Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, February 26, 2013

> tilapia bakar tempoyak

salam.

nama sebenar ikan tilapia, tapi orang selalu sebut ikan talapia.

tilapia bakar tempoyak ni mak mentua yang buatkan masa kami balik kg hujung minggu lepas. sedap. selalu kalau mak aku, bakar macam tu je makan dengan air asam.

aku perati jugak cara-cara membuatnya. rasanya senang je kot. nanti boleh cuba sendiri.

 

DSC00927

 

resepi tilapia bakar tempoyak.

bahan-bahan

  • ikan tilapia
  • bawang merah
  • tempoyak
  • cili padi
  • garam
  • kunyit
  • daun kesum
  • daun kunyit
  • serai
  • bunga kantan

cara-cara

  1. tumbuk bawang merah, cili padi, kunyit dan tempoyak. masukkan garam.
  2. hiris halus-halus daun kesum, daun kunyit, serai dan bunga kantan.
  3. gaulkan bahan tumbuk dengan bahan yang dihiris.
  4. lumurkan pada ikan tilapia.
  5. balut ikan dengan daun pisang dan bakar sehingga masak.

Friday, February 22, 2013

> basikal hijau basikal merah

salam.

DSC00910

Yeay! alif dah pandai kayuh basikal. tapi kayuhan hanya separuh bulatan. kadang-kadang tak sampai 180 darjah pun. hehe. jadila kan untuk umur seusia alif. kalau sebelum ni asyik kayuh kebelakang saja. mane la nak jalan basikal tu kan. control stereng masih lemah. habis semua mau dilanggarnya. alif hanya mewarisi basikal abang. main pun hanya dalam rumah.

untuk adam, abah belikan basikal baru. siap ada loceng lagi (yang ni memang request dari adam). saiz besar sikit dari yang lama. tapi masalahnya adam tak pandai imbang basikal, masih perlu menggunakan roda tambahan. kawan-kawan sebaya adam semua dah pandai naik basikal tanpa roda tambahan. kalau main lumba-lumba, adam mesti last sekali. bila ada roda tambahan ni, kayuhan jadi berat. kesian adam. insyaallah kalau ada masa yang sesuai, mama dan abah ajar adam okay!

DSC00908

Wednesday, February 20, 2013

> cerita dari Denmark

salam.

alhamdulillah hubby selamat pulang dari Denmark ahad lepas. kali ni pergi ke oversea takde buah tangan di bawa pulang untuk kitaorang. sob.. sob.. sob.. fridge magnet denmark yang saya pesan pun takde jugak. sadis sungguh rasanya.

kata hubby schedule semasa di sane betul-betul tight. lagipun hubby kesane hanya beberapa hari. masa di habiskan dengan aktiviti PDI. kalau tak salah, PDI stand for Pre-delivery inspection. check machine dan meeting. pagi keluar ke tempat supplier, bila hampir malam pulang semula ke hotel. mana sempat nak jalan-jalan dan membeli belah. lagipun tempat yang hubby stay hanya bandar kecik, bila malam banyak kedai tutup. hubby cakap nak keluar malam pun fikir 2-3 kali, suhu amatlah sejuk menggigil. snow pun masih ada lagi sikit-sikit.

alasan di terima. hehehe…

kita layan gambar dari denmark ajela.. itupun tak banyak… alahai encik suami..

DSC00781

DSC00782
DSC00784
DSC00786
DSC00878
DSC00881
DSC00899
DSC00906
DSC00889
DSC00879

Tuesday, February 12, 2013

> travel sana sini

Salam.
sejak hubby bekerja di tempat baru ni banyak kali dah hubby ke oversea. Alhamdulillah, murah rezeki yang Allah berikan. Saya tumpang gembira walaupun kadang-kadang timbul rasa cemburu. Hehehe. Mana la tak cemburu, saya ni mana la pernah pergi luar dari Malaysia. Singapura atau Thailand yang dekat tu pun tak pernah jejak lagi.
Mula-mula sekali tahun lepas ke German selama 4 bulan dari bulan 4 hingga bulan 7, 2012. Siap kena puasa kat sana lagi. Lagi seminggu nak raya baru dapat balik Malaysia. tak lama kemudian travel ke Belgium pula. Kali ni hanya 2 minggu je kot. dah tak ingat sangat. lepas tu travel lagi, ke Portugal pula. Kali ni pun tak lama. Dalam 3 minggu. Sempat transit ke dubai. Masa travel ke Portugal ni masa raya haji. Terpaksa la beraya di sana. Dalam erti kata lain memang tak sambut raya la.
Dan yang terbaru hubby travel ke Denmark. Start semalam hingga 17 feb ni. Semoga perjalanan hubby selamat dan berjalan lancar.

DSC00465


Friday, February 8, 2013

> gemuk tak?

salam.

saya rasa berat badan saya makin naik. kalau tengok dari luaran memang macam nampak kecil molek je saya ni. tapi banyak seluar saya dah mula ketat-ketat sikit tang perut dan paha. huawaaa.. rasa nak nangis laju-laju. last saya timbang berat badan rasanya 50kg. beratkan. macam tak percaya. hehe. entah-entah sekarang makin naik. tak sanggup rasanya nak pegi cari penimbang. tak sanggup nak terima kenyataan. dulu masa bujang, nak dapat berat 40kg pun susah.

saya memang tak cerewet sangat pasal makan. ibarat pepatah, tolak batu dengan kayu je. tambah-tambah dah jadi suri rumah sepenuh masa ni. asyik fikir pasal makan saja. fikir, pagi nak masak menu ape? tengahari nak makan ape? menu petang lagi? malam nak masak ape? makan, makan, makanan…

selera makan saya memang tip top. makan nasi dengan kicap dan telur goreng pun buat saya berselera. itu belum lagi kalau balik kampung makan masakan mak, lagi la menjadi-jadi dibuatnya. kalau makan tak bertambah tak sah rasanya.

sekarang dah mula risau dengan berat badan ni. paling risau tang perut la. dah lama berazam tak nak makan malam, tapi selalu tewas dengan nafsu makan ni. hehe… susah betul nak displinkan diri. cuba jugak untuk kurangkan kuantiti nasi yang diambil. harap-harap berjaya. kalau dapat turunkan berat badan ke 45kg kan best… tapi malas betul nak diet-diet ni. nak diet yg ekstrem-ekstrem lagi la tak mampu… huaawaaaa… apo nak buek ni?

Tuesday, February 5, 2013

> kek pisang

Salam.
Baru-baru ni ada cuba resepi kek pisang. Cubaan pertama. Tergerak hati nak cuba buat sebab terbaca di majalah 'keluarga' edisi November 2012. Kebetulan ada pisang masak pemberian mentua semasa kami balik ke kampung.

Tapi, ye la kan cubaan pertama mesti ada sikit-sikit yang tak kena. Macam kek pisang yang saya buat ni. Kek tak berapa nak naik. Tapi Alhamdulillah, masih boleh makan. Tak pasti mana silapnya. Pada firasat saya mungkin disebabkan sukatan untuk soda bikarbonat tak mencukupi. Ataupun adunan telur dan gula tak betul-betul kembang.

Takpelah, boleh cuba lain kali.

Resepi kek pisang

Bahan-bahan:
  • 2 cawan gula halus
  • 5 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan pisang - dilecek
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • Sedikit perisa pisang

Cara-cara:
  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang
  2. Masukkankan pisang, tepung gandum, minyak masak dan soda bikarbonat. Gaul rata.
  3. Bakar adunan sehingga masak.

Iklan LR