Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Pengalaman pengacaraan event

Assalamualaikum :)

ecehh tajuk topik macam nak best aje hehe :)

but seriously, aku tahu korang mestilah pernah masuk program-program sukarelawan and being at the top management or being a committee right? at least mesti la sekali kan :)

aku selalu jugaklah join program-program macam ni, sejak habis SPM lagi aku dah join program-program kem bina sahsiah diri, kem kepimpinan, kem motivasi, dan lain-lain lagi. bagi aku, untuk menimba pengalaman berada dalam organisasi yang terbaik adalah daripada program-program like i have mentioned before. bukan nak kata kerja dalam bidang korporat tu tak penting, cuma aku nak tekankan yang pengalaman join program-program macam ni sesuai sebagai langkah persediaan dan sebagai 'appetizer' sebelum kita nak masuk alam pekerjaan nanti :)



sebelum ni aku pernah jadi fasilitator dalam group, kiranya kena layan budak-budak sekolah la kan. seriously, aku tak pandai nak layan budak-budak. aku tak aktif dan lagi suka mendengar orang lain bercerita. ada ke budak-budak sekolah nak bercerita kat aku kan? mana ada, so aku fikir i'm not suitable for this kind of thing (=_=) 



aku lagi suka bekerja di 'sebalik tabir' program, bukan di 'atas pentas' program :) sebab tu selalunya aku dapat jawatan bendahari (tu pun yang paling tinggi la aku pernah jadi setakat ni) and Alhamdulillah aku dapat manage jugaklah walaupun tak ade la perfect kan :)


sape kata tak best? best woo~ dapat eratkan silaturrahim sesama sahabat, rakan-rakan baru, tak lupa juga dengan peserta-peserta program :) 

yang paling penting, kita kena ambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang kita telah lakukan. ikhlaskan niat kerna Allah dan untuk kepentingan masyarakat terutamanya untuk generasi akan datang :) merekalah pemimpin masa depan kita, dan daripada sekaranglah kita perlu bentuk mereka dengan menggunakan acuan yakni bentuk pendekatan yang berkesan :)

insya Allah this weekend aku akan pergi berprogram lagi kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, atau dikenali sebagai Masjid Besi (which i think is kinda weird kot ye pun nak bagi nama timangan :P ) bersama rakan-rakan UIAM saya, BACC PR Division dan collaboration dengan INSPIRE Club, menjadi fasilitator untuk International Islamic School :) doakanlah program tu berjalan dengan lancar ye :)

alang-alang sekali tu, aku nak juga berkongsi peluang dengan korang semua tentang satu program ni :)

insya Allah, Sekretariat Liqa' Asatizah & Dai', iLuvislam.com dengan kerjasama JAKIM, Telaga Biru, Mantop Training & Consultancy serta Saifulislam Training & Consultancy bakal menganjurkan Konvensyen peringkat kebangsaan bersama tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan agama negara dan juga antarabangsa pada 25 & 26 Februari 2012 di PWTC. 

Bagi mereka yang berminat menimba pengalaman sebagai tenaga sukarelawan bagi menjayakan misi besar ini, anda dialu-alukan untuk menghantar resume kepada email berikut : volunteer@iluvislam.com


Resume anda hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 
  1. nama penuh
  2. tarikh lahir
  3. no. telefon
  4. email
  5. tempat pengajian/tempat bekerja
  6. bidang pengajian/jawatan pekerjaan
  7. pengalaman dalam sebarang pengacaraan event.



Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.



Sesiapa yang ingin menyumbang, membersih wang riba dan syubhah juga boleh disalurkan untuk program manfaat awam ini.



Ini adalah draft poster yang belum final tetapi disiarkan untuk mencari sukarelawan dengan kadar segera.



kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah beritahu saya sekali ye, teringin nak join sekali tapi lagi seronok kalau ada kenalan dan kawan yang join bersama kan hehe :)

peace out yo, Salam! :)


LIKE KALAU SUKA.

rindu pada sahabat.

