Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Mar 30, 2015

2015 PADAT! : Rugi kalau duduk diam.

Alhamdulillah 2015 tahun ketiga akak sebagai pengguna Shaklee dan tahun kedua akak sebagai Leader Shaklee. Dalam 2 tahun tu banyak yang akak pelajari dengan group Shaklee akak tu. Mentor kami tu memang tak pernah kering dengan idea-idea yang bernas dan mantop. Memang segala resipi kejayaan dikongsi. Kata moto pun " Seeking knowledge. Work Hard. Work Smart. Help Others to Help Others"

Kalau nak cakap business MLM ni memang cam musim kan ..orang kata time ngah hot tu segenap negeri kita tengok ada je ahlinya. Pastu lama sikit yang suam kuku jadi sejuk..bila sejuk tu orang kata basi dah. Tapi dengan join PAF tak pernah lak akak rasa sejuk..hangat je..asal rasa nk membeku tu ada je ilmu baru yang wat akak cair dan menggelegak semula..Sungguh bukan propa ni.

SBS #1 : gambar ehsan blog puteriandrichfriends.blogspot.com
Jadi 2015 ni Start Bright Series (SBS) memang HOT! perkongsian nya memang padat. akak kongsi sikit sejarahnya  SBS ni. SBS ini kelas untuk beginner yang dianjurkan oleh Master Puteri Yusof . Terbuka untuk semua PAFian.. kelas pertama masa tu hujung ogos 2013. Akak preggy time tu memang tunggu hari je...seminggu pastu kot poppa! Beranak!..time pantang tulah memang fokus dan applied segala tips yang dapat masa SBS #1.




Setelah 13 Series yang terakhir 2014 modul-modul semakin ditambah baik sebab pengalaman mentor pun makin luas. Alhamdulillah akak memang dapat join SBS yang pertama dan terakhir tu. Masa SBS ni jugalah leader yang berjaya dalam PAF akan di beri peluang untuk bercakap dabn berkongsi cara masing-masing. secara tak langsung beri idea pada yang baru nak mula atau yang masih berjuang can akak.

SBS #1 2015/2016


Perkongsian oleh Blogger cikbellarina
SBS kali ini diadakan 1 hari dimulakan dengan Asas nutrisi. Kemudian ada sesi  untuk kenali keperluan nutrisi dengan sistem badan. Sangat informatif untuk SID yang baru, masa nilah nak tahu kaitan vitamin dengan fungsi tubuh dan penyakit yang biasa dihidapi macam masalah kolestrol dan jantng. Trainer pun bukan calang-calang certified trainers for product consulting. Paling seronok bila dapat perkongsian or testimoni dari pengguna yang dapat selesaikan masalah kesihatan dengan product shaklee. Kadang kalau kita google memeng banyak info set itu..set ini..tapi bukan semua cvara pengambilan berkesan. Testimoni live dari penguin sendiri..so kita boleh tanya contoh sesi lepas, ada perkongsian tentang masalah wanita iaitu fibroid. Bila dah ada asas senang la nak konsult kan..

Pada sesi petang barulah masuk bab perniagaan. Bukan sahaja ada topik tentang pemasaran dan peluang yang ditawarkan Shaklee (6 sumbertunai dan 3 C) tapi kali ini di ajarjuga tentang pengurusan kewangan. Sesi ni memang paling ditunggu-tunggu sebab kalau nak ikuti ceramah luar yuran mahu kos beRIBU tapi khas untu PAF ilmu dikongsi dengan bayaran sangat minimum. Kelas yang lepas tentang 6 JARs teknik kewangan yang digunakan oleh orang-orang yang berjaya dengan kewangan mereka.

Tentatif SBS #1 2015/2016 : gambar ehsan mummuyfiras.blogspot.com

Selain tui sesi petang juga ada tentang pemasaran dengan social media. Cara masakini pemasaran banyak dilakukan secara Online. SBS #2 nanti pada sesi ini akan kongsi tentang FB Ads. Yang tu wat tak sabar nak join sebab baru mula nak explore. Belajar kan kena ada sifu kalau tak sesat..

