Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Mengenal Perwatakan Wanita Dari Cara Berjalan

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 26, 2013 | 1:54 AM

muslim-woman-filepix-hijab-irania

Mengenal hati budi dan perwatakan wanita dari cara mereka berjalan. Tidak dibuktikan oleh fakta saintifik tetapi mungkin ada yang benar dan ada yang hanya sekadar rekaan. Apapun jangan kita menilai sesuatu dari luaran sahaja. Lihat pada kecantikan dan budi bahasa dalaman makhluk indah ciptaan Tuhan bernama wanita ini ,

CARA BERJALAN


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

1:54 AM | 0 comments | Read More

10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 16, 2013 | 9:21 PM

Terbaca ni dari wall post ayahanda untuk semua student UiTM iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkaitan ciri ciri seorang jejaka atau lelaki yang sedang jatuh cinta. Kadangkala lelaki ni tak luahkan secara berdepan tapi dizahirkan perasaan cinta dan sayang tu melalui perbuatan mereka. Mungkin berguna untuk wanita =).

Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?
Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:


1. Memberikan lebih perhatian.
Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.


2. Meluangkan masa untuk kamu.
Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.


3.Menerima kamu apa adanya.
Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.


4.Lebih romantis terhadap kamu.
Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.


6.Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.


7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.


8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.


9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.


10.Tidak punya alasan untuk mencintaimu
“Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah

9:21 PM | 0 comments | Read More

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 31, 2012 | 10:46 AM

Entry ini adalah hakmilik sepenuhnya blog Mirlme

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita

Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa”. (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman :
”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…(Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.(Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya. Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Cacatkan Angota Patung


Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad :

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akn datang cara mendidik anak-anak mereka.

Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam


Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yg tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar Artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Seksaan Pada Hari Kiamat


Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akn menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yg berlebihan antara golongan kaya dan miskin. Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dgn permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. (Riwayat Bukhari )

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

10:46 AM | 1 comments | Read More

Maksud Dan Makna Bacaan Dalam Solat /Sembahyang

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 19, 2012 | 4:00 PM

image

Solat adalah tiang agama yang menentukan keimanan dan ketetapan hati seorang hama Allah. Di akhirat kelak, solat adalah benda pertama yang akan diajukan oleh Allah SWT kepada manusia ketika dihisab. Rukun Islam kedua ini seharusnya bukan hanya sekadar melakukan perbuatan dan tertib di dalam solat itu sahaja tetapi perlu juga mengetahui maksud bacaan dalam setiap perkara yang dilakukan dalam rukun solat supaya solat lebih khusyuk dan insyaAllah diterima oleh Allah SWT.

Berikut adalah makna makna bacaan dalam solat fardu yang dikerjakan 5 waktu sehari semalam .

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

4:00 PM | 4 comments | Read More

Cara Buat Solat Sunat Istikharah

istikharah, cara sembahyang istikharah, panduan solat istikharah, soloat sunat istikharah, maksud solat istikharah, doa solat istikharah,

Apabila kita susah atau dalam dilema dalam melakukan sesuatu keputusan , adakah ianya akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada diri, seharusnya kita berserah kepada Allah untuk menentukan baik buruk sesuatu itu kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hambanya. Pohonlah petunjuk kepada Allah supaya memberikan ilham dan petunjuk kepada hambanya untuk membuat keputusan terbaik.

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.



Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun


Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas


Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.


Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Jua boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tatacara dan dalil berkaitan di lama web berikut : HafizFirdaus

sumber .

3:46 PM | 6 comments | Read More

Senarai Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan Seluruh Malaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 14, 2012 | 7:23 PM



Berikut adalah senarai lokasi kawasan kerap kemalangan (black spot) yang dikenalpasti bagi Op Selamat 1/2012. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.

