Jun 29, 2014

Resepi Mudah Bulan Puasa

Assalam

Selamat berpuasa kengakawan semua. Alhamdulillah semalam dah dapat 1 hari puasa kan. Sekejap je rasa dah masuk bulan Ramadhan. Ok sejak duduk dengan mak ni saya tak kisah sangat dah resepi masakan untuk berbuka dan bersahur. Mak ada boleh tolong tapi takkan setiap hari nak harapkan mak kan. So saya pun mengGOOGLE la resepi-respi ringkas.

Saya jumpa resepi karipap roti gardenia. senang sangat kot. Senang, Mudah Ringkas Tuntas pastinya membangkit selera haha..ayat iklan sangat,

 Karipap Gardenia (Garpap)
 aha! ini menu sesuai untuk berbuka ada lebih kita buat sahur yer.

   Bahan-bahan :
   Roti putih Gardenia
   Sardin
   Cili giling
   Bawang besar
   Minyak untuk menumis dan menggoreng boleh gak nak wat mandi..haha.. ok tak kelakar.

  Cara-cara;

Ambil sekeping roti gardenia gelek kasi leper. agak-agak jangan sampi nipis sgt kang boh inti koyak pula. Guna penggelek kita guna gelas je..so korang sukahati nak guna apa ok. tu untuk kulitnya. So untuk inti. tumis bawang besar nak boh bawang putih skit halia segala bagai pun boleh. Pastu masukkan cili giling satu sudu suka pedas lei letak satu mangkuk. pastu sardin ambil ikan je sebab nk inti kering klo nk letak sos tu letak lah sikit tak yah semua. tunggu sampi inti kering ikan kasi hancur.

Ok now gunakan acuan karipap tu letak kulit letak inti kasi kepit. karipap ni kita tak boleh lah nk lipat-laipat cecantik manual tu takmonye lekat. Aha! gunakan tepung yangdi bancuh atau telur tuk gamkan jangan guna gam uhu ok.

seterusnya bolehlah goreng dan hidangkan .oppss jangan terus makan tunggu azan maghrib berkumandang ok. Bulan puasa ni.

Untuk bersahur ringkas dan mengeyangkan boleh gak cuba 3 Mighty Gems dari Shaklee. yang ni lagi mudah.

Bahan-bahan :
ESP
Mealshake
Performance Drink

Cara-cara : 

Ambil 1 sudu ESP, Mealshake dan Performance Drink. Campurkan dengan 500 ml air masak. Dan shake-shake...Gunakan shaker kalau guna gelas shake-shake tak kemulutlah jawabnya.

Performance Drink


Selamat mencuba!!

0126278520 sms/wapp
rini borhan SID anda!
     

Jun 25, 2014

Makanan tambahan untuk anak

Perlu ke anak-anak diberi makanan tambahan ini. Bagi bayi bawah 6 bulan mereka tak perlukan makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula untuk bayi. Apabila bayi berumur 6 bulan boleh perkenalkan makanan pejal dan makanan tambahan jika perlu. Biasa makanan tambahan untuk kanak-kanak bawah 1 tahun adalah atas cadangan doktor. 


Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah


  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan termasuklah:-


Vitamin A

Fungsi: Penting bagi mata

Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin



Vitamin B1

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Gandum, daging dan susu



Vitamin B2

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Susu, daging dan ikan



Vitamin C

Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit

Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus



Kalsium

Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat

Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu



Zat besi

Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah

Sumber: Ikan, telur dan ayam


Saya mula beri Rizq makanan tambahan pada umurnya 10 bulan. Dan tidak lah diberi hari-hari hanya seminggu 2 kali sahaja. Saya rasakan Rizq memerlukan makanan tambahan kerana dia mudah selsema kerana alah pada cuaca. Bila selsema antibodi lemah lebih mudah untuk berjangkit dengan penyakit yang lainnya. Rizq juga picky eater jadi saya tahu nutris yang diperlukan tiada dalam makanan kegemarannya.

Pelbagai pilihan makanan tambahan di pasaran memeningkan kepala saya dan Rizq yang agak memilih ape yang dimakan menyebabkan saya mencari vitamin yang mudah disorok. Kriteria lain adalah semulajadi dan selamat, jadi saya memilih Mealshake Shaklee. MealShake ni susu perisa vanila sah-sah memang senang nak sorok kan. Campur dalam susu dia memang tak terasa dah. Satu canister tu pula boleh tahan 6 bulan dan kekadang lebih bila saya tak beri hari-hari. Yang menariknya Mealsahake mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh mereka dan merupakan sumber protein dan kalsium bagi pembinaan tubuh dan tulang kanak-kanak.

Bila doktor kata Rizq ada potensi untuk ikut jejak keluarga suami yang ada sejarah menghidap asma saya beri pula Omega Guard pada Rizq. Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi asid lemak omega 3 selain baik untuk paru-paru, ianya juga baik untuk perkembangan minda. Perubahan yang saya nampak sejak Rizq ambil Omega Guard adalah demam selsema dan batuk cepat sembuh dan bila dia batuk kahak tidak kumpul dekat paru-paru. Doktor pun dah tak bagi ubat kahak jika batuk.