Bestkan SBS! its our brand PAFians.. Jadi sesiapa tyang berminat dengan Shaklee. Dah lama jadi pengguna? itu lagilah extra point tuk korang join dan fokus.. Bak kata pakcik yang akak jumpa kat branch minggu lepas walau dia tak kenal susur galur dia sangat semangat kata " buatlah sungguh-sungguh nak..sebab peluang Biz Shaklee ni besar"

betul tull..akak setuju sangat.. Jom daftar SBS #2 2015/2016 Hubungi akak ok 0126278520 sms/wapp .

Jan 11, 2015

MLM langkah membina perniagaan?

MLM bukan maharaja lawak mega yer..kalau yang tu saya tahu kenapa orang pilih..sebab ada kumpulan ZERO kan..haha.. ok lupakan MLM yang tu. Harini nak cerita pasal MLM MutiLevel Marketing.. atau sekarang dikenali Network Marketing Company. Ada yang kalau dengar MLM terus reject sebab dah di momokkan dengan cerita MLM mengkayakan orang atas atau mungkin ada yang kena beli RANKING.

Memang tak dinafikan benda-benda yang saya sebutkan tadi terjadi. Ini lah yang merosakkan marketing plan MLM tu sendiri. Tapi ramai juga yang menjadi jutawan dengan MLM kerana MLM memberi keuntungan berikut:

1. Modal kecil : modal mungkin hanya dengan yuran keahlian sahaja. maksud modal disini adalah modal permulaan untuk kita memulakan perniagaan. TIADA KOS sewa kedai dan operasi yang lain.

2. Tidak bergantung untung RUNCIT : keuntungan diperoleh bukan sahaja dari untung runcit barang tetapi juga ada BONUS dari perkembangan jaringan atau empayar perniagaan kita.

Sebab itu  MLM biasanya diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana dan ramai juga dikalang suri rumah. Mudahnya biz MLM ni segala telah TERSEDIA. Produk dah tersedia. Marketing Plan pun dah tersedia kita just jalankan sahaja.

Yang membezakan setiap Syarikat MLM ini juga 2 faktor ini PRODUK dan PLAN PEMASARAN

 PRODUK ada syarikat MLM yang menawarkan produk yang tidak berpada kualti nya untuk dijual dengan bonus yang bakal diberikan. Ada juga berpendapat produk hanya topeng untuk biz MLM ini. Jadi kita perlu melihat keberkesanan produk yang ditawarkan agar matlamat kita meniaga itu lebih jelas keran kita nak menjual produk bukan nak memprosikan plan pemasaran itu.

Plan Pemasaran apa yang perlu kita perhatikan adalah bagaimana BONUS networking kita itu diberi. Adakah kita diberi BONUS dari hasil jualan ahli tajaan kita atau dari kejayaan kita mengembangkan networking atau senang nak cakap Head Hunting. Dapat cari tajaan kita dapat bonus. Barang yang dijual bukan subject utama perniagaan.




Bagi isu agama tentang perniagaan MLM ni boleh rujuk "Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM" oleh  Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Perniagaan SHAKLEE.
  1. Pengedar tidak perlu melaburkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.Hanya bayaran yuran keahlian RM 65 dah layak unyuk menjual.
  2. Produk yang unik dan permintaan yang berulang. Produk juga dihasilkan dari kumpulan penyelidik sendiri bukan repack.
  3. Keuntungan dan komisen bukan berdasarkan kepada ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilaian produk yang berjaya dijual. Bukannya permainan wang (money game) atau head hunting.
  4. Tidak menggunakan sistem piramid atau binary.
  5. Mempersembahkan sistem komisen dan bonus yang telus dan mudah difahami oleh semua ahli
  6. Testimoni produk dari pengguna sendiri bukan dari RETIS2 yang ditaja ( menunjukkan produk berkualiti sesuai denga harga jualan)

  "I would find a good network marketing company and get to work". "That's why Im sitting up here and you are all sitting out there!" Donal Trump

Oct 1, 2014

WW: PROTEIN = RANTAIAN ASID AMINO.

