Showing posts with label set pantang. Show all posts
Showing posts with label set pantang. Show all posts

Apr 9, 2015

5 TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Masa akak preggy Rizq memang nekad sangat nak menyusukan dengan susu ibu secra eksklusif. Tapi sebab tak fully prepared mental dan fizikal terpaksa juga campur. Banyak faktor kalau nak menyusu susu ibu secara eksklusif ni. Tapi bila preggy Ra.Ifa akak dah bersedia. Baca segala buku..sedia segala gadget..Alhamdulillah 5 bulan pertama dapat menyusukan Ra.Ifa secara eksklusif dan mula campur bila lagi sebulan nk masuk 6 tahun..Jiwa raga ibu tak kental dengan kerja-kerja di pejabat.
susu ibu mudah

1. ILMU PENYUSUAN

Ini adalah antara PERSIAPAN MENTAL yang perlu untuk ibu yang nak menyususkan anak. Kena belajar cara nak stimulate susu. fahami keperluan bayi, cara nak handle EBM bila dah kerja. Kenapa kena ada ilmu ni sebab persekitaran kita tak sama macam zaman mak-mak kita dulu berpantang fokus untuk susukan bayi je..kita sekarang berpantang pun dapat panggilan telefon dari pejabat. Masa akak lahirkan Rizq jadi stress bila tak cukup ilmu kan..susu memula memang tak ada langsung..baru lah terhegeh-hegeh search GOOGLE cari tips nak stimulate dan banyakkan susu. Jadi kena buat persiapan awal. Boleh siap buat BREASTFEEDING PLAN dan beri pada doktor di hospital, sebab kena mula dari awal kelahiran babay. 

2. MAKAN YANG SEIMBANG

Pemakanan semasa berpantang pun penting. Kalau ikut menu berpantang mak kita sediakan memang pantang habis. Mana nak hasilkan susu yang banyak dan badan yang letih pun boleh mengganggu pengahsilan susu Macam akak masa Rizq sakan berjamu masa berpantang tapi tak boleh nak makan sebab Rizq Jaundice jadi memang letih dan stress. Then bulan kedua dapatkan SET PANTANG SHAKLEE aha..Vitamin bukan sekadar MILK BOOSTER tapi lebih kepada nak cukupkan nutrisi. Bila nutrisi dah cukup badan bertenaga barulah dapat menghasilkan susu dengan baik. Badan dah bertenaga barulah ambil MILK BOOSTER, booster yang serasi ngan akak KURMA, ALFALFA COMPLEX, MINUMAN MALT ( milo,horlick).

Alhamdulillah bila Ra.Ifa lahir tak ada masalah sangta tempoh pantang dan penyususan pun baik-baik sahaja sebab ambil vitamin dari awal kehamilan lagi. Masa Ra.Ifa susu meriah boleh buat stok persediaan bekerja lah gak.

EBM minggu pertama berpantang.

3. PILIH PAM YANG SESUAI

Pemilihan pam yang sesuai pun penting. Pam perlu sediakan awal macam akak memang masukkan dalam beg ibu kehospital sebab incase baby diasingkan or tidur je bolehlah mengepam dulu untuk stimulate susu awal dan kumpul KOLESTRUM.  Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini. Bagi ibu yang tidak bekerja pam manual pun memadai. 

Pemilihan corong pada Breastpump pun memainkan peranan kalau terlalu besar atau terlalu kecil nanti puting akan mudah luka atau melecet. Rasa tidak selesa bila mengepam biasanya buat ibu-ibu giveup nak mengepam dan susu jadi sedikit. Kalau dapat cuba dulu pam sebelum beli pun ok. (Pumponthego kedai yang akak suka sebab boleh cuba dulu)


4. JADUAL PAM KONSISTEN

Bagi ibu yang berkerja jadual mengepam perlu konsisten. Bagi yang produksi kurang macam akak, sekali pam dapat 2-3 oz perlulah sekurang-kurangnya 4-5 kali pam pada waktu pejabat. Power Pumping pada jam 4-7 pagi pun dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kalau mengepam pun ikut sempat tak sempat boleh mempengaruhi penghasilan. Bila makin drop dan bekalan susu untuk anak tak cukup kebanyakkan akan terus berhenti. Jangan gitu ibu!!
 