Alhamdulillah Rizq serasi dengan kedua-dua makanan tambahan ini. Saya juga campur dengan makanan tambahan lain seperti madu. Raifa pun saya malakan makanan tambahan sejak die berumur 9 bulan, tetapi saya hanya beri raifa madu kerana raifa tiada masalah untuk makan. Bubur raifa saya maska sendiri dan saya pastikan buburnya warna warni dari pelbagai sayuran dan buah-buahan kerana pelbagai warna mengandungi pelbagai vitamin yang berbeza.


vitamin kanak-kanak




Untuk pertanyaan dan tempahan 
0126278520 sms/wapp
Rinie borhan cari saya di FB  



Jun 24, 2014

Gila bulan Sale.

aha!

Siapa suka baca post2 kita yang lepas memang lah asik cerita pasal sale dan kebanyakkan Warehouse sale. Aha! ahkak memang suka shopping time sale dik non. Ada orang tak suka gi sale-sale ni serabut katanya. kang tarik baju sebalah kanan sebalah kiri ade orang lain lak tarik.

Kenapa kita suka gi warehouse sale? Sebab utama tentu-tentulah murah kan . Tapi sebab paling utama adalah puas bila dapat beli barang yang biasa nya kita tengok harganya beratus dapat sehlai dua ni kita dapat berhelai-helai. Ala mesti dah out of seasonnya baju. Yup kebanyakkannya stok lama tapi masih nampak baru dan warehouse sale yang selalu pergi pun pakaian dan keperluan bayi dan kanak-kanak. Baju budak ni tak lah laju sangate keluar keluaran baru. Bebalik yang sama juga.

Ok bulan ni banyak pula sale sebelum Ramadahan menjengah. Saya dah get ready dah. sebab malas nak shopping time puasa nanti ( boleh caya ke??) Antara dah dalam list Sogo : Hari Raya Members day Sale 27-28 Jun 2014 dan Poney Mega Clearance (24 Jun-9 Julai 2014). cantik sangat timing tu sebab baru gaji. Memang dah ready dari last week duit shopping ni dari Bonus Shaklee tinggal nak serang. Nampak tak betapa excitednya kan.

Nanti lepas shopping kita share ape kita dapat betul ke shopping time sale value for money korang..
 

sale

 baby poney

Jun 4, 2014

May 4, 2014

Menu Baby 7 bulan: Bila Raifa mula makan ibu excited

Assalam..hai..ahalloo

Harini nak share kat korang la resepi bubur Raifa. Even dah ade pengalaman abg Rizq dulu, ibu tetap study balik bab-bab makan ni..lupa la..lagipun abang Rizq dulu banyak sangat experiment bab-bab makan tu yang ibu konpius.

Aha! Citer lahir takde tup..tup bab makan dah. Actually nak share experience menyusukan Raifa pun masih tersimpan rapi kat draft tu..haha..ibu sibuk post pasal Shaklee je. Yelah info baik kena la kongsikan kan.

Ok..ok dah cukup lah bebel tu ibu meh la kita share resepi yer. 7  bulan baby dah ready tuk makanan yang kasar sikit tapi Raifa still kena lenyek halus..kasar-kasar kang die luakkan balik.. Teapt 7 bulan ibu kenalkan protein pada Raifa iaitu Ikan. Untuk pertama kali ibu kenalkan ikan tenggiri kenapa tak ikan Salmon? sebab nak bagi tekak melayu makan.. haha..

Ini resepinye yer

BUBUR IKAN TENGGIRI PELBAGAI RASA

3 scoop Beras perang ( disangan dan blend)
2 kiub isi ikan tenggiri (anggaran besar ibu jari)
1 kiub 2 oz Puree Lobak + Sawi + Kentang
1 Kiub 2oz Puree Labu
3oz Stok Sayur.

 Cara Masak:

Masak beras perang dengan stok sayuran gunakan la periuk nasi letrik ka.. dapur arang ka ikut suka korang. Saya gunakan slow cooker dalam 5 min beras kembang masukkan semua bahan-bahan lain. 5 min dengan gunakan mode Slow Cookin nampak bubur cam kering gitu boleh tggu sejuk sikit tehen lenyek. Lenyek la guna apapun kalau rasa payah sangat lenyek tu boleh blend je.

Walla siap dah. Sayur tu boleh Boh la ikut kesukaan korang..Saya suka gabungan ni sebab dah lepas rules 4 days dan rasa lemak-lemak..manis labu..sayur pelengkap lobak dan sawi dan rasa mengancam ikan..

ps: Macamana nak buat stok sayur tu? Aha! potong kiub lobak + kentang + Sawi + saderi  isi air penuh periuk pastu renehkan . Air sampai setengah periuk tu tutup api sejukkan dan frozenkan. Rasa bau saderi tu buat lagi ummphh. dan bagi rasa masin.


