Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, September 28, 2013

> Bukit Gambang Safari Park

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

minggu lepas kami bawa anak-anak jalan-jalan ke bukit gambang safari park. nak pergi zoo negara jauh sangat la pulak kan.

kami pergi lepas zohor, lagipun tempat ni buka pukul 2 petang. tiket untuk dewasa RM38. kanak-kanak RM18.00. itu harga time promotion. harga promotion ni maknanya harga sebabb tempat ni tak siap lagi sepenuhnya. bayak tempat lagi yang tengah dalam pembinaan. kalau dah siap semua, harga mesti naik lagi la kan.

bagi aku tempat ni best jugak. tapi binatang tak la banyak macam zoo negara tu. binatang pun macam yang muda remaja lagi. tapi paling best bagi aku tempat ni, bila kita boleh naik tram then dia pusing-pusing kawasan tu tengok binatang dari dekat. tapi jangan berani buka pintu dan tingkap tram ye, mau harimau ikut balik. hehehe.

okaylah jom tengok gambar yang tak seberapa ni. hehe..

 

DSC02146

DSC02150  DSC02174 DSC02175 DSC02178 DSC02181 DSC02185 DSC02186  DSC02189 DSC02190

DSC02172

DSC02187

Tuesday, September 3, 2013

> proud of you muhammad adam faris.


hari ni adam menyertai pertandingan hafazan pra-pra sekolah antara kelompok. adam kena hafal 7 surah kesemuanya. Al-fatihah, Al-falaq, An-naas, Al-ikhlas, Al-lahab, Al-ashr dan An-nashr.

Alhamdulillah adam berjaya membaca surah yang ditanya tapi tajwid tak betul sikit-sikit tu normal la kan untuk kanak-kanak seusia adam.

keputusan untuk hafazan, adam gagal mendapat sebarang tempat dari satu hingga tiga. cuma dapat hadiah saguhati. walaupun tak menang tapi mama tetap rasa bangga dengan keberanian dan semangat adam dalam menyertai pertandingan seperti ini.

lain kali kita cuba lagi ye sayang.

Saturday, August 17, 2013

> Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah syawal telah pun menjelma. di kesempatan ini kami sekeluarga terdiri dari Firdaus, Husna, Adam dan Alif ingin mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat.

IMG_3853

Saturday, July 13, 2013

> mama dan alif

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah aku kini kembali bergelar pekerja setelah 2 tahun lebih jadi suri rumah sepenuh masa. banyak tempat dah aku apply area pekan ni sebenarnya. baru kini rezeki berpihak kepada aku.

ingat lagi, pernah satu ketika aku post status kat facebook sebab terkilan dan sedih terpaksa tolak tawaran interview satu company ni kerana hubby aku training kat jerman. time tu aku kat perak. jauh pulak nak balik pekan untuk attend interview tersebut. tapi ada seorang kawan ni bagitahu “ kalau dah takdir rezeki aku untuk dapat kerja 2 tahun lagi, rezeki tu tetap akan jadi milik aku. kebetulan kan. genap 2 tahun aku dimurahkan rezeki. syukur sangat-sangat.

alhamdulillah, kerja ok. hari ni dah sebulan lebih aku bekerja. cumanya ada masalah sikit dengan alif. hari-hari alif menangis bila nak hantar ke rumah pengasuh. kesian alif. sebelum ni mana pernah kena tinggal. 24 jam dengan aku. tiba-tiba kena duduk dengan oarang yang dia tak kenal. mesti rasa sedih kan. setiap pagi hari bekerja aku bersilat dengan alif untuk hantar dia ke rumah pengasuh. aku harap sangat. alif dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni dengan cepat.

DSC01746

alif: mama tinggalkan alif kat rumah pengasuh bukan sebab mama tak sayang alif tau. mama pergi work sayang. mama sayang alif banyak-banyak.

