Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

PADAN MUKA...DAP SEMAKIN MERENDAH-RENDAHKAN KEMAMPUAN PAS


"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri.” - Tony Phua
Kesian dengan PAS. Ia kini benar-benar kesaorangan. Terpencil.
Di kalangan sekutunya dalam pembangkang pun, nampak sangat PAS cuba di pinggirkan.
Dap sudah beri isyarat bahawa mereka tidak memerlukan PAS pada pilihan raya umum akaan datang.
Nampak jelas DAP selesa dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) sahaja.
SetiausahaPublisiti DAP Tony Pua semalam berkata, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun.
Amat jelas, PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP.
Hubungan DAP dan PAS putus secara rasmi apabila muktamar PAS yang lalu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik bertali arus.

Hadi dikritik atas dakwaan culas menghadiri mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga sering menggunakan kuasa vetonya dalam parti dengan membangkang keputusan yang dibuat timbalannya pada masa itu, Mohamad Sabu dalam mesyuarat majlis presiden PR.
Malam semalam pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Amanah, Tony Phua berkata PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dengan bangga beliau mngemukakan soalan: "Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang?

Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh. PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri.”

Malah beliau turut memberi contoh prestasi PAS yang merudum dan amat jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu.

Tony Phua berkata ketika itu,  seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada kontroversi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan hujung tahun lalu dengan mendakwa bahawa kerajaan negeri dan persekutuan dilihat sama-sama lambat menghulurkan bantuan.

Menurutnya, sebaliknya DAP mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali sebagai Impian Kelantan.

Bercakap dalam majlis makan malam meraih dana Amanah semalam, Pua turut mengungkit bangkangan Hadi terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, jika PAS menyertai gabungan baharu pembangkang sekalipun, mereka tidak akan mempercayai parti itu yang semakin merosot pentadbirannya.

"Jika bersama kita sekali pun, belum tentu prestasi mereka baik," katanya.

Biarpun demikian, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata partinya tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau apa cara sekali pun.

"Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak, kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.

"Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu mengemudi ruangan ini dan menjadi jambatan di antara mereka," katanya sewaktu berada sepentas dengan Pua sewaktu sesi soal jawab selepas makan malam itu.

Wednesday, January 15, 2014

PUSAT GIAT MARA - PEMIMPIN MELAYU DALAM PKR SELANGOR 'MUSANG BERBULU AYAM'?



Daripada lawiayam

Kesal sungguh dengan pemimpin Melayu dalam PKR Selangor.

Demi menjaga periuk nasi dan berkedudukan,  mereka sanggup mengatakan Giat MARA ditutup tiada kaitan dengan Melayu.

Sebaliknya mereka menyokong DAP yang menganggap pembinaan pusat itu di atas ‘tanah haram’.

Sedarlah orang Melayu dan Bumiputera Selangor mengenai cara DAP merampas tanah Bumiputera dan menutup peluang belajar untuk anak Melayu dan Bumiputera. Sepatutnya pemimpin Melayu Selangor dalam PKR ini memperjuangkan hak pusat ini selain menjamin tanah itu untuk tujuan pendidikan.

Lagipun ia didirikan sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Sebaliknya mereka tunduk kepada cara DAP merampas tanah dan menutup Pusat Giat MARA ini.

Cara pertama mereka lalukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram.

Merbahaya jika semakin ramai pemimpin Melayu di Selangor bersikap sebegini dan tunduk kepada kehendak DAP yang ‘menyumpit dengan sebutir peluru beracun untuk dua ekor burung’. Memburukkan keadaan, pemimpin Melayu dalam PKR bagaikan 'musang berbulu ayam' apabila bersekongkol dengan DAP merampas tanah kerajaan dan menutup pusat Giat MARA itu.

Harapkan pemimpin PAS bersuara? Mereka pun sama - 5 kali 2 sahaja!

