16 Mac 2011
Penyanyi kumpulan Good Charlotte, Joel Madden dikatakan terdiam seketika bila menerima bil kad kreditnya yang menunjukkan jumlah perbelanjaan isteri kesayangan, Nicole Richie.
Bila di totalkan jumlahnya semua, maka itulah yang membuatkannya terkejut kerana angka jumlah yang harus dibayar seperti tak masuk dek akal.
“Pernahkah anda membaca jumlah kad kredit anda, lalu bertanya dengan isteri anda bagaimana isteri anda boleh menghabiskan wang 3 ribu dollar hanya untuk membeli bantal. Saya pernah. Bayangkan saja, hanya untuk BANTAL!,” nyata Joel di twitternya.
Dalam tulisan di twitternya, Joel kelihatan benar-benar terkejut. Dia menyatakan rasa tidak percayanya atas pembelian bantal yang harganya hingga tak masuk akal tu. Tapi, Nicole dilihat tak hirau pun dengan kemarahan suaminya tu. Ibu tiga anak tersebut dilihat tenang saja.
Walaupun Nicole tidak peduli dengan amaran suaminya, namun akhirnya dia terpaksa mengalah dan bersedia untuk mengembalikan bantal tersebut ke kedai asal setelah didesak oleh Joel. Suaminya 31 tahun, telah memaksanya untuk menukar bantal tersebut dengan bantal biasa yang harganya patut.
“Tidak perlu berbincang lagi, bantal itu akan segera dikembalikan ke kedai asalnya. Saya harap isteri saya menyukai bantal yang telah saya pilih dan saya letakkan di rumah. Yakin! Bantal mahal itu pasti sudah ditukar ketika saya menghantar pesan ini,” tutup Joel dalam twitternya.
Read more >>