[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

Memaparkan catatan dengan label Elizabeth Taylor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elizabeth Taylor. Papar semua catatan

31 Mac 2011

Keranda Liz Taylor bernilai USD$ 11,000.

Kongsi 0 comments
31 Mac 2011



Bintang filem CLEOPATRA yang meninggal pada usia 79 tahun tu akhirnya dimakamkan di Forest Lawn Memorial Park, California pada 24/03/2011 lalu.

Apa yang uniknya keluarga Dame Elizabeth Taylor atau nama popularnya Liz Taylor telah menghabiskan wang berjumlah USD$ 11.000 hanya untuk kos menyiapkan kerandanya saja.
Menurut website TMZ, keranda untuk Liz Taylor ni adalah diperbuat dari kayu mahoni yang dilapisi dengan baldu merah, lengkap dengan bantal kepala yang warnanya juga sesuai dengan alas baldu tersebut. Ni dilakukan untuk mengingati Liz sebagai seorang bintang besar yang layak dihormati.

Walaupun acara pemakaman ni eksklusif untuk keluarga terdekat saja, namun kesan mewah memang sangat tergambar. Keluarga Liz telah mengaturkan acara termasuk pembacaan puisi karya Gerard Manley Hopkins yang berjudul The Leaden Echo and the Golden Echo yang telah dibacakan oleh Colin Farrell.

Liz Taylor meninggal pada 23/03/2011 di Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles kerana kegagalan jantungnya. Liz juga telah dimakamkan dalam tradisi Yahudi kerana makamnya telah dihiasi bunga violet, gardenia, dan lili.


Read more >>

30 Mac 2011

Elizabeth Taylor di kebumikan bersama surat cintanya.

Kongsi 0 comments
30 Mac 2011


Aktres Elizabeth Taylor telah pun dikebumikan pada 24 Mac lalu.

Apa yang peliknya Liz telah dimasukkan ke liang lahat bersama surat cinta dari suaminya Richard Burton.

Liz yang meninggal pada usia ke-79 tu telah dimakamkan di Forest Lawn Memorial Park Los Angeles. Surat penuh kata cinta dari Richard yang telah disimpan Liz selama 27 tahun tu dikatakan ikut sekali dikebumikan bersama jasad aktres tu.

Mail Online semalam melaporkan Liz memang pernah mengemukakan keinginannya dimakamkan bersama surat dari Richard tu. Surat tersebut ditulis Richard sebelum aktor tu meninggal pada 1984 di usia 58 tahun.

Cinta Liz terhadap Richard sangat mendalam. Walaupun Richard bukan suami terakhirnya, namun keduanya pernah bernikah dua kali.

Pemergian Liz meninggalkan koleksi perhiasan yang bernilai US$ 150 juta. Kabarnya semua perhiasan tu akan dilelong tak lama lagi.


Read more >>

25 Mac 2011

Elizabeth Taylor ingin sentiasa dampingi Michael Jackson.

Kongsi 0 comments
25 Mac 2011



Semua orang tahu mendiang Elizabeth Taylor adalah sahabat rapat mendiang Michael Jackson.

Walaupun pelakon legenda Hollywood ni tak ikut menghadiri penghormatan terakhir mendiang Jacko, namun kabar mengatakan dia sempat berwasiat ingin dimakamkan berhampiran dengan kubur Michael Jackson.

Setakat ni belum ada kepastian soal lokasi pemakaman walaupun ada yang menyebutkan legenda layar perak ni akan dimakamkan berhampiran dengan makam orang tuanya. Pelakon yang menghembukan nafas terakhirnya pada 23 Mac ni memang tak henti-henti dengan menyatakan bahawa ia ingin dikebumikan di Forest Lawn, tempat peristirahatan terakhir mendiang Jacko.

"Setelah mengikuti acara pengkebumian Michael di Great Mausoleum, dia berkata pada teman-teman dekatnya, 'Aku merasakan kedamaian di sana dan itu belum pernah kurasakan sebelumnya.'," kata seorang sumber kepada ShowbizSpy.

Dalam berita yang sama juga disebutkan Liz sentiasa berusaha mencari lokasi pemakaman tak jauh dari tempat Michael dikebumikan. Tapi kemungkinan besar mendiang akan dikebumikan di Pierce Brothers Westwood Village Memorial Park Cemestry, dekat makam kedua orang tuanya.

Khabarnya, makam ni juga jadi jadi tempat peristirahatan terakhir banyak bintang besar seperti Marilyn Monroe, Natalie Wood, Roy Orbison, Farrah Fawcett, Dean Martin, Merv Griffin, dan Truman Capote.


Read more >>

24 Mac 2011

Elizabeth Taylor meninggal dunia.

Kongsi 1 comments
24 Mac 2011



Beberapa tahun kebelakangan ni keadaan kesihatan legenda layar perak, Elizabeth Taylor memang semakin teruk. Baru-baru nie dia dikejarkan ke rumah sakit dan terpaksa dirawat di sana selama beberapa hari.

Hari ini, khabar duka merebak di internet. Elizabeth Taylor telah tiada. Legenda layar perak tu telah pulang kepada Pencipta.

Sebelum ni Liz dilarikan ke Cedars-Sinai Medical Center namun beberapa jam kemudian juru cakap pelakon ni mengatakan Liz tidak dalam keadaan kritikal.

Menurut Mirror.co.uk, keadaan kesihatan pelakon kelahiran London ni memang sudah teruk. Ia didiagnosis mengidap tumor otak, kanser kulit, pneumonia, dan lemah jantung, termasuk mesti menjalani pembedahan tulang pinggul. Pelakon yang pernah digelar wanita paling cantik di seluruh dunia ni juga berkali-kali mengalami kemalangan, termasuk ketika dia menjadi bintang kecil.

"Pasti ada alasan kenapa Tuhan masih menginginkan saya hidup. Pasti ada sesuatu yang masih harus saya lakukan. Dan saya mencari jawabannya dan menyelesaikan misi terakhir saya," kata Elizabeth Taylor beberapa hari yang lalu.

Selamat jalan legenda.....



Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords