Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

happy birthday to them!

Assalamualaikum! :D

yeayyy it's february and my two besties were born in this month haha! :D happy birthday to them and i love them very very much :) both of them are my primary school and also secondary school friends. so that's why i care and love them very much :)



peep - 8th feb
noddy - 17th feb



okayyy wanita ayu ni la peep. she's taken already haha! :D and i love this pic, she looks ayu and adorable! even aku pun cair tengok kecantikan dia haha!



and she is my ultimate bestie! :D this is noddy, supporting and wacky friend of mine :) she is like my big sister and we always laugh on similar things, macam kitorang nih memang sekepala la hehe~ :D and YES, she's also TAKEN! by CHO KYUHYUN! ngahaha~ :DD


i love you both so much. may you gurlz have a blast one this year. just remember to pursue your dreams and live your life to the fullest :) saranghae~




LIKE KALAU SUKA.

rindu pada sahabat.

Assalamualaikum! :D


"nanti time aku (isra') nak kahwin dengan shiham, na jadi pengapit aku ek? tau, tau!"


aku takkan lupakan kata-kata sahabat aku yang dirindui lagi sorang nih. dari sekolah menengah time tingkatan 5 lagi aku rapat dengan dia, sangat-sangat rapat. terasa masa berlalu begitu cepat sangat, sangat-sangat cepat sampaikan aku tak sedar langsung.


isra' lambat masuk sekolah, time form 2. tika itu, aku tak berapa kenal dia. aku just tahu, isra' ni alim dan pandai gila dalam bahasa arab :D dan suara sedap! sebab pernah terdengar dia bersyair dalam bahasa arab, terpesona aku mendengarnya tau hehe~ then aku start rapat dengan dia time form 4, tu pun sebab rasyidah abu, kawan aku sejak sekolah rendah, sama dorm dengan aku dan leo n isra' selalu datang dorm aku :) macam mana boleh rapat, aku pun x ingat, it just happened :)


there are certain things that you don't need any explanation when they happened; love, friendship, and faith. -by nana.


teringat kembali time isra' sakit, time tu rasanya awal tahun 2007, atau pertengahan dah. isra' sakit teruk, kat rahim dia. lama jugak dia kena tahan sakit, macam orang yang sakit sebab baru bersalin, atau gugurkan anak, nauzubillah. setiap hari aku temankan isra', ke mana-mana pun aku temankan dia. time dia x larat nak turun makan, aku bawakan makanan untuk dia. dia x larat nak pergi kelas, aku pimpin dia ke bilik sakit sekolah, siapkan katil untuk dia berehat sepanjang hari kat situ. dah habis sekolah, lepas solat, aku ambil dia dari bilik sakit pimpin dia balik dorm. dalam hati, aku sayu sangat, tapi dalam masa yang sama, aku terharu dan kagum, dia dapat bertahan untuk masa yang lama, sakit yang doktor sendiri sukar nak rawati.


Alhamdulillah time tu jugaklah isra' kenal shiham, tunang dia :) bila isra' sakit sangat sampai dah tak tahan sangat, shiham akan datang sekolah ambil isra' bawak ke hospital. aku teringat lagi time tu kitorang kat surau, tengah blackout. isra' sakit sangat then shiham datang, time surau tengah blackout. lepas isyak baru isra' balik, time tu la baru surau ada elektrik balik. then aku terfikir, nasib baik gak blackout, kalau tak mesti isra' rasa tergugat sebab budak-budak perempuan lain-lain sume mesti terpikat dengan shiham hahaha! :P sebab seriously, shiham tu handsome, memang boleh tangkap leleh :D haha sory ma, gurau jek! :D



dah abes SPM, masing-masing bawa haluan masing-masing. aku ke UIA, isra' pergi kolej islam perak. jujurnya, aku rindukan isra', tapi tak luahkan pun. tiba-tiba tup-tup dapat mesej dari dia, cakap yang dia nak tunang dah dengan shiham. aku teramat excited untuk dia, finally jadi juga :) aku pergi majlis pertunangan dia. simple, tapi meriah. time ni aku rasa terharu, isra' jemput aku sendiri pergi majlis pertunangan dia. dah rasa macam part of her family :) thank you, isra' ;)




tanggal 6 jun 2010, akhirnya isra' bertukar status :) tak de single-mingle dah, dah jadi bini orang tau hehe~ aku x sangka juga, aku jadi pengapit dia time majlis walimah dia. ingatkan isra' nak ambil orang lain jadi pengapit dia, tapi aku juga, dia ingat lagi ye :) aku siap stay umah dia sehari sebelum majlis, senang nak tolong buat persiapan sekali :) dari situ aku dapat kenal family dia ;) family dia walaupun kekurangan dari segi material, tapi hati mereka sangat besar dan generous ;) sentiasa layan aku juga walaupun dorang tersangat la busy. kak ana dengan kak siti, sangat becok dan suka kenakan isra' haha! dorang layan aku macam adik dorang sendiri, aku sangatlah terharu ;)



pagi nikah tu, aku tolong siapkan isra', tolong pakaikan selendang untuk dia, style simple jek hehe ;) then time majlis walimah, kawan-kawan Gen20 yang lain datang ;) semua excited gila, macam la dorang yang kawen haha! :D




 



bila teringat balik, banyak yang isra' dah ajar aku. tentang islam, tentang hubungan, tentang hidup. banyak yang dia dah lakukan untuk aku, and i'm afraid i didn't do much for her. hanya doa yang aku dapat kirimkan. now that i know she is in the good hands (of shiham of course) so aku tak risau sangat. aku sure sangat-sangat shiham boleh jaga dia dengan baik sekali, and i love seeing them both together :)




na sayang ma sangat-sangat. ma jaga diri elok-elok. nanti dah pregnant, gitau nana tau! :D love u~



LIKE KALAU SUKA.

Kem Kepimpinan SMKYL

Assalamualaikum! :D

hoho aku ada kata nak update pasal kem yang aku pergi kat dalam entri ni. hehe patutnya kena update time otak tengah fresh baru alaminya en? tapi tu la, lepas aku balik dari kem jek, sampai umah, dah campak baju-baju kotor sume dalam washing machine, terus aku lena berdengkur-dengkur senyap sunyi tau haha! :P aku tido dari maghrib sampai laaaaa esok pagi time subuh baru aku bangun O_o tapi dah bangun time isyak, so its oke la haha! :P


nak cerita banyak2, sebenarnya aku datang ke kem tu pn time dah hari kedua huk3 T_T sebab aku ada exam pagi sabtu tu, so xdapat nak join dari hari pertama kem tu, agak sedih yek, nanti xdela rasa feel nak hayati kem tu kan. tapi nak buat camne, aku ada jihad lain yang perlu kuhadapi :)


overall, Alhamdulillah kem tu berjalan dengan lancar, walaupun berlaku perkara yang memang x dijangka :D hehehe~ nak tahu cerita, kena tanya aku personally la, cannot cerit akat sini :P time kem kedua ni, lanjutan dari kem insan rabbani dulu, aku dah semakin selesa bekerjasama dengan sahabat2 UM aku ;) agak segan sebenarnya nak datang tau, dah la datang lewat haha! :D tapi tu la, mady la yang tegur aku dulu, terus rasa selesa dengan dorang2 nih ;)) sayang ko la mady! :DD syib dengan yam pun supporting giler la :D xsangka boleh sekepala dengan dorang ni :)


sahabat urusetia dan fasi kem :D kalau kenal aku, tekalah aku yang mane satu hak3! :P


aku memang suka aktiviti2 macam ni, lagi2 kem en. segarkan sikit minda aku, asyik dok bandar je kan haha! :D ape2 pun, yang penting kena berniat ikhlas lakukannya keranaNya :) then insya Allah urusan kita akan dipermudahkan :)


aku ada record lagu tema dorang time budak2 nih nyanyi, aku record guna kamera henfon jek, but still, enjoy~ :)


lepas ni kena uruskan kem lain pulak, under PR BACC kat IIUM.. wish me luck! :D

LIKE KALAU SUKA.

nametag dan lencana sekolah :)