DAPATKAN SEKARANG! SOY PROTEIN ISOLATED POWDER (ESP) SHAKLEE
  • Diperbuat dari kacang soya yang asli (NON GMO)
  • Mengandungi 9 asid amino yang diperlukan tubuh manusia (yang tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh)
  • 5 jenis Vitamin B, juga dilengkapkan dengan separuh keperluan kalsium untuk setiap hari
  • 1 tin ESP dibuat dari 20kg kacang soya

Sep 16, 2014

Sakit pinggang : Reput tulang.

Eh! kenapa cerita sakit pinggang.. reput tulang cam orang tua. Ohoi dah 30 tahun kot takkan muda lagi. Sebenarnya sakit pinggang bila bangun pagi sebab mengiring menyusukan si cantik manis Raifa tu. Raifa masih bangun setiap 1-2 jam tuk menyusu. Masa Raifa dah 6 bulan baru kita pandai susukan die sambil baring ni. Kalau masa dalam pantang sehingga 6 bulan tu memang lah bangun duduk bangun duduk susukan dia.


Kekadang rasa macam baru letak baring tak sempat nk luruskan tulang belakang lagi Raifa dah menangis lagi. Rasanya dilema ibu menyusu badan kot ni..k kita sorang rasa camni. Ibu menyusu ni memelerkuan 1300mg-1500mg kalsium setiap hari. Kalu kurang tu yang boleh kramp kaki..sakit pinggang oatau reput tulang cam aziz satar dalam cerita bujang lapuk..krukk krakkk kukkk krakk bunyi tulang..haha..

 
Pastu memuda gigi luruh.. banyang muka cantik badan slim sengih uishh gigi tak dak!.Jadi untuk memenuhi keperluan kalsium kita perlu tambah makanan membekalkan kalsiaum. yang paling sinonim ngan kita adalah SUSU. aha1 bab susu ni lah yang lemah. memang payah sangat nk minum.

Jadi untuk melengkapkan nutrisi dalam diet harian kita ambil Pil Kalsium OSTEMATRIX Shaklee. Kenapa Ostematrix padahal bersepah pil kalsium kat farmasi ada beza ke? Yup .. selain semulajadi dan selamat Ostematrix ada juga kandungan VITAMIN D dan Magnesium. Apa fungsi kedua vitamin ni pula. Kedua ni lah yang membantu penyerapan KALSIUM ke dalam tulang dengan lebih maksimum. Cam kita ambil susu setiap hari ada ke kita lengkapkan sekali denga 2 vitamin ni? Jadi berapa % kalsium yang dapat di serap.


4 biji Ostematrix sehari membekalkan 1000mg kalsium. Jadi kita gak ambil ESP .. ESP pula mengandungi 500mg kalsium dalam satu hidangan (3 sudu ESP) Jadi total seharian kita dapat dah 1500mg kalsium.

Ahamdulillah sejak mengamalkan OSTEMATRIX dan ESP ni masalah lenguh sendi sakit pinggang dapat di atasi. yang lebih mengujakan susu pun makin meriah. Ye lah susu tu pun memebekalkan kalsium kat anak kita., bila kalsium dalam badan kita cukup maka hasil susu pun memberangsangkan lah. ostematrix ni memang terkenal dengan tagline " bukan sekadar kalsium".

Nak order Ostematrix dan ESP boleh hubungi kita. Nak dapat harga best nanti kita explain kelebihan menjadi ahli. 0126278520 sms/wapp.

Sep 11, 2014

Duniaku tanpa Telefon Bimbit

haha tajuk tak menahan drama sangat kan. Kalau tak nak letak tajuk Gelap..punah hidupku tanpa Android. Drama tapi nampak gadgetnism sikt..sesuka je wat term sendiri. marah dewan bahasa dan pustaka nanti

oit sudahlah merepek ni nak cerita tanpa HP ni. Biasalah kalau HP share ngan anak kan. Kecai berderai tu memang tak dapat dielakkan. Mulanya HP tu ade cover dah hancur barai di kerjakan dek Rizq. Baru berniat nak beli petang tu sebab kat depan office ade karnival Gadget, tapi belum sempat mentara tunggu husband sampi HP terhempas kat jalan masa turunkan Rizq dari kereta. Kalau Crack je ibu tak kisha pun ni tahap tak boleh guna dah touch screen tu..lumpuh separuh screen

