Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, September 10, 2011

> 4 tahun la

Alhamdulillah, kalau ikut kalendar org putih hari ni 10 september, adam genap 4 tahun. Insyaallah tahun depan boleh hantar dia sekolah.

Mama doakan adam diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, jadi anak yg soleh, beriman dan cerdik pandai.

Happy birthday MUHAMMAD ADAM FARIS.

Mama, abah dan adik alif selalu sayang abg adam.


P/s: entri ini dipublish menggunakan telefon bimbit.

Friday, August 26, 2011

> budak gemuk


ramai orang cakap alif gemuk. Hehe... Saya tengok biasa saja. Mungkin sebab saya tengok dia hari-hari kot. Alif takde makan apa-apa pun. Cuma minum susu badan saya sahaja. Nestum saya beri kadang-kadang. Bubur nasi langsung dia tak pernah rasa. Yang ni sebab mama dia malas nak buatkan. Hehe..

sekarang alif dah 7 bulan. Bulan lepas berat alif 7kg. Gigi dah mula nak tumbuh. Meniarap dah lama pandai. Baru-baru ni makin laju meniarap ke depan. Saya panggil menyulur. Ala, macam askar tu. Tapi saya lebih gemar letak dia dalam walker. Senang utk saya buat keje.

Sayang alif..

Wednesday, August 24, 2011

> misi mencari baju raya

Tahun ni saya, hubby dan adam beli baju raya ready made saja. Tak teringat nak tempah sebelum ni. Tup-tup dah bulan ramadhan, mana ada tailor yg nk ambil tempahan lagi.
Hubby cuti hari ni semata-mata nak bawa kami anak beranak cari baju raya. cari-cari kat bandar kuantan ni je. Mana lagi nak pergi. Takkan nak turun KL atau shah alam pulak. Jauh bebenor tu. Tahun ni takde warna tema-tema kot. Mana yang berkenan, saya terus rembat je nanti.
Ok. Dah sampai kuantan pun. Misi bermula.
Nak tengok baju raya kami? Tunggu raya nanti ye. ;-)

P/s: entri ini dipublish dari telefon mudah alih.

Sunday, August 21, 2011

> balik kampung

Oo.. Balik kampung, oo.. Balik kampung, hati girang...
Korang dah sampai kg? Saya baru nak gerak balik. Sekarang ni dalam perjalanan balik ke kg hubby di kuala lipis pahang.

Pada semua pemandu nasihat saya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalanraya.
Biar lambat, asal selamat. Ingatlah org yang tersayang.

P/s: entri ini dipublish dari telefon mudah alih.

Saturday, August 20, 2011

> Abang


Adam, 4 tahun. Pandai rindu-rindu shah alam. Rindu org-org kat shah alam sebenarnya.
Untuk makluman kami sekeluarga dah tak menetap di shah alam. Hampir 4 bulan kami tinggalkan shah alam.

> Adik


Alif, 7 months

Saturday, April 2, 2011

> cerita hari ini

assalamualaikum

aduhai lama sungguh saya tak kesini. rindu betul dengan 'rumah' saya ini. banyak cerita yang sepatutnya saya coret kan disini utk kenang-kenangan. tapi masa tak mengizinkan utk saya berbuat demikian.

kini alif dah hampir ke 3 bulan. dugaan ketika berpantang sukar digambarkan. alhamdulillah, kini alif semakin bijak. dah tak menangis macam dulu. menyusu pun semakin baik. saya bersyukur sangat-sangat.

kalau ada masa nanti saya coretkan disini cerita-cerita alif dari bersalin hingga sekarang.

adam sihat-sihat sahaja. lama duduk di kampung, rindu betul dia dengan rumah di shah alam. asyik-asyik tanya bila nak balik rumah. tapi adam makin manja dan rapat dengan nenek dan tokwan. tapi kadang-kadang pandai gaduh juga dengan nenek. hehe..

sekian dulu.

Wednesday, January 12, 2011

> tolong saya isi tempat kosong

nama anak saya yang sulung MUHAMMAD ADAM FARIS.

yang 2nd ni nak kasi nama apa pulak ye. ada idea tak? hubby berkenan dengan nama DANIAL. so, sekarang ni dah ada nama MUHAMMAD & DANIAL. cuma yang tengah-tengah tu tak tahu nak letak nama apa.

 

MUHAMMAD ______________ DANIAL

 

kalau boleh yang tengah tu nak mula dengan huruf A jugak.

tetiba nanti keluar perempuan macam mana? hehe… langsung takde fikir nama girl ni. tapi takkan kot, sebab dah banyak kali scan doktor cakap baby boy.

> diapers vs spender

orang lebih suka sebut pampers dari diapers. padahal pampers tu jenama untuk diapers.