Assalamualaikum! :D

ape khabar semua? harap-harap sihat-sihat belaka la semuanya ye, aku sekarang macam baru dijangkiti dengan batuk, agak sakit tekak aku yek wuu~ :(


hehe saje je nak bagitau, aku tengah selongkar laci meja aku. punya la selongkar, xtau kenapa nak selongkar, memang saje je tengok ape yang ada dalam khazanah aku nih :P last2 terjumpa mende2 alah ni :D






teringat balik zaman sekolah dulu, zaman gemilang aku hahaha perasan! :P lencana tuh nampak lusuh, sebab aku tanggalkan yang aku jahit kt tudung sekolah aku dulu, dah tu je yang ada hee~ nametag nampak baru sebab setiap sorang dapat 3 ke 4 nametag, yang kat tudung dulu dah kena clorox la lusuh la, so aku amek gambo nametag yang baru je la  hik3~ :P


nametag nih, time dah abes sekolah, kawan2 sume nak tukar2 nametag hehe nak buat kenangan la en :D aku dapat dari dua orang nih, dua-dua kawan baik aku :) serius, aku rindu kat dorang nih huk3~ batch aku dulu warna kuning, sesuai sangat la dengan aku, aku pun pakai tudung kuning en hehe~ eh2 bukan sebab tudung lusuh! hehe. sebab aku ada jawatan dulu, kena pakai baju seragam warna kuning, tudung kuning, dan kain warna hijau lumut. kenapa warna tu? sebab dah polisi untuk sekolah-sekolah under JAIS, kalau pengawas, kena warna kuning, pengawas perpustakaan warna hijau, pembimbing rakan sebaya pulak warna ungu. pelajar biasa warna putih kain hijau ngee macam budak tadika en haha! :P tapi aku bangga tau, bukan sebab aku pakai baju kuning, tapi sebab dulu aku sekolah di SAMER :)


lagi-lagi dengan batch aku, GEN20 SAMER. kawan2 terbaik aku lah kiranya, semuanya supportive, caring, and best! yang penting, ikatan ukhwah tu kena ketat-ketat, baru ngam~ :) walaupun dah lama tinggalkan sekolah tu, (3 tahun kira lama ke? O_o) tapi sampai sekarang masih contact sama-sama, selalu keluar sama-sama, main sama-sama, dating sama-sama hahaha gurau je weh! :P dan aku paling suka bila ada aktiviti yang alumni GEN20 nak buat nih, lagi-lagi yang kem motivasi atau kem untuk budak2 sekolah lain ;) baru2 ni ada kem kepimpianan SMKYL anjuran alumni GEN20 buat, kat sungai congkak. yang tu aku update dalam next entri k :)


oryte, until next post, adios!


sebenarnya perkataan sporting yang korang kata kira macam 'masuk kepala sekali' tu asalnya supporting la, last2 jadi sporting haha!

LIKE KALAU SUKA.

aku suka kartun! - Disney classics


huu teringat la plak tika kecik2 dulu aku suka layan cerita2 dongeng Disney classics ;DD hehe bukan ape, kanak-kanak pun perlu hiburan dan imaginasi untuk membesar tau.. hehe sape cakap?? tanye pakcik Google~ ;PPP


ok untuk luangan masa aku tengah cuti nih, and sangattt membosankan nih ;PP mari tengok cerita2 ape yang aku layan dulu, mane la tahu same dengan korang gak ke..??? ;DD



the Lion King~ xtau gak ke siape singa2 nih?? wa3 please shoot ur heads off if you guys didn't know!! ingat lagi tak yang singa jantan namanya Simba, aweknya Nala?? hahaha suka tengok sebab dorang kecik lagi so kiut miut lagi la mahu layan hehe~ boleh kata aku paling sukaaa Lion King ;DD menarik, tertarik, memang da bomb! ;DD agak menyayat hati la jalan ceritanya, semua unsur ade dalam tu.. kena tengok la kalau nak feeling lebih hee~




Beauty and the Beast~ ;DD hehe.. tapi tengok mula2 tu agak seram la huhu sebab Beast tuh macam binatang ntah ape2 en hee tapi last2 jadi laki ensem! wa3~ ;PP then tengok yang pinggan, mangkuk, cawan, teko, jam, lilin, sume boleh hidup, menari-nari lagi tu haha seronok~ ;DD




