Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Sunday, September 30, 2012

> sukan tahun 2012 sek. keb. pekan jaya

salam.

layan gambar dulu ye.



pagi tadi berlansungnya sukan tahunan bagi tahun 2012 sekolah adam di pekan, pahang ni. walaupun adam setakat masuk acara perbarisan, kami tetap datang untuk memeriahkan majlis. lagipun adam dah banyak kali miss acara sekolah kat pahang ni contoh majlis jamuan raya, majlis harijadi, lawatan murid prasekolah ke zoo kemamam minggu depan pun adam tak dapat join jgk. maklumla, sekejap sekolah kat pahang, sekejap sekolah kat perak. 

rumah sukan adam rumah merah atau syahbandar. jumaat lepas dah diadakan acara untuk prasekolah. adam tak mendapat sebarang hadiah. hehe.. balik rumah dia tanya saya. kenapa adam lari tak laju? kenapa adam tak menang? terpaksalah saya menjawab soalan yang diberikan dengan berhemah. takut dia tak boleh terima kekalahan pulak. tadi ada sembang-sembang dengan cikgu adam. ada kawan-kawan adam yang tak boleh terima kekalahan. tak dapat hadiah, dorang menangis. jenuh cikgu nak pujuk. macam-macam ragam budak-budak nak membesar kan.

takpe, next year adam cuba lagi ye.. jangan putus semangat tau.






Friday, September 14, 2012

> kek karamel pelangi

salam.

sekarang ni musin rajin saya. rajin pun ada musim jugak tau. hehe. baru jer cuba buat kek lagi petang tadi. dan hasilnya amatlah memberansangkan. first time buat terus jadi, bangga tak terkata. haha.. mari saya kongsi resepi yang saya cuba. resepi ni saya ambil dari myresepi dan blog. then, saya mix and matchkan. semua guna sukatan cawan. terima kasih pada empunya resepi.



















BAHAN – BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

BAHAN B ( Puding Karamel)
  • 1/2 tin susu cair,
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
CARA - CARA:
  1. kacau semua bahan sampai sebati
  2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

BAHAN C ( KEK )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA - CARA:
  1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

BAHAN D (Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh cream of tartar

CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).




CARA-CARA
  1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  4. Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  5. bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  6. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
  7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam peti sejuk

 

Wednesday, September 12, 2012

> kek coklat kukus lagi

salam.

malam tadi nak dekat pukul 12 malam siapkan satu biji kek coklat. request dari adik untuk dia bawa ke jamuan raya sekolah dia. kali ni cuba resepi lain dari yang semalam. tapi resepi lebih kurang sama aje. macam biasa resepi search dari internet.


















 

Bahan-bahan

  • 2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan sebuk koko
  • 1 cawan minyak masak/ minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred B
  • 2 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air panas

Cara-cara

  1. panaskan pengukus
  2. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
  3. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi
  4. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit
  5. jgn putar lama2 sangat dan laju dgn mixer tu asalkan dah sebati kira ok la

Monday, September 10, 2012

> kek coklat kukus

salam.

Selamat Hari Lahir Muhammad Adam Faris bin Firdaus yang ke 5. semoga berjaya di dunia dan akhirat. mama sayang abang!



sempena birthday adam hari ni, saya buatkan kek hasil tangan sendiri. resepi google dari internet. terima kasih pada empunya resepi.

KEK COKLAT KUKUS





Bahan A:-
  • 1 cawab susu cair atau fresh milk
  • 1 cawan air
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang
Bahan B:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C (dikacau rata):-
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Krim Coklat (Ganache):-
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Kek:-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
  3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
  4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
  5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan)
  7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.
Cara Membuat Krim Coklat:-
  1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
  4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

> cornflakes madu

salam.i ni.

syawal dah nak habis, saya baru terhegeh-hegeh nak buat kuih raya. kuih raya paling senang pulak tu. sebenarnya buat untuk sambut birthday adam hari ni. Adam dah genap 5 tahun tau hari ni.