Maknanya di sini, DAP berniat menghapuskan Puast Giat MARA untuk pelajar Bumiputera dan pada masa yang sama 'merampas' tanah itu untuk dimajukan oleh ahli perniagaan Cina.

Kenyataan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali (kiri) bahawa rampasan tanah Pusat Giat MARA Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu sangat mengecewakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat MARA. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa. Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah.

Kami akan bincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Nak cerita apa Wahai Dr Halimah yang tergolong dalam cerdik pandai Melayu di Selangor.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan negeri Selangor merampas tanah Pusat Giat MARA  Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat MARA  itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Lihat tu yang datang bersama Exco ialah wakil Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur lagi.

Untuk apa diperkatakan mengenai tanah berkenaan kalau bukan untuk dimajukan dan terhapuskan pusat berkenaan.

Sebelum ini, Pusat Giat MARA Sabak Bernam sudah ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Benar Pusat Giat MARA  telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) tetapi jangan apabila berkuasa Melayu Selangor lupa diri.


Kita amat menaruh harapan agar Badan Perhubungan UMNO Selangor mempertahankan kawasan tanah yang diduduki Pusat Giat MARA Selayang walaupun sudah diarah berpindah oleh kerajaan negeri Selangor bermula hujung tahun lalu.

Pengerusi badan perhubungan itu, Datuk Seri Noh Omar wajar mencari jalan mengatasi masalah ini kerana  pusat latihan kemahiran itu sebenarnya sudah menduduki tanah kerajaan negeri selama 20 tahun.

Institusi ini penting untuk golongan remaja yang tercicir dalam akademik.

"Kita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita dan berharap dapat membuat permohonan atas tanah yang diduduki oleh pusat Giatmara ini," katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Tanjong Karang semalam.

 Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dikatakan sudah menghantar surat kepada pengurus Pusat Giat MARA Selayang pada 2 Disember tahun lalu yang menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan.

Ia kerana pusat berkenaan yang menduduki tanah seluas 11,396 kaki persegi itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, arahan terbaru itu adalah kes kedua pihak kerajaan negeri ingin memusnahkan impian pelajar Giat MARA selepas pusat Giat MARA di Merbau Berdarah, Sabak Bernam diarahkan tutup pada pertengahan 2012.

Tuesday, October 8, 2013

DAP MELAKA SEMAKIN PARAH...GARA-GARA ISRID HARON DIPUJI

Leong San....letak jawatan.
Hari ini anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.

Selain beliau, ADUN Bachang Lim Jak Wong turut meletakkan jawatan sebagai ketua whip pembangkang sebagai tanda sokongan terhadap langkah Goh. Lim menjelaskan, beliau juga tidak dapat bekerjasasama dengan ADUN DAP lain.

Leong San membuat keputusan itu ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.


Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana). Leong San  mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.

ADUN Duyong itu mendakwa, dua wakil rakyat itu - yang beliau tidak menamakannya - berpunca daripada ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Berita Harian pada 3 Oktober lalu.

Laporan menyebut Leong San yang menjadi  ADUN Duyong sejak 1995 itu menyifatkan Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik

Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi dan pengerusi UMNO Melaka mempunyai misi amat jelas membangunkan rakyat dan negeri itu selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.

"Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang.

"Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai,"Leong San dipetik sebagai berkata.

Monday, October 7, 2013

PENYELEWENGAN DANA DAP - ORANG MELAKA, TUNGGU APA LAGI?

Leong Sun( dua dari kanan) mendapat kritikan hebat...
Apabila Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengugut untuk mendedahkan perbuatan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, ia membuktikan ada perbuatan sedemikian dalam parti berkenaan.

Benar sekali parti itu kini berdepan kemelut perpecahan di Melaka tetapi ia bukan yang sesuatu yang mahu tahu atau ambil peduli.

Tetapi yang penting ialah pengakuan Leong San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong pada 4 Oktober lalu ialah berlaku perbuatan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Kini sah sudah bahawa DAP yang sering menuduh kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) ‘tidak bersih’ sebenarnya tindakannya untuk menutup kelemahannya sendiri.

