  6. jangan berputus asa

sebab2 aku nak sgt memberhentikan adam dari menghisap puting ada disini.

sekian...

Monday, March 2, 2009

> nebulizer

hr jmmt lepas aku tpaksa EL. ini kisahnye...

kol 4 pagi nafas adam mcm laju dan ade bunyi sikit... risau sgt.. kesian dia x dpt nk tdo... sekejap2 batuk.... kol 7 pagi aku cepat2 siap nk bwk adam g klinik... doctor bagi nebulizer tuk adam... ini 2nd time buat adam. b4 this adam penah kena skali ms last year... meraung la adam dibuatnye.. bkn sakit pon tp dia marah benda alah tu kt muka dia... smpai hbs gas tu dia nangis... kesian sgt aku tgk... x sampai hati rsnye... tp pembantu doktor tu ckp xpe kalau nangis... lg byk gas tu masuk... lps dh hbs suma tu pernafasan adam better dr sblm ni... aku amik EL tuk jg adam. hb masuk keja blk... kt rmh adam main cm biasa... bkn reti nk dok diam... aku larang dia buat dek je..... aku takot adam penat klu lasak2 sgt. nafas dia pon still laju... hb blk keje aku ajak pegi klinik lg skali sbbnyer aku tgk dada adam berombak.. tanda dia penat n nafas laju... kt klinik adam kena nebulizer lg sekali......
alhamdulillah skrg adam makin sihat.. semput @ lelah tu pon dh xde.. selsema pon dh xde gak tp batuk tu sekali sekala....

tgk ler adam ms bg nebulizer... aku terpaksa pegang tangan n kepala dia.. dia cube nk tepis mask tu..


***

Thursday, February 26, 2009

> flu & cough

petang smlm amik adam dari rmh pengasuh dh ade tande2 selsema.. mungkin sbb cuaca yg selalu hujan. mlm td pon x lena tido bdk tu.. myb hidung tersumbat n susah nk bernafas... kesian aku tgk... xtau nk wat mcm mn.. aku just sapukan vics je kt dada dia... nk suruh dia tdo sandar, mane la dia reti... nk xnk layan ajela karenah dia mlm td... sekejap2 tjaga.. smpai le subuh... ni pon aku rs cm mengantuk..
bgn pagi td adam dh mula batuk plak... cepat2 kasi ubat.... mkn ubat satu hal ler plak.. ssh bukan main... nangis2 la dibuatnye..
harap2 cepatler adam sembuh dr selsema n batuk...

***

Monday, January 12, 2009

> hari ke-3 adam di kuarantin

ermm hr ni dh hari ke-3.. my husband terpaksa cuti tuk jg adam kt rumah.. sok giliran aku plak cuti... kitaorg cuti gilir2 sampai le hjg mggu ni... so this week kejap on (keja) kejap off...

ni nk upload gmbr kaki adam. tp pic x bape jelas.. i'm soryyyyyyyyy











ni plak ubat yg doctor deng kasi... ubat sapu. actually penyakit tangan kaki dan mulut ni xde ubat khusus..

Sunday, January 11, 2009

> BOSAN

salam tuk sume... hari ni dh 2 hari adam kena kuarantine.. so dok rmh jer.. bosan giler mama dibuatnyer... klu x blh gak g tawaf shopping complex window2 shopping...hehe
so far adam ok.. dia cm biasa jer active gak.. cume merah2 lepuh jer kt kaki dia tu de lg.. tp beransur okay la...
sume mainan adam aku dh simpan x kasi adam main.. nnt klu dh sembuh baru nk kasi blk tu pon kena basuh dlu buang kuman2...

Saturday, January 10, 2009

> tangan, kaki dan mulut

dh 2 hari adam demam.. start hari selasa hr tu.. tp smslm dh ok..bdn dh x pns. pagi td ms bangun dr tdo saje nk check bdn adam.. de nmpak bintik2 merah cm ruam kt kaki n tangan adam. memula ingtakn dia kena gigit nyamuk... tp knp ade mcm berair skit.. dlm hati adam ni kena chckn pox lg ke. risau sgt.. cpt2 kejutkan abg suh bwk adam gi klinik.

aku x pegi pon temankn adam gi klinik.. ntah rasa mcm x sggp dgr nnt dr. ckp adam kena chckn pox lg.. pengalaman ms raye adam kena chckn pox masih lg terasa. parut kt muke dia pon x hilang lg... abag jer pegi bwk kn adam.. aku tggu kt rumah je.. smbil tu sempat jgk aku msk kn nasi adam n lauk untuk lucnh nnt.

tggu punye tggu.. abg n adam dh blk.. cpt2 aku tnye confirm ke adam kena chckn pox lg.. abg kata bukan.. fuh dlm hati lega rsnyer.. syukur sgt2... tp abg kata dr. ckp adam kena jangkit kaki tangan dan mulut... haaaaaaaa... terkejut besar aku.... b4 this mmg prnh dgr penyakit tu.. risau yg amat sgt.. tp abg kata dr bgtau x serius sbb adam masih mau mnum susu, makan dan main dgn active.. tetiba perasaan lain sgt.. rase kesian sgt kt adam.. mcm2 dugaan... aku pujuk diri myb de hikmah disebaliknyer... ya Allah sembuhkan lah adam... amin...

aku terus amik laptop bkk internet cr info psl penyakit kaki tangan dan mulut ni... byk jgk info yg aku dpt... so far lega sikit bile bc info2 tu...

start today aku akan jg adam sebaik mgkin.. tak tau le adam kena dr mn. kt rmh pengasuh xde sape pon kena. myb bwk adam jln2 kt tmpt public kot... xpela aku redha... dh nasib adam agaknyer...

hari isnin ni x blh hntr adam kt rumah k.yati (pengasuh) tkt jangkit kt budak lain plak.. jalan2 pon dh x boleh tggu smapai adam sihat sepenuhnyer... menurut ape yg aku bc penyakit ni amik ms dlam 2-7 hari... so dlm ms tu xleh jupe bedudak lain sbb dia mmg senang berjangkit.

hopefully adam sihat dgn cepat.... amin.....

info psl sakit tangan kaki dan mulut





Iklan LR