resepi cornflakes madu ni dapat dari kawan GMI saya. masa saya belajar kat GMI dulu, kawan saya ni ada bawa untuk bagi kami rasa. sedap. dari situ saya mintak resepi. setiap kali raya, resepi cornflakes madu dia ni la kami adik-beradik buat untuk dijamu pada tetamu di kg saya di trolak, perak. tiap-tiap tahun okay. thank you As sabrina. moga Allah beri ganjaran di atas ilmu yg kamu berikan ini.



















resepi cornflakes madu

bahan-bahan
- 1 cawan gula
- 1 buku butter
- 6 sudu madu
- 1 kotak cornflakes

cara-cara
1. cairkan gula di dalam periuk
2. masukkan butter, kacau sehingga cair
3. masukkan madu dan cornflakes. kacau biarsemua sebati.
4. tutup api, angkat dan masukkan ke dalam kertas kuih seperti diatas.



Sunday, August 26, 2012

> selamat hari raya

 salam.

























tak lewat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua yang singgah ke mari. mohon maaf zahir batin jika saya ada kesilapan saya selama ini. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Sunday, July 22, 2012

> variasi of apam polkadot

salam.

sekarang ni memang tengah demam buat apam polkadot. pantang waktu free, mesti nak buat apam ni. sila jangan jemu ye, sbb tuan belog tak jemu-jemu lagi ni. hehe



















=)

Tuesday, July 17, 2012

> baju lama diberi nafas baru

salam.

baru-baru ni takde keje saya selongkar almari lama mak saya. banyak baju, tudung lama-lama mak saya masih simpan. selongkar punya selongkar terjumpa baju kurung yang satu ni. berkenan la pulak.

baju ni dah lama sangat. baju my sister yang sulung. baju zaman dia masih bujang. sekarang kakak saya tu dah berumur 40-an. umur baju ni rasanya mau dah berbelas tahun. tapi masih cantik dan elok. lagipun yang membuatkan saya nak ambil baju ni sebab coraknya. zaman sekarang kan memang tengah popular corak ni. rupanya corak polkadot ni dah ada zaman dulu-dulu. sekarang ni dia keluar balik.

tapi baju ni saya nak kena alter. bukan apa, saya tak suka lace tu, so nak kena buang dan nak tambah span kat bahu. yang lain ok.



































=)

Monday, July 16, 2012

> homemade sarung bantal

salam.

dah mula menjahit pulak. hehe. ala, jahit sarung bantal je pun. buat yang sehabis simple. takde ropol-ropol pun. kain pun beli yang murah-murah saja.




















=)

Saturday, July 14, 2012

> apam polkadot

salam.

buat petang semalam. cubaan kali kedua akhirnya menjadi. seronok tak terkata. hehe.. masa tengah buat ni ramai yang menolong termasuklah adam dan alif. masa 1st batch kuih ni nak keluar dari pengukus, semua pakat teruja nak tengok hasilnya. bila tengok kuih ni jadi, semua menjerit keseronokkan. haha.



















saya copy paste lagi resepi apam polkadot ni. selamat mencuba. saya pun tengah berkira-kira nak repeat buat apam ni lagi.


bahan-bahan

  • 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling secukupnya (saya pakai jem strawberi aja ;D)
  • pewarna
  • 50-80 papercups medium
  • acuan kuih lompang

cara-cara
  1. masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima
  2. kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima.
  3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  4. masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag
  5. sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti)
  6. picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja)
  7. letakkan filling di tengah2 (buh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D)
  8. picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup
  9. kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
  10. lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit

Friday, July 13, 2012

> sambutan hari bapa

salam.
cerita tertangguh lagi. hehe.

tahun ni hari bapa jatuh pada 17 jun 2012. that date dah wish kat hubby 'selamat hari bapa' via facebook. jadilakan. nak wish face to face orangnya jauh nun di german.
