Yang pasti hasil kenyataan Leong San itu, berlakunya penyelewengan berkaitan dengan dana parti itu. 

Walaupun Leong San mendedahkan perkara itu sebagai reaksi kerana beliau semakin hilang sabar dengan pemimpin Pusat DAP kerana campur tangan dalam hal ehwal parti itu di Melaka tetapi amat nyata, perbuatan itu pastinya berlaku bukan sahaja di Melaka.

Malah ugutan Pengerusi DAP Melaka bahawa beliau akan mendedahkan beberapa dokumen penting berhubung pemilihan calon dalam PRU-13 lalu jika pucuk pimpinan parti itu masih gagal menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi sekarang, membuktikan parti itu juga tidak demokratik kerana ada ‘campur tangan’ pihak tertentu dalam parti berkenaan.

""Saya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pemimpin Pusat parti gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi…Saya tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mendedahkan sesuatu jika ada pihak yang terus mendesak saya untuk melepaskan jawatan tanpa alasan yang konkrit," katanya dalam sidang akhbar di Melaka 4 Oktober lalu.

Jadi orang Melaka tak kan mahu berdiam diri.

Ambillah tindakan yang sesuai untuk membolehkan SPRM menyiasat mengenai penyelewengan dengan dana DAP Melaka berkenaan.

Dedahkan sifat dan amalan buruk pemimpin DAP biar orang Cina Melaka tahu bahawa parti yang mereka sokong atau beri undi pada pilihan raya umum lalu sebenarnya tidak bersih.

Jika berdiam diri bermakna kita membenarkan amalan penyelewengan selain membiarkan DAP mencaci BN berterusan sedangkan mereka lebih teruk seperti didedahkan oleh Leong San itu.

Kita tidak peduli DAP negeri itu hendak berpecah kepada dua atau berapa pun.

Kita juga tidak peduli dengan beberapa ADUN tidak menghormati Pengerusi negeri dan Jawatankuasa Perhubungan parti kerana tiada usaha pucuk pimpinan untuk memulihkannya.

Dengan mendedahkan penyelewengan itu juga kita membantu ADUN berkenaan yang kini dikritik hebat ekoran kenyataannya memuji pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dalam sidang DUN kelmarin.

Leong San patut dibantu daripada terus menjadi bahan kritikan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban.

Badan Bukan Kerajaan, UMNO serta pihak-pihak tertentu sewajarnya tidak melepaskan peluang yang terdedah ini apalagi yang mendedahkannya pemimpin kuat DAP di Melaka sendiri.

Wednesday, April 10, 2013

PAS BERJAYA MENDIDIK DAP TERIMA ISLAM ATAU SEBALIKNYA?


"Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?"


Benarkah DAP terima Islam? Benarkah PAS Berjaya Mendidik DAP Terima Islam?

Siapa pemimpin PAS yang berjaya mengajar atau mentarbiyahkan pemimpin DAP untuk terima Islam? Nik Aziz sendiri? Datuk Seri Abdul hadi Awang?, Ahmad Sabu?, Khalid Samad? Datuk Mahfuz Omar atau Datuk Husam Musa?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya PAS berjaya mendidik DAP menerima Islam.

Tidakkah selama ini sejak merdeka melalui Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi, peruntukan itu ditentang hebat oleh DAP secara senyap-senyap?

Apakah Dasar Penerapan Islam yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memahamkan DAP mengenai dasar Islam?

Nik Aziz mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Apakah hanya kerana kemungkinan menggunakan lambing PAS, DAP dianggap menerima Islam?

Cetek sungguh pemikiran Nik Aziz mengenai perkara ini – saya ulangi, mengenai perkara ini – kerana Logo PAS (Bulan Kosong) bukannya lambang Islam.  

Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?

Selain itu DAP mungkin ‘menerima PAS” kerana keputusan PAS sendiri bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah yang ditentang kuat oleh sesetengah pemimpin sendiri.