1. NEGERI: PERLIS
DAERAH: KANGAR
JLN KANGAR – PDG. BESAR, JLN KANGAR – A/SETAR, JLN KANGAR – KODIANG, JLN K/PERLIS – CHANGLOON

2. NEGERI: KEDAH
DAERAH: KOTA SETAR
KM 9, JLN A/SETAR – POKOK SENA, KM 14, JLN A/SETAR – KANGAR

DAERAH: PDG. TERAP
JLN KUALA NERANG – POKOK SENA

DAERAH: KUALA MUDA
KM 39 – KM 69, JLN A/SETAR – B’WORTH, JLN SG. PETANI – BALING, JLN SG PETANI – GURUN

DAERAH: YAN
JLN YAN – A/SETAR

DAERAH: PENDANG
JLN PENDANG – ALOR SETAR

DAERAH: SIK
JLN SIK – GURUN, JLN SIK – BALING

DAERAH: BALING
JLN BALING – GERIK, JLN BALING – KUALA KETIL

DAERAH: KULIM
KM 4, JLN KULIM MERSING, JLN KULIM SG. PETANI

3. NEGERI: PULAU PINANG
DAERAH: SEBERANG PRAI (U)
JLN CHAIN FERRY

DAERAH:  SEBERANG PRAI (T)
JAMBATAN P/PINANG, JLN BARU PERAI

4. NEGERI: PERAK
DAERAH: KERIAN
KM 95 – KM 123, JLN IPOH – B’WORTH

DAERAH: TAIPING
KM 74, JLN TAIPING PANTAI REMIS, JLN TAIPING – KUALA SEPETANG

DAERAH: GERIK
KM 15 – KM 70 JLN GERIK - JELI, JLN GERIK – PENKALAN HULU, KM 7 – KM 11, JLN GERIK – LENGGONG, KM 82 – KM 115, JLN IPOH GERIK

DAERAH: SG. SIPUT
KM 29 – KM 44, JLN IPOH – K/KANGSAR

DAERAH: IPOH
JLN IPOH – LUMUT, JLN IPOH K/KANGSAR

DAERAH: HILIR PERAK
JLN SITIAWAN – TELUK INTAN, JLN MAHARAJALELA, JLN MAHARAJALELA –TELUK INTAN, JLN CHANGKAT JONG, JLN TELUK INTAN – HUTAN MELINTANG, JLN LANGKAP – KAMPAR, KM 18 – KM 36 JLN HUTANG MELINTANG – BAGAN DATOH, JLN BAHAGIA