kat tadika adam pun ada jugak buat sambutan hari bapa ni. sambutan kecil-kecilan, ada makan-makan, pertandingan mewarna, ucapan-ucapan dan penyampaian hadiah. adam pun turut serta mewarna. tapi tak layak untuk memenangi sebarang hadiah. syarat utama untuk memenangi hadiah, peserta mesti terdiri dari anak dan ayah dan mesti mewarna bersama. kalau ayahnya tak hadir lukisan tersebut tak dikira. sekadar suka-suka sahaja. kesian adam. macam mana la, abah nak join sekali. tapi ramai jugak yang ayahnya tak dapat hadir. mungkin masing-masing punya hal tersendiri.


pen ni adam nak kasi kat abah.

kawan-kawan adam

mari mewarna. siap meniarap lagi. kawan yang lain semua duduk elok jer.
warna cantik-cantik ye.
walau tak dapat hadiah, dapat bergambar pun jadila. hehe

Thursday, July 12, 2012

> my ex-classmate wedding


salam.
maaf, sekarang ni banyak cerita lama yang di postkan.






































kawan saya ni namanya wati. kawan masa sekolah menengah. kami satu kelas masa form 4 dan form 5. dalam kelas dia duduk belakang saya. wati ni best student SPM sekolah kami tau.

30 june lepas wati selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. tahniah wati dan pasangan. semoga kekal ke hujung nyawa.

selamat pengantin baru wati!



sebahagian my exclassmates time sek men dulu.


kebetulan masa majlis tu terjumpa dengan kawan-kawan kelas yg lain. walaupun tak semua yang dapat hadir, tapi tetap meriah dengan gelak tawa dorang. menyembang macam zaman sekolah dulu-dulu. kecoh betul!.

Wednesday, July 11, 2012

> polkadot

macam-macam barang polkadot sekarang ni ada kan. dari kain pasang, baju, tudung, sehingga apam pun ada polkadot. hehe...

baru-baru ada try buat apam polkadots. tapi nak cerita malu sebenarnya. first time buat. memang teringin sangat nak buat sebab kuih ni kan cantik, colourful. cari resepi kat internet je. kuih ni kan glemer memang berlambak resepi yang keluar. resepi pun mudah, ikut sukatan cawan. bahan-bahan pun senang nak cari.

so, dah ready semua bahan-bahan saya pun start le buat ikut step-step yang diarahkan. masa men'decor' lagi excited. dah siap decor, kena kukus dalam 5-10 minit. dah cukup masa, bukak la pengukus tu. rasa excited tadi bertukar menjadi frust. hehe. apam tak naik. mungkin salah saya masa bancuh adunan tu. sebab saya terlupa masukkan gula masa  first step tu. gula saya masukkan last sekali. tu adunan saya tak kembang. tapi mak saya setelkan masalah tersebut. adunan yang tak naik tu mak saya tambahkan dengan soda. alhamdulillah naik dengan jayanya, tapi kuih tu rasa pahit sikit disebabkan soda . hahaha...

nak try buat apam polkadot? meh cuba resepi kat bawah ni. tapi makesure baca dengan betul cara-cara nak buat tu ye, jangan salah step. hehehe.




















bahan-bahan
  • 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling secukupnya (saya pakai jem strawberi aja ;D)
  • pewarna
  • 50-80 papercups medium
  • acuan kuih lompang

cara-cara
  1. masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima
  2. kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima.
  3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  4. masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag
  5. sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti)
  6. picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja)
  7. letakkan filling di tengah2 (buh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D)
  8. picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup
  9. kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
  10. lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit 

Tuesday, July 10, 2012

> sukan tahunan

salam.

sukan tahunan tadika kemas adam ni berlangsung 24 mei yang lalu. dah lama sangat dah, tapi nak jugak masuk kan dalam blog ni. kenangan untuk adam bila dia besar nanti. setiap murid masuk 1 acara. adam masuk acara bawa bola pingpong dalam sudu. dapat juara lagi.


sedia, 1, 2, 3, go...
tunggu giliran nak ambil hadiah. alif sibuk nak duduk dekat abang dia. :)
penyampaian hadiah
yeay! dapat hadiah. muka orang penat
hadiah sumbangan kemas. hehe..




** kualiti gambar kurang memuaskan. guna kamera telefon saja. harap maklum


Iklan LR