5. SOKONGAN

Sokongan dari SUAMI dan ahli keluarga rakan sekeliling juga penting. Kalau boleh masa kita buat BREASTFEEDING PLAN tu maklum pada semua yang berkaitan. Beritahu niat kita tu, dengan suami mungkin kita boleh beritahu apa yang kita perlukan dari die. Ajak sesama timba ilmu dari awal pun bagus juga. 

Dengan rakan-rakan di pejabat juga kita perlu beritahu macam akak Alhamdulillah rakan-reakan faham dan kekadang diorang yang ingatkan. Cuma bila mesyuarat sentiasa memenuhi jadual memang lari lah rutin mengepam tu.

Itulah 5 Tips bolehlah cuba dan tips ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman akak sendiri. So far nampak beza masa menyusukan Rizq dan Ra.Ifa.Selamat mencuba!


============================================================
SET PANTANG DAN MENYUSU

 Rinie Borhan
919511
+6012-6278520 sms/wapp


Mar 9, 2015

Trauma Perinial : 3 rd Degree Tear.

Entry akak cam serius je kali ni. Sebenarnya nak kongsi tentang trauma perinial ni. Akak pernah sikit pasal luka perinium ketika bersalin normal dalam entry sebelum ni. Maklumlah akak dah rasa bersalin normal dengan 3rd degree tear dan Ceasaran. Jadi penjagaan kedua ni memang tak jauh beza. Trauma ini boleh berlaku secara semula jadi atau kerana kaedah Episiotomy. 

Kesan trauma?

Trauma bahagian perineum boleh memberi kesan negatif dari aspek fizikal, psikologi dan sosial wanita tersebut terutama semasa peringkat awal dan lewat pantang. Ada kalanya ia boleh mengganggu wanita memberi susu badan dan menjejaskan kehidupan keluarga dan hubungan seks.

Di United Kingdom, lebih kurang 23-42 peratus daripada ibu-ibu ini akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan sehingga 10-12 hari selepas bersalin manakala 8-10 peratus pula mengalami kesakitan yang berpanjangan sehingga 3-8 bulan selepas bersalin. Dianggarkan 23 peratus pula mengalami kesakitan di bahagian luar semasa hubungan seks selepas 3 bulan.

Dianggarkan 3 hingga 10 peratus pula dilaporkan mengalami faecal incontinence (kegagalan mengawal pembuangan najis) dan 19 peratus mengalami urinary incontinence (kegagalan mengawal kencing).

Keadaan luka / Koyak (tear)

Koyak (tear) bahagian posterior perineum ini boleh di bahagikan kepada 4 stage:
1. 1st degree tear iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina)

2. 2nd degree tear kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur.
Luka bersalin
3. 3rd degree tear melibatkan koyak pada bahagian anal sphincter sama ada sebahagian (partial) atau kesemua (complete). (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)

4. 4rd degree tearmelibatkan koyak kesemua lapisan, internal dan external anal sphincter sehingga ke lapisan mucosa anus (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur) 
third degree tear

Faktor yang menyebabkan koyak Perineum:

Risiko trauma perinial ini disebabkan oleh 2 situasi iaitu faktor kelahiran dan faktor ibu ketika melahirkan.

Faktor kelahiran:
  1. Pernah mengalami trauma perinial pada kelahiran sebelum
  2. Kelahiran vagina (normal ) yang pertama
  3.  Saiz bayi
  4.  Cara proses kelahiran termasuk teknik ketika melahirkan dan melahirkan dengan bantuan alat.
  5. .Posisi bayi tidak normal (muka diatas)

Faktor Individu
  1. Umur ketika melahirkan
  2.  Jarak anta pembukaan faraj dan dubur pendek.
  3. Jenis tisu
  4. Diet atau status pemakanan seseorang.
Cuba bayang akak masa bersalin Rizq 3rd Degree Tear..mau tak seriau nak bersalinkan Ra.ifa lepas tu. ampai doktor pun nasihatkan Czer. Tapi Czer ok pula sebab dah mula kenal SET PANTANG SHAKLEE pula.