Kejadian hari Jumaat. Jadi hari minggu hari yang biasa mak berBIZ Shaklee sepenuh masa tergendala. 3 hari tak ada HP masa tu ok lagi sebab pinjam HP En.Suami kejap-kejap. Ingat nk repair hari Isnin tapi banyak kerja lak kat opis. Selasa tu lak adik Raifa demam so gi hantar klinik sampi ke petang kekdahnya. So, ingat rabu..Anak2 ade appoinment kat KKIA pulak. Senang cerita sampai ke Jumaat tak sempat nk hantar repair sebab adik Raifa kena amik Vaksin 1 tahun kat hospital.

Sepanjang seminggu banyak sangat drama. Arghh sebenarnya sekarang banyak sangat transaksi ONLINe dan segalany berhubung kait dengan HP.

1. Nak SHOPPING ONLINE tak dapat sebab TAC hantar kat HP mak kan. dah lah kira urgent kena beli puting botol Rizq. Ibu suka beli online selain tak bersesak gi kedai .Ianya menyelamatkan dari TERbeli yang tak perlu.

2. Dah tak lei nak buka FB kat opis, Meroyan jap so rasa nak update blog. Haru lak bila nk sign in kena bagi verification Code. Celah mana nak dapat bila dihantar ke HP yang rosak itu. lagi pandai sebab tak buat backup kan.

3. Info pantas dari WAPP satu pun tak dapat. ok yang ni meroyan sebab tak dapat info BIZ Shaklee dengan pantas. sudahnya ibu lambat tahu PROMO SEPTEMBER : SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Beli 6 PERCUMA 1 uolls. dan berganda lagi dengan MEALSHAKE beli 3 percuma 1. Shaklee ni pun masa HP ibu rosaklak nk wat promo GEMPAK!

Ok banyak lagi drama benornya.kang jenuh korang membaca. Eh kalau korang nak order Shaklee Collagen Powder boleh sms/wapp ibu di 0126278520 HP dah ok hantor repair kat Samsung Service Center. RM 500++ kalau pakai kredit kad atau debit kad dapat diskaun 10%

Jun 29, 2014

Resepi Mudah Bulan Puasa

Assalam

Selamat berpuasa kengakawan semua. Alhamdulillah semalam dah dapat 1 hari puasa kan. Sekejap je rasa dah masuk bulan Ramadhan. Ok sejak duduk dengan mak ni saya tak kisah sangat dah resepi masakan untuk berbuka dan bersahur. Mak ada boleh tolong tapi takkan setiap hari nak harapkan mak kan. So saya pun mengGOOGLE la resepi-respi ringkas.

Saya jumpa resepi karipap roti gardenia. senang sangat kot. Senang, Mudah Ringkas Tuntas pastinya membangkit selera haha..ayat iklan sangat,

 Karipap Gardenia (Garpap)
 aha! ini menu sesuai untuk berbuka ada lebih kita buat sahur yer.

   Bahan-bahan :
   Roti putih Gardenia
   Sardin
   Cili giling
   Bawang besar
   Minyak untuk menumis dan menggoreng boleh gak nak wat mandi..haha.. ok tak kelakar.

  Cara-cara;

Ambil sekeping roti gardenia gelek kasi leper. agak-agak jangan sampi nipis sgt kang boh inti koyak pula. Guna penggelek kita guna gelas je..so korang sukahati nak guna apa ok. tu untuk kulitnya. So untuk inti. tumis bawang besar nak boh bawang putih skit halia segala bagai pun boleh. Pastu masukkan cili giling satu sudu suka pedas lei letak satu mangkuk. pastu sardin ambil ikan je sebab nk inti kering klo nk letak sos tu letak lah sikit tak yah semua. tunggu sampi inti kering ikan kasi hancur.

Ok now gunakan acuan karipap tu letak kulit letak inti kasi kepit. karipap ni kita tak boleh lah nk lipat-laipat cecantik manual tu takmonye lekat. Aha! gunakan tepung yangdi bancuh atau telur tuk gamkan jangan guna gam uhu ok.

seterusnya bolehlah goreng dan hidangkan .oppss jangan terus makan tunggu azan maghrib berkumandang ok. Bulan puasa ni.

