Thursday, March 25, 2010

Chicken Chop


Bahan-bahan untuk:-

Chicken Chop
Peha ayam tanpa tulang (1)
Tepung (1 cawan)
Serbuk roti (1 cawan)
Telur (1 biji)
Serbuk lada putih (sedikit)
Garam (sedikit)
Minyak untuk menggoreng

Black Pepper Sauce
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Lada hitam - dikisar
Sos tiram
BBQ sauce
Honey
Kicap pekat - 2 sudu
Garam
Tepung Jagung
Air


Cara-cara untuk:-

Chicken Chop
1.      Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
2.      Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
3.      Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
4.      Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
5.      Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu untuk membuat sajian sampingan seterusnya.

Black Pepper Sauce
1.      Tumis bahan cincang
2.      Masukkan lada hitam, sos tiram, BBQ sauce dan honey. Kacau sampai masak.
3.      Masukkan kicap pekat dan air. Biar didih.
4.      Masukkan tepung jagung dan kacau sampai pekat. Siap.



2 comments:

~cinonet~ said...

Kak Aiyu, nak cket plsssss...ehehe~!

Aiyu Esa said...

meh sini dtg ambik..hahaha...