> adam dan ramadhan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, hari ni genap 4 hari kita semua yang beragama islam berpuasa. adam pun tak terkecuali. tapi adam baru dapat 2 hari. hari 1st puasa adam dapat bertahan sampai pukul 5 sahaja. memang sayang kan, lagi 2 jam lebih je dah boleh berbuka. tapi aku tak nak le paksa-paksa sangat. buat setakat mana yang dia mampu sahaja. lagipun time tu dia dah nangis-nangis nak minum. kesian pulak.

hari ni adam tak puasa jugak sebab dia liat bangun sahur. macam tu la kalau tidur lewat. kan dah susah nak bangun sahur.

okeylah, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. moga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

DSC01747

Monday, May 13, 2013

> soto ayam

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

semalam masak soto ayam. cadang nak update lepas makan tengahari. tapi hubby nak pergi memancing. apa lagi anak-anak confirm la nak ikut. jadinya, aku pun kena la ikut juga. hajat hati lepas makan nak le tidur barang 1-2 jam. sure nikmat tidur bila perut kenyangkan. buruk betul perangai. hehe.

masak soto ni bukan susah mana pun. kuah buat je sup ayam. tapi nak sediakan rencah-rencah sampingan tu yang membuatkannya lama berada di dapur. tapi rencah-rencah tu la yang buatkan soto tu jadi sedap. tambah kalau letak begedil banyak-banyak. rasa nak tambah 2-3 pinggan. hehe.

ni stail soto ayam versi mak aku. ada telur dadar. macam pelik bunyinya kan. biasa soto ayam mana ada telur dadar ni. yang lain rasanya sama kot.

DSC01824

nasi impit, telur dadar, soo hon goreng, sambal kicap, begedil, kacang goreng, bawang goreng (tapi terhangit sikit) dan daun sup + daun bawang.

DSC01829

masukkan semua bahan diatas ke dalam mangkuk dan lastly masuk sup ayam.

DSC01881

 

Resepi Soto Ayam

bahan-bahan untuk sup ayam

  • ayam
  • rempah sup/ rempah soto
  • sup bunjut adabi
  • kiub pati ayam
  • air secukupnya
  • kulit kayu manis, bunga lawang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • ubi kentang
  • garam
  • asam keping

cara-cara:

  1. kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. masukkan ayam, bahan kisar, rempah sup, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. reneh sebentar.
  3. masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut.
  4. masukkan air dan asam keping secukupnya.
  5. masukkan kentang yang telah dipotong 4.
  6. perasakan dengan garam.

 

bahan-bahan untuk begedil

  • ubi kentang
  • bawang merah
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • daun bawang
  • telur

cara-cara:

  1. goreng ubi kentang.
  2. lenyekkan ubi kentang yang telah digoreng.
  3. masukkan lada hitam, bawang yang digoreng terlebih dahulu, daun bawang dan garam.
  4. gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  5. bulat-bulatkan adunan.
  6. rendam sebentar adunan yang telah dibulatkan ke dalam telur yang sudah di pukul.
  7. goreng dengan minyak yg panas.

 

bahan-bahan untuk telur dadar

  • tepung gandum
  • telur
  • air
  • garam

cara-cara:

  1. masukkan tepung dan air ke dalam mangkuk. kacau sebati.
  2. masukkan pula telur. kacau lagi.
  3. masukkan garam.
  4. goreng nipis seperti membuat kulit kuih ketayap.
  5. gulung dan potong nipis nipis.

 

bahan-bahan untuk sambal kicap:

  • cili padi
  • bawang putih
  • kicap manis
  • gula
  • limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya

  1. Kisar cili padi, bawang putih bersama kicap.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi.
  3. Gaul sebati.

 

bahan-bahan lain:

  • nasi impit – rebus nasi impit segera sehingga masak.
  • kacang tanah – di goreng
  • soo hon – di goreng
  • bawang goreng
  • daun bawang dan daun sup

 

Cara-cara Penyediaan

  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan.
  2. kemudian letakkan soo hon, telur dadar, kacang tanahdan begedil.
  3. tuang kan kuah sup ayam berserta isi ayam dan kentang ke dalam mangkuk.
  4. tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  5. letakkan sambal kicap dan siap sedia untuk dimakan.