Untuk bersahur ringkas dan mengeyangkan boleh gak cuba 3 Mighty Gems dari Shaklee. yang ni lagi mudah.

Bahan-bahan :
ESP
Mealshake
Performance Drink

Cara-cara : 

Ambil 1 sudu ESP, Mealshake dan Performance Drink. Campurkan dengan 500 ml air masak. Dan shake-shake...Gunakan shaker kalau guna gelas shake-shake tak kemulutlah jawabnya.

Performance Drink


Selamat mencuba!!

0126278520 sms/wapp
rini borhan SID anda!
     

Feb 13, 2014

VIVIX : Selesaikan komplikasi Diabetis.

Penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.(sumber)

Mak ada diabetis lama dah tapi tak sampai tahap cucuk insulin hanye makan ubat je 2 kali sehari. Mak memang jaga diet harian die. Malam kebiasaan nya mak tak makan nasi untuk mengurangkan pengambiilan gula di waktu malam. Nasi tu kan kanji mengahsilkan gula untuk tenaga gak.

Sebelum ni tak ada lah mak mengalami luka teruk . kalau luka pun cepat je baik. Tapi luka kali ni agak teruk padahal puncanya kena cakar ayam je. Mak tak adalah pergi jumpa doktor sebab luka sikit je. seminggu luka jadi makin teruk tak baik-baik. Lagi parah bila mak gi makan seafood. Kita lah yang bawa tu..Mane tau kan..


 Jumpa doktor., doktor dah membebel-bebel. Doktor ni memang kami sekeluarga tak suka sangat cam doktor tak belajar psikologi. bercakap ikut dan je. Die kata makcik ni nak kena potong tangan ke? Uish sentap dengar. Ko cakap ngan orang tua kot.Teruslah mak termenung..takutkan tangan kena potong. Memang tak mustahil untuk penghidap diabetis.

So balik dari klinik. mak makan antibiotik yang doktor bagi sebab luka tu dah kena jangkitan kuman. Tisu pun tak nak putih..berkumpul kat permukaan luka. tahu ni pun lepas pergi lagi sekali klinik tu untuk jumpa doktor yang kitorang selalu jumpa.

Macamana VIVIX membantu luka mak tu?


Mak memang dah amal VIVIX lama dah. Saya hadiahkan masa mak cakap nak vitamin untuk kulit die yang kusam. Since VIVIX ni serba boleh kita tak lah cadangkan Shaklee Collagen Powder sebab rasakn VIVIX ni baik tuk diabetis kan. so 2 in 1 (padahal sebab masa tu promo vivix, kita dpt free).



Selama amal VIVIX bacaan gula mak sentiasa ok. Kantoi mak tak makan VIVIX time die seronok layan seafood. Dah seminggu tak makan, lupa katanya. hehe..Jadi sebab dah takut dengan luka tu mak konsisten makan VIVIX tiap pagi..biasa ambil malam tapi malam dah makan antibiotik. tukar ambil waktu pagi lak.

Extra yang mak buat adalah SAPUKAN VIVIX tu pada luka pada sebelah malam. Ye lah malam tangan kita tak kena air. haha..jangan risau semut /lipas tak hurung tangan kita. Alhamdulillah nampak perbezaan luka semakin kering. Mak teruskan sampilah luka sembuh. Sekarang dah takde parut pon.

Selain tu mak juga JAGA MAKAN (takde makna yang gatal2), TAK SKIP UBAT DOKTOR, CUCI LUKA KERAP. gabung dengan VIVIX luka pun sembuh. Tak kena POTONG TANGAN.

 Tengoklah muka mak tu dah glowy mowy. Kate muda 25 tahun dari usia kan. ah! jangan gatal nak cakap tu kakak kita ye..

Klik DISINI untuk dapatkan sebotol VIVIX anda

berminat lebih lanjut tentang VIVIX
hubungi rini borhan 0126278520 sms/wapp

Feb 3, 2014

Semua ber SHAKLEE : Ada apa denganmu?

hi uollss

lama sungguh tak berblog. ada yang tertunggu-tunggu entry kita ke? haha perasan glamor blogger ke? Folower pun ciput je. Ha! semua sedia maklum kot saya adalah Indipendent Distributor Shaklee yang sah. Now sana sini ada Distributor Shaklee.. Kadang dalam satu organisasi setiap department ada distributor Shaklee. Haishh ape yang best sangat? Siapa nak beli kalau semua dah menjual? Ada ke orang nak beli?

Syiohhh soalan negatif tu..tentulah ada yang nak beli..tentulah ada permintaan biarpun ramai yang dah buat. tak caya kalau tak mane datang nya tiap bulan ada yang naik rank.. sale beratus ribu. Ok dah bukan nak bebel tu sebenarnya nak cite camne saya pun terjebak dengan Shaklee ni.

Saya pengguna tegar Shaklee since lahirkan anak sulung my baby Rizq tu. Masa tu sangat berjiwa kental nak fully breastfeed Rizq. Tapi rezeki setiap orang tu berbeza. Hari ketiga terpaksa gak bagi my baby Rizq tu FM sebab die dah melalak tanpa henti. Rizq memang kuat menangis kalau dah terjaga nak menyusu tengah malam die tak terus tidur tapi kena dodoi bagai. Jadi kita ni pun gigih google cara nak tambah susu.

Yer blog yang saya terjah dah tentu blog my nanny Shaklee cs Alin ..semua sntry sama baca sampai khatam. tips ..proses..power pumping semua belajar dari sini sampai lah terpengaruh dengan produk Shaklee ni. Then kawan opis bagi tester die tak perlukan pun sebab kilang die tiptop. kebetulan die pun ambil dari cs alin. Saya terus order full pack sebab berdasarkan keadaan badan yang letih dan susu yang bak air pili tapi time takde air setitik-setitik.

Bermulalah episod menjadi pengguna Shaklee.. Belum tegar lagi ade skip-skip. Nak dijadikan cerita kedekut postage nak cod. So cs alin passed pada makku skang ni Cs Puteri. hantar sampai ke opis ok. Siap minta diskaun ( mak kate die terpaksa bagi..halal ye mak). Mak ku hebat die jaga customer die bebetul. Die add dalm facebook so kita selalu tengok upadate die kan. Ok time ni dah jadi tegar. Susu still same takde lah jadi memancut2 tapi badan rasa lebih fresh dan takde la asyik mengantuk sebab rutin mengepam. kalau tak pam tak dapat la Rizq merasa susu ibu nanti,

Ok hari-hari Cs Puteri mengupdate stautsnya di facebook. Memacam info produk die share.Sampailah satu hari Promo Shaklee Collagen Powder. huishh yang ni memang ak leh tahan godaannya. Nak cantik beb mane pompuan tak suka cantik kan. Pm cs puteri kot dapat haraga special lagi kan. die soh cari kengkawan 6 orang tuk dapat harga promo. uishh tak dapat sampi kehujung promo. die BAKAR tuu.. soh join ahli so nanto dapat la rasa produk-produk PREMIUM Shaklee tanpa usik duit gaji kita.

Yes! Guna Shaklee untuk dapat Shaklee dengan percuma. Bulan depannya decide tuk signup. teruslah bermula perjalana biz dengan Shaklee. Cs Puteri tanya nak berapa side income? Saya cakap RM1K sebulan tuk shopping cukup. Die tanya dalam masa berapa lama nak 6 bulan? saya dengan konpiden dan tak jawab yer..

Alhamdulillah sekarang saya dah dapat apa yang saya inginkan tu.Memang tak mustahil jika kita berusaha,. apa yang penting Cs Puteri tak berikan saya ikan tapi die berikan saya joran dan ajar cara nak memancing. Now saya dah upgrade joran menjadi jala. menjadi nakhoda kapal dan mengajar tips pada anak -anak buah saya sebagaimana yang Cs Puteri pernah ajar.

Owh itulah manisnya Shakle..Jangan tanya lagi ada apa denganmu. Ada macam-macam.. aha! Shaklee Collagen Powder tu dah 2 kotak saya cuba dan tak uisk duit gaji. Syiok berganda. Dulu selalu je lalu Branch Shaklee Wangsa Maju tu sebab pergi klinik wangasa jumap doc famous DR. Nadir Khan. kosong je Branch WM tapi cuba gi sekarang penuh sesaje.

OWH SHAKLEE ADA APA DENGAN MU???

Jom sertai R&G tuk tau ada apa dengamu





May 6, 2013

Macam-macam isu KOLAGEN : Shaklee Collagen Powder

Kebelakangan ni kita sering baca pasal kolagen kan. Macam-macam produk wujud. dan paling dikaitkan dengan kecantikan tapi apa sebenarnya kolagen?


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. 
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.



SHAKLEE COLLAGEN POWDER 
Ianya merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah.

7 Bahan Utamanya :
  • Ekstrak biji benih Camellia, 
  • Japonica, 
  • ekstrak Pfaffia, 
  • kolagen ikan, (Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung)
  • ekstrak kerang-kerangan, 
  • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B
Keistimewaannya :
  • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton (Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.)
  • Mudah diserap oleh badan 
  • Membantu peningkatan sistesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
  • Gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Kesan dan Faedah mengambil Kolagen
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 
TERBUKTI BERKESAN!

Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.


Sms/call:012-6278520
Email:izariniborhan@gmail.com

Feb 19, 2013

RISIKO IBU HAMIL MENGALAMI ANEMIA

Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. 

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Ilustrasi Sel darah merah normal dan Anemia

Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Tip Penting!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Pengambilan sumber vitamin c bersama-sama dengan sumber zat besi  akan membantu penyerapan zat besi secara optimum.
  3. Elakkan mengambil sumber zat besi bersama-sama dengan sumber kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.

Shaklee ketika Hamil

Alhamdulillah nak masuk 2nd trimester da..ye..second baby  2013 ni..rezeki datang cepat..pengalaman mmg beza sgt mase preggy RIzq..dulu selera mkanan takde prob lagsung..tapi kena kawal sbb GDM (diabetic)..sy tak amik supplement lain dari yg KK bagi..ank sulongkan sume pun takut ikut je ape org bagi. Selain diabetic, HB kt mmg rendah cukup2 mkn je..lepas bersalin anemia la plak..nasib tak tumpah darah..igtkan pas bersalin makin putih rupenye pucat da darah tak ckp. sengal...hehe..

Second preggy ni da kenal vitamin shaklee..sy mmg amik shaklee since Rizq sebulan sume sebab anemia and sgt lemah tuk menyusukan Rizq..Maklumlah 1st xperience time tu time management mmg hancus..x ckp tdo memanjang. Preggy kali ni  sgt tak selera makan..loya tapi tak muntah adoi yg tu lagi payah..mkn ikut dan je paling suke maggi and snek lazat sgguh rasenye..so vitamin shaklee mmg sgt membantu..mase 1st checkup HB sgt cantik BP pun cantik..nurse yg check senyum je..(kalo x mesti kena bebel) tapi GDM ttp ade yang tu tak lei watpe kot family history..so dari skang kena la jaga pemakanan.

Sepanjang preggy.. vitamin shaklee yg saya amik adalah b complex, vitamin c, vitalea, ostematrix , omega dan esp.. keperluan vitamin2 nie pada wanita hamil adalah seperti dibawah. 

B-Complex : Lengkap dengan asid folic yg penting pembinaan tulang dan bg mengatasi kecacatan janin. mereka yg merancang utk hamil digalakkan juga utk mengambil b complex ini.. 

Vitamin c : membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vitalea : kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.vitalea adalah multivitamin dan si ibu tidak perlu lagi mengambil obimin

Ostematrix : kalsium sgt penting bg pembentukan tulang bayi, pembinaan sel dan pertumbuhan gigi. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Omega Guard: sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan (baru tau nape kengkwn dulu mkn Neurogain)

ESP :
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. (suke amik ni kalo rase lapar & tak tau nk mkn ape)

Jan 30, 2013

WW: Independent Distributor Shaklee


Pada sesapa yang berminat ngan produk Shaklee boleh contact yer..jangan malu jangan segan eak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...