Selamat mencuba. Kalau nak mencuba Vitamin Shaklee boleh hubungi saya juga ya..hehe..sambil layan anak sambil layan order.

Apr 22, 2014

Pentingnya mengambil Kalsium bersama Magnesium

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.
Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).
Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan kegunaan magnesium bagi mengawal penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 pembaca dinasihatkan membaca dua buku penulis yang masing-masing berjudul Serangan Jantung dan Diabetes Jenis 2.

sumber : Sinar Harian

Feb 13, 2014

VIVIX : Selesaikan komplikasi Diabetis.

Penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.(sumber)

Mak ada diabetis lama dah tapi tak sampai tahap cucuk insulin hanye makan ubat je 2 kali sehari. Mak memang jaga diet harian die. Malam kebiasaan nya mak tak makan nasi untuk mengurangkan pengambiilan gula di waktu malam. Nasi tu kan kanji mengahsilkan gula untuk tenaga gak.

Sebelum ni tak ada lah mak mengalami luka teruk . kalau luka pun cepat je baik. Tapi luka kali ni agak teruk padahal puncanya kena cakar ayam je. Mak tak adalah pergi jumpa doktor sebab luka sikit je. seminggu luka jadi makin teruk tak baik-baik. Lagi parah bila mak gi makan seafood. Kita lah yang bawa tu..Mane tau kan..


 Jumpa doktor., doktor dah membebel-bebel. Doktor ni memang kami sekeluarga tak suka sangat cam doktor tak belajar psikologi. bercakap ikut dan je. Die kata makcik ni nak kena potong tangan ke? Uish sentap dengar. Ko cakap ngan orang tua kot.Teruslah mak termenung..takutkan tangan kena potong. Memang tak mustahil untuk penghidap diabetis.

So balik dari klinik. mak makan antibiotik yang doktor bagi sebab luka tu dah kena jangkitan kuman. Tisu pun tak nak putih..berkumpul kat permukaan luka. tahu ni pun lepas pergi lagi sekali klinik tu untuk jumpa doktor yang kitorang selalu jumpa.

Macamana VIVIX membantu luka mak tu?


Mak memang dah amal VIVIX lama dah. Saya hadiahkan masa mak cakap nak vitamin untuk kulit die yang kusam. Since VIVIX ni serba boleh kita tak lah cadangkan Shaklee Collagen Powder sebab rasakn VIVIX ni baik tuk diabetis kan. so 2 in 1 (padahal sebab masa tu promo vivix, kita dpt free).



Selama amal VIVIX bacaan gula mak sentiasa ok. Kantoi mak tak makan VIVIX time die seronok layan seafood. Dah seminggu tak makan, lupa katanya. hehe..Jadi sebab dah takut dengan luka tu mak konsisten makan VIVIX tiap pagi..biasa ambil malam tapi malam dah makan antibiotik. tukar ambil waktu pagi lak.

Extra yang mak buat adalah SAPUKAN VIVIX tu pada luka pada sebelah malam. Ye lah malam tangan kita tak kena air. haha..jangan risau semut /lipas tak hurung tangan kita. Alhamdulillah nampak perbezaan luka semakin kering. Mak teruskan sampilah luka sembuh. Sekarang dah takde parut pon.

Selain tu mak juga JAGA MAKAN (takde makna yang gatal2), TAK SKIP UBAT DOKTOR, CUCI LUKA KERAP. gabung dengan VIVIX luka pun sembuh. Tak kena POTONG TANGAN.

 Tengoklah muka mak tu dah glowy mowy. Kate muda 25 tahun dari usia kan. ah! jangan gatal nak cakap tu kakak kita ye..

Klik DISINI untuk dapatkan sebotol VIVIX anda

berminat lebih lanjut tentang VIVIX
hubungi rini borhan 0126278520 sms/wapp

Feb 3, 2014

Semua ber SHAKLEE : Ada apa denganmu?

hi uollss

lama sungguh tak berblog. ada yang tertunggu-tunggu entry kita ke? haha perasan glamor blogger ke? Folower pun ciput je. Ha! semua sedia maklum kot saya adalah Indipendent Distributor Shaklee yang sah. Now sana sini ada Distributor Shaklee.. Kadang dalam satu organisasi setiap department ada distributor Shaklee. Haishh ape yang best sangat? Siapa nak beli kalau semua dah menjual? Ada ke orang nak beli?

Syiohhh soalan negatif tu..tentulah ada yang nak beli..tentulah ada permintaan biarpun ramai yang dah buat. tak caya kalau tak mane datang nya tiap bulan ada yang naik rank.. sale beratus ribu. Ok dah bukan nak bebel tu sebenarnya nak cite camne saya pun terjebak dengan Shaklee ni.