DAERAH: MANJUNG
JLN SITIAWAN – LUMUT – TELUK INTAN, JLN SITIAWAN – IPOH

DAERAH: BT. GAJAH
JLN IPOH – LUMUT

DAERAH: TG. MALIM
KM 102 – KM 224, JLN IPOH – K/LUMPUR

DAERAH: TAPAH
KM 53 – KM 87 JLN IPOH – K/LUMPUR

5. NEGERI: SELANGOR
DAERAH: HULU SELANGOR
KM 32 – KM 79, JLN K/LUMPUR – IPOH, JLN KKB – GOMBAK

DAERAH: KUALA SELANGOR
JLN KLANG – T/INTAN, JLN K/SELANGOR – SG. BULOH

DAERAH: K/LANGAT
KM 11 – KM 30, JLN KLANG – BANTING

DAERAH: AMPANG
JLN  MRR2

DAERAH: GOMBAK
JLN K/LUMPUR – IPOH

DAERAH: SEPANG
JLN SEPANG – BANTING

DAERAH: KAJANG
JLN KAJANG – K/LUMPUR

6. NEGERI: KUALA LUMPUR
DAERAH: KUALA LUMPUR
JLN KUCHING, JLN MAHAMERU, JLN TUN RAZAK

7. NEGERI: N/SEMBILAN
DAERAH: SEREMBAN
JLN SEREMBAN – TAMPIN, JLN SEREMBAN – P/DICKSON

DAERAH: PORT DICKSON
KM 4 – KM 15, JLN P/DICKSON – SEREMBAN

DAERAH: TAMPIN
KM 3 – KM 27, JLN TAMPIN – GEMAS

DAERAH: JEMPOL
KM 2 – KM 22, JLN BAHAU – KEMAYAN, JLN BAHAU – ROMPIN

DAERAH: KUALA PILAH
KM 4 – KM 12, JLN K/PILAH – BAHAU, JLN SEREMBAN – KUALA PILAH

DAERAH: REMBAU
JLN SEREMBAN – TAMPIN

8. NEGERI: MELAKA
DAERAH: ALOR GAJAH
JLN LUBUK CINA – MASJID TANAH – SG. UDANG

DAERAH: JASIN
KM 13 – KM 32, JLN MELAKA MUAR, JLN GAPAM – BEMBAN – JASIN – CHINCHIN

9. NEGERI: JOHOR
DAERAH: JOHOR BAHRU (S)
KM 5 – KM 21, JLN JB – KOTA TINGGI

DAERAH: JOHOR BAHRU (U)
KM 9 – KM 20, JLN JB – AYER HITAM, JLN JB – AYER HITAM

DAERAH: SERI ALAM
KM 21 – KM 35, L/RAYA PASIR GUDANG

DAERAH: MERSING
KM1 – KM 48, JLN KOTA TINGGI – MERSING – ENDAU, JLN BT. PAHAT – MERSING, KM 1 – KM 48, JLN KOTA TINGGI – MERSING – ENDAU