Sedarkah Nik Aziz?


Kalau Nik Aziz boleh menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara, Nik Aziz lupa apa yang berlaku kepada partinya sendiri.

Malah dia sendiri memang bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dalam Kitab Injil.

Kesian, pada akhir penghujung hayatnya Nik Aziz merapu dan seperti hilang arah kerana dendam terhadap UMNO dan mahu terus menerus memegang jawatan walaupun tahu akan membinasakan partinya sendiri.

Nik Aziz langsung tidak sensitif kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.

Beria-ia puji Lee Kuan Yew yang tidak pernah berjasa kepada Kelantan tetapi tidak kepada Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib.
Dia sanggup mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.

Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.

"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," di rumahnya di Pulau Melaka, hari ini.

Nik Aziz juga lupa, selain isu Kalimah Allah yang ditentang orang Islam gara-gara pemimpin DAP memperjuangkannya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri menolak pelaksanaan undang-undang hudud.

Rakyat Malaysia semua tahu bahawa Karpal pernah mengatakan ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu jika negara Islam mahu ditegakkan di negara ini.

Hukum itu sebahagian kecil sahaja tetapi isu negara Islam yang menang menjadi dasar perjuangan PAS dipersoalkan oleh Karpal dan DAP, namun kerana apa Nik Aziz memalingkan mukanya?

Amat nyata politik Nik Aziz bersumberkan dendam dan ingin menuntut bela kerana PAS pernah ditendang keluar daripada BN gara-gara kerenah pemimpin PAS sendiri.

Sewajarnya Nik Aziz marah kepada pemimpin PAS yang menyebabkan parti itu ditendang keluar, bukan kepada UMNO atau orang Islam dalam UMNO.’

Tidak cukupkah mengkafirkan orang UMNO dan parti UMNO, menyifatkan orang yang menerima bantuan kerajaan termasuk BR1M sebagai haiwan dan banyak lagi.
 

 Nik Aziz juga ada memberikan orang ‘gula-gula’ dan apakah beliau juga ‘penternak haiwan’?

Kenyataan terbaru Nik Aziz yang mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Pandangan Nik Abdul Aziz tentang dosa dan pahala umpama menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri, kerana Pas sendiri bersekongkol dengan PKR dan DAP, yang secara terbuka dan konsisten telah menolak pelaksanaan hukum hudud dan dasar Islam mereka.

Amat nyata baginya laungan 'takbir' atau laungan politik sahaja dapat mengikat jiwa umat Islam terutama orang Kelantan sebaliknya soal kegagalannya mengurus pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat diletakkan di atas bahu dan kepala orang lain.


Orang ramai tidak lupa dengan isu tajaan mengerjakan haji daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Penajaan itu dilaporkan turut melibatkan isteri Nik Aziz, anaknya Nik Amalina dan suami Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bergelumang dalam satu lagi kontroversi.

Selain isu tajaan haji, Nik Aziz juga menerima kritikan hebat kerana didakwa mengamalkan nepotisme dengan melantik Abdul Ariffahmi untuk menerajui PMBK sehingga mendorong exco Pemuda PAS negeri itu diminta meletakkan jawatannya.

Nik Aziz turut mengugut untuk berdoa bala terhadap perdana menteri dan Umno berhubung bayaran royalti petroleum.

Orang juga tidak lupa doa adik Nik Aziz  untuk menjahanamkan orang lain.

Saturday, January 5, 2013

PRU13 - MICROSOFT EXCEL DIPERSALAH...POOI DIKORBANKAN BAGI PULIHKAN IMEJ DAP

"Mereka (DAP) membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran. Dia mengakui berkata kesilapan itu disebabkan masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel...Kesilapan menyebabkan calon-calon yang meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama" 
- Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong

Laporan mStar Jumaat 4 Januari 2013 menyebut seorang anggota jawatankuasa penganjuran kongres ke-16 parti DAP berkata keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang diumumkan pada 17 Disember, sepatutnya dikekalkan.