Assalamualaikum! :D


"nanti time aku (isra') nak kahwin dengan shiham, na jadi pengapit aku ek? tau, tau!"


aku takkan lupakan kata-kata sahabat aku yang dirindui lagi sorang nih. dari sekolah menengah time tingkatan 5 lagi aku rapat dengan dia, sangat-sangat rapat. terasa masa berlalu begitu cepat sangat, sangat-sangat cepat sampaikan aku tak sedar langsung.


isra' lambat masuk sekolah, time form 2. tika itu, aku tak berapa kenal dia. aku just tahu, isra' ni alim dan pandai gila dalam bahasa arab :D dan suara sedap! sebab pernah terdengar dia bersyair dalam bahasa arab, terpesona aku mendengarnya tau hehe~ then aku start rapat dengan dia time form 4, tu pun sebab rasyidah abu, kawan aku sejak sekolah rendah, sama dorm dengan aku dan leo n isra' selalu datang dorm aku :) macam mana boleh rapat, aku pun x ingat, it just happened :)


there are certain things that you don't need any explanation when they happened; love, friendship, and faith. -by nana.


teringat kembali time isra' sakit, time tu rasanya awal tahun 2007, atau pertengahan dah. isra' sakit teruk, kat rahim dia. lama jugak dia kena tahan sakit, macam orang yang sakit sebab baru bersalin, atau gugurkan anak, nauzubillah. setiap hari aku temankan isra', ke mana-mana pun aku temankan dia. time dia x larat nak turun makan, aku bawakan makanan untuk dia. dia x larat nak pergi kelas, aku pimpin dia ke bilik sakit sekolah, siapkan katil untuk dia berehat sepanjang hari kat situ. dah habis sekolah, lepas solat, aku ambil dia dari bilik sakit pimpin dia balik dorm. dalam hati, aku sayu sangat, tapi dalam masa yang sama, aku terharu dan kagum, dia dapat bertahan untuk masa yang lama, sakit yang doktor sendiri sukar nak rawati.


Alhamdulillah time tu jugaklah isra' kenal shiham, tunang dia :) bila isra' sakit sangat sampai dah tak tahan sangat, shiham akan datang sekolah ambil isra' bawak ke hospital. aku teringat lagi time tu kitorang kat surau, tengah blackout. isra' sakit sangat then shiham datang, time surau tengah blackout. lepas isyak baru isra' balik, time tu la baru surau ada elektrik balik. then aku terfikir, nasib baik gak blackout, kalau tak mesti isra' rasa tergugat sebab budak-budak perempuan lain-lain sume mesti terpikat dengan shiham hahaha! :P sebab seriously, shiham tu handsome, memang boleh tangkap leleh :D haha sory ma, gurau jek! :D



dah abes SPM, masing-masing bawa haluan masing-masing. aku ke UIA, isra' pergi kolej islam perak. jujurnya, aku rindukan isra', tapi tak luahkan pun. tiba-tiba tup-tup dapat mesej dari dia, cakap yang dia nak tunang dah dengan shiham. aku teramat excited untuk dia, finally jadi juga :) aku pergi majlis pertunangan dia. simple, tapi meriah. time ni aku rasa terharu, isra' jemput aku sendiri pergi majlis pertunangan dia. dah rasa macam part of her family :) thank you, isra' ;)




tanggal 6 jun 2010, akhirnya isra' bertukar status :) tak de single-mingle dah, dah jadi bini orang tau hehe~ aku x sangka juga, aku jadi pengapit dia time majlis walimah dia. ingatkan isra' nak ambil orang lain jadi pengapit dia, tapi aku juga, dia ingat lagi ye :) aku siap stay umah dia sehari sebelum majlis, senang nak tolong buat persiapan sekali :) dari situ aku dapat kenal family dia ;) family dia walaupun kekurangan dari segi material, tapi hati mereka sangat besar dan generous ;) sentiasa layan aku juga walaupun dorang tersangat la busy. kak ana dengan kak siti, sangat becok dan suka kenakan isra' haha! dorang layan aku macam adik dorang sendiri, aku sangatlah terharu ;)



pagi nikah tu, aku tolong siapkan isra', tolong pakaikan selendang untuk dia, style simple jek hehe ;) then time majlis walimah, kawan-kawan Gen20 yang lain datang ;) semua excited gila, macam la dorang yang kawen haha! :D