DAERAH: PONTIAN
KM 56 – KM 63, JLN JB – BT. PAHAT, JLN PONTIAN – KUKUP, JLN JB – BT PAHAT

DAERAH: MUAR
JLN MUAR – MELAKA, JLN MUAR – YONG PENG

DAERAH: BT. PAHAT
KM 6 – KM 26, JLN KLUANG, KM 86 – KM 94, JLN JB – AYER HITAM, JLN KLUANG – BT. PAHAT

DAERAH: KLUANG
KM 41 – KM 73, JLN BT PAHAT – MERSING, KM 71 – KM 75, JLN JB – AYER HITAM

DAERAH: SEGAMAT
JLN MUAR – SEGAMAT

10. NEGERI: TERENGGANU
DAERAH: K/TERENGGANU
KM 15 –KM 24, JLN K/TERENGGANU – KOTA BHARU, JLN K/TERENGGANU – DUNGUN

DAERAH: DUNGUN
KM 58 – KM 108, JLN JERANGAU – JABOR

DAERAH: KEMAMAN
KM 122 – KM 179 JLN JERANGAU – JABOR, JLN KEMAMAN – DUNGUN

11. NEGERI: KELANTAN
DAERAH: PASIR PUTEH
JLN K/BHARU – K/TERENGGANU

DAERAH: MACHANG
JLN MACHANG – PASIR PUTEH, JLN MACHANG – TANAH MERAH, JLN K/BHARU – K/KRAI

DAERAH: KUALA KRAI
JLN K/KRAI – GUA MUSANG, JLN K/KRAI – KOTA BHARU

DAERAH: GUA MUSANG
KM 1 – KM 74, JLN G/MUSANG – K/KRAI, JLN G/MUSANG – MERAPOH

DAERAH: TANAH MERAH
JLN TANAH MERAH – JELI, JLN TANAH MERAH – MACHANG

DAERAH: TUMPAT
JLN KOTA BHARU – MACHANG, JLN WAKAF BARU – PENGKALAN KUBOR, JLN TANAH MERAH – PASIR MAS

DAERAH: PASIR MAS
JLN SALOR – PASIR MAS – KOTA BHARU

12. NEGERI: PAHANG
DAERAH: KUALA LIPIS
KM 59, JLN K/LIPIS – GUA MUSANG

DAERAH: JERANTUT
JLN JERANTUT – KUANTAN, JLN JERANTUT – TEMERLOH

DAERAH: BENTONG
KM 7, JLN BENTONG - RAUB, JLN BENTONG – TEMERLOH

DAERAH: KUANTAN
KM 30 – KM 48, JLN KUANTAN – MARAN, KM 32 – 35, JLN KUANTAN – KEMAMAN, JLN KUANTAN – PEKAN

DAERAH: PEKAN
KM 62 – KM 65, JLN KUANTAN  - SEGAMAT

DAERAH: ROMPIN
KM 101 – KM 124, JLN KUANTAN – SEGAMAT

13. NEGERI: SABAH
DAERAH: KUDAT
KM 1 – KM 50, JLN KUDAT K/KINABALU

DAERAH: KOTA MARUDU
KM1 – KM 7, JLN KOTA MARUDU – PITAS, JLN KOTA MARUDU – KUDAT

DAERAH: RANAU
KM 3 – KM 12, JLN RANAU – TAMPARULI

DAERAH: TUARAN
KM 1 – KM 44, JLN TUARAN – KOTA BELUD

DAERAH: KOTA KINABALU
KM 9 – KM 15, JLN TUARAN BY PASS, KM 8 – KM 20, JLN K/KINABALU – PAPAR, JLN K/KINABALU – PENAMPANG – KENINGAU

DAERAH: KENINGAU
KM 2 – KM 9, JLN KENINGAU – TAMBUNAN

DAERAH: TENOM
KM 2 – KM 16, JLN TENOM – KENINGAU

DAERAH: BEAUFORT
KM 1 – KM 21, JLN BEAUFORT – PAPAR, JLN BEAUFORT - SIPITANG

DAERAH: SIPITANG
JLN SIPITANG – BEAUFORT

DAERAH: SANDAKAN
JLN SANDAKAN – BELURAN

DAERAH: BELURAN
KM 1 – KM 27, JLN TELUPID – RANAU, KM 40 – KM 90, JLN BELURAN – TELUPID

DAERAH: KINABATANGAN
KM 79 – KM 132, JLN KINABATANGAN – LAHAT DATU, JLN SANDAKAN – KINABATANGAN

DAERAH: LAHAT DATU
KM 10 – KM 32, JLN LAHAT DATU – TAWAU, JLN LAHAT DATU – KINABATANGAN

DAERAH: KUNAK
JLN KUNAK – LAHAT DATU, JLN KUNAK – TAWAU

DAERAH: TAWAU
KM 4 – KM 50, JLN TAWAU – SEMPORNA, JLN TAWAU – KALABAKAN

DAERAH: SEMPORNA
JLN SEMPORNA - TAWAU

14. NEGERI: SARAWAK
DAERAH: KUCHING
BATU  9 – 17, JLN KUCHING SERIAN

DAERAH: SIBU
BATU  6 – 87, JLN OYA – SIBU – BINTULU

DAERAH: BINTULU
KM 20 – KM 91, JLN MIRI – BINTULU

DAERAH: SERIAN
KM 7 – KM 91, JLN SERIAN – TEBEDU, KM 62 – KM 87, JLN KUCHING – SERI AMAN - SERIAN

DAERAH: MIRI
KM 23 – KM 112, JLN MIRI – BINTULU


7:23 PM | 0 comments | Read More

Cara Mengenal Simptom Gay Dan Lesbian (LGBT)

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 13, 2012 | 6:27 PM

Melihatkan kepada gejala LGBT atau Lesbian , Gay , Bisexual dan Transgender yang semakin menjadi jadi dikalangan remaja di Malaysia yang sememangnya menyalahi norma kehidupan manusia itu sendiri dan dikutuk oleh agama Islam terutamanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan simptom yang memungkinkan anak anak remaja menjadi seorang gay atau lesbian. Garis panduan ini dikeluarkan supaya ibu bapa dapat memantau anak anak mereka dari terjerumus ke arah tersebut.