"Tiada siapa yang mempertikaikannya. Saya tidak faham mengapa terdapat keperluan untuk membuat pindaan,'' kata ahli yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Namun pemimpin tertinggi DAP tidak melihat demikian. Yang penting bagi DAP ialah memulihkan imejnya sebagai parti perkauman dan tetap meletakkan orang Melayu di kedudukan yang sepatutnya menurut perkiraan parti itu. Persoalannya, apakah dengan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini boleh menghilangkan parut dan calar hasil pemilihan itu?
 
Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari (gambar kiri) , iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini diisytiharkan menduduki kedudukan 20 dalam CEC

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.

Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran. Dia mengakui berkata kesilapan itu disebabkan masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel.

"Kesilapan menyebabkan calon-calon yang meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama," katanya, sambil menambah Setiausaha Agung Parti, Lim Guan Eng telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, jawatankuasa, semasa mesyuarat malam Khamis telah mengesahkan Zairil dipilih sebagai ahli. Wu telah dilantik sebagai ahli dan dibenarkan kekal sebagai penolong setiausaha penganjur kebangsaan.

Kesan daripada itu Pooi meletakkan jawatan daripada kedudukan beliau sebagai pengarah pilihan raya DAP berikutan kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata Pooi mengakui kesilapan beliau dan mengaku bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilaporkan sehingga menyebabkan calon yang berada pada kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama.

"Kita perlu memberitahu perkara sebenar. Kita tidak akan hidup dalam pembohongan. Parti tidak akan hidup dalam pembohongan. Ini (keputusan yang diperbetulkan) perlu diperjelaskan.

"Kami telah melantik pasukan audit dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming dan melantik juruaudit bebas luar untuk mengesahkan keputusan.

DAP mahu sebuah firma perakaunan mengendalikan pilihan raya parti itu pada masa depan untuk mengelakkan sebarang masalah.


Walaupun cuba menutup bangkai gajah, tindakan meminda keputusan pemilihan parti DAP ekoran kesilapan teknikal akibat pengiraan undi menimbulkan kontroversi yang cukup besar. Pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan orang Melayu tersenarai sebagai CEC  parti itu.

Barisan Nasional (BN) dan pemimpin politik lain agak skeptikal dengan tindakan parti itu membuat pindaan kerana ia berlaku selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Disember yang memperlihatkan tiada orang Melayu menang dalam pemilihan tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka menyatakan bahawa pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil yang merupakan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng – dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 bagi membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir.

Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.

Pemimpin BN berkata tindakan DAP meminda keputusan pemilihan CEC menunjukkan mereka tertekan dalam usaha membuktikkan parti itu pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata pemilihan Zairil secara kebetulan sebagai anggota CEC ‘terlalu mudah’ untuk diteka .

“Jika DAP melakukan ini bagi menggembirakan orang Melayu, maka mereka benar-benar silap. Orang Melayu akan lebih rasa terhina dengan tindakan sebegini. Parti telah pun menghina komuniti ini apabila tiada undi yang diterima pada keputusan pemilihan terdahulu,” katanya.

DAP mendakwa berlaku kesilapan teknikal dalam jadual pengiraan undi yang telah dibuat.

Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk Seri M. Kayveas yakin tindakan meminda keputusan pemilihan DAP adalah satu tindakan ‘melindungi kepentingan pihak tertentu’. Sudah buat silap, cuba tutup dengan pembohongan. Bagaimanakah anda hendak harapkan mereka untuk mentadbir negara ini dengan betul apabila mereka tidak boleh melaksanakan pemilihan parti dengan mudah?”, katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liat dalam tweetnya mengatakan DAP sering menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kesilapan teknikal namun pada masa yang sama sistem yang mereka gunakan sendiri lebih teruk macam ‘sampah’ jika hendak dibandingkan dengan SPR.