Saya pengguna tegar Shaklee since lahirkan anak sulung my baby Rizq tu. Masa tu sangat berjiwa kental nak fully breastfeed Rizq. Tapi rezeki setiap orang tu berbeza. Hari ketiga terpaksa gak bagi my baby Rizq tu FM sebab die dah melalak tanpa henti. Rizq memang kuat menangis kalau dah terjaga nak menyusu tengah malam die tak terus tidur tapi kena dodoi bagai. Jadi kita ni pun gigih google cara nak tambah susu.

Yer blog yang saya terjah dah tentu blog my nanny Shaklee cs Alin ..semua sntry sama baca sampai khatam. tips ..proses..power pumping semua belajar dari sini sampai lah terpengaruh dengan produk Shaklee ni. Then kawan opis bagi tester die tak perlukan pun sebab kilang die tiptop. kebetulan die pun ambil dari cs alin. Saya terus order full pack sebab berdasarkan keadaan badan yang letih dan susu yang bak air pili tapi time takde air setitik-setitik.

Bermulalah episod menjadi pengguna Shaklee.. Belum tegar lagi ade skip-skip. Nak dijadikan cerita kedekut postage nak cod. So cs alin passed pada makku skang ni Cs Puteri. hantar sampai ke opis ok. Siap minta diskaun ( mak kate die terpaksa bagi..halal ye mak). Mak ku hebat die jaga customer die bebetul. Die add dalm facebook so kita selalu tengok upadate die kan. Ok time ni dah jadi tegar. Susu still same takde lah jadi memancut2 tapi badan rasa lebih fresh dan takde la asyik mengantuk sebab rutin mengepam. kalau tak pam tak dapat la Rizq merasa susu ibu nanti,

Ok hari-hari Cs Puteri mengupdate stautsnya di facebook. Memacam info produk die share.Sampailah satu hari Promo Shaklee Collagen Powder. huishh yang ni memang ak leh tahan godaannya. Nak cantik beb mane pompuan tak suka cantik kan. Pm cs puteri kot dapat haraga special lagi kan. die soh cari kengkawan 6 orang tuk dapat harga promo. uishh tak dapat sampi kehujung promo. die BAKAR tuu.. soh join ahli so nanto dapat la rasa produk-produk PREMIUM Shaklee tanpa usik duit gaji kita.

Yes! Guna Shaklee untuk dapat Shaklee dengan percuma. Bulan depannya decide tuk signup. teruslah bermula perjalana biz dengan Shaklee. Cs Puteri tanya nak berapa side income? Saya cakap RM1K sebulan tuk shopping cukup. Die tanya dalam masa berapa lama nak 6 bulan? saya dengan konpiden dan tak jawab yer..

Alhamdulillah sekarang saya dah dapat apa yang saya inginkan tu.Memang tak mustahil jika kita berusaha,. apa yang penting Cs Puteri tak berikan saya ikan tapi die berikan saya joran dan ajar cara nak memancing. Now saya dah upgrade joran menjadi jala. menjadi nakhoda kapal dan mengajar tips pada anak -anak buah saya sebagaimana yang Cs Puteri pernah ajar.

Owh itulah manisnya Shakle..Jangan tanya lagi ada apa denganmu. Ada macam-macam.. aha! Shaklee Collagen Powder tu dah 2 kotak saya cuba dan tak uisk duit gaji. Syiok berganda. Dulu selalu je lalu Branch Shaklee Wangsa Maju tu sebab pergi klinik wangasa jumap doc famous DR. Nadir Khan. kosong je Branch WM tapi cuba gi sekarang penuh sesaje.

OWH SHAKLEE ADA APA DENGAN MU???

Jom sertai R&G tuk tau ada apa dengamu





Oct 14, 2013

Ibadah Wukuf : Doa mustajab

9 Zulhijjah merupakan hari jemaah melakukan ibadah wukuf di Arafah. Allah maha adil pada kita yang belum berkesempatan melakukan Haji pada masa ni lah segala doa mustajab dimana sahaja seluruh muka bumi..

meh kita share info berikut:

Terbaru drp Prof Dato' Dr Ustaz Hassan Basri, Ikram Hulu Selangor @ Pensyarah UPSI, berkaitan doa pada waktu yang sama dengan ibadah wukuf di Arafah.
Assalam. Kaedah berdoa adalah mengikut waktu setempat.... bukannya mengikut waktu tempat lain.

Maksudnya walaupun Zohor di Arafah jam 5.07 petang waktu di Malaysia, ia tidak bermakna itu waktu mustajab doa.

Itu dah masuk kategori bidaah dalam berdoa.  Moga ia tidak terkeliru.
Hari Wuquf dan doa mustajab bermula waktu Zohor hanya terpakai di Arafah, khusus untuk para Hujjaj.

Adapun mereka yang di luar sana termasuk kita di Malaysia, doa mustajab sepanjang waktu... khusus lagi apabila kita berpuasa pada hari ini.