.

Oct 2, 2014

Kenapa saya pilih Vitamin tidak Jamu Tradisional

Harini nak share dengan korang semua berdasarkan pengalaman kita sndiri bukan sebagai SID. So harap dapatlah guide ibu-ibu muda yang baru anak pertama nak buat pilihan. Memang bingung tau macam kita memula dulu. Berjam kadang search internet, tanya sana tanya sini. Tapi cam biasalah asal BERPANTANG mestilah JAMU dalam list kan.

Macam kita dulu memang ada list lengkap keperluan ibu ke anak semua lah. termasuk list untuk suami sekali. tu list bebarang nak bawa gi spital lah. Takut laki sama naik panik kan. ( en.suami kita tenang dalam kekalutan) haha..

Kita memang survey habis-habis bab jamu sebab tak  nak makan jamu kampung yang air tu. Yang kompom-kompom takkan mampu ditelan walau itu lah yang terbaik sebab fresh di buat ikut permintaan kan. Survey punya survey kita jumpa page http://bidanbersalin.blogspot.com/ kalau masuk page tu memang rambang mata. segala jenis set berpantang ade. Lengkap tak lengkap separuh lengkap semua lah..Time tu yang paling popular set NR. Kita baca satu-satu dan decide untuk beli loose je sebab ada yang kita yakin tak pakai punya contoh cam teh-teh herba tu la. aku just amik:
  •  Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman
  • Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar
Nampak tak semua untuk kegunaan luaran dan satu je jamu dalam bentuk pil tu.Senang kan pilih ikut kemampuan diri..tak puas hati nanti kita topup jamu kampung bidan kat kampung lei bekalkan. Nak di jadikan cerita kebetulan Rizq Rafiqi ni kena prolonged jaundice makanya memang tak berusik lah Phytonatal tu. Masa tu stress, penat luka pun sakit. Hari-hari dok google untuk breastfeeding jadi kita jumpa SET MENYUSU SHAKLEE. dan baca-baca set tu pun baik untuk berpantang. memula beli dari kawan balance die punya pastu baru beli full set dengan my mentor sekarang.

Bila lahirkan Raifa Rakhiya dah ada pengalaman sikit. Jadi lagi senang nak pilih set yang kita nak. Masa tu memang masih lagi makan VITAMIN SHAKLEE sebab Rizq masih menyusu badan. Jadi saya hanya tambah beberapa keperluan luaran je. saya suka Minyak Herbanika tu sebab memang sedap berangin tapi bau die kuat so lepas mengurut tu tak dapat lah nk terus menyusukan atau gomol-gomol baby. So, untuk minyak saya beli minyak herbanika untuk urut kaki dan sapu sebelum berstokin dan minyak Herbal Massage Oli Tanamera.

Alhamdulillah pilihan kali ni SET BERPANTANG SHAKLEE, Minyak Herbanika, Herbal Massage Oli Tanamera dan Herbanika Barut Krim memang pilihan terbaik. Semua habis digunakan sepenuhnya.

Kita tak dapat lah nak beza macamana rasa berjamu dan bervitamin moden tapi apa yang saya boleh kongsi dengan set vitamamin Shaklee saya rasa lebih segar. Pinggang tak sakit macam masa berpantang Rizq. Luka pun cepat kering..risau juga luka czer orang kata susah nak jaga. Dan yang paling menyeronokkan tiada mimpi ngeri semasa MEMBUANG..hehe..ubat yang hospital bagi tuk elak semelit tu pun kita tak usik. Alhamdulillah tempoh berpantang berlalu dengan riang.