Pengarah Institut Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata DAP sepatutnya bekerjasama dengan juruaudit antarabangsa yang diiktiraf dan syarikat teknologi maklumat bagi mengesahkan keputusan pemilihan CEC parti itu yang berlaku disebabkan oleh masalah teknikal.

“Kesilapan berkaitan sistem komputer harus dipastikan, kerana orang ramai akan melihatkan sebagai satu percubaan untuk menutup kesalahan orang lain,” katanya sambil menambah bahawa juruaudit dan syarikat teknologi maklumat hanya memerlukan tempoh beberapa hari itu menyelesaikan masalah dan menyediakan laporan mereka.

Ramon berkata DAP sepatutnya membenarkan satu siasatan terbuka dijalankan bagi menunjukkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban mereka dalam menghadapi risiko. "Ia bersangkut-paut dengan kepentingan orang awam untuk mengetahui perkara sebenar daripada audit dan syarikat teknologi maklumat yang dihormati di seluruh dunia," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata mengapa DAP tidak mengumumkan kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC parti itu dalam tempoh tiga hari.

“DAP hanya umumkan kesilapan teknikal yang berlaku selepas menerima kritikan ketiadaan orang Melayu memenangi pemilihan CEC parti itu,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan keputusan pemilihan CEC parti itu.

“Hanya apabila terlalu banyak kritikan diterima kerana tiada orang Melayu dipilih dalam CEC, secara ajaibnya keputusan dengan dipinda dengan Zairil berjaya. Ia benar-benar macam tidak percaya dan orang ramai tidak bodoh untuk menilai,” katanya.

Beliau berkata prosedur keseluruhan amat mencurigakan. Tunku Aziz mencabar parti itu membuktikan bahawa tidak ada manipulasi dalam keputusan yang diumumkan itu.

Katanya, DAP telah hilang kredibiliti untuk mengkritik SPR, kerana pada ketika ini mereka sendiri tidak dapat memastikan mereka sebuah parti yang bebas dalam melaksanakan pemilihan CEC parti.

Bekas juruaudit DAP Selangor, Tan Tuan Tat pula hairan dengan tindakan pegawai pilihan raya parti itu, Pooi Weng Keong yang terpaksa meletak jawatan.  “Adakah Pooi dijadikan ‘kambing hitam’?,” soalnya. Beliau berkata wujudnya kurang ketelusan, kecekapan dan kebertanggungjawaban dalam pemilihan DAP baru-baru ini.

Tan berkata DAP harus mengumumkan pembatalan keputusan pemilihan CEC yang tidak sah dan mengadakan satu pemilihan yang baru.

Bagi Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak pula, tindakan DAP meminda keputsan pemilihan CEC mereka setelah sekiran lama telah menyebabkan ramai ahli-ahli parti itu merungut dan mahu mengambil tindakan undang-undang sebagai jalan penyelesaian

Sumber mStar

Sunday, December 30, 2012

Harussani - Allah Untuk Islam, Peluk Islam Jika Mahu Guna Kalimah Allah

 
Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah...Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah.
 - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria

Allah adalah untuk orang Islam sahaja.

Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam.

Ahli-ahli pelbagai NGO serta ahli-ahli Pas mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menuntut kalimah Allah bagi digunakan dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu di hadapan bangunan Komtar, 28 Disember 2012.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, iaitu ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah,” tegas Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam. “Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.

Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya. Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, katanya hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

Dalam satu kenyataan, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) melalui presidennya Jagir Singh menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai untuk orang bukan Islam, dan majlis itu tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat dari menggunakan perkataan tertentu.

Beliau juga menyebut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang katanya tidak membenarkan apa-apa sekatan terhadap orang bukan Islam.

 “Fatwa adalah nasihat secara semula jadi dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Selain itu, mana-mana fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) menyalahi undang-undang dan tidak sah, “katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.

