Saturday, January 3, 2009

SETUJU LANCAR ROKET KE TIDAK?

Assalamualaikum,


Alasan Israel menyembelih orang Islam di Gazza sekarang ialah kerana Hamas melancarkan roket ke dalam wilayah Israel. Mereka berkata, mereka punyai hak untuk melindungi warga negara mereka.


Apabila mereka berundur dari Gazza 3 tahun lalu, mereka bukan berundur secara mutlak, tetapi mereka suffocate penduduk Gazza dari segala sudut. Dan mereka terus memerangi penduduk Gazza dengan cara membunuh dan menghentam secara militari. Tindakan mereka ini tidak pernah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.


Tindakan mereka membunuh, mencedera, menawan, memenjara dan segala bentuk kekejaman lain terpaksa dilawan oleh kumpulan Palestin melalui Hamas dengan melancarkan roket terhadap wilayah Israel. Tindakan ini pula mengundang pukulan keras dari Israel.


Apa pendapat anda, patut atau tidak pejuang Islam di Gazza melancarkan roket di dalam wilayah Israel?

NOBISHA NAMPAK YANG BURUK TU PAS AJE...

Assalamualaikum,


Sebaik sahaja UMNO/BN mengumumkan calon mereka, maka beberapa posting telah membuat komen. Pelbagai komen. Nobisha kata character assassination, atau dalam jargon beliau personality assassination telah bermula. Tentu itu bermaksud kutukan untuk blog yang mirip kepada PAS.


Tetapi bila calon PAS diumum, blog yang menyokong UMNO terlebih ghairah buat perkara ini, seperti di sini. Jadi, sekiranya anda penulis blog, jadikan Allah itu sebagai pemandu standard anda.

Bukan Nobisha.

Friday, January 2, 2009

DAH LAMA TAK CERAMAH

Assalamualaikum,



Baru sebentar tadi saya selesai berceramah politik di satu lokasi di Malaysia. Dah lama saya tidak berceramah. Dan memang saya pun sudah tidak begitu minat lagi untuk berceramah.


Tetapi disebabkan jemputan daripada kawan kawan, saya penuhi juga jemputan tersebut. Ceramah pun pendek sahaja.


Seperti yang diqisahkan oleh Albrangi, sekarang saya lebih selesa kalau buat posting blog.

WOULD THE CHINESE VOTERS INVEST?

Assalamualaikum,


The Chinese New Year is going to be celebrated on the 26th and 27th of January 2009. It is going to be about five working days after the Kuala Terengganu by-election, which will be held on Jan. 17. I would believe that there are Chinese voters who live away from Kuala Terengganu, and would probably be needing a balik kampung in order for them to cast their votes.


But since the space between the need to balik kampung to cast their votes and the need to balik kampung for the annual family gathering is so short , one may wonder if it is worth their while to perform two balik kampungs in such a short span of time.


Would the away Chinese voters invest in order to vote for BN? or would they rather spend the money for the much awaited family gathering and thus forego the their rights to cast their votes.


I would believe that they would exhibit the couldn't care less attitude for the by-election exercise and spend their money for the family gathering.


If such cases happen, and I believe they do, UMNO would lose some crucial votes.

A WINNER

Assalamualaikum,

This five-term state assemblyman is bound to spell disaster to UMNO. In 2004, when all PAS leaders, MPs and state assemblymen tumbled in Kuala Terengganu, he steadfastly held on.


He retained the single remaining PAS state assembly seat in Kuala Terengganu in 2004. The then Menteri Besar Idris Jusoh has set his eyes on reclaiming this seat, but Wahid Endut was returned with a thumping victory and an increased majority in 2008.


This guy is a winner.

Thursday, January 1, 2009

PRK 036 KT : UPDATE 5

Assalamualaikum,


Pada hari ini kalau anda masih belum tahu lagi siapa calon PAS dalam PRK 036 KT, anda perlu mengikuti lebih banyak lagi perkembangan terkini. Tetapi soalan siapa calon PAS adalah perkara basi yang tidak perlu diberi tumpuan lagi.


Yang penting ialah persiapan menghadapi PRK tersebut. Saya perhatikan UMNO sendiri pun tahu bahawa calon yang mereka ketengahkan bukanlah merupakan calon terbaik dan dan bukan merupakan kehendak mutlak sekiranya diberi pilihan lain . Tetapi mereka bertekad untuk menang.


Persiapan strategik yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan mereka mempunyai para strategis yang matang dan mengetahui selok belok pilihan raya. Ini mestilah dipandang serius oleh PAS.


1. mereka mengumumkan calon untuk PRK ini seawal yang mungkin. Ini memungkinkan calon calon turun berkempen sebelum hari penamaan calon.

2. Mereka tahu, undi non Melayu penting. Mereka telah pun membuat pelaburan yang diperlukan untuk mendapatkan undi sektor ini.

3. Mereka akan menaja calon bebas. Guna calon bebas ini ialah untuk melarikan beberapa undi yang kalau dibiarkan akan pergi kepada PAS, tetapi, kalau ditaja calon bebas dengan sedikit pelaburan, maka undi sedemikian dapat diselamatkan.


4. Bermakna UMNO menjangka perbezaan undi antara menang dengan kalah adalah tipis. Oleh itu, walau sedikit mana undi sekali pun, ia mesti diraih agar masuk ke kantung mereka.


5. Tetapi kalau terlalu ramai calon bebas, ia akan merosakkan calculation. Maka, satu atau dua calon bebas sudah cukup. Kalau ada bunyi bunyi terdapat yang ngada ngada nak bertanding, suap sahaja suruh dia senyap.


6. UMNO memang sudah tahu, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk jatuh ke tangan lawan secara convincing. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh terbalikkan keadaan supaya memihak kepada mereka. Oleh itu petugas mereka telah pun masuk ke dua dua DUN ini dan telah pun berkempen secara terang terangan sebaik sahaja PRK diumum. Cubalah anda tempah mana mana hotel atau rumah tumpangan atau chalet atau homestay sekarang ini di Kuala Terengganu. Semuanya penuh. Siapa yang mengisinya? Petugas UMNO dari seluruh Malaysia!


7. Cuma perang poster dan bendera sahaja yang belum gegak dan gempita sementara menunggu hari penamaan calon.


8. Strategi UMNO untuk memberi tutorial kepada pengundi supaya tidak merosakkan undi menunjukkan persiapan mental mereka untuk mengkantungkan walaupun satu undi. Mereka sudah pun kenal pasti di DUN mana, dan di Peti undi mana serta saluran mana undi rosak dalam PRU 2008 dihasilkan. Malah saya percaya mereka ada maklumat tentang nombor siri kertas undi yang rosak, dan ada maklumat siapa yang merosakkan kertas undi. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah arahkan petugas cari mereka yang merosakkan undi, pujuk, hulur dan tabur janji yang sukar ditolak oleh kumpulan ini. Kalau janji pun nampaknya tidak dimakan, pulas sahaja tangannya. Bukan kan UMNO pakar arm twisting?


9. Kalau UMNO nak buat silap pun mungkin dalam DUN Ladang. Sebabnya ialah PAS menang tipis dalam DUN inipada PRU 2008. Ini mungkin memberi keyakinan kepada UMNO mereka boleh rampas DUN ini lebih mudah berbanding Wakaf Mempelam dan Batu Buruk. Sekiranya UMNO berasa confident dalam DUN ini, ia mungkin tidak sperti yang mereka bayangkan, kerana terdapat pengundi yang mempunyai grudge tehadap mereka.


10. Menang kalah UMNO nanti akan bergantung kepada kelincahan menteri besar bersilat. Semua pemegang jawatan dalam UMNO mempunyai unsur shrewd, yang lebih diperlukan berbanding dengan IQ. Kedua dua, Idris Jusuh si menteri besar semasa PRU 12, dan Mat Said, si menteri besar sekarang, mempunyai unsur pertama, dan kurang dalam unsur kedua. Saya nampak unsur shrewd ini kurang dalam diri Mat Said. Inilah satu satu poin yang boleh membantu PAS.


11. Tetapi Mat Said dibantu oleh tenaga fikir UMNO pusat, oleh itu segala persilatan sumbang Mat Said mungkin dapat direpair oleh team pemikir UMNO. Atau Mat Said tak fikir langsung, cuma hadhir mesyuarat saja. Dan anggguk.

