Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, November 29, 2010

> makan

page

menu atas kiri: daging lembu korban + paru lembu korban + kentang masak sambal
menu atas kanan: sayur sawi tak pahit
menu bawah: cok kembung cicah susu F&N


Friday, November 26, 2010

> hand made purse

IMG_6346

dapat buat purse ni je cuti hari tu. jenis material adalah pvc lembut. nampak macam leather kan. cubaan pertama kurang memuaskan. saya sedekahkan pada adik. buat yang kedua dan ketiga. kali ni ok. tapi masih banyak yang perlu diperbaiki. buat satu untuk hubby, satu untuk saya.
sekarang saya memang malas bawak wallet pergi mana-mana. saya suka macam ini. duit, ic, kad atm dan telefon tangan boleh masuk sekali.
ngam-ngam siap projek purse ini, mesin jahit mak rosak. hehe… so, next projek sudah terbengkalai.

Thursday, November 25, 2010

> susu anmum

last week satu parcel sampai di opis atas nama saya. tengok dari kotak sudah tahu apa isinya. ini semua hasil redeem scop susu anmum adam yang lama. dapatlah 4 kotak hasil redemption tersebut. kalau ikutkan saya boleh dapat lagi banyak. tapi saya hanya dapat kumpul 24 scop. banyak yang dah buang sebab sebelum tu tak terfikir pun nak kumpul scop ni. so, pada yang ibu-ibu yang anaknya minum susu anmum, rajin-rajin la kumpul scop. nanti mesti ade peraduan redemption ni.

 IMG_6281 IMG_6282
IMG_6285

> last-last saya turut menangis

ini cerita semalam. balik dari kerja cepat-cepat mahu ambil adam dari rumah pengasuh. sampai sana adam buat hal. tak nak bawak beg sendiri. ingin suruh orang lain bawakkan. bila ditegur, adam mula menangis. mula buat perangai. tak nak jalan masuk ke kereta dengan sendiri pulak, pakai sandal pun dah tak mahu. tercegat di satu tempat. mengharapkan saya dukung dia. aduh! mana saya larat nak dukung adam dengan keadaan perut memboyot. saya sabar dalam hati. ini rumah orang. kalau di rumah sendiri habis semua saya muntahkan. memandangkan saya berada dirumah orang, saya layankan ragam adam. gagahkan jugak untuk dukung dia. dengan beg dan sandal dia ditangan saya lagi. nasib baik semalam saya tak sendirian. hubby hantar dan jemput saya pulang dari kerja.

masuk ke kereta adam masih menangis. saya dan hubby cuba tegur secara baik. makin menangis pulak jadinya. sampai dirumah, adam masih buat perangai. masih tak nak jalan dengan kaki sendiri. minta didukung lagi. saya cuba pujuk-pujuk. tapi tak jalan. dia membatu dalam kereta. hubby mula naik berang. hubby nak cepat sebab nak kejar solat asar, takut tak sempat. adam masih tidak mahu mengalah. last-last hubby turutkan jugak kemahuan dia.

masuk je dalam rumah, hubby mula bising-bising dan marahkan adam, tangan sudah singgah ke kaki adam. saya faham perasaan hubby. hubby penat balik kerja, tiba-tiba anak buat perangai. memang sungguh menguji kesabaran kan. saya jadi sedih bila adam kena marah. cepat-cepat saya ambik adam. peluk dia seerat-eratnya. saya minta dia minta maaf pada hubby dan saya. tapi adam tak endahkan. masih menangis. last-last saya juga turut menangis.

kenapa saya turut menangis? salah satu sebabnya sebab saya sedih bila adam kena marah dengan hubby. lagi pulak adam baru baik demam. tapi itu untuk mengajar dia bukan. lain sebab kerana adam tidak mahu dengar cakap saya. saya jadi kecewa. saya sudah cakap baik-baik dengan dia. saya juga menangis sebab saya tahan marah.

semakin dekat adam bakal jadi abg, semakin menjadi adam buat perangai. serba tak kena semuanya. tapi adam juga lah pengarang jantung hati saya.

satu yang saya mahu adam tahu, adam tetap anak mama dan abah yang nombor satu. kami tetap sayangkan adam. insyaallah mama dan abah takkan pilih kasih pada anak-anak.



Wednesday, November 24, 2010

> amalan korban

IMG_6307IMG_6309

lembu-lembu yang dikorbankan pada hari raya haji hari tu. 3 ekor kesemuanya. insyaallah boleh dikatakan tiap-tiap tahun abah lakukan acara korban ini. ambik 1 bahagian dan share dengan sesiapa yang berminat. di kampung abah adalah ketua blok. orang felda tahu la kot pasal blok2 ni. jadi kalau apa-apa acara abah la orang kuatnya.

 

IMG_6305

ini la abah saya. hensem kan…

 

IMG_6313IMG_6315

saat disembelih. Bismillahhirrahmannirrahim…

 

IMG_6317 IMG_6319

saat apa ni ye. saat buang kulit lembu kot. hehe… sembelih telah dilakukan didalam ladang kelapa sawit (kan orang felda). ade tempat khas untuk penyembelihan. senang nak cuci lepas tu.

 

IMG_6320 IMG_6321

lepas acara sembelihan selesai, bawak balik ke rumah saya (rumah abah saya). acara melapah daging diteruskan disini. potong, timbang dan bungkus untuk diagih-agihkan pada orang ramai.

 

IMG_6323 IMG_6326

insyaallah kalau ade rezeki lebih tahun hadapan saya juga ingin ambil 1 bahagian melakukan acara korban seperti ini.

 

IMG_6325 

tetiba!  =)

> 1001 cerita

hari ni baru start kerja setelah lama bercuti. 17.11.2010 cuti Hari raya Aidil Adha. khamis dan jumaat cuti ihsan dari company. tak payah tolak annual leave. suka sangat. terima kasih bos. sabtu dan ahad cuti lagi seperti biasa. isnin masih cuti sebab pengasuh adam pun cuti. selasa iaitu semalam cuti lagi sebab adam demam. cuti-cuti diatas dihabiskan di kampung halaman kecuali pada hari isnin dan selasa.

 

adam mula panas-panas badan pada pagi sabtu (20.11.2010) semasa di kampung lagi. lepas makan ubat, suhu mula menurun. tapi tak lama. sekejap lagi panas balik. setiap 4 jam makan ubat sampai lah ubat kehabisan. kemuncaknya hari isnin suhu naik sampai ke 40 darjah celcius. hati mula risau. bawak pergi klinik dan doktor masukkkan ubat insert. alhamdulillah lepas tu suhu turun dan terus sembuh dari demam. syukur sangat.

 

malam semalam pergi klinik untuk monthly checkup pregnancy. sudah 31 minggu. tekanan darah ok. berat sekarang sudah 54 kg. berat baby 1.6 kg. uri sudah diatas. cuma kepala baby masih tak pusing kebawah. dan kena suntikan ape ntah di lengan. sakit sikit-sikit hingga sekarang.

 

sekarang mood masih malas. mahu cuti lagi boleh?

Tuesday, November 16, 2010

> nak buat tu, nak buat ni…

Picture 1392
dalam kepala ni, banyak benda dah nak buat. jangan kata mesin pintar ini, mesin yang kurang pintar pun belum punyai lagi. T__T. tapi bahan-bahan sudah dibeli. alamatnya pinjam mesin buruk mak kat kg dulu la untuk menjayakan projek kecil-kecilan ni. hehe… nanti ade rezeki lebih baru beli sendiri punya.
kebetulan cuti raya haji ni nak balik kg, cuti lama jugak start esok sampai ahad. so, kita guna kesempatan yang ada. harap-harap menjadi la ape yang aku nak buat ni… kalau tengok gambar kat atas mesti dah boleh agak aku nak buat ape kan.
sangat jeles dengan ini orang. punya bakat yang sangat mengagumkan. macam-macam dah dia buat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA PADA SEMUA.

Monday, November 15, 2010

> external hard disk

Picture 1398

 

semalam hubby belanja beli external hard disk. brand TOSHIBA. capacity 320 GB. harga RM 169.90. memang dah lama nak benda ni. boleh simpan semua gambar-gambar dari digital kamera. sebab sebelum ni simpan dalam laptop, tetiba hilang sesetengah gambar adam masa baby. frust betul. tak pasti aku ade klik ape ntah masa tu. jenuh dah cari. tapi tak jumpa.

 

sebenarnya tak tahu brand ape yang bagus utntuk external hard disk ni. tanya promoter tu dia suggest brand toshiba ni. amik ajela. lagipun yg ni paling murah. ade 3 tahun warranty. 1 tahun kat kedai, lagi 2 tahun kat toshiba.

Thursday, November 11, 2010

> bersalin dimana

tengah dok pikir-pikir dalam kepala, bersalin nanti nak deliver kat hospital mana. buat masa sekarang yang ada dalam kepala samada hospital putrajaya or hospital serdang.

kalau ikutkan hati nak aje mintak pada hubby nak bersalin kat private hospital. kat area shah alam ni ade dua private hospital, DEMC dengan KPJ Shah Alam. tapi taknak ler menyusahkan dia pulak. tau aje la charges hospital swasta ni. kalau normal deliver boleh consider lagi. maunya kena ceaser macam adam dulu, RM5k hingga 7k dah tentu-tentu. kita ukur baju dibadan sendirilah ye. =)

kalau company ade cover cost bersalin ni kan best…


Wednesday, November 10, 2010

> barang baby

tak sempat lagi nak shopping barang baby. tunggu gaji hujung bulan inilah. tapi kali ni tak banyak barang baru yang nak dibeli pun. nak recycle balik barang-barang adam dulu. cuma nak tambah sikit-sikit aje.

list pun tak buat lagi. barang-barang baby masa adam dulu pun tak check-check lagi. masih dalam kotak plastik. nak separatekan yang mana masih boleh guna atau tak dan nak basuh balik. baju-baju ni kalau kita simpan tak pakai, dia akan jadi kuning-kuning kan. kenapa ye?



Tuesday, November 9, 2010

> Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda

Saya lahir pada bulan Ogos.

Sifat orang yang lahir pada bulan Ogos biasanya:

1: Suka berlawak.

2: Mudah tertawan padanya.

3: Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.

4: Berani dan tidak tahu takut.

5: Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

6: Pandai memujuk orang lain.

7: Terlalu pemurah & bersikap ego.

8: Nilai harga diri yang sangat tinggi.

9: Dahagakan pujian.

10: Semangat juang yang luar biasa.

11: Cepat marah & mudah mengamuk.

12: Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

13: Sangat cemburu.

14: Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

15: Cepat berfikir.

16: Fikiran yang berdikari.

Kajian suka suki ini telah dilakukan menggunakan application ini: http://www.facebook.com/apps/application.php?id=10150127548285652

tak semua yang dinyatakan betul. kalau pun ada persamaan mungkin itu satu kebetulan. wallahualam…

p/s: minggu ni, minggu mengantuk kot. pagi-pagi lagi mata dah nak tertutup. :(



Monday, November 8, 2010

> catalogue IKEA 2011

Picture 1364

kepada peminat-peminat barangan ikea, cepat dapatkan katalog ikea 2011 dengan segera. aku pun member yang tolong ambikkan. =) tak pasti sebenarnya dah lama ke atau baru ikea ni edarkan katalog 2011 ni.

Picture 1367Picture 1366

kalau yang mana jauh nak pergi ikea semata-mata nak ambik katalog je, baik download kat laman web dorang. klik kat sini ye.

mood hari ini: mengantuk!



Thursday, November 4, 2010

> downgrade

aku kan pakai maxis broadband. last week dah pergi maxis centre kat sunway pyramid untuk downgrade kan package yang aku ambik. before this, monthly aku bayar RM 118. now aku downgrade kan kepada yang paling murah, RM 48 per month. kata nak jimat cermat kan. lagipun bukan aku pakai sangat. setakat berfacebook, email dan blog saja. kat rumah pun jarang2 sangat nak guna. so, mana yang rasa perlu di downgrade, better buat demikian kan.

 

astro pun aku rasa macam nak downgrade kan jugak. sekarang pakai pakej yang bayar RM 70 lebih per month tu. nak je aku tukar pakej yang paling basic tu. tapi hubby aku tak nak ler pulak sbb dia nak tengok sport, discovery dengan national geographic. kalau pakej basic, semua tu takde. kalau setakat aku, balik-balik aku tengok tv1, tv2, tv3, ria, prima, tv9. best sikit pun aku tengok axn sebab CSI dengan amazing race. adam pun layan ceria je.

Wednesday, November 3, 2010

> Posisi Tidur Terbaik Semasa Hamil

semasa mengandung ni susah mencari posisi terbaik untuk tidur. berkali-kali mencuba. tambah-tambah perut makin membesar. saya cuba tidur melentang, kurang selesa. rasa perut melepek saja. bahagian belakang dan punggung juga rasa sakit atau lenguh-lenguh. cuba pulak mengiring, pun tak selesa, perut rasa terhimpit. takut jugak baby turut tak selesa untuk bergerak.

untuk satu malam beberapa kali saya akan terjaga untuk ubah posisi tidur. menurut apa yang saya baca dari internet tidur terbaik adalah mengiring ke sebelah kiri. wallahualam…

tapi saya masih bernasib baik. alhamdulillah, sejak tahu saya mengandung sampai sekarang saya tak pernah lagi alami kekejangan kaki. ini mungkin disebabkan saya telah mengamalkan tidur dengan kaki dilapik dengan bantal sejak mula lagi. kaki juga tidak mengalami bengkak.

berbeza semasa mengandungkan adam, kaki selalu kejang dimalam hari. kaki juga turut bengkak. bayangkan kaki comel ini yang sebelum pregnant hanya memakai saiz 5 Vincci terpaksa tukar kepada saiz 6 vincci. hehe… itupun rasa ketat.

betul la orang kata, pengalaman mengandung berbeza-beza untuk setiap anak.

 

 

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.

Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang lena diakhir kehamilan.

Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:

  • Kaki kejang
  • Sukar untuk bernafas
  • Sering buang air kecil diwaktu malam
  • Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif
  • Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar
  • Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang
  • Mengigau lebih dari biasa
  • Mimpi ngeri yang sukar dilupa
  • Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang
  • Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak
  • Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung
Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?

Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya

Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.

Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.

Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.

Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlaku semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalan
Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?

Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.

Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton  TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.

Banyak wanita yang mendapat manfaat dari senaman ringkas dan mendengar muzik yang menyenangkan.  Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.

Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.

 

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=139:sukar-tidur-semasa-hamil&catid=37:masalah-hamil&Itemid=59

> Macam mana rasa baby gerak dalam perut

baby_foot

ini bukan gambar perut saya ye. jangan salah sangka. image ihsan dari google search.

 

sekarang baby gerak sangat aktif. kadang-kadang sampai perut berombak dibuatnya. apa la yang dibuatnya kan kat dalam tu. macam mana nak gambarkan rasa baby gerak? hanya yang mengalaminya saja yang tahu. saat indah yang tak mungkin dilupakan.

ade rasa geli, sakit, tegang, mengeras, berbonjol-bonjol perut dibuatnya. bila dia mengeras atau ade movement yang membuatkan saya rasa tak selesa cepat2 saya usap perut. secara automatic baby perlahankan pergerakkannya. ajaibkan…

 

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".

Tuesday, November 2, 2010

> rasa janggal

semalam pertama kali saya dan adam pergi dan balik kerja sendirian. rasa janggal. saya terpaksa hantar dan ambil adam dari rumah pengasuh sendiri-sendiri. memang tidak seronok. tapi apakan daya. terpaksa juga buat semua itu. bertahun saya dan hubby kerja ditempat yang sama since dari tahun 2006.


tapi semalam semuanya telah bertukar. hubby sudah mula bekerja ditempat lain. tinggallah saya seorang disini. kalau dulu selalu nampak kelibat hubby diopis. tak perlu sms atau telefon hubby sebab dah memang hubby sentiasa didepan mata. tapi semalam lebih 10 kali saya sms hubby, telefon 2-3 kali. takut jugak mengganggu tugas dihari pertama dia kerja. tapi itulah saya. hehe


mudah-mudahan hubby sesuai dengan suasana kerja ditempat baru. mudah-mudahan juga rezeki kami sekeluarga sentiasa murah dan diberkati. amin



Monday, November 1, 2010

> makanan orang itali

Picture 1369

maaf ye. taktau nak update apa hari ni. layan spagetti aku masak sabtu lepas ajela ye. hehe...



Iklan LR