
4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 17, 2013 | 4:32 PM

Bezanya Ambang 2013 Di Shah Alam | i-City Dan Dataran Shah Alam
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 01, 2013 | 2:56 PM
Blog ini tidak mewakili mana mana parti politik. Entry ini hanya sekadar untuk tontonan anda . Anda sendiri boleh menilai man baik dan mana buruk. Perayaan Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam seperti tahun lepas dibuat di dua tempat berbeza yang jauhnya cuma 10minit perjalanan. Satu di i-City kelolaan kerajaan persekutuan dan satu lagi di Dataran Shah Alam (Belakang Masjid Shah Alam) kelolaan Pakatan Rakyat.
Dan suasanya amat berbeza. Satu dengan perayaan penuh gilang gemilang diiringi konsert dan tarian dan satu lagi penuh keamanan dan keberkatan dengan tetamu jemputan seperti tahun lalu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua dua majlis tersebut .
AMBANG MERDEKA DI DATARAN SHAH ALAM
AMBANG MERDEKA DI i-CITY (KARNIVAL #SAYANGI SELANGOR)
semangat 1 malaysia katanya.
**Alhamdulillah seperti tahun lepas, kebanyakan dari penduduk Shah Alam sendiri memilih untuk bersama UAI pada malam tahun baru. Tapi ramai jugak yang memilih i-City sampaikan Shah Alam jammed teruk semalam. Nak tengok bunga api katanya. Apapun masing masing punya pilihan sendiri untuk memilih bukan?
Apa pilihan anda??
Bantuan Allah Untuk Palestin
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 10, 2012 | 9:00 AM
KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.
"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.
"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.
"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.
BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.
Seragam putih
Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.
"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.
KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.
Al-Quran penyelamat
"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.
"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.
Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.
"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.
"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.
sumber : Artikel Kosmo
Pokok Tumbang Membengkok Elak Terkena Kereta Ustaz
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 03, 2012 | 2:32 PM
Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.
sumber : Helmifaiz
Perbualan Ustaz Dengan Seorang Wanita Yang Tidak Menutup Aurat
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 18, 2012 | 5:05 PM
Assalamualaikum. Ini sebuah kisah perbualan diantara seorang ustaz dengan seorang wanita atau remaja perempuan yang tidak menutup aurat. Satu cerita yang sangat menarik tentang persepsi dan reaksi kepada wanita bertudung dan tidak bertudung. Mohon baca sampai habis sebab memang sangat menarik idea yang dikeluarkan oleh ustaz ni. Sekadar untuk renungan dan panduan kita semua. Tak salah berkongsi perkara kebaikan betul tak?
Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
Sekadar panduan dan rujukan untuk kebaikan bersama.
sumber : nizarazu
16 Perkara JANGAN Dalam Islam Oleh Ustaz Don
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 17, 2012 | 8:16 PM
Senarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.
JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
- - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
sumber : Islam Itu Agamaku
Video Bunyi Aneh Di Samarahan Sama Dengan Di Alberta
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 19, 2012 | 8:49 AM
bunyi aneh di samarahan, bunyi langit samarahan, samarahan sound, bunyi pelik di samarahan, video bunyi pelik di samarahan, video bunyi langit samarahan, langit samarahan berbunyi,bunyi aneh di london, bunyi aneh dari langit london
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:
UPDATED: dan terbaru , bertarikh 17 Januari 2012, bunyi yang seakan akan sama direkodkan di London. Saksikan..
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Boleh tengok penjelasan berkaitan HAARP
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
**apapun, sebagai seorang Islam, kita tak boleh nak mempercayai sebarang perkara diluar batasan pemikiran dan bersifat tahyul .Mungkin ada sebabnya semua ini berlaku. Ada yang kata ini suara Dajjal. Hanya Allah yang mengetahui. Jadikan pengajaran untuk peringatan dan pedoman kita. Bukan sesuatu yang menyesatkan kita.
Kisah Silam Maher Zain
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 05, 2012 | 6:31 PM
Di Malaysia, Maher Zain bukanlah satu nama yang asing . Populariti lagu lagu nasyid yang dibawa menjadi fenomena dalam kalangan semua lapisan umur. Dari anak kecil hingga golongan berusia, boleh dikatakan kesemuanya boleh mendengar muzik yang dibawa oleh beliau . Dan dengan komitmen dan sokongan kuat dari rakyat Malaysia, bahkan maher zain telah menyanyikan sebuah lagu popular beliau iaitu InsyaAllah yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Sesuatu yang boleh dibanggalan melihat seorang penyanyi berbangsa Sweden menyanyi dalam loghat dan bahasa kita. Namun, sebelum bergelar seorang penyanyi yang membawa aliran Islamik dan Ketuhanan , Maher Zain dahulunya pernah melalui episod episod hitam dalam dirinya sebelum menemui hidayah sebenar dari Allah.Ikuti kisah silam maher Zain dengan membaca rencana dibawah :
Maher mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli.
Keluarganya berpindah ke Swedan apabila Maher berumur 8 tahun, di sana dia meneruskan persekolahannya dan akhirnya masuk universiti dengan mendapat degree kejuruteraan penerbangan. Walaupun suasana telah berubah di sekelilingnya tetapi hanya satu yang masih kekal iaitu dia masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang musik. Dia akan meluangkan semasa tengah malam di sekolah dengan kawan-kawannya di mana mereka akan bernyanyi rap, buat lirik dan buat ujian dengan musik dengan berbagai cara. Itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi ahli musik kerana sudah menjadi sebahgaian dari dirinya.
Selepas terlibat sebagai produser muzik di Swedan, Maher dikenalkan pula dengan RedOne, iaitu produser muzik yang cepat meningkat naik di bumi Swedan. Maher mula bekerja dengan RedOne dengan artis Sweden dan akhirnya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun dia berada di dunia muzik yang panas dan amt popular seperti Kat Deluna dalam albumnya yang mendapat hit tertinggi “Whine up” dan “Run the Show”.
Maher mendapat banyak peluang untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik yang berjaya dan glamour tetapi Maher merasakan bahawa bukan bukan itu yang dia impikan. “Saya cintakan muzik tetapi amat membenci persekitaran di sekelilingnya, seolah-olah apa yang berada disekeliling tidak betul”. Dalam masa itu Maher banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.
“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, mengusai diri saya”. Ketika itu saya sering bergaduh dan bertengkar dengan rakan.
RedOne adalah produser muzik yang amat terkenal pada ketika itu. Antara penyanyi-penyanyi yang pernah bekerja dengan produser muzik itu adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block dan Michael Jackson. Walaubagaimanapun Maher merasakan ingin berehat sementara daripada industri muzik dan segala persekitarannya yang dirasakannya tidak sesuai dengan jiwanya. Dia merasakan ini adalah bukan suasana yang betul dan mengambil keputusan untuk kembali ke Swedan. Sehinggalah beberapa ketika semasa berada di sana dia berjumpa dengan sekumpulan saudara muslim yang berada dalam satu komuniti di Stockholm dan dia mula menghadiri ke masjid-masjid yang terdapat di sekelilingnya itu dan merasakan bahawa suasana ini seperti dia telah kembali ke “rumah”.
Maher akhirnya merasakan bahawa dia telah berjumpa dengan jalan yang betul dan mempunyai perasaan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya iaitu kembali dalam industri muzik tetapi dengan jalan yang berlainan dari yang sebelumnya. “Sekarang saya ada satu perkara untuk memberitahu manusia di luar sana bahwa adalah amat senang untuk kembali ke jalan yang sebenar-benarnya sekiranya kita membuka mata dan melihat dengan sebaiknya, itulah apa yang berlaku pada saya.”
Profil :
Nama: Maher Zain
Umur: 29 tahun
Kewarganegaraan: Swedish (of Lebanese origin)
Pendidikan: BA in Aeronautical Engineering
Pekerjaan sebelumnya: Music Producer
Pernah bekerja dengan: RedOne (The Producer behind Lady Gaga, Akon etc)
Nama Album: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Tarikh dipasarkan: 1st of November 2009
Label rekod: Awakening Records
Peminat facebook melebihi 3 juta: http://www.facebook.com/MaherZain
Filem Pendek Tentang Apa Sebenarnya Hukum Hudud : Bob Lokman dan Mat Luthfi Pun Ada
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 15, 2011 | 5:27 PM
Ada sebuah filem pendek, bagi aku antara yang paling menarik untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang masih didalam kekeliruan tentang apa sebenarnya hukum hudud. Caption dari video asal
Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.