 

hari ni dah hari ke-5 adam tak pakai diapers. bermula sabtu lepas. semuanya berjalan  lancar. alhamdulillah takde kes bocor lagi. cuma waktu tidur sahaja saya pakaikan diapers takut terkencing dalam keadaan tidak sedar.

agak lambat sebenarnya adam diajar dari berhenti pakai diapers. sebelum ni ajar jugak. tapi hari cuti sabtu ahad sahaja.

macam-macam cara sebenarnya saya dan hubby lakukan untuk berhentikan adam dari memakai diapers. belikan spender yang ada gambar ultraman (adam fanatik dengan ultraman), sorok diapers, bagitau adam yang dia dah besar dan yang paling berkesan rasanya saya cakap siapa pakai diapers nanti kena sunat. adam memang fobia sangat dengan perkataan sunat. takut betul dia. hehe.

plan saya sebenarnya mahu ajar dia bila saya dalam berpantang nanti. masa tu boleh concentrate betul-betul. tapi bila dia sudah boleh terima pembelajaran ini, hati saya gembira sekali. lepas ini beli diapers untuk adik adam sahaja. save budget bulan-bulan. terima kasih adam.

:)

Tuesday, January 11, 2011

> ditelan mati emak, diluah mati bapak

macam tu la perasaan saya sekarang ini. nak cakap berterus terang takut ada yang terasa hati. tapi kalau tak diberitahu, saya pulak yang merana. tersepit ditengah-tengah.

 

saya masih lagi punya perasaan. masih bertolak ansur dan yang pasti sampai ke tahap ini saya masih lagi boleh bersabar dengan keadaan ini. tak pasti sampai bila kesabaran saya boleh bertahan. mudah-mudahan berpanjangan. Sabar itu sebahagian dari Iman.

 

sesuatu mesti dilakukan. takkan nak biar keadaan ini berterusan. yang menjadi persoalannya, sampai bila harus menuggu?

 

ada hikmah disebalik keadaan ini. ini saja cara untuk menenangkan diri.

Friday, January 7, 2011

> Tanda-tanda Bersalin

waktu sekarang kena sentiasa alert tentang tanda-tanda bersalin. walaupun ini bukan kali pengalaman pertama, tapi rasa keliru dan risau tu tetap ada. masa adam, tanda-tanda nak bersalin sebab air ketuban pecah. kali ni tak tau macam mana pulak.

 

jom kita baca sikit info pasal tanda-tanda bersalin.

 

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&catid=39%3Asemasa-kelahiran&id=161%3Atanda-tanda-bersalin&Itemid=61

 

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Thursday, January 6, 2011

> breastfeed

Insha'Allah baby yang bakal lahir ini saya plan nak menyusukan badan selama yang boleh.

nak tebus balik masa adam dulu. adam hanya sempat menyusu badan 2-3 bulan rasanya. itupun bukan full breastfeed, campur-campur dengan susu formula.

banyak faktor yang menyebabkan adam tak dapat menyusu badan. bukan kata susu kurang. banyak, sampai bengkak-bengkak.

dulu adam selalu mengamuk bila nak menyusu. sampaikan nenek dia minta penawar. tapi tak jalan jugak. bila dah macam tu, saya jadi down. last-last saya bagi susu botol. masa tu, semangat tak kuat, selalu tension. sampai saya sering menangis.

faktor lain pulak sebab saya terpaksa tinggalkan adam di kg semasa saya sudah mula bekerja sebab tak dapat cari pengasuh lagi. hampir sebulan adam dibawah jagaan nenek.

 

dan sekarang untuk menjayakan misi ini, saya mula membaca  apa yang patut berkenaan fullbreastfeed ini. banyak info saya dapat dari internet. saya juga sudah mula membeli breastpump. jenama yang selalu orang perkatakan, Avent. harap semuanya dipermudahkan.

 

bila adam dah besar ni, dia selalu cakap nanti dia nak share menyusu badan dengan adik dia. kesian sungguh.

Wednesday, January 5, 2011

> beg baby dan ibunya

beg baby kiko

malam tadi dah settle packing barang baby dan saya untuk di bawa ke hospital nanti. macam ni la lebih kurang beg baby saya.

barang untuk baby
  • Baju & Seluar
  • sarung tangan & kaki
  • blanket
  • towel / sapu tangan
  • hat
  • barut
  • lampin
  • diapers
  • tisu basah
  • minyak telon, losyen & bedak

barang saya
  • t-shirt
  • kain batik
  • towel
  • sweater
  • stokin
  • nursing bra
  • pads
  • panty
  • toiletries

ada lagi ke yang tertinggal?

Tuesday, January 4, 2011

> 37 minggu dah

hari ni genap 37 minggu. huhu. makin berdebar-debar. baru balik dari klinik buat checkup. semuanya ok. kepala baby doktor kata tak masuk lagi. tapi start dari sekarang boleh bersalin bila-bila masa jer.

malam ni nak start packing barang baby dan saya untuk dibawa ke hospital nanti.

 

balik dari klinik sempat singgah pejabat pos. tujuan utama nak update buku ASB. ramainya orang. rata-rata semua nak update buku asb. masa saya sampai tu no giliran yang tengah dia layan 2107. no giliran saya 2203. lagi 96 orang baru tiba giliran saya. penat betul menunggu. tapi penat yang berbaloi bila tengok angka kat buku asb tu. alhamdulillah.

Monday, January 3, 2011

> update buku ASB

rasanya hari ni dah boleh update buku ASB. meh ramai-ramai gi beratur kat pejabat pos.

alhamdulillah, dapat le sikit bonus ASB daripada takde langsung kan.

Iklan LR