Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

TERKENANG MAD MITHLAIN



Assalamualaikum


Dalam tajwid, kita akan bertemu dengan beberapa jenis bacaan yang dipanjangkan bacaannya dikenali sebagai MAD, bukan mad dalam bahasa inggeris. Sekitar dua dekad dulu, semasa mendengar ceramah politik seorang mad, menyindir seorang mad yang lain dengan membawa maksud, perbuatan mad yang disindir boleh menyebabkan seorang baginda lari ke Pulau Ketam.

Kini yang disindir dan menyindir tidur sebantal. Inilah mad mithlain!

Friday, November 14, 2014

SAWO YANG MATANG

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ia melambai lambai ditiup angin. Kayunya kukuh dan tidak mudah patah. Semasa mudanya ia kelihatan begitu rimbun sekali. Tetapi sekarang sebahagian daripada dahannya kelihatan usang dan  renggis. Dalam bahasa saintifik ia dikenali sebagai Manikara achras (Mill Fosber) tetapi dalam bahasa kampung ia dikenali sebagai ciku. Orang Jawa menamainya sebagai sawo.

Pokok ciku dalam gambar di atas telah sedia ada di hadapan laman rumah ayahku sejak aku belum lahir lagi. Setelah tamat peperiksaan HSC dalam tahun 1972, aku menganggur, sementara menunggu keputusan peperiksaan. Untuk menampung perbelanjaan harian ku, pokok inilah yang membantuku.

Pada ketika itu buahnya yang sudah tua, bermaksud kalau dipetik dan diperam, ia akan masak, laku untuk dijual. Jadi sekira kira dua kali seminggu aku akan panjat dan jolok serta kumpulkan buahnya, dan bawa ke sebuah kedai kopi di tepi sawah di simpang masuk ke Solok Gaong untuk dijual. Sekali jual biasanya aku dapat sekitar RM 1.50 .

Pada ketika itu, hasil jualan ciku itu cukup menampung perbelanjaan harian ku, untuk beli akhbar Straits Times, beli setem untuk urusan memohon tempat ke universiti, dan perbelanjaan lain.

Pokok ini masih lagi berdiri tegap dihadapan rumah kampung ku.







Friday, July 18, 2014

TAKZIAH MH 17

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan takziah kepada Malaysia dan semua yang terlibat dalam insiden MH 17

Tuesday, June 24, 2014

BOT KURANG HAJAU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Yus, kau nak balik naik apa? tanya ku kepada Yus, si TKI. Feri, katanya. Isteri ku nyampuk, kalau dengan kedutaan, kena naik feri. Ha, kau jangan naik bot kecil tu. Milu aku mikirkan nya. Sambung ku.

Memang, minggu lepas sebuah bot yang dikatakan dalam perjalanan menuju Acheh tenggelam, dan ada beberapa penumpang yang mati.

Tidak pun sampai beberapa hari, sebuah lagi bot yang membawa penumpang yang diberitakan menuju ke negara yang sama tenggelam. Juga diberitakan melibatkan kematian. Hati ku jadi seriau mengenangkan si Yus ni nak balik dengan cara nyeberang laut.

Insiden kedua itu melibatkan sebuah bot yang dinamakan sebagai bot pancung. Kenapa dinamakan bot pancung ya?

Kenapa mereka menamakan bot ini bot pancung? Ooo, mungkin bot ini kurang hajau. Sebab kalau berlaku kurang hajau kepada pihak pihak tertentu, hukumnya ialah

Pancung

Monday, February 10, 2014

PESAN TERAKHIRNYA...

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sarawak for Sarawakians.



Friday, August 30, 2013

MENDEKA!

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56. Malaysia

Thursday, August 29, 2013

MOTOR HJ ITHNIN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Motor peninggalan almarhum ayahanda masih lagi tercegat di pangkal tangga, meski pun tuannya sudah 6 tahun pergi tanpa kembali lagi.

Thursday, December 27, 2012

MOTO SENSASI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba tiba enjin kereta tersenggut dan power semakin berkurang. Aku cuba tekan minyak, namun kereta tidak bertenaga, kemudian power hilang langsung, dan akhirnya enjin mati secara tiba tiba.  Aku dan Mat Jani keluar dari kereta, dan ku lihat enjin kereta berasap. Kereta aku tersadai.

Aku dalam perjalanan untuk ceramah STPM di Kuala Selangor dalam tahun 1984. Kereta itu tersangkut di Asam Kumbang, dan perlu di top overhaul.

Kira kira seminggu sebelum kejadian tersebut, almarhum ayahanda ku meminta RM 500.00 daripada aku. Katanya nak beli motosikal honda cup. Aku beritahu almarhum, aku tidak punya duit sebanyak itu pada ketika itu. Beliau diam sahaja.

Kereta Toyota Corolla aku yang rosak itu sudah siap. Total bill: RM 500.00

Tadi kata tak ada duit RM 500.00, sekarang boleh pula bayar RM 500.00

Ayahanda ku beli juga moto tersebut dari sumber wang yang aku tidak tahu dari mana, dan digunakan motor tersebut ke akhir hayatnya.


Kesesalan ku: mengapa aku tak beri RM 500.00 yang dimintanya?

Monday, November 5, 2012

HAFIY

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Monday, September 3, 2012

KAMBING ADA SURAT BERANAK DI CAMERON H

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


“From 200 goats, I now have 35 only. I have incurred losses of RM30,000. When I lodged a police report, the police asked me the brand of the gun that was used and whether I had birth certificates for the goats,” he said.

cerita penuh di sini

Wednesday, July 25, 2012

JUMPA PELBAGAI KARENAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila claim lambat diproses, bila permohonan lambat dilulus bila mereka tidak beri pemberitahuan, lepas tu bila kerja dah buat dia kata salah prosedur, semuanya auta aje.

Bila aku tanya dan berjumpa dan siasat semua bahagian tu, jawapan yang mereka beri tu sama. Misplaced la, saya cuti la, itu la ini. Kemudian, bila press lagi dia jawab: bukan salah saya!

Semuanya mereka mempunyai ciri satu bangsa yang sekarang ni kuat menipu dan rasuah. 

Nak cari yang bertaqwa amat sukar sekali

Monday, April 23, 2012

MULA BERTUGAS SETELAH UMRAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mula bertugas setelah selesai mengerjakan umrah.

Browse news. Nampak berahem tibai gambar di bunting.

Nanti kau pulak yang bunting,berahing

Wednesday, March 21, 2012

ADA SIAPA INTERESTED?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada sesiapa  interested nak beli buku terbaru hamirdin? RM 35.00 haja satu, belanja pos Rm5.00. Kalau minat email kat aku. address email ada pada blog.

Wassalam & good day

Friday, March 16, 2012

ALBRANGI MASIH DI HOSP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Al Brangi masih lagi dalam wad 1st class hospital Serdang kerana masalah cellulitis ke cellulite ke mcm tu la. Dah 10 hari dalam hospital.

Di doakan semuga beliau cepat sembuh dan dapat discharge dari hospital tu

Thursday, December 22, 2011

BECAUSE I LOVE YOU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku menghadhiri satu kursus di Pangkor mei lepas, hanya satu sahaja yang menyentuh sanubari aku. Iaitu satu slot menunjukkan komersial tv yang lepas lepas. Komersial yang dimaksudkan adalah hasil produser almarhum/almarhumah yasmin ahmad. Ia mengenai seorang anak sekitar 8-9 tahun yang malas untuk menjalankan suruhan ayahnya.
Lalu semasa budak tersebut tidur, si ayah menulis senarai perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh si ayah untuk si anak sepanjang umurnya, termasuk kos susu bayi, kos lampin dan bermacam macam kos lagi. Dipendekkan cerita, si ayah memberi tahu bahawa semuanya dia tidak charge kepada si anak kerana kata ayah itu dalam suratnya...

.....because I love you

Semasa aku masih mempunyai anak kecil, isteri ku bangun malam untuk menyediakan susu untuk si kecil. Waktu pagi aku lihat serpihan susu berterabur di sekitar raga termos dan susu. Aku tahu, isteriku menyediakan susu bayi dalam keadaan mata separuh tertutup kerana mengantuk, itu sebab bila dituang susu ke dalam botol susu, tidak semua susu yang masuk ke dalam botol, sebahagiannya berterabur di sekitar raga.

Semuanya yang dibelanjakan untuk si anak tidak di charge dan tidak diminta balasan...

..........because we love you

Wednesday, December 21, 2011

MAY HE UNITE BOTH OF YOU IN GOODNESS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Almaklumlah, aku sebagai orang yang sentiasa ketinggalan zaman dalam bidang nyanyi nyanyian dan kegilaan semasa dalam hal hiburan semasa, tidak tahu siapa tu maher zain. Lepas tu bila aku call staff aku, ringing tone nya menyanyi lagu tu, bila radio ikim yang aku dengar mainkan lagu, juga lagu tu.

Semua yang maher zain sebut tu aku tak berapa dapat nak tangkap, cuma yang aku dapat tangkap dengan sahih ialah kata kata bainakuma bermaksud antara kedua kamu. Aku tanya si Hajjah isteri ku, ini lagu pengantin ke? Dia pun blur macam aku juga.
Itu kira kira setahun lalu. Sekarang baru aku faham, lagu tu untuk pengantin baru




May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.’

Dan sekarang doa ini membawa makna yang lebih kepada yang berkenaan

Friday, November 25, 2011

PERANGAI BURUK BBB

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekarang kan ke musim orang buat kenduri kawin. Bila ada dua tiga tempat nak dipenuhi jemputan, ada tempat yang kita tidak berkesempatan makan hidangan. Hulur envelop dan lepas itu beredar.

Tuan tuan rumah yang buat kenduri kawin dengau sini. Bila orang hulur envelop sebagai sumbangan kepada kau punya majlis, kau pula hulurkan buah tangan untuk jemputan yang tak berkesempatan makan tu.

Jangan kau biau kan jemputan balik tangan kosong, tapi tangan kau disumbat envelop.

Untuk kesekian kalinya aku memenuhi jemputan kawin di bandar baru bangi. Oleh kerana perlu berkejar ke jemputan jauh, jemputan di bandar baru bangi aku jumpa tuan rumah, salam yang dikepil envelop.

Tuan rumah cakap terima kasih ye

Ptui, aku balik tangan kosong je

Wednesday, November 23, 2011

GADANG GODANG GADONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku dah cerita tentang Jam Gadang di Bukit Tinggi, Sumatra Barat. Orang Negeri 9 pula tidak reti nak sebut besar. Dia tau godang je.

Kira kira sebulan setengah aku bertemu seorang sahabat, ana nak kawinkan anak, katanya. 20 hb sebelas, tapi kad belum hantar lagi. Tambahnya. Kami buat majlis di kampung Dia sambung. Kampung anta di mana, tanyaku. Gadong, jawabnya.

Apabila hampir dengan tarikh tersebut, aku beranggapan Gadong ini ialah Pulau Gadong di Melaka. Pulau ini termasuk keajaiban dunia, seperti Pulau Melaka di Kelantan, kerana pula ini terletak di daratan.

Pulau Gadong ini mengingatkan aku kepada satu peristiwa.. Aku dijemput memenuhi kuota rombongan pengantin lelaki ke satu majlis pernikahan di Pulau Gadong. Sampai di majlis tersebut. tuan rumah sedang melayan reception nya. Mundar mandir dia menjemput orang makan.

Rombongan kami sampai sekitar 8 malam. Masa tu perut sudah keriut dan keriuk kerana sudah time makan, dan di hadapan kami orang sedang makan. Tuan rumah tidak jemput kami makan. Pak imam yang hendak menjalankan majlis akad nikah juga tidak datang datang, diberitakan kerana ada majlis di masjid.

Rombongan kami dibiar cari tempat duduk dan kerusi sendiri. Duduk melangok tunggu dijemput makan yang tak dijemput jemput. Tunggu di sapa yang tidak kunjung datang sapaannya. Hati aku mula merubuk. Darah mula menyengau, Aku mula pheh.

Aku merungut rungut dalam gelap tempat kami serombongan tu tersadai. Tuan rumah buat tak peduli aje, Hai, kau hantau le kuih ke, air ke, tekak aku dah kering la. Aku merungut sepanjang peristiwa tersebut.

Esoknya aku dijemput lagi untuk mengiringi rombongan pengantin lelaki untuk majlis bertandang di tempat itu. Aku refuse. Bapa pengantin sahaja yang menjadi kepala rombongan tersebut.

Tengahari itu, sebaik dimajlis, rombongan tersebut kena lagi seperti peristiwa semalamnya. Di biar kebulur tanpa sebarang sapaan dan layanan. Bapa penganti lelaki menjadi sangat marah sehingga mencapai tahap pheh, terus meninggalkan majlis. Stat kereta, cabut balik rumah meninggalkan rombongan melangok tunggu dijemput makan.

Sampai di  rumahnya, bapa pengantin lelaki raba poket untuk cari kunci rumah. Waduh pheh nya, kunci tertinggal pada bini yang terus berada di majlis tersebut.

Mau tidak mau, Pheh tak Pheh, tebalkan muka balik semula ke majlis tersebut untuk minta kunci. Satu perjalanan one way 25 km, 4 perjalanan jadilah 100 km

Kawanku yang buat majlis kawin anak pada 20/11/11 tu bila aku check semula kadnya, majlis diadakan di Kg. Jeram, Kota, Negri Sembilan. Tu kampung bini dia. Kampung dia sendiri bernama Gadong, sebelah sahaja dengan Jeram.

Nasib baik aku dan bini tak pergi Pulau Gadong

Kalau tidak kebuloq aku


Friday, November 4, 2011

ABU AHMAD KETAWAKAN TEH TARIK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Kawan aku yang bernama Al Hulail yang lebih suka dipanggil sebagai Abu Ahmad pernah mendaftar PhD di sebuah IPTA Malaysia. Semasa aku dan isteri mengerjakan haji pada 2009 dia dan keluarganya telah membawa kami berdua melihat lihat kota makkah di luar kebiasaan yang dapat dinikmati oleh jemaah haji. Gambar di atas kami berada di atas Jabal Qubais, atau Bukit Qubais. 

Bukan bukit kobis



Yang menjadikan Abu Ahmad tergelak mengenangkan Malaysia ialah teh tariknya diikat dalam plastik. Koman sangat la , katanya.

Sunday, October 16, 2011

INCREDIBLE HULK TERPERESOK DLM PERIUK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Kereta hijau ini bukan lah kenderaan incredible hulk yang bila marah naikwarna hijau, tetapi tiba tiba sahaja kereta ini berada di porch rumah aku.
Dan pak haji baju hijau ni pun tersongeh songeh berposing dalam rumah aku ini apa ke halnya?
Lepas tu tiba tiba je cik cik puan come lote ni serbu rumah aku, apa hal pulak?
Lepas posing posing depa mengendeng ngendeng dan mengesut ngesut duduk pula kat meja makan. Siapa yang pelawa mereka aku pun tak tau, tapi nampak mereka tidak mahu menginggalkan meja tersebut yang alas mejanya juga berwana hijau.
Lepas tu , patut la mereka mengendeng ngendeng kat meja makan, rupanya nak makan.Pinggan pula suma hijau

Mengapa mereka menyerbu ke rumah aku? rupanya baru aku tahu, yang icredible hulk nyorok di rumah aku. Dia nyorok dalam periuk.  Itu yang cik cik puan tu kejau.
Dia tukar rupa jadi nasi lemak hijau!