Video ni dibuat untuk menjawan persoalan “jahil” yang ditimbulkan oleh video “sembang rakyat” (geli aku nak share video disini, buat semak je. Kalau sesiapa belum tengok, boleh tengok di Youtube ye). Semua persoalan utama mengenai hukum hudud ada dijawab disini. So sila tengok sampai habis ok. Sangat meanrik tengok ustaz ustaz hebat berlakon dan dalam masa yang sama menerangkan dengan detail apa itu hudud. Lepas menonton, aku yakin korang akan setuju dengan pelaksanaan hudud. Ada jugak penampilan istimewa dari Math Luthfi, Bob Lokman dan Man John.
Aku tertarik dengan ayat masa minit bermula 5.10 , DENGAN KEJAHILANNYA, DIA BERCAKAP MENGHINA HUKUM ALLAH TANPA DIA SEDARI, BATAL AKIDAH dan minit ke 7.30 “HUDUD NI ADALAH UNDANG UNDANG TUHAN, TUHAN YANG MENCIPTA KITA, JANGAN CAKAP SEBARANGAN , NANTI KITA TELA MEMPERLEKEH DAN MENGHINA ALLAH, BOLEH JATUH MURTAD.
So ambil iktibar dari video pendek ni. Walaupun pendek , banyak manfaatnya untuk semua rakyat malaysia yang masih keliru dengan pelaksanaan hukum hudud. Ingat!!hudud adalah hukum Allah dan tak ada siapa pun dari kalangan manusia berhak untuk memperlekehkannya. Tak kisah la kita ni baik, jahat, beriman atau kurang iman, jangan sesekali hina hukum Allah sebab boleh jatuh hukum Murtad.
Dan dari video ni , pengajaran yang ditunjukkan senang difahami, bila dah terkena seorang , semua terkesan. Masyarakat yang melihat tu tau itu hukum Allah, bukan hukum kerajaan. Sebab hudud ni dilaksanakan untuk mengubat penyakit masyarakat yang dah tak ada cara nak menyelesaikannya lagi. Sebagai jalan terakhir yang paling berkesan sebab dah terlampau menjadi jadi dah masalah dan dah jadi penyakit dalam masayrakat.
Pandai Ustaz ustaz dalam ni berlakon kan? Ustaz zaman sekarang dah maju dan moden seiiring dengan zaman la. Takkan la ustaz zaman sekarang masih nak duduk di masjid je kan? Ustaz zaman sekarang dah boleh join sekaki dengan remaja diluar. Dan yang paling penting pelakon pelakon didalam ni bukan calang calang orangnya .
USTAZ IMRAN AL-MALIZI
(PENCERAMAH BEBAS)
USTAZ SYED KADER AL-JOFREE
(TANYALAH USTAZ TV9)
USTAZ RIDHUAN MOHD NOOR
(MUSLIM CARE)
USTAZ BIK ABDUH
(ILMAM)
USTAZ NASRUDIN HASSAN
BOB LOKMAN
(ARTIS DAN PENCERAMAH BEBAS)
MATH LUTHFI
(VLOGGER)
MAN JOHN
(ARTIS ROCK 80AN)
semua hebat hebat belaka.
Dan bagi yang nak tahu, lagu yang digunakan didalam filem pendek ni adalah lagu Impian Anak Jalanan oleh Kumpulan Kembara dan penyanyi utama adalah M Nasir. Aku dah suka lagu ni lama dah.
Moga mendapat manfaat dari entry ni. Kalau rajin, tekan la butang like dan share kepada rakan rakan lain. =)
Kelebihan Solat Tarawikh Adalah Hadis Palsu?
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 31, 2011 | 8:54 PM
Ramadhan akan tiba esok dan semua umat Islam akan mula berpuasa untuk mendapat keberkatan dari Allah. sebelum terlambat. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger Malaysia. Istimewanya kedatangan Ramadhan adalah dengan adanya solat sunat tarawikh yang memberi seribu satu kebaikan dan keberkatan kepada umat Islam. Dan di internet banyak kita lihat tentang kelebihan solat sunat tarawikh dari malam pertama hingga malam ke 30..
Tapi selepas search mengenai hal ini. Aku dapat sesuatu dari sumber boleh dipercayai . Tentang hadis palsu.
setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
artikel penuh boleh baca DISINI
Tak berani nak memandai lebih sebab aku pun bukan pakar dalam perkara perkara macam ni. Namun, dalam bulan ramadhan ni. Lebih baik kita gandakan ibadat kita tanpa mengira tentang kelebihan disebut dalam hadis tersebut. Yang pastinya, bulan Ramadhan membawa keberkatan yang sangat besar dan tiada tolok bandingnya. InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan dibulan mulia ni. Selamat berpuasa semua,