Snow White ;DD hahaha a classic tale, xtau la sebenarnye ape moral story cerita nih, cuma suka tengok Snow White nih, putih melepak cantik halus mulus kulitnye! ;PP nak kulit macam tu gak hoho~ ;PP dengan dwarf yang tujuh tuh, adehh prince dalam Snow White nih bukanlah hero sangat, dwarf2 tu jek sebenarnye hohoho~ ;PPP





Aladdin ;)) hee aku tertarik kat Genie biru tu jek sebenarnye, sebab boleh buat tricks and magic, dah kate time budak2, seronok tengok benda2 yang kelakar jek wa3~





Cinderella.. haaa memang aku suka cerita Cinderella ;DD menyampah dengan kakak2 tiri dia yang gedik2 tu hek3~ ;PP mak tiri dia plak kejam wooo~ tapi xpe, tikus2 Cinderella ade en, sporting woo haiwan2 dalam cerita nih, rasa macam betul2 plak yang kita boleh berkomunikasi dengan binatang2 nih hahaha! ;PP pengajaran yang aku dapat dari cerita Cinderella; what goes around comes around ;) x tahu maksudnye?? tanya pakcik Google korang ;PP





Little Mermaid ;DD hoho sebab aku suka laut, so terpengaruh gak dengan Little Mermaid kot?? haha xde kaitan ;PP jalan ceritanya sangat sweet bagi aku, walaupun x banyak sangat moral of the story hehe teringin nak jadi duyung, tapi lautan sekarang asyik tercemar hahaha! ;PPP






Sleeping Beauty~ ;)) aku suka hero nye keh3 encem wooo~ boleh lawan naga lagi tuh hehehe~





uishh banyak gak ek, rasa macam entri bergambar jek kali nih hehe ;DD aku suka yang Disney classic punye, mostly Disney princesses la dah tu yang dorang banyak buat dulu2 hehe layan jek~ tapi yang contemporary pun aku layan gak.. yang mane satu?? hee nanti aku buat entri lagi satu yek ;DD tu pun kalau ade yang demand, ade ke?? ;)) k tata for now~ ;DD



LIKE KALAU SUKA.

dear friends..




forgive me, friends if i do wrong...
forgive me if i'm not what you are liking...
all of our memories will never fade away..
even if i die..


please don't cry when i'm gone..
i do not deserve your tears..
but i know that i am worthy enough for sharing my friendship with you..
for sharing my smiles to you..


there is nothing more i wanna have..
than being your friend..
being there for you when you need me..
because that is what friends do..


to have a shoulder to cry on..
to wipe away your tears..
to give support and strength to move on..
once we're friends, we are ALWAYS be friends..


even though i don't have any strength to say this..
at least i just want you to know my dear friends, that...


I LOVE YOU SO MUCH

LIKE KALAU SUKA.

raya suke-suki ;DD

haha xde keje sebenarnya nih, bosan gak sebenarnye.. padahal assignment ade berlambak lagi waaaa~ ;(( xsuka~ ;PP

huu ok lah, juz nak kongsi gambar2 raya tahun nih, so layan je la pictures bawah nih yek ;))

perut kenyang suka hati ;DD hehe baru jek abes berbuka puasa pada malam Ramadhan yang terakhir ;)

main2 dengan anak buah, maryam ;))


with my sista, kak huda ;DD yang kat belakang tuh my big sista, kak dila melayan si kenit ;DD


with the best aunties in the world ;DD



Alhamdulillah, a big happy witty family ;DD


i loiiiikee this pic so much ;DD


with my 1 and only lil sista, zetty ;DD



termenung menunggu pakwe putera raja datang meminang haha perasan ;PP



hahaha finally dapat gak bergambar dengan budak nih ;DD kebetulan sama pakai kuning hehe.. ok guys, introducing, my other anak buah = nephew, yes, a boy ;DD dhani darwisy ;))

ok2 nak tengok cute transformers transformation x?? ;DD sila lihat di bawah nih ;DD

ok2 pic nih, korang dah kenal sape en, anak buah aku ;DD adoyaiii mcm baby boy pakai baju melayu, padahal tu baju kurung yek ;DD

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

jeng jeng jeng~


tadaaaa!!! ;DD haha ok, not dat funny, but it's cute, agree?? ;DDD kalau agree, klik LIKE! ;DD


LIKE KALAU SUKA.

treasured moments

hype2 sume~ ;DD ahaa arini best la sgt2! dpt gi mkn sambal ikan keli yg mak cot masak ;DD perggghhh sedap gile,tgok2 jek kecur air liur ngeh3~


TQ to family cot ^_^ yg sanggup bersusah payah nk sediakn lunch yg lewat sbb kelambatan fatin+teyka+yan hahaha ;PP


ok2 sbnrnye title pun dh len so nk ckp psl bnde len sbnrnye ngeh3~ td tgh makan2 tibe2 tringt la plak kt seseorang nih..aku syg sgt org tuh,and aku tahu org tu pn sygkn aku sejak aku lahir lg ;DD sape dia ek??eheee~



ehem ni gmbar lame yek so x clean & clear sgt ;PP but it's oke,i'll keep treasure her face in my memory ;DD

jeng jeng jeng!! ;DD ni lah tok aku sebelah mak aku.. dh kate sebelah mak,so kompemnye yg plg rapat ;)) tp mmg betul,rapat gile dgn tok aku sorg nih ;DD cucu kesayangan la katekn wa3 perasan!! ;PP name dia Jamaliah bte Puteh.. wahh moyang aku name Puteh hee~ ;DD


tp yg sedihnye,dia dh meninggal dunia 3 thun lpas T_T mungkin kwn2 aku batch GEN20 ingt kot,tyme SPM 2007 dlu,tyme sume tgh pulun prepare utk exam add math.. aku tgh rilek2 tyme tuh,cube msukkn formula2 add math dlm kpala otak aku yg jendul nih ngeh3~ mcm biase la,kdg2 fmly aku bole dtg bg mknn kt aku,so dorg pn dtg la.. tp yg peliknye en,dorg mcm rushing utk bg mknn kt aku then trus blek.. mak kate ade hal,so aku pn prcye je la..


tp tu la,tetap rse x sedap ati aku tnye adikku zety ape kes sbnrnye nih.. then dia gtau yg sbnrnye time dorg on the way nk ke skola aku tuh,mak cak aku (anak sulung nenek aku nih) call mak aku,ckp tok aku nih mcm sesak nafas,mcm org tgh nazak.. nanges2 mak cak aku crite,tu yg dorg gegas nk blek.. aku time tuh dh riso gile dh,trus xdpt nk fokus nk stdy lg dh.. aku hnye pikir nk blek jek,nk jek sruh dorg patah blek amek aku kt hostel.. tp apekn daya dorg dh nk smpi umah tok dh (umah tok aku ngn umah ktrg dekat jek,sebelah taman jek) dh penat nanges, and kwn2 aku sume dh pujuk aku,aku pn trtido la ptg tuh.. then dlm 30 minit lpas tuh, aku trbangun dpt call dr zety, ckp tok aku dh meninggal dunia, Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.. T_T


mmg sedih xtrkata.. aku mcm dh kne santau,trus nanges tresak2,fikirkn yg tok aku dh xde,yg aku sygi sgt2 tuh dh tiade.. sape lg yg nana nk bermanja?? siape lg yg nana nk mengadu kasih?? iye, pd tok je la nana manja.. sbb tok mmg seorg yg pengasih dan sukekan cucu2nye..trfikirkn yg aku xkn jmpe dia lg,tp doa tetap kukirimkn smpi skrg ;))


then semalam aku ade bace buku kakak aku buat,lbh kurg mcm jurnal la gk.. kakak aku,kak Huda ade ckp psl rantai pearl yg dia suke maen2 tu.. rupenye bru la aku tau crite di sebalik rantai tuh.. kluarga mak aku dlu mmg susah.. arwah tok wan seorg polis, arwah tok plak cikgu sekolah.. arwah tok bekerja keras,buat krja extra like jahit baju,utk dptkn duit lebih so that arwah tok dpt hadiahkn anak2nye rantai bentuk oyster tuh utk hari raya.. and arwah tok dpt gk hadiahkn ^_^ betapa dia sayangkn anak2nye,snggup brtungkus lumus utk hadiahkn anak2nye sekadar seutas rantai utk setiap sorg.. smpi skrg rantai tuh ade,in my sister's possession ;))


well kak Huda ade rantai tuh,but i have tok punye cincin ;))


hehe sje jek ltak atas blusher tuh ngeh3 xde keje ;PP hooo jgn maen2 nih emas betul yek,tp jgn nk curi msuk umah aku semata2 nk cincin nih ;PP i'll treasure the moments that i had with my grandmother..

she will always be my dearest TOK ;))


LIKE KALAU SUKA.

happ befday to noddy!! and also my mak cak ;)



Happy Befday to you noddy!! haha smoga pnjg umo beb, and murah rezeki... hehe skrg aku asyk wat blog utk befday kwn2 aku jek ngee~ ;PP
ouh2 but not only noddy's,but also my beloved auntie,mak cak ^_^
i want to tell u guys a story about my mak cak.. she's the eldest among my mother's siblings.. the reason why i love her so much is bcoz she's like my second mother.. she took care of me eversince i was a baby...haha get it?? since i was a baby,dialah yg mandikn aku,layan aku,jaga aku...aku mmg syg gile kt mak cak aku...ingt nk ltak gmbr dia,tp xde lg la gmbr dia..nnt len kali aku ltak hee~
tringt la plak,time aku baby dlu,mak aku ade hired sorg makcik nih,mcm babysitter aku la en..tp makcik nih dy xjaga aku betul2 sgt...dia tu suka sgt tido,smpikn dia sanggup bg aku about 7 bottles of milk a day,juz to make me sleep,so that then she can sleep!! grrr.. *_* so,abah aku pecat dia,then mak aku bg je la mak cak aku jaga aku jek...
tyme aku sakit,dialah jaga aku dgn baik2..dia bg aku tdo atas katil dia,dia tdo kt lantai jek berlapikkan karpet nipis jek T_T time tuh aku kcik lg,aku xsedar yg klu tdo kt lantai nnt sakit bdn en..so,ble tringt blek nih,berair plak mata aku T_T ouh2 and the best part is that when she cooks my feveret meals..yum yum air tangan dia mmg the best!! lg2 roti canai dia ;DD
hmm prnah la skali dlu tyme aku umo 5 ke 6 thun,aku patah tangan...kne admit to hospital,then doktor ckp aku kne msukkn besi dlm tgn aku neh..then ble dh besar nih ecehh ^_^ prnh la skali tu ktrg aku borak2 ngn my sisters,then tbe2 kak dila ade ckp yg tyme aku patah tgn dlu mak cak nanges gile2 risokan aku..ya Allah sayunye hati aku dgr~ T_T
huu mcm2 lg la sbnrnye aku nk cter,tp byk sgt!! haha~ ;DD so senang cter,aku nk wish happy birthday to mak cak,smoga mak cak sntiase sihat selalu...insya Allah nanti bila nana dah kerja,nana dh tekad,when i get my first paycheck,i want to give it to u,mak cak ;))
I LOVE U,MAK CAK ;DD

LIKE KALAU SUKA.

got to have target!

hee saje menyingkap memory ;)) miss u all gurlz!!


aiyoo nowadays i always kinda missing my point to take my education seriously *_* many things already distracted me arghh!! *_* huhu btw,mmg fedup btol la ngn ptptn!! xdpt2 gk scholar money for dis sem *_* mmg rse nk ketok jek dorg nih,tyme aku apply dlu pnye ssh payah nk dptkn pengesahan huk3 dh mle rse nyesal amek ptptn neh T_T huhu anyhow,i have exam dis saturday,on friday wanna meet my dearest frenz coz gotta see peep before her departure to melbourne,aussie T_T gonna miss u peep!!! ouhh yeah,rsenye bnda nih xde kne mngena ngn title agagaga watever je la!! ;)))

LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails