About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday~sibuk nak jugak! #2


kad dah siap...
tapi kan, korang tengok tulisan ni biru ker purple?
my friend cakap nampak cam purple..nampak biru pun ada...
rasa sedikit kecewa bila tak nampak purple..haha
macam bukan kad kahwin sendiri...:p

nota kaki: dah ada 7 orang dalam group FB B2B utara!!
jom join lagi!add me at sitinoraqilah[at]yahoo[dot]com!
sharing is sexy u olls!!!

Sunday, July 3, 2011

Bridal boutique yang bagus~~part 2!

See!!kalau bagus ber part-part I review..hehehe
Alhamdulillah..memang sangat berpuas hati dengan bridal ni..
senang di bawak berbincang dan fleksibel..
fleksibel ni penting sebab yer lah kan pengantin ni, sat-sat nak tukar..
ngada-ngada jer kan..hahah minor-minor lah..
kalau major yang diorang dah tempah khas untuk majlis korang then reject tu memang salah pengantin kan?hihi

so today g confirm kan apa yang patut..
apa lah yang patut tu kan?
1. confirmkan design pelamin..I stick with my decission..and diorang pon dah tempah barang-barang pelamin yang I nak..from China..together with my dress nanti...
2. bayar sikit lagi untuk pelamin..confirmkan ada extra charge ker tak..alhamdullillah memang tak ada..
3. kek daddy nak sponsored..so cancel kan kan fake yang diorang nak bagi (untuk bergambar kek fake memang cantik!)..and mintak replace dengan fresh flower hand bouquet (Kak Rozie, orang bridal yang suggest fresh flower i tak sempat cakap paper!SUKA!)..tapi meja kek still diorang bagi (SUKA!)
4. confirmkan amik kerusi nikah awal dari tarikh majlis (ni depa bagi free jer!SUKA!)
5. confirmkan baju untuk shoot studio..bleh cancel pemilihan baju yang lepas..and dia bagi baju baru ok!SUKA!

Alhamdullillah..memang senang lah berurusan dengan bridal nie..
nama bridal boutique ni Putree...terletak dekat tepi Eastin Hotel, dekat dengan Queensbay..
so far tak ramai lagi tau pasal butik ni, tapi the pelamin maker, Kak Rozie ni dah merata p buat pelamin sampai Johor Kelantan semua..and so far I like lah design-design pelamin yang dia buat..
diorang banyak pakej-pakej menarik..so, leh pergi check them out ok?

Untuk contact kak rozie, ni FB dia..
pelamin semua ada..and here is the link for Putree page..

Duta untuk Putree ni ialah Faezah Elai...nangis ok tengok gambar beliau yang jelita-jelita!

and Putree jugak lah yang akan buat pelamin Faezah Elai ni kahwin nanti..hamik kau..
syok kan kalau amik bridal butik sama ngn artis?hihi
actually saya tak tau pon yang ni ok

so, bestnya bridal ni sebab butik ni ada 3 bahagian ni baru perasan tadi

Bahagian 1: Pelamin
kat sini memang macam-macam jenis kerusi, hiasan pelamin, walkaway, kek, meja kek semua ada!
just pilih mana yang berkenan mengikut bajet!and one more they have their own kilang untuk kerusi, panel semua tu!so for me price dia memang berpatutan sebab kilang sendiri!and their design are fresh lah...and sentiasa ada something new!like this walkaway!oh so in love!!



and hiasan meja makan...sorry gambar tak clear..

Bahagian 2: Busana pengantin!
Bride favorite part, groom less favorite part..hahaha kan?
I like when the restock busana baru every 3 months!from Indonesia and China..meanag cantik-cantik sampai rambang mata..and they're honest about the price too..kalau baju biasa berapa, dari designer berapa and baju baru baju lama...so, pilih ja yang mana nak and book!pastu, leh tukar selagi korang tak fitting kalau tak silap
last fitting a week before majlis..and make sure masa fitting bawak segala bra underware corset yang korang nak pakai masa majlis nanti..diorang dah pesan dah kat I..hihi malu ja depan en.tunang!:p


I love the environment too...memang ada kelas and rasa mewah!
tengok the langsir and the 3 side mirror!
ni baju tak jadi lah kan...hihiih
I look fat and short!
camni ha tempat nak salin baju!and the assistant bagus gile!tukarlah 10 pasang pon..senyum ajer dia..

Bahagian 3: Aksesori/hantaran
bahagian nie baru buka..so, layan gambar jer lah k..
 Joe!
 flowers!
 pormander ball eh orang panggil?hihih
 jgn tengok kaler, tengok kekemasan diorang wat lembayung ni..
antara koleksi baru dulang hantaran...

tu jer lah..and ni ha signboard kedai depa!

tak nampak g tak tau lah..hihih

nota kaki: diorang tengah wat promosi kat loq staq sekarang!cek their FB k??

Friday, June 24, 2011

Bridesmaid #1

Ha..lama dah nak citer pasal kesayangan-kesayangan saya nih..
kali ni nak citer sebab rindu kat depa sesangat..

saya bahagi kepada 4 bahagian..
hambik...sebab semua ada 12 orang..hihi
yang ni dah identify tugas..lagi 9 orang tu on the way..

urutan bridesmaid tiada kena mengena dengan ranking ka apa ka, semua nya kesayangan saya...

1. Nama dia ni Aaina Aziz ikut dalam fesbuk dia
Dia ni gila...haha kami sama-sama gila..dia tak pernah seriyes..asik main-main ja..
kadang-kadang ja beliau seriyes..bila beliau seriyes tak best..hahah
saya panggil dia sayam saya..
tugas dia: jaga saya hari before nikah/kenduri and semasa kenduri..lepas kenduri saya dah ada suami, suami plak jaga..hahah macam ready gunting benang jarum bagai..emergency kit lah..jadi driver  saya..hahah buleh tak sayam?
sebab dia ni pantas lah..kurus senang menyelit sana sini and beliau dah biasa kalut-kalut ni..kan sayam?ILY..hihi
saya tak habag g tugas dia ni..nanti saya bagi saja link entri pada dia..haha

2. Nama dia Kujat El Kutat ikut fesbuk jugak..
beliau adalah partner in crime saya/bodyguard..saya rasa selamat dengan dia
saya masih ingat lagi dia cakap kat saya kurus keding tak cukup zat!
tapi saya sayang dia..mommy saya lagi sayang dia!
jeles?tak lah..mommy dia sayang saya jugak..hihi
kawan masa sekolah sampai sekarang..hihi 
dia ada myvi kaler pink...saya sangka dia brutal..hahah
tugas dia: jadi orang yang tolong ingatkan shoot2 penting masa hari bahagia saya nanti..amik gambar dengan tok nenek sedara mara kawan bridesmaid semua tu lah..sebab beliau gila kamera and baru beli kamera baru!

3. Nama dia Nur 'Ain Kassim ikut fesbuk jugak..
dia ni skandal saya sejak 6 tahun yang lepas..
tido setilam sebantal..haha dia suka jadi cikgu/pensyarah..
mak dia pernah pesan kat saya 'kalau pergi mana-mana jangan tinggal Ain ya'..saya amanah..saya tak tinggal dia sampai sekarang..hihi kami rumet dah 6 tahun!
dia lah radio bergerak saya..sebab dia suka donload lagu bukan-bukan bagi saya dengar..saya tak suka dengar lagu-lagu ni..hahah ampun Ain!
tugas dia: readykan lah lagu-lagu pengantin untuk saya..sebab saya tak tau nak donload lagu kat mana..saya tak pernah donload lagu..haha dia suka donload..dan dia suka cari maksud lagu tu..saya bagi job ni kat dia tadi..dia suka!sayang Ain!


lagi korang?apa tugas bridesmaid?

nota kaki: saya rasa tunang saya cute bila uruskan hal kahwin..hahah

Saturday, June 18, 2011

Bridal boutique yang bagus~~

Nak habaq, bridal boutique yang saya tempah pelamin and baju tu bagus gila!
sebab apa, sebab baju stock baru sampai, and depa call tanya saya nak tukaq tak baju yang amik haritu (untuk post-wed dalam studio)..
saya pon, ha?boleh tukaq ka?
dia cakap boleh sebab stock baru sampai..and cantik-cantik..
for your info, diorang ni jenis renew stock every 3 months!
baju dari Indonesia (kebaya and traditional) and China (untuk gown)..

and dia bagitau lagi, baju saya siap hujung bulan 7!
aaaaa..nerbesnya!

sekarang ni tergedik-gedik nak p tengok baju...hihi
sok ingat lepas abang bertunang, nak p tengok ler baju ngn en.tunang bawak adik-adik..hihi
and boleh bayar lah skit lagi untuk servis yang bagus ini!hihi

gud nite!

nota kaki: next entri will be about durian?korang suka durian?

Wednesday, June 15, 2011

W-day prep: Draf Kad..Suka!


ok tak?
just the way I like it..
sangat simple and yang part paling best, Daddy sponsored u olls!
hihi 
buat dekat galeri kad kahwin Penang..
sama ngn en.Tunang..
dwi-bahasa sebab banyak akan di pos keluar negara..
habislah duit nak bayar stamp..huhuh

untuk bunting/streamer no muka-muka kat depan tu..
malu ler!

nota kaki; suka sangat servis galeri nie!

Thursday, May 19, 2011

W-day prep: Of kad Kahwin...

For now, 
I am truly deeply in loooove with these card...



they're modern with traditional touch..
they're simple and catch the eyes..

too pricey for ME...
anyone nak sponsor tak?
^_^


nota kaki:kena siap before end June!!

Saturday, May 14, 2011

W-day prep: Of bunga teluq!


I just bought my worse nightmare...
now LEGA sangat!

;)
*******************************

Something was wrong yesterday with blogspot...
tak boleh log in..
huhuhu

ok sambung teaser measer nie...hihi
ni lah die...
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


bunga telur dah beli!!!
memang sakit kapala sangat pikir pasal bunga telur ni..
last week dah tengok ada yang berkenan grab terus!
I beli 100 jer..
beli yang gantung-gantung tu...
kalau ikut my grandma dia suruh beli 300!!!
aiyoo.....
and she still insist letak telur jugak...huhu
ingat nak letak bunga rampai jer..:p

ok lah..kenapa I cakap nightmare bunga telur ni?
antara sebabnya ialah bunga telur ni termasuk dalam ADAT...
tau kan ADAT tu apa?
hihihi

siap ada pepatah melayu lagi yang mengatakan
"biar mati anak, jangan mati adat"
  eleh yer ker sanggup anak mati?hihi
so, perkara-perkara berkaitan adat ni memang tak boleh ambik ringan...
nak tak nak kena buat jugak..
kalau tak, 7 keturunan pon tak abis-abis cerita..
sian anak cucu cicit I nanti..hihi


tu baru cerita satu nightmare..
nightmare lain nanti plak cerita...:)

nota kaki: penatnya ulang alik ke KL!

Wednesday, April 27, 2011

W-day prep: Baju family yang glamor!

Layan pics ok...
I tengah writing thesis...
hahaha

 baju my sis untuk kenduri nanti...
and baju mommy....

ha kau...
baju I pon tak macam nie...

nota kaki; baju lelaki simple jer kan..hahah

Sunday, April 24, 2011

W-day prep:Kain for bridesmaid and groom-maid...erk...!

Kain untuk pembawa-pembawa dulang aka bridemaid and groom-maid (ader ker perkataan nie?) dah dibeli...
dah di agihkan pada siapa yang ada kat depan mata...
yang jauh dimata dekat di hati akan di pos kemudian..
dengar citer, bridesmaid yang dh dapat kain semua dah sibuk p tempah kat tailor!!haha
groom-maid pon sama...giler excited diorang!!
I pon tak p jumpa tailor lagi..hahah

 untuk pihak perempuan...
untuk pihak lelaki..

tolong jangan outshine pengantin okeh...:p
baju ni akan dipakai hari akad nikah nanti..hihi
untuk angkat dulang...:) 

nota kaki: baju family i glamor sangat ni dari pengantin..how??hahah

Thursday, April 21, 2011

W-day prep: Akad nikah ceremony!pelamin DIY???

Okeh...last week actually dah setel pasal tempat akad nikah...
ermmm...tak buat kat masjid...
outdoor!!yeye..
eh, bukan lah tak nak buat kat masjid, tapi ada beberapa perkara yang telah dibincangkan...
nak tau?
meh nak citer..

first of all, saya berterus terang dengan my dad tak mau buat kat masjid kalau boleh..
sebabnya, tarikh kawen saya jatuh pada tarikh saya dalam keadaan tak suci..huhu
and my mom pon belom menopause lagi..
saya nak semua ahli keluarga saya semua ada bersama saya ketika majlis akad nikah tu..
mula-mula ayah saya termenung jugak lah...tapi beliau hormati...
sebabnya, masjid kat area rumah saya tak ada dewan nikah khas...kalau ada, senang..memnag buat kat masjid semua boleh masuk...kan?
and I have chinese bridesmaid too untuk bawa dulang hantaran..ada hukum yang mengatakan bahawa orang bukan ISlam boleh masuk masjid (salah satu cara berdakwah) ada yang mengatakan tidak boleh...untuk mengelakkan percanggahan pendapat, to be safe buat kat tempat lain...
TAPI DENGAN SYARAT DARI MY DAD..
suasana tempat tu nanti akan ditukarkan seperti dalam masjid..
no meja no kerusi..
semua orang buka kasut...
cuma pelamin jer...
OK Daddy!!!:D

the best thing is, kitoang wat survey untuk majlis akad nikah sesama....kitorang is my dad, my mom and me..
macam lawak pon ada sebab macam2 jenis tempat kitorang tengok including dewan restoran...hahaha
but a big no no lah sebab it sound weird and tangga tinggi sangat..
kesian orang tua-tua...   
padahal memang tak nak kan??haha

akhirnya, jumpa lah satu tempat ni memang best mula-mula ingat mahal tapi murah ja..haha
within budget!!
masalahnya plak, at first i thought nak pakai pelamin yang sama untuk kenduri dan nikah...
tukar kerusi jer...tapi sekarang memandangkan 2 tempat berbeza, kena cari pulak pelamin nikah..
untuk save budget ingat nak DIY jer..
tapi mampukah??
tengah tunggu adik-adik balik untuk bincang bersama-sama sebab nak buat fresh flower..huhuh

korang rasa macam mana?
seriously im not a creative person...but my mom and younger sister sangat creative..
I just don't want to burden them lah..fresh flower kot..
kalau nak upah, bajet memang dah lari tak larat nak kejar dah...huhu
and the design yang i very much like is this


yang Elyana punya....hihi
dewan tu besar gini ler...
tak yah panel-panel tu..
kusi nikah dah ada (pakej sekali dengan kenduri)..
design-desing tepi tu buh bunga skit-skit je..hihi (skit ker??;p)
leh tak DIY????

nota kaki: Bridemaid, bapa pengantin semua dah tempah baju...pengantin ni tak ada masa nak tempah..huhuuhu

Saturday, April 9, 2011

Bandung trip: pergi 4 beg balik 10 beg!

Komen tak sempat reply semua..sorry..will reply semua!
hihi baru lepas hantar FMIL ke airport and I am really really exhausted!!
Bandung trip was fun and I gained weight too!!!-_-"
Oh pecel...:p

pergi..

balik...haha

nota kaki;saya demam kerana kepenatan dari segi fizikal dan ekonomi..haha

Thursday, March 24, 2011

W-day prep: the excited daddy!

The title should be the nervous daddy...hihi
he started on his checklist this week..!!!
let see what he's done so far..

First, his guest list...he reallly worried that he will missed anyone..so far, 6 pages of guests are listed..
Second..6 months to go and he want the invitation card to be ready by May!!!
posting and such..crazy...!!
Dad, by August ok or September maybe...?
Third, Nikah different hall, kenduri different hall...erm, flower is a must...maybe some fresh flower will do for nikah dais...
me?smiling all the way.. :)
fourth, bunga telur, goodies bag etc..he hates details like I do!!!

next, he asked me about the photographer, mekap and inai..
actually, I quite scared to tell him that I already booked the Inai for RM150...
and he said, "ur aunty paid more than that.."...lega...hahaha
and he want the ukur-ukir inai one..hahah

Today, we sort of have daughter-father talk peacefully..
he want to know how i want my wedding day to be..
especially the akad nikah part..
and he listened to all my dream...
and I can't thanked enough for that..
and...mommy just observed far away and advise a bit here and there..
I Love this feeling...

I am a very happy daughter now!!
THANKS ABAH.... :D


yeah, we had time together fishing last week..family time...:)
saja selit kat sini..hihi

nota kaki: cik su syg, i still owed u an entry!!!

Friday, March 18, 2011

W-day prep: hall done!!!


Discussion to get the best deal!!
My dad so far happy with the hall...
we already blocked the date..
deposit is on the way..:)


my dad is very curious about the room..
we made a visit..
and now I am very curious what are they thinking..
"berapa banyak duit yang terlebur ka??" hahaha

one thing done...next nak confirmkan pelamin dan baju!!
nervous nih....

Wednesday, March 9, 2011

W-day prep: hall, pelamin dan hantaran

As promised..
There are only a few halls in Kepala Batas..
and MY DAD just gave me 3 choices..
and he'll decide..motif bagi choice??hahaha

1)Dewan Millenium..bet ramai tau kot pasal dewan nie..based on Puan Syafa survey..
but the hall is way to big for me...and too high...

2) Dewan MPSP..the place where Puan Syafa held their wedding..I like the size, and the air cond functioning so well..hihi have to spend more on deco my dad said..

3) Hotel Seri Malaysia Kepala Batas...just the way I love it...just wait for daddy's approval...

PELAMIN

I have 2 vendors now..both are still  in state of negotiating..I want the best deal..I blocked my date for both vendors..T_T bukan tamak ok..tapi nak pastikan I have the best..

Vendor 1) is in Ipoh Perak...jadi atau tak amik pelamin nyer bergantung on the package that she'll give me on this 19March..but ape2 pon, I memang akan amik mekap dari dier..so, blocked date sangat lah patut..

Vendor 2) sangat profesional and berpengalaman..design di butik pon sangat inspired me...harga pon berpatutan...even butik baru tapi meyakinkan sebab previously they're handling Chinese wedding...

some of the pics from their boutique..
Dunno which part yang di fokus..hihihi
I suka sgt kerusi panjang nie..tapi kalau amik pakej 8k baru bleh dpt...huhu
tak mampu den...

will confirm by the end of this month which vendor...Insyaallah...

last but not least..the hantaran!!!
tinggal 1 2 jer lagi..lega dah...


the happy him...haha
dier ckp tak pyh pening dah pasal hntrn...

andddd..
lastly....
I bought this sebab terpengaruh dengan korang semua!!

ni yang di rekomen oleh orang kat Guardian tu..
yang tak thn tu amik 3 botol sekali..:p
for the sake of beauty lah kan??
:p

nota kaki: tak sabar nk buat kad kahwin!!!

Tuesday, February 8, 2011

Hantaran yang dah tak jadi hantaran

I looooove February!!!
our anniversary, and my birthday is on February..
and this time, I got my hantaran in February..
yeeeehaa!!

This is my first hantaran gift!!

kaler ape, nanti beritau..
kaler pon beliau yang pilih...hihi
sangat excited sampai terdiam..
en.Tunang pon naik risau..
tak suka ker??
Suka sangat-sangat sayang..
cuma tak tau nak bagi reaksi camner..
hihi

ader lah camwhore skit-skit kat China town sebab banayk sangat lampu cantik-cantik..
CNY kan..
tapi buat masa sekarang ni kamera ni masih lagi dekat en.Tunang..
dia explore and setting siap-siap for me untuk ke Korea nanti...

Ha, the reason why kamera tak letak atas dulang nanti and bagi almost 8 bulan awal sebabnya nak pergi Korea and Bandung nanti..
At first nak pnjm jer kamera saper-saper tapi en.tunang ckp tak syok lah nak pnjm kamera orang so we decided untuk beli jer kamera ni in advanced..
tak kisah lah, it is mine now or later kan..hihi
atas dulang ker tak pon dah tak kisah..

nota kaki: dah ada handbag dan purse idaman..cepatlah hantaran setel!!!amiinnn

Thursday, February 3, 2011

W-day prep: start counting!

the ticker is up!

which one make you feel time flies so fast?
counting in months, weeks and days 
or days only?

I chose days..
whats yours?:)

elegant and gedik kan?
hahaha

but its function for yahoo widget..
I dunno what it is suppose to mean..
I am not the computer freak..

nota kaki: masik mencari layout yang sesuai..penat tukar-tukar background..tengok blogger lain semua cantik-cantik belaka layout

Saturday, January 15, 2011

W-day prep: dress untuk majlis!

Beberapa design idaman..
amik semua dari Google dan Wedding Inspirasi..
dah jumpa akak tailor..
hihihihi
akan diubah suai mengikut kesesuaian pengantin bertudung..:)

 simple and elegant...cam leh buat baju kerja jer tops tu pas kawen..hihihi
 Kan sekarang trend bunga 2D tu or 3D tu..hihiih
gabungan veil and dress sangat menawan..
 vintage style..
 omaigod...this one mmg sgt heart..kalau buat kat hotel cantik lah pakai turun dari tangga mcm princess..hihih
 love the layer!!
 simple and classy...
 love the color combination..
 kalau buat wedding malam and menari ngn husband cantik lah..berangan lah..haha
 combination traditional and modern..
 so vintage and princess like!!
Suka design belah tepi nie...hihi

kesimpulan, semua wedding gown cantik..
tak tahu nak pilih yang mana...
I am not going to do exactly lah macam gambar kat atas, but will do mix and match untuk sesuaikan dengan keadaan...
kalau buat dekat rumah tak kan nak pakai gown meleret-leret 7-8 meter kan??
hahahha

nota kaki: masih mencari veil..hmmm

Sunday, January 9, 2011

W-day prep: Hantaran update and senangnya lelaki shopping!

Separuh hantaran untuk pihak lelaki dah setel!
yeye
5 out of 9..
senangnya lelaki shopping kan?
pilih-pilih bayar and done!
I suppose to feel relieved but I am not!!

It is so easy for him to pick all his stuff to put on dulang hantaran..
yang mana berkenan, suit the budget terus beli..
as for me, takut design masa akan datang lagi cantik lah, kaler nanti tak up to date lah..sheeessh..
seriously, who cares kan?
hahahhaha
just buy the thing that you want and pay and tadaaa, you can use it after majlis..

I give myself up until february to settle all the hantaran stuffs..
gadget jer beli betul-betul dekat majlis nanti..
and June or August untuk beli set bilik tidur..
makin lama tangguh makin pening!

nota kaki: dah dapat design dress idaman!


Tuesday, January 4, 2011

W-day prep: of OP! and photographer perempuan..

Alhamdulillah..
dah booked...and photog perempuan and harga berpatutan..
thanks sangat-sangat tu si kecil  sebab entry ni..
Dah bayar deposit just dier tunggu I konpemkan tarikh..hihihi
and now the deposit resit is on the way...

Ni yang official, yang tak official ader dua lagi photog..
masih budak baru belajar so I offered them amik gambar I masa majlis nanti untuk bg pengalaman..
boleh gitu??hahah
makan minum ditanggung..hihih
tiada sebarang bayaran dari mana-mana pihak..
sayang korang........hihihi

ok, previously ader jugak tanya pasal photog perempuan..so far I cuma ader dua jer dalam list..
first, Shereen..
She will be my OP..tak sabar nak jumpa dia untuk tengok album and such..
hope dier balik Kedah selalu..hihihi

and second is Chinta Niza..
Harga berpatutan kalau duk kat area selatan dari Ipoh..hihihi
www.flickr.com/photos/prettyqueen
Kalau nak nombor contact just leave komen and your email..

notakaki: harap OV on ler..pray hard!