Ianya bagi membendung remaja dari terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada masalah tersebut dan membuat pencegahan awal supaya simptom ini tidak menjadi terlalu serius. Berikut merupakan garis panduan atau simptom simptom permulaan kepada masalah LGBT ini.

Gejala Lesbian :-

-Tertarik kepada wanita;
-Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
-Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
-Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.

Gejala gay :-

-Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
-Suka pakaian ketat dan berwarna.
-Tertarik kepada lelaki.
-Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.

Jika anak anak anda mempunyai salah satu atau lebih simptom simptom di atas, perhatian serius harus diberikan untuk membendung ianya dari menjadi penyakit dalam diri remaja. AWAS!!

sumber

6:27 PM | 10 comments | Read More

Kelebihan Malam Lailatulqadar

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 09, 2012 | 9:57 AM



SEPULUH malam terakhir Ramadan akan bermula esok. Malam yang dilimpahi  keberkatan dan keistimewaan harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa. Ini kerana salah satu malam itu akan  dinamakan lailatulqadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan. Sepuluh  malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan  memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan  berbuat ibadat.

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada malam 10 terakhir ada satu malam  yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang   banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang  maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”  (al-Qadr,1)


Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di  langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,  selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik  berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik  daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai  malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4  bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang  diberkati”. 


Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.  Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang  penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) Apa yang dimaksudkan melalui tafsir  ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur,  rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha  Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan  dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah)  penuh rasa keimanan dan pengharapan. Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: 
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)


Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar berselisih pada waktunya,ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah pada setiap tahun.


Oleh itu, setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadan dan  menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab, katakanlah ‘Allahuma inni affu’un karim tuhibbul afuwa  fa’fuanni’” Satu lagi amalan yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ialah dengan iktikaf di  masjid. Fadilat beriktikaf pada bulan Ramadan lebih banyak berbanding hari yang  biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan sehinggalah baginda wafat.  Isteri-isteri baginda turut beriktikaf bersama- samanya ketika baginda hidup dan meneruskan selepas baginda wafat.

  • Syarat sah iktikaf ialah Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid
  • Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20  Ramadan. 
  • Waktu berakhir iktikaf:Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya  matahari pada hari terakhir Ramadan.


Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri  majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan ialah keluar daripada masjid kerana sesuatu hajat dan darurat seperti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit.Begitu juga hukumnya harus dan digalakkan jika mandi, memotong rambut,kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid memangdigalakkan. Seseorang yang bersolat jemaah di rumahnya tidak sama berbanding berjemaah di masjid.Keutamaan jemaah di masjid ini sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW, semua sahabat menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid. 


Pernah juga suatu ketika Rasulullah SAWsangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda bersabda, bermaksud: “Kalaulah boleh, aku akan menyuruh semua kanak-kanak  mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluarmencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat di rumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan.”


9:57 AM | 1 comments | Read More

Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London, Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati Olimpik London 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 30, 2012 | 1:49 AM

Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa.  Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan. Mohon baca sampai habis. 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.

image

2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )

Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.

Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)

maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)

Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.

logo

****************************

Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)

Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :

Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:

image

nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal

untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)

Artikel di atas bukanlah fakta 100% yang anda boleh percayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian berdasarkan perkaitan antara sesuatu perkara . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Namun, petanda petanda jelas yang ditunjukkan seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kepada kita.

 

Bukan meminta untuk anda mempercayai 100% perkara ini, tetapi sebagai satu panduan dan peringatan untuk persediaan kita andai apa jua berlaku dapat kita hadapi. Sesungguhnya Kiamat itu pasti akan datang dan sebelum datangnya kiamat, tanda tanda yang disebut Nabi lebih 1400 tahun dahulu pasti akan berlaku . Wallahualam. Boleh share kepada rakan rakan anda untuk panduan kita bersama.

 

1:49 AM | 18 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)