Saturday, May 11, 2013

> cucur bakwan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

pagi ni breakfast dengan cucur bakwan. cucur bakwan ni kalau nak sedap letak sayur tu banyak-banyak. biar sayur lebih dari tepung. lagi satu masa nak goreng biar nipis-nipis. dah siap masak, makan dengan sambal kicap. memang sepadan. tapi kalau malas, makan je dengan sos cili. pun kena jugak.

alhamdulillah, kenyang.

DSC01802

Resepi cucur bakwan

Bahan-bahan:

  • tepung gandum
  • bawang merah besar - dihiris halus
  • Sayur kobis - dihiris halus
  • Karot - dihiris halus dan panjang-panjang
  • Daun kucai - dipotong-potong
  • telur
  • lada sulah / lada hitam
  • sedikit serbuk penaik
  • udang basah / udang kering
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung, garam dan baking powder di gaul rata.
  2. Setelah itu masukkan air dan telur.  Kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan bahan yang dihiris dan udang.
  4. Panaskan minyak dan boleh lah digoreng hingga kekuningan.

Friday, May 10, 2013

> tempahan kek sempena hari ibu

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, petang tadi baru je lepas hantar kek. kek karamel ni di tempah oleh nurul nun jauh di sabah. tapi bukanlah aku pergi sabah hantar kek ni ye. tapi dihantar ke mak nya di area pekan ni juga . nurul nak surprisekan mak nya sempena hari ibu.

nurul ni kawan adik aku, so, dia tau la aku duduk kat pekan. tu yang dia rancang tempah kek kat aku and nak surprisekan mak dia. ada sikit ucapan dari nurul untuk mak nya yang aku selitkan atas kotak kek.

beruntung mak nurul dapat anak macam nurul kan. jauh-jauh pun masih arrange nak bagi something untuk mak nya. masa aku hantar tadi pun macam terkejut juga mak nurul tu. memang tak sangka la kan. tiba-tiba je orang datang bawakan kek. pula tu, orang yang dia tak kenal. tapi sempat juga aku sembang-sembang sebelum beransur pulang.

terima kasih nurul sebab order dari akak. lebih kurang minta halal ye.

DSC01766 

DSC01778

DSC01780

Thursday, May 9, 2013

> suria cherating beach resort

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari tu kan aku ada pergi cherating dan menginap kat hotel suria cherating beach resort kan. so, hari ni nak le sikit-sikit cerita pasal hotel ni.

kalau dari kuantan hotel ni terletak hujung cherating, dah dekat-dekat nak ke kemaman. kalau dari jalan besar tak nampak bangunan hotel ni. tapi jangan risau, signboard hotel  yang besar ada kat simpang jalan menuju ke hotel ni.

hotelnya cantik padan la dengan harga. hari tu aku ambil bilik sea view. satu malam RM 233 untuk hujung minggu. tv dengan selected channel astro disediakan. ada mini fridge jugak.

hotel ni betul-betul menghadap pantai. kawasan sekitar pantai bersih. kalau malas mandi laut boleh berendam saja dalam kolam. ada 2 kolam di sini. kolam kanak-kanak dan dewasa. tapi kalau orang dewasa nak mandi kolam kanak-kanak pun tak jadi hal. takde siapa larang.

bab makan pula, pihak hotel provide breakfast untuk 2 orang dewasa. kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas di caj RM 13 per person. untuk lunch dan dinner tak pasti cafe kat dalam hotel ni buka ke tak. kalau buka pun mungkin harga mahal sikit. tapi untuk yang ambil package family day rasanya memang dorang sediakan. macam kami, kami cari makanan di luar sahaja. banyak gerai-gerai makan di tepi jalan besar.

okaylah kalau nak tau lebih lanjut boleh ke website INI. jom layan gambar.