Harap perkongsiankita ni dapatlah membantu para ibu yang mencari-cari tu.Sebenarnya Jamu ini memang elok sebab herba yang jadi bahan utama semua memanaskan badan tapi kena ikut keserasian ibu dan keadaan bayi masa tu. Kalau kita ni yang seumur hidup sentuh jamu pun tak pernah memang susah nak sesuaikan diri. Beli je jamu lepas bersalin nanti..anak dah 6 bulan kita pulun lah jamu.

Nak tahu langsung tentang set  pantang Shaklee atau ape juga set boleh sms/wapp saya 0126278520 pasti dilayan dengan pantas.

Sep 18, 2014

Penjagaan Luka Bersalin .

Bila tahu kita mengandung seronok kan. Kena pula yang gap anak jejauh..lama tak bau baby. Teruja kan.. aha! tapi ada juga kalangan kawan kita yang rasa serik bila memikirkan saat kelahiran. Antara sebab pengalaman kelahiran yang lepas atau kalau yang baru anak pertama dok banyak sangat baca pengalaman orang bersalin. Kalau yang lagi berani dok tengok video bersalin kat youtube.

Pengalaman bersalin kita lahirkan Rizq dan Raifa memang berbeza. Dah sorang keluar ikut pintu sorang keluar ikut tingkap. Dah terang-terang lain lah pengalamannya. Ok nak cerita tentang luka bersalin ni. Kita tahu bersalin normal dan Czer je kan.. Sebenarnya bila kita bersalin normal luka yang dialami tidak sama. Ada darjah ukuran setiap luka samada ianya koyak semulajadi atau episiotomy ( kena gunting). Sebab tu kita tak boleh nak cakap ala ko bersalin normal sekejap je tu sakitnya. Lainlah kalau bersalin melalui pembedahan.

Luka perineal ada 4 darjah. ok yang ni kita copy je dari Wikipedia. Nak translate macam complicated lak. Wikipedia kata:

 ========================================================================
Perineal tear classification is a system used to quantify the severity of trauma to the perineum during vaginal childbirth. Delivery may lead to overstretching of the vagina, causing tears in the perineal tissue between the vagina and rectum.

Lacerations are classified into four categories:
  • First-degree tear: laceration is limited to the fourchette and superficial perineal skin or vaginal mucosa
  • Second-degree tear: laceration extends beyond fourchette, perineal skin and vaginal mucosa to perineal muscles and fascia, but not the anal sphincter
  • Third-degree tear: fourchette, perineal skin, vaginal mucosa, muscles, and anal sphincter are torn; third-degree tears may be further subdivided into three subcategories:[3]
    • 3a: partial tear of the external anal sphincter involving less than 50% thickness
    • 3b: greater than 50% tear of the external anal sphincter
    • 3c: internal sphincter is torn
  • Fourth-degree tear: fourchette, perineal skin, vaginal mucosa, muscles, anal sphincter, and rectal mucosa are torn.   
=========================================================================

Ok masa kita bersalin kita kena 3rd degree tear. Puncanya doktor buat episiotomy time tengah teran. Dah kau anak memang meluncur laju. Sudahnya kena repai kat OT. 2 jam gak lah baru selesai. Keluar tu Rizq pun dah selamat disusukan dengan susu formula. Jadi penjagaan luka samada kelahiran normal atau pembedahan sama sahaj cuma jika luka perinial darjah pertama lebih mudah di jaga kerana hanya lapisan tisu yang koyak bukan otot.

Semasa pantang saya mengambil set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Zinc Complex. Bagaimana kesemua vitamin ini mebantu pemulihan luka saya dengan baik dan cepat. Pengamalan SET PANTANG ini bukan sahaja memulihkan luka bersalin tetapi juga membantu pemulihan dalaman dan pengecutan rahim. Tak perlu jamu-jamu dah.


ESP: membekalkan protein yang mana merupakan makan untuk sel. Otot-otot kita terdiri dari sel. Jadi luka pada otot perinial dapat dipulihkan kerana sel sihat dihasilkan setiap hari.

B Complex : membekalkan vitamin Bmemulihkan kesihatan saraf dan memberi tenaga serta menjaga "mood" selepas melahirkan.

Vitalea: Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi juga  untuk menghasilkan sel darah merah. Kita banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran.


Vitamin C : Tingkatkan imun supaya luka tidak dijangkiti. Ianya membantu penghasilan kolagen  jadi parut pun tak lah teruk

Zinc Complex: Kandungan zinc ini membantu proses penyembuhan luka lebih cepat. Semasa berpantang Raifa kita ambil Zinc memang cepat luka pembedahan baik. dalam seminggu luka dah kering dan luka rata je tak ada timbul-timbul ( keloid).

Mar 22, 2013

Set Breastfeeding Shaklee : Milk Booster

Aha! betul ke ni?? Cam best je dengar kan.Sebenarnya Set Breastfeeding Shaklee ni hanya melengkapkan salah satu perkara asas dalam penyusuan, ia bukan magic potion- tak buat apa-apa, tak pam, kurang minum air tapi susu terus memancut. Tidak sama sekali ok! Ia tidak melawan fitrah alam. Tapi ia membantu ibu menyusukan anak dengan lebih selesa dan merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti.


Set Breastfeeding Shaklee mengandungi beberapa supplement asas untuk breastfeeding. Boleh ambil semua untuk kesan yang mabeles gitu.

#1 : ESP
ESP ni membuatkan kita rasa tak letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari,dan salah satu MILK BOOSTER sebab ia nya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein

#2: Vitalea: 
Tahukah anda, bila susu kita drop, maksudnya badan kita sedang kekurangan nutrisi? Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, kita puasa lah kata kan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Ni bila kita disekat untuk makan. Sah- sah lah kita akan lembik sepanjang hari kan?

Macam tu jugak lah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ- organ dan sistem- sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik, dan production pun menurun. Sebab tu dikenalkan Vitalea.

Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak- mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita sebab ye lah, makanan pun bergoreng, minyak org kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak- mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.

Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Fuhhh!! Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu

#3: B Complex

Tahukah anda, orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit- sikit nak marah, ada je yang tak kena. Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan pembantu rumah atau pengasuh, atau apa- apa urusan lah- keyword nya STRESS-- maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan ini lah salah satu punca kenapa susu mula down.

Kat sini lah pengambilan B Complex memainkan peranan. Ye lah, nak de-stress kat tepi tasik sah- sah takda masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak. Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar

#4: Vitamin C

Tahukah anda, masa kita duk menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih -lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low. Jadi vitamin C kat sini berperanan sebagai melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi

#5: Alfalfa

Alfalfa ni memang tak yah sebut, semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu milk booster. Biasa yang femes milk booster herba ni samada fenugreek, atau alfalfa. Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! -Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah ;) Kenapa? Ia menghilangkan keputihan, dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala- ala anak dara gitew ;) Hubby sendiri cakap kalah masa mula- mula kahwin. Haha. Jadi ibuk- ibuk yang perasan hubungan dengan suami bertambah dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita ^_<

Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas- dose dia berbeza sikit kalau taknak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

#6: Ostematrix

Ostematrix ni adalah nama lain bagi kalsium. Dan sapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takda unsur kalsium, tak jadi lah dia susu. Ostematrix ni salah milk booster.

Lebih -lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting.  Sebab apa? Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satu nya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal- sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

#7: Omega Guard

Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa- apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Walaupun minyak ikan shaklee ni sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, kita takkan cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Tapi secara alterntif, ibu menyusu boleh ambil Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.

Omega Guard ni sangat bagus untuk imunisasi anak, dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi? Saya boleh bagi analogi- Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ;)

sumber: Diaryofmuhammad.

hubungi saya untuk konsultasi dan tips-tips penyusuan secara percuma.

FB : Rinie borhan (SID: 919511)
012-6278520 whatsapp/sms
email:izariniborhan@gmail.com

Jan 30, 2013

WW: Independent Distributor Shaklee


Pada sesapa yang berminat ngan produk Shaklee boleh contact yer..jangan malu jangan segan eak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...