Ini adalah terjemahan daripada buku ‘ Syiah : Perjuangan atau
Kesesatan’ yang dikarang oleh Dr. Raghib Sarjani. Tujuan saya menterjemah
beberapa petikan dari buku ini adalah untuk mendedahkan isu Syiah yang sedang
menyerang negara kita. Kefahaman kepada sesuatu masalah adalah langkah pertama dalam merawatnya. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membantu pada pendakwah di
luar sana dalam usaha membanteras fahaman Syiah yang sedang menular ditengah masyarakat.
Dr. Raghib Sarjani adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia
dakwah. Beliau lahir pada tahun 1964 di Mesir. Merupakan graduasi kuliah perubatan
dari Cairo University pada 1988 dengan darjat Mumtaz. Kemudian tamat menghafal
quran pada tahun 1991. Berjaya menyiapkan Masters di universiti yang sama
dengan darjat Mumtaz pada tahun 1992. Kemudian berjaya mendapat Ph.D dengan
pantauan kerjasama antara Mesir dan Amerika ( Surgery of Urinary Track and
Kidney ) pada tahun 1998.
DASAR-DASAR
SYIAH
Para Sejarahwan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan
Syiah. Pendapat pertama dan yang paling terkenal adalah kemunculan mereka
bermula apabila berlaku khilaf antara Ali r.a dan Muawiyah r.a ketika Perang
Siffin. Jika mengikut pendapat ini, maka pengikut Ali r.a diiktibarkan sebagai
Syiah dan pengikut Muawiyah r.a diiktibarkan sebagai Sunnah wal Jamaah. Tetapi,
pada hakikatnya ia bukan seperti itu.
Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan
antara 2 sahabat mulia ini berada di pihak Ali r.a. Dan Ahli Sunnah berpendapat
bahawa Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati
tidak benar. Maka kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali r.a sangat jelas.
Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah
yang dilaung-laungkan oleh Syiah, itu semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan
aqidah yang diimani oleh Ali r.a. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang
mengatakan Syiah bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah
salah sama sekali.
Pendapat kedua pula mengatakan Syiah muncul setelah kematian
Husain b Ali r.a. yang mana beliau telah keluar dari pemerintahan Yazid bin
Muawiyah. Lalu penduduk Iraq memanggil Husain r.a untuk menyertai mereka di
Iraq dan menjanjikan sokongan dan pertolongan kepada beliau.Tetapi di saat
akhir mereka mengkhianati beliau dan akhirnya beliau dibunuh di Karbala.
( Masjid Hussein yang dikatakan bersemayamnya kepala Hussein b. Ali ra, yang terletak bersebelahan Masjid Azhar di Kaherah )
Maka bangkitlah sekelompok Muslimin menyeru agar pembunuhan ini
dituntut bela.Tetapi di pihak satu lagi menghukum kelompok ini kafir kerana
telah keluar dari pemerintahan Bani Umayyah.Maka berlakulah pergaduhan, dan
terbunuhlah beberapa orang dari kalangan penyokong Husain dan mereka digelar
sebagai Syiah.
Ini dapat menjelaskan pada kita hubungan yang kuat antara Syiah
dan Husain r.a, malah lebih kuat dari Ali r.a sendiri.Sepertimana yang dapat
dilihat, mereka merayakan hari kematian Husain tetapi tidak merayakan hari
kematian Ali.
Kesan dari peristiwa ini ,wujud kelompok yang menentang
pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan aqidah, dan mazhab
fiqh tidak bertentangan dengan ahlu Sunnah. Dan kita dapat perhatikan sendiri,
mereka-mereka yang digelar sebagai pemimpin awal Syiah adalah mereka yang
bermazhab Sunni.
* * *
Setelah berlalunya masa dan keadaan menjadi stabil, muncul seorang
tokoh bernama Ali Zainal Abidin bin Husain, yakni anak kepada Husain r.a.
Beliau adalah seorang lelaki yang soleh, ulama’ yang zuhud, dan langsung tidak
membawa ajaran aqidah atau fiqh yang bertentangan dengan para sahabat dan
tabi’ein.
Dan Ali Zainal Abidin ini mempunyai 2 orang anak lelaki yang soleh
dan tinggi darjat wara’ dan taqwa mereka bernama Muhammad Baqir dan Zaid. Dan
keduanya mempunyai pandangan yang bertepatan dengan ahlu Sunnah yakni dengan
para sahabat dan tabi’en kecuali pandangan Zaid yang
mempunyai padangan yang berbeza dengan berpendapat bahawa Ali Abi Talib r.a
lebih layak menjadi khalifah daripada Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Walaupun pendapat ini bertentangan dengan ijma’ seluruh ummat, dan
bertentangan dengan hadith-hadith yang menceritakan kelebihan-kelebihan Abu
Bakar, Umar dan Uthman berbanding Ali, namun ia bukanlah permasalahan aqidah.
Dan beliau mengakui keutamaan Abu Bakar, Umar dan Uthman, cuma berpendapat Ali
r.a lebih layak memegang jawatan Khalifah. Walaubagaimanapun, beliau mengakui keharusan imamah mafdhul, yakni
mengiktiraf imamah ( keKhalifahan ) Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Hanya pada satu titik ini sahaja beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.
Hanya pada satu titik ini sahaja beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.
Maka dengan itu, keluarlah Zaid dari pemerintahan Umayyah,
mengulangi sejarah datuknya, Hussain r.a. pada zaman Hisyam bin Abdul Malik.
Dan berakhirlah perkara ini dengan terbunuhnya Zaid pada tahun 122 H. Lalu
bangkitlah para pengikut beliau dan mengasaskan mazhab di atas pendirian Zaid
ini dan dikenali oleh sejarah dengan nama Zaidiyyah bersempena dengan nama
beliau.
Dan mazhab ini, walaupun dikira sebagai Syiah, ia bertepatan
dengan mazhab Ahlu Sunnah dalam semua perkara, kecuali dalam bab mengutamakan
Ali r.a berbanding 3 khalifah sebelumnya. Pengikut mazhab ini banyak tersebar
di Yaman, dan inilah mazhab Syiah yang paling dekat dengan Ahlu Sunnah dan
hampir tidak berpecah dengan ahlu Sunnah dalam kebanyakan perkara.
Satu perkara yang perlu disebut disini bahawa pada suatu hari
terdapat segolongan dari pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin ini yang pernah
bertanya pada Zaid tentang pendapat beliau terhadap Abu Bakar dan Umar. Zaid menyatakan
bahawa beliau menghormati mereka berdua. Tetapi golongan
ini bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, malah menolak kepimpinan beliau
dan keluar dari kumpulan Zaid. Golongan ini dikenali oleh sejarah sebagai
‘golongan Rafidah’( penolak ), kerana mereka menolak imamah 2 khalifah yang
awal dan menolak pendapat Zaid tentang mereka berdua. Golongan Rafidah inilah
yang menjadi pengasas ‘Syiah 12’ yang menjadi mazhab Syiah yang terbesar
sekarang.
Setelah Muhammad Baqir meninggal dunia pada tahun 114 H, ( adiknya
Zaid meninggal 8 tahun selepas itu ), beliau meninggalkan seorang anak lelaki
yang alim dan wara’ bernama Ja’far Sodiq. Beliau adalah seorang ulama’ yang
terulung di masa beliau dan menguasai ilmu fiqh dengan sebenar-benar
penguasaan, dan beliau menyelusuri
aqidah sahabat, tabi’ein dan ulama’ muslimin yang lain.
*
*
*
Pada penghujung era pemerintahan Khilafah Umayyah, wujud satu
gerakan dari keluarga Abbas ( yakni dari keturunan pakcik Rasulullah yang
bernama Abbas bin Abdul Mutalib ) yang mengajak manusia membuat revolusi
terhadap kerajaan Umayyah. Maka gerakan Abbasiah ini saling bekerjasama dengan
pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin.
Akhirnya pada tahun 132 H, tumbanglah kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiah dibentuk dengan Abu Abbas As-Saffah sebagai pemimpinnya.Maka
pengikut Zaid ini kecewa kerana tidak dilantik menjadi pimpinan walaupun mereka
merupakan cucu cicit kepada Ali bin Abi Talib, anak saudara kepada Abbas bin
Abdul Mutalib. Lalu mereka merancang untuk mengadakan revolusi terhadap
kerajaan Abbasiah pula. Golongan ini dikenali sebagai Tolibiyyun ( yang di
nasab kepada Ali bin Abi Talib ) yakni bertentangan dengan Abbasiyyun ( nasab
kepada Abbas bin Abu Mutalib )
Dan sehingga ketika ini, masih tiada penyelewengan dari sudut
aqidah mahupun fiqh, kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar.Ini adalah kerana
pecahan dari pengikut Zaid yang menolak imamah mereka berdua, malah tidak malu
untuk mengkritik secara terang-terangan.
Ja’far Sodiq meninggal pada tahun 148 H, dan meningalkan seorang
anak bernama Musa Kazim, yang juga seorang ulama’, tetapi tidak mencapai tahap
ayahnya, dan beliau meninggal pada tahun 183 H, dan meninggalkan anak-anak dan
diantara mereka ada yang bernama Ali bin Musa Ar-Redha.
( bersambung .... )
3 comments:
bila mawu sambung siddiq?
sumber sambungan pada laman:
http://ismamesir.com/v2/2012/05/5308/
Sambungan cerita:
http://ismamesir.com/v2/2012/05/5308/
Post a Comment