 

DSC01655

DSC01654

DSC01661

DSC01656

DSC01657

DSC01658

DSC01662

DSC01667

DSC01676

Wednesday, May 8, 2013

> mengundi di PRU13

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

orang lain dah habis cerita pasal mengundi, result pun dah tahu. tapi aku baru nak update hari ni. lambat. hehe. semua orang tahu kan tarikh mengundi pada 5 mei 2013 yang lepas. semua pakat keluar ramai-ramai untuk mengundi. aku pun tak terkecuali.

aku mengundi di kampung iaitu di trolak, perak. aku mengundi untuk DUN slim river dan parlimen tg malim.

aku rasa excited sgt nak mengundi sebabnya ini kali pertama aku mengundi tau. hehe. sebelum ni tak keluar mengundi pun. masa tu takde kesedaran sivik lagi. haha.

dah aku mengundi kat kampung halaman kan, so ramai la kawan-kawan lama yang aku jumpa. lagi seronok dibuatnya. pula tu pusat mengundi kat sekolah lama aku. mengimbau nostalgia betul. sementara tunggu giliran sempat kami berbual bertanya khabar. takde la terasa sangat lamanya beratur.

okay kita tengok gambar yang sempat aku rakamkan di hari kejadian untuk dijadikan kenangan di kemudian hari.

IMG-20130506-WA007

bergambar dengan adik-adik aku sebelum ke pusat mengundi.

 

DSC01743

beratur untuk pendaftaran

 

405796_500339806687001_788692404_n

tengah sibuk beratur terjumpa kawan lama noni dan zaidah. elok pula diorang beratur depan aku je.

 

IMG-20130506-WA004

sesi pendaftaran

 

248195_500340150020300_1721217028_n

menunggu giliran untuk membuang undi. semua ni kawan-kawan sekolah aku.

 

IMG-20130506-WA002

alhamdulillah, bukti kami dah selesai mengundi. cuba teka jari aku yang mana? hehe.

 

IMG-20130506-WA003

bergambar kenangan sebelum pulang. sekolah lama aku.

 

UNDI ADALAH RAHSIA.

Tuesday, May 7, 2013

> tempahan kek sempena pru13

assalamualaikum an selamat sejahtera.

DSC01730

kek coklat kukus tempahan dari chot, taufik dan member ija.

 

DSC01740

kek karamel tempahan dari faiz.

 

alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan. terima kasih pada yang menempah pada jumaat minggu lepas sebelum masing-masing balik mengundi. lebih kurang minta dihalalkan ye.

Thursday, May 2, 2013

> cherating lagi?

cherating lagi? hehe. bulan 4 ni saja, 2 kali kami ke cherating. pergi sabtu dan ahad lepas.

pergi kali ni sebab my sister dengan family dia dari KL nak jalan-jalan rumah kami. kalau nak jalan kat pekan je takde ape sangat tempat yang menarik. tu yang cadangkan kat dia pergi cherating. then lagi 1 malam boleh tidur rumah kami. di cherating kami menginap di suria cherating beach resort.

aktiviti kat hotel macam biasa mandi sesajer. sekejap mandi laut, sekejap mandi kolam. lagi pun memang ni la aktiviti yang disukai budak-budak. kalau boleh tak nak naik-naik.

kami juga sempat jalan-jalan sekejap di kemaman untuk cari keropok lekor sebelum pulang ke pekan.

67548_10200185027682502_2078564728_n

DSC01666

485556_10200185310009560_1795280159_n

528364_10200185071283592_115035934_n

644596_10200185064763429_1335699661_n

DSC01681

DSC01690

Tuesday, April 30, 2013

> sukatan cawan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01301

ni la cawan yang aku selalu gunakan bila nak sukat sukatan bahan-bahan untuk membuat kek atau sebagainya. cawan jenama arcopal. cawan ni asalnya kepunyaan mak aku tapi aku minta sebiji dari mak. terima kasih mak.

semua resipi sukatan cawan dalam blog ni guna cawan kat atas ni la. banyak sungguh jasa cawan arcopal ni tau. kalau takde cawan ni, tak menjadi la kek-kek aku tu. cawan ni aku simpan tempat khas. takut adam terguna pulak. dah la ada sebiji je. kalau pecah, susah aku nanti nak cari pengganti. hehe.

Iklan LR