 



bila teringat balik, banyak yang isra' dah ajar aku. tentang islam, tentang hubungan, tentang hidup. banyak yang dia dah lakukan untuk aku, and i'm afraid i didn't do much for her. hanya doa yang aku dapat kirimkan. now that i know she is in the good hands (of shiham of course) so aku tak risau sangat. aku sure sangat-sangat shiham boleh jaga dia dengan baik sekali, and i love seeing them both together :)




na sayang ma sangat-sangat. ma jaga diri elok-elok. nanti dah pregnant, gitau nana tau! :D love u~



LIKE KALAU SUKA.

Yang di-Pertuan Agong ada iPhone tak?

Assalamualaikum! :D



aku harap aku x kena tahan la sebab buat entri nih. takut tapi mahu~ wink2 :P dan jangan terkejut aku tanya soklan gitu. aku terfikir jek tu sebenarnya :D sebab bila aku teringat kat Agong (cehh rakyat prihatin! :P ) mesti terserlah beliau sebagai satu ikon tradisional negara kita :) tapi sekarang zaman moden kan, mesti la ada! tahapapela nana nih! :P hehe~ 

tanpa Agong, siapalah Malaysia, ye tak? :D aku respek kat Agong Sultan Mizan, muda-muda lagi tapi mampu manage negara kita sendiri. lagi-lagi anak beliau, terus jadi pemangku sultan Terengganu tuu~ :D (pemangku ek? aku lupa daaa~)




tapi en, ada la persoalan yang aku tertanya-tanya jugak dari duluuuuuu lagi :D warna kuning en dikaitkan dengan kerabat diraja kan. aku nak tahu la, boleh ke kita pakai baju kuning gak kalau pergi event atau function yang Agong pun turut ada? xpe ke? sebab aku ada pergi satu event nih, pelancaran gold products oleh Genneva.


Tun Mahathir at the launching of the Syariah Compliant GENNEVA MALAYSIA Gold Products hosted by the Malaysia-Saudi Arabia Friendship Society 15 Dec 2010.


(Paling kiri - Tuan Hj Ahmad Khairuddin Ilias, President Malaysia-Saudi Arabia Friendship Society. hehe presiden nih bos makcik aku, dari kecik lagi aku selalu main-main kat ofis dia hehe thank you bossss~ :D)


ok as i was saying, aku pergi ke event nih. event corporate tuh, segan-silu aku dibuatnye hehe pelajar universiti nak pergi event camnih, guna orang dalam aje laa~ :P yang semeja dengan aku pun businessmen belaka, cakap pasal gold la ekonomi la, kitorang nih ternganga je la dengar hik3~ :D okeh so, sepatutnya Agong yang lancarkan products nih, tapi beliau x dapat datang pulak, ada hal lain, so instead bagi la Tun Mahathir yang lancarkan ;)


mulanya aku nak pakai baju kurung moden aku warna kuning tau pergi event nih, saje je la nak matching, gold = kuning! :D haha gedik! then makcik aku tanya, xpe ke pakai baju kuning, Agong kan ada? huhu aku pun no komen, pakai je la baju coklat time kenduri kakak aku dulu tu hek3 :P tapi tu la, last2 Agong x jadi datang T_T xpela, xde rejekiii~ :P ape-ape pun, kalau Agong ade twitter, aku nak follow~ :D haha!


so, persoalan tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku, tapi wat dek je la :D

LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails