Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Kari Telur

Salam petang Jumaat semua.Baru sempat nak update en3 hari nie.Menu nak share simple je.Dinner malam tadi aku just buat,Kari Telur.Resepi ambik dari dapur Kak Wana, Potret Kasih.TQ so much.Layan!!!


Bahan-Bahan:-
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis
Cara penyediaan:-
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang.
6. Kacau seketika dan angkat.



Friday, December 03, 2010

Gulai Kurma Telur

Salam pagi Jumaat buat semua kawan-kawan.Pagi2 buta nie aku just nak share dinner malam tadi.Sempoi jer pun menunya,Gulai Kurma Telur.Resepi ambik dari resepicari.com.Jom layan resepi mudah nie...


Bahan-bahan
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Thursday, November 11, 2010

Sambal Telur

Salam semua.
Hari nie nak share menu simple jer pun, Sambal Telur.
Resepi belajar dari arwah mak.Layan!!!



Bahan-bahan
telur
bawang besar [mayang]
sos cili
sos tomato
gula
garam
minyak

Bahan Kisar
cili kering
bawang putih
bawang merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Kemudian, pecahkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar. Jangan kacau.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila bwg dah layu,masukkan sambal dlm pinggan.Siap!!!

*Kalo nak telur nampak cantik,goreng siap2 dulu....

Thursday, November 04, 2010

Telur Rebus & Ikan Kering

Resepi yg simple dan sesuai jika tahap kemalasan di dapur berada pada tahap yg terlalu tinggi...Telur Rebus & Ikan Kering jer laaaaaaaaaa.....Sedap jugak......






Monday, July 26, 2010

Telur Goreng Berlado


Menu dinner malam tadi.Sempoi jer aku masak.
Resepi tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi...


Bahan-bahan
  • 4 biji telur ( saiz besar )
  • 3/4 cwn minyak

Bahan tumbuk kasar
  • 4 tangkai cili kasar
  • 2 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah ( hiris nipis )
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara

1. Rebus telur, sejukkan & kupas
2. Panaskan minyak dalam kuali.Goreng telur hingga kekuningan.Ketepikan.
3. Tinggalkan 2 sb minyak lebihan goreng telur tadi. Tumis bwg merah hingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan tumbuk, garam, gula & goreng lagi hingga masak.
5. Masukkan telur rebus goreng ke dlm sambal & gaul sebati.Angkat.Hidang.




Sunday, June 13, 2010

Telur Dadar Cendawan

Salam malam dari Adelaide.Dok tgh boring2 nie tetiba teringat nak share resepi yg paling sempoi kat dunia.Resepi telur dadar cendawan.Menu nie aku masak dinner kejap tadi.Mood memasak down yg teramat2.Tu pasal dinner telur dadar je.Resepi nie aku dah tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Layan!!!


Bahan-Bahan:-

1) Telur (2 biji)
2) Cendawan tiram (200g)
3) Bawang besar dipotong nipis (1/2 biji)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Cili hijau (2 biji)
6) Daun bawang dipotong halus (secukup rasa)
7) Lada hitam (secukup rasa)
8) Garam (secukup rasa)
9) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara:-


Bersihkan cendawan dengan air garam dan tumbuk batangnya. Perah sedikit untuk keluarkan airnya.
Hiris nipis bawang merah dan cili. Masukkan ke dalam mangkuk.
Campurkan dengan telur dan daun bawang.
Potong nipis bawang besar dan masukkan ke dalam mangkuk juga.
Masukkan cendawan. Kacau sebati.
Tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau.
Goreng telur dadar cendawan dengan api sederhana.
Balik-balikkan hingga masak dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, March 24, 2010

Sweet Capsicum with Egg


Bahan-bahan
  • 1 biji capsicum di belah 2
  • 2 telur di pukul sedikit
  • black pepper
  • garam
  • olive oil
Cara-cara
  1. Bakar capsicum tadi sehingga kelihatan lembut (kehitaman) di bahagian kulit luar.
  2. Sebelah capsicum simpan dan sebelah lagi di cincang dadu.
  3. Goreng telur dengan sedikit olive oil, campurkan secubit garam, black pepper serta capsicum. Kacau sehingga hancur telur itu.
  4. Akhir sekali masukkan telur di dalam capsicum.
**capsicum bila di bakar akan berasa manis.