Inilah compensation yang Allah bagi pada kita yang tak pergi Haji. Mereka yang buat Haji tidak disunatkn berpuasa pada hari Wukuf kerana mereka memperlukan banyak tenaga untuk Wukuf.

Berdoalah saban waktu pada hari ini... Semoga Allah menerima amalan kita.

Agama ini sunnah muttabaah wa laisa sunnah mubtadaah...itu kaedahnya..
Agama ini sunnah yang diikuti dan bukan sunnah yg direka2.

Aug 28, 2013

FREE Cradle by Cradle Dariez bersama Pinky Momma.com

Hola! Babacak Cikebung..cikebung..

Lama betul dok menyepi..BZ la sangat kan.Ahaks ape kes tetiba join contest Cradle-cradle bagai ni kan.. Berblog walking bak cik kiah jual jamu rumah kerumah..mujur tak kena rembat ngan tuan rumah tetiba jumpa entry pasal contest Pinky Momma ni. Ibu xcited ok tgk cradle comel-comel untuk akikah..fefeeling pwincess gitu. Nak tengok? Nanti kita tepek gambo kat sini korang tengok puas-puas ( kita da meleh air liur tengok)

Amende Cradle ni? Ala buaian berendoi la.. Kalau dulu-dulu orang pakai buaian wat sendiri gantung kat pintu guna kain batik gitu..Pastu hias2 la dengan bunga. Skang dah moden macam-macam bentuk ade..cam keta kuda Cinderella pun ade..Siap mini pelamin gitu.


Ini lah rupa buaian berendoi tradisional tu. Zaman kita guna ni je lah.

OK DAH!

Korang nak sertai contest ni? Syarat die mudah je:

1-Merupakan follower blog Pinky Momma.com dan Like Page Pinky Momma  DONE
 
2.Add page Cradle Dariez
DONE (tapi tak accept lagi..uhukss)

3.Buat satu entry yang bertajuk : Free Cradle by Cradle Dariez bersama Pinky Momma.com
DONE (kan korg tengah baca ni)
 
4.Nyatakan kenapa anda perlu ditaja dengan ayat sekreatif mungkin!!!
DONE (kretif tak kita) 

5-Tarikh tutup- 31/08/2013
DONE (nasib sempat sebab terbaca pun last week)
 
 
KENAPA KITA PERLU DITAJA?
Sebab ni impian dari 1st Baby tapi tup..tup..baby BOY la plak..pastu majlis lak kelam kabut nak cepat so tak sempat nak tempah cradle gini. Budget lak ciput sebab yang penting kena sediakan 2 ekor kambing for akikah kan.
 
So...
 
2nd baby ni.Untuk 2nd baby dah scan. Jeng..jeng..baby GIRL!! So sangt teruja nak tunaikan impian yang tak kesampaian tu. Lepas scan dah mencari-cari Cradle yang cute2. Geram ok.
 
So..
 
 Alangkah beruntungnya jika kita terpilih dapat Giveaway cradle ni. Dapat bayangkan baby GIRL cute2 ala pwincess dok dalam cradle by Cradle Dariez. Weyh! dah tengok memang menepati angan-angan ibu ok. memang Fefeeling PWINCESS..Nah cuba korang tengok.
 
Yang putih tu..fokus yang putih tu korg!!

Closeup sket set putih ni.
 
TQ Pinky Momma adakan Giveaway yang osemmm ni. Harap-harap ada lah rezeki baby. Aha! Doakan saya selamat melahirkan yer. Amin.

Kisah Hari Raya Rizq : Jangkitan kulit.

HI

Uish da tinggal kurang 10 hari Syawal baru nak cerita pasal hari raya ke? Actually, baru ada masa la..jangan lah marah ok..anggap je macam raya masih meriah ok. Tapi bukan nak cerita hari raya sangat pun. Al-kisahnya nak bercverita yang Mybaby Rizq tu terkena jangkitaa kulit sehari sebelum raya aritu.

Ok! Sehari sebelum raya kami ke balik rumah mak Seremban sebab akan berya di Ijok. Mase ni bintik tu muncul kat dahi  Dagu..Kecik je..tapi lelama dalam satu hari die jadi cam luka bergesel tu. Pedih je makin besar dan mula timbul kat pipi kanan dan kiri.

Pepagi raya lagi jadi besar2 kat muka lak tu..Tapi bila tanya sakit tak Rizq jawab tak ( ke die ikut je ape word hujung ayat). Bila orang tanya kenapa muak die mesti buat muka pelik sambil raba-raba muka die.So maknanya die tak rasa pedih or gatal kan. Kesian ok sebab makin besar dan memang nampak pedih.

Masa Family Photoshoot. Tengok muka Rizq tu kesian kan..Kenangan betul

Semua dok bising suruh bawa gi klinik. So hari raya klinik pakar yang selalu kita bawa rizq tutup sampai hari Isnin lak tu..So sebab semua dah marah sebab takut merebak lagi teruk. Kitorang bawa Rizq gi klinik biasa. Doktor bagi Antibiotik & krim sapu. Kitorang bagi Rizq makan Antibiotik tu 3 kali je.Bila dah kering kita just bagi Rizq NUTRIFERON & HERBAL BLEND Shaklee. (dah mak SID opkos kena cuba). Kita bagi Rizq produk Shaklee bukan sebab taksub ok. Tapi sebab kita tak yakin dengan ubat klinik tu. 1. Takda nama antibiotik yang di bagi tu ( masih guna botol ubat putih cam dulu-dulu). 2. Bila keluar tgk kelulusan doktor tu just sijil2 je tu pun on Drug. 3. Rupa doktor tu memang tak meyakin kan.

Alhamdulillah.  NUTRIFERON & HERBAL BLEND Shaklee berkesan. Luka tu mengering dan yang best terkopek sendiri.Luruh camtu lah. so takde la luka. Rizq pun tak sempat nak kopek-kopek luka tu sebab die tanggal time Rizq tidur. Yang paling suka tu Luka yang paling teruk kat Dagu (cam dah berlubang) kering and terkopek dengan mudah.Parut pun tak nampak sangat (tak berlubang pon)


NUTRIFERON tu meningkatkan Imun badan Rizq so bakteria tu tak dapat nak meneruskan kegiatan nye memamah kulit Rizq

HERBAL BLEND Memang baik untuk kulit. Ramuan pun asli so selamat untuk kanak-kanak. Kalau anak allergik dengan gigitan nyamuk pun boleh guna ni. Anne pun guna ni masa RR ken serang cikenpox ( thanks Anne ade mention dalam entry U tu..)

ITULAH kisah Hari Raya RIZQ. uhukss..kenangan betul kan siap ade pic kat studio dengan muka gitu. hehe...Kalau sesapa nak cuba produk Shaklee boleh lah hubungi kita ok. Jangan malu segan.


FB : rinie borhan (SID: 919511)
012-6278520 whatsapp/sms
email:izariniborhan@gmail.com

Jun 28, 2013

GIVEAWAY : KEEP CALM AND LIKE IT ON FACEBOOK

LIKE, SHARE & MENANG

Jom satu lagi cara nak sertai "BIRTHDAY MONTH GIVEAWAY" saya.

LIKE page Lil Rizq's Cubes dan share kepada semua rakan-rakan anda. LIKE ke 29, 290, akan mendapat hadiah istimewa.

Mudah kan?


♥♥ [STICKY POST] : Scroll Down untuk entry terbaru. ♥♥

Jun 18, 2013

Dr. Zubaidi Haji Ahmad Menulis: Isu Vaksin

Hi pembaca ku ahakss ye la tu ade lah sangat pembaca tegar blog ko ni rini oii... Apesal entry Dr. Zubaidi lak ni. Ye la sejak menjadi Independent Distributor Shaklee (SID :919511) suka gak la mengGOOGLE info-info kesihatan. dan blog yang sering menjadi rujukan akau ialah Blog Dr. Zubaidi. Sebab kebanyakan info dalam tu berkaitan kesihatan anak dan perempuan.So memang maklumat kat situ menepati setiap persoalan dalam kepala dan minda aku ni.


Yang terbaru isu Vaksin Imunisasi?

Apakah imunisasi
 
Imunisasi atau pelalian ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu. Antibodi daripada ibu akan memberi perlindungan sementara selama lebih kurang enam bulan sahaja, maka bayi perlu diberi imunisasi supaya terlindung daripada penyakit.
Imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak serta bayi merupakan cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk melindungi mereka dari penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B. (sumber MPA)


Dalam entry terbaru Dr. Zubaidi ada banyak soal jawab berkaitan Vaksin/Imunisasi ni. So bolehlah ibu-ibu seklaian membuat rujukan. Pada yang memilih untuk tidak mengambil vaksin dan beralih pada rawatan alternatif tu perlu lah fikirkan semula kerana pasti ada sebab kerajaan mewajibkan beberapa jenis imunisasi. Jika kita dengar kesan negatif selepas mengambil suntikan, itu adalah sebahagian sahaj. Jadi nasihat saya sebleum anak di beri suntikan tanya no siri dan tarik lupt vaksin tersebut. Itu hak kita.

                    
Jadual Imunisasi yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 Sebagai ibubapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan. Boleh juga bagi anak-anak makanan tambahan yang sesuai. Macam aku bagi kat Rizq sebab dia duduk kat taska dan sangat sensitif dengan cuaca. Pilihan aku dah tentu Mealshake + Omega Guard Shaklee + Nutriferon untuk kuatkan daya tahan/ Imun Rizq. Alhamdulillah dengan mengikuti semua jadual imunisasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan makanan tambahan yang sesuai Rizq semakin sihat dan ceria. Bila kita yakin pasti Positif hasilnya. 


Jika inginkan khidmat nasihat tentang makanan tambahan untuk kanak-kanak dari Shaklee jangan segan-segan hubungi kita ok. atau boleh je tinggalkan komen kat ebtry ni. Sertakan email yer biar kita boleh hubungi semula.

Happy Birthday To Me!! : Mode Syiok Sendiri

18 Jun 2013.

Wah birthday yang ke-29 . yeah sangat berterus terang dengan umurku kan. Ahaks tahun akhir 20 an. pasni 30 an plak . huish cepat betul masa berlalu. Macam-macam dah dilalui sepanjang 29 tahun ni pahit masin masin kelat..sume la..

Then, pagi ni dok tenung je Blog ni rase nak tulis sesuatu tapi blurr...warghhhh.. puase2 ni blurr plak. yer.. aku ngah gigih ganti puasa dengan syaaban yang berbaki berapa hari ni. hope sempat la ganti dan di beri kesihatan yang baik.. tu lah awal-awal dulu takmo ganti kan. Alasan je menyusukan anak. Skang ni nak bagi alasan ape lak? Preggy?

Eh dah2 bebel sahur ngan Mighty 3 Gems kan mesti larat nye la. In shaa Allah. Ok actually nak cite psal pixajoy Photo Book yang aku buat dulu. Nasib la buat ngan pixajoy ni ade version E-Flip Photo Book. So bile rase rindu time berduaan ngan suami boleh la klik dan tatap sengih2 sorang-sorang.

Memang best la ade elektroni version ni.Al- maklumlah dah ade anak ni makin kurang gambar berdua. HP cecanggih pun penuh gambar anak je.Jom layan ngan kita gambo zaman cintan cintu nak? nak ke tak nak tgk gak la..


Dulu buat ni sempena birthday lakiku (entry ini) . Lakiku yang hati kering tu just tgk sakli je.tanpa kata lak tu. terus simpan. huishh kalau kita bagi ps3 mesti terima kasih panjang berjela kan. Ok. sesape nk tempah tu boleh la klik link kat blog kita. hasilnye memang cantik berbaloi-baloi. Kita nak buat untuk majlis akikah rizq pun tak buat-buat da 2 kali grab promo groupon sampi expired tak buat gak.

p/s: Sesapa nak tau pasal Set Mighty 3 Gems tu boleh email (izariniborhan@gmail.com) atau sms/w.app 0126278520 ok.  Sangat sesuai tuk bersahur di bulan puasa.










Jun 4, 2013

WW : Birthday Giveaway!!

Selamat pagi ceria semua!! WW tapi nak tulis gak sikit..

Aha! Bulan JUN..bulan semanis gula-gula. Bulan kelahiran saya. So,sempena bulan kelahiran ni. saya ada HADIAH untuk anda semua. Untuk tahu terma dan syarat boleh hubungi saja. Mudah je syaratnya.

Aha! 3 Pemenang Bertuah akan dipilih secara cabutan. Adil dan saksama. Jom meriahkan Bulan kelahiran saya.

p/s: Like page Lil Rizq's Cubes ya!


hubungi saya: rini borhan (919511) 0126278520 sms/w.app

May 6, 2013

Macam-macam isu KOLAGEN : Shaklee Collagen Powder

Kebelakangan ni kita sering baca pasal kolagen kan. Macam-macam produk wujud. dan paling dikaitkan dengan kecantikan tapi apa sebenarnya kolagen?


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. 
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.



SHAKLEE COLLAGEN POWDER 
Ianya merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah.

7 Bahan Utamanya :
  • Ekstrak biji benih Camellia, 
  • Japonica, 
  • ekstrak Pfaffia, 
  • kolagen ikan, (Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung)
  • ekstrak kerang-kerangan, 
  • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B
Keistimewaannya :
  • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton (Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.)
  • Mudah diserap oleh badan 
  • Membantu peningkatan sistesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
  • Gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Kesan dan Faedah mengambil Kolagen
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 
TERBUKTI BERKESAN!

Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.


Sms/call:012-6278520
Email:izariniborhan@gmail.com

Mar 22, 2013

Set Breastfeeding Shaklee : Milk Booster

Aha! betul ke ni?? Cam best je dengar kan.Sebenarnya Set Breastfeeding Shaklee ni hanya melengkapkan salah satu perkara asas dalam penyusuan, ia bukan magic potion- tak buat apa-apa, tak pam, kurang minum air tapi susu terus memancut. Tidak sama sekali ok! Ia tidak melawan fitrah alam. Tapi ia membantu ibu menyusukan anak dengan lebih selesa dan merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti.


Set Breastfeeding Shaklee mengandungi beberapa supplement asas untuk breastfeeding. Boleh ambil semua untuk kesan yang mabeles gitu.

#1 : ESP
ESP ni membuatkan kita rasa tak letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari,dan salah satu MILK BOOSTER sebab ia nya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein

#2: Vitalea: 
Tahukah anda, bila susu kita drop, maksudnya badan kita sedang kekurangan nutrisi? Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, kita puasa lah kata kan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Ni bila kita disekat untuk makan. Sah- sah lah kita akan lembik sepanjang hari kan?

Macam tu jugak lah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ- organ dan sistem- sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik, dan production pun menurun. Sebab tu dikenalkan Vitalea.

Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak- mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita sebab ye lah, makanan pun bergoreng, minyak org kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak- mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.

Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Fuhhh!! Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu

#3: B Complex

Tahukah anda, orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit- sikit nak marah, ada je yang tak kena. Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan pembantu rumah atau pengasuh, atau apa- apa urusan lah- keyword nya STRESS-- maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan ini lah salah satu punca kenapa susu mula down.

Kat sini lah pengambilan B Complex memainkan peranan. Ye lah, nak de-stress kat tepi tasik sah- sah takda masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak. Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar

#4: Vitamin C

Tahukah anda, masa kita duk menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih -lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low. Jadi vitamin C kat sini berperanan sebagai melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi

#5: Alfalfa

Alfalfa ni memang tak yah sebut, semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu milk booster. Biasa yang femes milk booster herba ni samada fenugreek, atau alfalfa. Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! -Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah ;) Kenapa? Ia menghilangkan keputihan, dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala- ala anak dara gitew ;) Hubby sendiri cakap kalah masa mula- mula kahwin. Haha. Jadi ibuk- ibuk yang perasan hubungan dengan suami bertambah dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita ^_<

Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas- dose dia berbeza sikit kalau taknak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

#6: Ostematrix

Ostematrix ni adalah nama lain bagi kalsium. Dan sapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takda unsur kalsium, tak jadi lah dia susu. Ostematrix ni salah milk booster.

Lebih -lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting.  Sebab apa? Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satu nya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal- sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

#7: Omega Guard

Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa- apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Walaupun minyak ikan shaklee ni sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, kita takkan cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Tapi secara alterntif, ibu menyusu boleh ambil Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.

Omega Guard ni sangat bagus untuk imunisasi anak, dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi? Saya boleh bagi analogi- Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ;)

sumber: Diaryofmuhammad.

hubungi saya untuk konsultasi dan tips-tips penyusuan secara percuma.

FB : Rinie borhan (SID: 919511)
012-6278520 whatsapp/sms
email:izariniborhan@gmail.com

Mar 21, 2013

Vitamin E : Untuk lelaki dan wanita.

Keistimewaan Vitamin E Shaklee

  • Dihasilkan dari SUMBER ASLI, minyak soya organik dan biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E (d-alpha-tocopherol)
  • Ianya Vitamin E yang LENGKAP kerana mengandungi 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
  • Mengandungi 65 mcg selenium semulajadi, yang membantu badan menyerap vitamin E secara optima selain memelihara membran sel, sel darah dan tisu-tisu otot. Selenium juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina
  • Grape seed ektrak mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, daripada polyphenol resveratrol menandingi antioksidan Vitamin C sebanyak 50 kali ganda dan juga vitamin E sendiri sebanyak 20 kali ganda. Hebat kan?

Manfaat Vitamin E


  • Antipenuaan
  • Memperbaiki parut
  • Melindungi jantung
  • Memperbaiki arthritis
  • Antioksidan yang kuat
  • Menghalang keguguran
  • Kelestarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan reproduktif dan kesuburan
Aha! Vitamin E Shaklee ni saya panggil VITAMIN CINTA tau..kalau nak tau kenapa? dan maklumat lebih mendalam jangan segan-segan tinggal komen ok. atau boleh email di izariniborhan@gmail.com

Mar 12, 2013

ESP Shaklee : APAKAH GMO?

ESP adalah NON GMO soy protein. Apakah NON-GMO??

NON-GMO (non genetically Modified Organism)
===============================
Maknanya soya ini adalah semulajadi, tidak diubahsuai secara genetik. Kebiasaannya ada soya yang diubah suai secara genetik untuk memberikannya daya ketahanan yang tinggi semasa ditanam. Supaya ianya tidak mudah diserang perosak, supaya tahan lebih lama dan ada daya rintangan yang lebih pada keadaan cuaca yang buruk. Dan soya yang diubahsuai adalah lebih tinggi risiko buruk pada pengamal di masa akan datang.

BAGAIMANA Protein soya Non-GMO ini dihasilkan?
================================
Ianya dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dengan shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti

APAKAH KESAN pengambilan produk GMO?
=============================
Produk GMO boleh menyebabkan penyakit Kanser, Allergic, dan Toxic. Kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan (lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetik.

Retail Price: RM 150
Rini Borhan (919511)
012-6278520 whatsapp/sms.

Mar 5, 2013

WW: Bukan sekadar KALSIUM


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.  
Berminat?
Hubungi saya di izariniborhan@gmail.com atau SMS/ Whatsapp ke 012-6278520 (Rini) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...