12. Saya dapat rasa satu aura confident dalam khemah PAS. Mungkin bersandarkan kepada faktor calon yang bakal mereka ketengahkan sahaja.


13. Ini adalah pendekatan dan rasa yang tidak menguntungkan setakat ini


14. Tetapi Mustapha Ali kan dah mahir hal pilihan raya?


15. Orang mahir pun kadang kadang silap juga.

AKU BERKABUNG

Assalamualaikum,


Sehari dua hari ini saya tidak buat posting analitikal.



Otak saya sedang berkabung.



Bukan hal di Negeri Sembilan.



Tetapi tentang saudara ku di GAZA

Wednesday, December 31, 2008

TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum,


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009

Tuesday, December 30, 2008

YAHUDI MENYEMBELIH:PENDAPAT ANDA

Assalamulaikum,

Sila luahkan pandangan, pendapat serta perasaan anda mengenai Yahudi sembelih orang Islam di GAZA.





Tulis komen anda.




YAHUDI SEMBELIH ORANGISLAM

Assalamualaikum,


Yahudi sedang sembelih orang Islam di Palestin











Orang Islam Palestin mati kena sembelih oleh Yahudi.








Kita di Malaysia bantu apa kepada umat Islam Palestin?

Monday, December 29, 2008

PRK 036 KT. UPDATE 4

Assalamualaikum,


Minum pagi disebuah gerai dalam DUN Batu Buruk. Gerai orang BN. Bertanya kepada seorang senior citizen yang minum sambil menghisap paip, siapa yang dia akan undi dalam PRK ini. Saya BN kata dia. Kita kekalkan yang lepas .

Arah pengundian yang nampak ialah keadaan masih lagi bertarik tali. Kelihatan keadaan masihbelum berubah seperti dilaporkan sebelum ini, dan saya nampak strategi yang dimainkan oleh UMNO adalah betul.


UMNO akan memastikan pertandingan lebih daripada 2 penjuru. Ini akan melarikan sekitar 300 undi saya jangka. Kemudian UMNO sedang berusaha untuk melakukan education kepada pengundi, dengan harapan jumlah undi rosak akan dikurangkan, dan masuk ke kantung UMNO. Katakan undi yang dapat diperbetulkan daripada yang merosakkannya dulu sekitar 500, maka ia akan jadi ubat yang mujarab.


Oleh kerana daripada 2004 ke 2008 undi MCA mengalami tren menurun, maka UMNO/BN akan cuba menghalang ini daripada berlaku, dan mereka diberitakan telah memulakannya di kawasan bandar.


Oleh itu, kalau keadaan bertahan seperti dalam PRU 12, maka pertarungan sememang akan menjadi sangat sengit, dengan tiada mana mana pihak mendahului, pada hari ini.


Cuma mood pengundi sedang berpaling daripada calon yang dikemukakan oleh UMNO. Inilah satu satu poin yang boleh dieksploitasi oleh PAS.

BUKIT PUTERI

Assalamualaikum,


Tidak membantah usaha kerajaan negeri Terengganu memajukan Bukit Puteri sebagai pusat tarikan pelancong. Saya yakin loceng,atau geta yang terdapat di bukit tersebut adalah sumber pendapatan yang boleh dijana oleh aktivit pelancongan di negeri tersebut. Bukan Geta sahaja, tetapi meriam, singgahsana dan tarikan lain yang terdapat di bukit tersebut memang patut dimajukan untuk menjana pendapatan.

Tetapi usahakanlah dengan cara profesional supaya ia mencipta nama. Bukan diurus secara amatur atau novis atau kampungan seperti yang terdapat sekarang.

Nampak gaya, idea awal ada, tetapi idea follow up tiada. itulah yang berlaku di mana mana sahaja di Terengganu ini.

Harap bukit ini nanti tidak jadi bukit yang mengabiskan boreh.

.

PRK 036 KT: UPDATE 3

Assalamualaikum,


Merisik di kawasan Gong Kapas dengan bantuan ground truthing agen. Kawasan ini baru sahaja dimasuki oleh petugas UMNO. Mereka meminta pengundi di sini undi UMNO.
Kawasan ini termasusk dalam DUN Ladang.
Wan Farid nampaknya tidak disukai oleh penduduk di sini. Kenapa? beritanya ialah kerana mengamalkan kronism. Pengundi mahukan calon PAS daripada orang Terengganu. Memanglah GANUCENTRIC sangat kuat di sini.
Update: Perubahan paling besar akan berlaku dalam DUN ladang ini. Berubah kepada PAS.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430

Assalamualaikum,


SAYA MENGUCAPAKAN KEPADA SEMUA MAKHLUK DI DUNIA INI, YANG DI LANGIT DAN DI BUMI, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH 1430

Sunday, December 28, 2008

ZAHARAH DAN RAHMAH

Assalamualaikum,

Masjid Tengku Tengah ZAHARAH di Kuala Terengganu adalah salah satu masjid yang menarik. Ia dibina dengan konsep masjid terapung, maksudnya masjid tersebut berada di atas air, walaupun ia sebenarnya tidak terapung.

Ia menjadi kebanggaan negeri Terengganu, kerana ia merupakan salah satu daripada mercu tanda negeri tersebut. Diberitakan bahawa penciptaan masjid tersebut diasaskan kepada Masjid RAHMAH di JeddaH yang dibina di atas air di pantai Laut Merah di Saudi Arabia.

Saya telah berpeluang solat dikedua dua masjid, dan memang terasa kebangaan untuk mendapat peluang yang sedemikian.

Oleh kerana Terengganu telah ada Zaharah, maka saya harap sangat, dan berdoa supaya Terengganu ada RAHMAH. Negeri Terengganu telah sedia menerima Rahmah Allah, dan diharap jangan tidak disyukuri oleh Terengganu.

1. Rahmah minyak: royaltinya hendaklah dititis kepada rakyat. Bukan dikebas

2. Rahmah Penyu. Jangan curi telurnya, dan jangan bunuh makhluk tu

3. Rahmah emas. Bila dah lombong emas, keluarkan zakatnya

4.Rahmah marble. Ambil manfaat untuk rakyat

5. Rahmah silica. Gunakan untuk menjana pendapatan rakyat.

dan macam macam Rahmah lagi yang Allah telah anugerah kepada Terengganu.

Bila PAS perintah Terengganu, PAS telah cuba bawa hukum Allah menjadi hukum tertinggi negeri ini. Itu satu Rahmah.

UMNO tolak itu. UMNO tolak Rahmah. Dia ajak orang Terengganu semua sekali tolak Rahmah.

Orang Terengganu mesti mencari RAHMAH. Tolak UMNO

PRK 036 KT:GROUND TRUTH UPDATE 2

Assalamualaikum,


Mencari dan merasa dan menyelusuri medulla oblongata pengundi di Kuala Terengganu. Serta menyelami alam sub concious mereka, untuk mengetahui siapakah yang akan mereka undi dalam PRK 036 KT nanti. Ia merupakan satu tugas yang menyeronokkan.
Sebelum tu, sehingga jam 11:00 malam kami lihat jalan masih dalam proses diturap berhampiran masjid Tengku Tengah Zaharah, atau masjid terapung. Semasa kami pergi untuk solat subuh di masjid tersebut, kerja kerja berhenti. Turapan telah siap. Tetapi sekitar jam 09:00 pagi, kerja turapan disambung semula di bahagian lain. Baik sungguh hati kerajaan negeri Terengganu ini. Sanggup bekerja siang dan malam semata mata untuk membahagiakan rakyat yang sangat mereka cinta.
Ground truthing dilakukan lagi. Pengundi beri tahu: DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk betahang. DUN Ladang, UMNO ambil tanah rakyat, pergi ke bulang. DUN Bandar, balik air.
Paham tak?

KENAPA BN NI DENGKI

Assalamualaikum,


Semalam saya menggunakan lebuh raya Pantai Timur untuk ke Terengganu. Tetapi lebuh raya itu tamat hingga hampir di Kemaman.
Nanti akan disambung sampai ke Besut.
Tetapi akan terhenti hingga di situ. Tidak akan disambung ke Kelantan.
Apa, rakyat Kelantan tak bayar road tax ke?
Apa, rakyat Kelantan tak bayar income tax ke?
Apa, rakyat Kelantan saja ke yang tak bayar cukai, rakyat negeri lain bayar cukai?
Kenapa BN ni dengki?