Mendengar saja susunan huruf ‘LGBT’, otak saya terus menerawang pada memori tahun 2005. Ketika itu saya dalam perjalanan umrah dan singgah transit sebentar di bumi anbiya’, Jordan. Bukanlah kerana ramainya puak LGBT di situ, tetapi kaitan paling kuat adalah saya sempat menziarahi Laut Mati atau dalam bahasa Arab ‘Bahru Mayyit’, yakni tempat yang Allah abadikan kisah kaum Lut.
Saya sempat turun dari bas mengambil gambar, dan meninjau tempat yang dahulunya kaum yang dilaknat Allah pernah bermukim. Memang terbukti, ia adalah kawasan laut yang paling dihinakan Allah. Airnya sangat masin sehingga boleh mengapungkan orang ( seperti yang biasa dilihat di televisyen ). Waktu itu ada lah dua tiga ‘orang putih’ sedang berlagak membaca surat khabar sambil terapung. Kajian saintifik juga menunjukkan langsung tiada hidupan yang dapat menahan tahap garam yang tinggi tersebut.
Ia bukan pantai berpasir seperti pantai-pantai yang indah, tetapi berlumpur dan lumpurnya menurut musyrif rombongan saya, adalah yang paling hodoh kerana terkesan dengan air yang sangat masin. Melihat keadaan semasa Laut Mati yang teruk itu saja sudah menyebabkan saya menginsafi betapa Allah mahu menunjukkan bukti kepada ummat sekarang. Pulang ke rumah saya makin insaf bila membaca ‘Perished Nations’ karangan Harun Yahya menceritakan secara detail tentang firman Allah:
فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” (Hud, 82)
Mencontohi Nabi Lut di Alaf 21
Kisah Kaum Lut ini Allah rakamkan tidak kurang di 9 buah surah. Allah juga menjadikan mereka sebaris dengan kaum-kaum yang dibinasakan seperti kaum Ad, Thamud, kaum Nuh dan lain-lain.
Beberapa pengajaran dari Quran yang saya petik dari Tafsir fi Zilal:
1. Memahami Hakikat: Golongan Gay dan Lesbian ini berada di pihak yang salah kerana melawan fitrah yang Allah tetapkan. Mereka sedia maklum perkara ini kerana fitrah tidak perlu di ajar di sekolah dan ia adalah penentu kemandirian sesuatu spesies. Konsep berpasangan ini Allah ilhamkan pada haiwan, malah pada setengah hukum fizik seperti negative dan positif. Ia adalah logik yang mudah difahami dek akal.
Nabi Lut memanggil mereka dengan paggilan Jahil :
"Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang Jahil.” ( Syua’ra : 55 )
Menurut Syed Qutb, Jahil ada 2 makna : samada ketiadaan ilmu ataupun kebodohan dan ketololan. Menurut beliau lagi, golongan lesbian dan gay menepati kedua-dua ciri tersebut.
Adalah silap untuk menganggap golongan ini benar lalu mengiktiraf kewujudan mereka seperti yang berlaku di barat. Malah mereka sudah sampai ke tahap tidak merasakan perbuatan ini satu kesalahan kerana itu hak asasi. Neraca kemanusiaan mereka sudah tiada.
2. Cara Reaksi : Setelah mengetahui perbuatan ini salah, wajib untuk kita membenci perbuatan tersebut. Adakah logik kita meredhai dan menyukai perbuatan yang salah?
Mejoriti kaum baginda adalah golongan gay, dan mereka sisihkan baginda dari masyarakat, malah diancam untuk dihalau. Namun itu semua tidak menghalang baginda untuk tidak menggadaikan prinsip.
"Lut berkata: ""Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu" ( Asy-Syuara: 168 )
Membenci adalah asas kita untuk bergerak dan mengubah sesuatu perkara. Orang Barat yang menganggap golongan ini tidak salah, mereka tidak membenci dan tidak mengubah maksiat ini, hasilnya mereka mengiktiraf status seks samada Lesbian atau Gay, mempunyai pub khusus, malah mengiktiraf perkahwinan sejenis!
Namun benci itu tak menghalang kita dari berdakwah kepada mereka dengan penuh hikmah. Benci adalah dorongan pertama untuk mengubah sesuatu kemunkaran, namun mengubah itu tak semestinya dengan cara mengherdik, memarahi dan sebagainya.
Namun benci itu tak menghalang kita dari berdakwah kepada mereka dengan penuh hikmah. Benci adalah dorongan pertama untuk mengubah sesuatu kemunkaran, namun mengubah itu tak semestinya dengan cara mengherdik, memarahi dan sebagainya.
3. Masa depan golongan ini : Ustaz Syed Qutb menyebut dalam tafsirnya, bahawa Nabi Lut merasakan melalui fitrah baginda yang benar bahawa kaumnya akan dibinasakan. Oleh kerana itu baginda berdoa:
(Lut berdoa): ""Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan'. ( Asy-Syuara : 169 )
Ini menjadikan kita semakin tergerak untuk mengubah golongan ini samada dengan cara menyedarkan, mendidik, membanteras, dan menggunakan segala kudrat yang ada. Yang menariknya, isteri baginda yang bukan Lesbian juga dibinasakan atas satu sebab : bersetuju dan bersetongkol dengan mereka.
Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali istrinya. Kami telah menakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)” ( An-Naml : 57 )
Mari sama-sama kita fikirkan. Wallahualam
No comments:
Post a Comment