Di Pulau Pinang, Mufti Negeri Hassan Ahmad memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat juga agama lain menggunakan perkataan “Allah”.

“Di dalam kitab suci Sikh, nama ‘Allah’ disebut sebanyak 37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu,” kata Karpal memberi contoh.

 Jagir juga mengingatkan hari ini keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 terhadap penerbitan Katolik Herald menggunakan perkataan itu di mana ia memutuskan bahawa undang-undang yang menghadkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu akan menjadi “tidak berperlembagaan”.

 Semalam, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Kristian di Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk yang berjumlah 28.3 juta orang, dengan kebanyakan di Malaysia Timur menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan Allah sebagai rujukan untuk Tuhan mereka.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan “Allah”, dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang Islam.

Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.

Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.

Sumber The Malaysian Insider

Monday, December 24, 2012

ISU BALAK - PEMIMPIN DAP TUNJUK CONTOH 'POLITIK SAMSENG'

“Koo Ha memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta…ini kerana Koo Ha memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.”
- Datuk Hamidah Osman


"You revealed, watch out, I will go after you…’ (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu)” demikian ugutan oleh pemimpin DAP yang menjelaskan lagi politik samseng DAP.

Bukan sahaja di Selangor tetapi DAP ternyata parti samseng yang diamalkan oleh pemimpinnya iaitu Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming terhadap Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman.

Belum menjadi pemerintah, DAPO sudah menunjukkan belangnya dan ini antara contoh 'politik samseng' DAP yang akan diamalkan di negara kini jika ia mampu memerintah dengan kerjasama PKR dan PAS!

Ugutan yang dibuat Kor Ming di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) kira-kira 3 petang Khamis lalu menyebabkan Hamidah membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarga daripada sebarang kemungkinan.

Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di Ipoh semalam, Hamidah mendakwa Kor Ming mengeluarkan perkataan , ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

Laporan polis dibuat bagi mendapatkan perlindungan pihak berkuasa kerana bimbang keselamatannya dan keluarga.

Beliau berkata, ugutan diterimanya itu berikutan pendedahan pemilikan tanah di Gua Musang oleh sebuah syarikat yang mempunyai pegangan saham milik Kor Ming dan Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang Dun. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, katanya, ia berlaku pada Khamis, jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang Dun.

Kor Ming dikatakan datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan berkenaan namun dia tidak patahkan semangatnya dan berikrar akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Saya akan terus bongkar apa mereka buat. Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.

Di sebalik ugutan itu, Hamidah semalam membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (Upaya Padu) yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Koo Ha yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Koo Ha memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Koo Ha memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

“Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Koo Ha) pegang saham sampai 99 peratus. Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).

“Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis@Pangkor sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012, di Dataran Hadhari Teluk Batik, di Lumut semalam.

Koo Ham kelmarin mengaku beliau dan Kor Ming melabur dalam Upaya Padu, selepas sebuah blog mendakwa syarikat itu diberi tanah seluas 4,359 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Sementara itu, Koo Ham ketika dihubungi menegaskan syarikat itu dimiliki oleh sekumpulan pelabur besar dan beliau diamanahkan untuk mewakili semua pelabur berkenaan.

“Biar saya jelaskan biasanya ada beberapa individu hendak membeli syarikat yang besar, dalam satu kumpulan, saya mewakili semua mereka dan kemudian akan mengagihkan saham untuk semua pelabur.

“Dia (Hamidah) tidak tahu langsung cara asas perniagaan yang dijalankan, dia langsung tidak faham, dia tidak layak menjadi EXCO.”

“Dia pun sudah tahu, dia sengaja memutar belitkan fakta. Saya sudah menjelaskan perkara ini di depan bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan dia (Hamidah) pun ada bersama ketika di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu,” katanya.

Kor Ming mendakwa tuduhan beliau mengugut Hamidah adalah fitnah dan meminta polis menahannya kerana membuat laporan palsu.

“Ketika kejadian didakwa berlaku, kami dan beberapa wakil rakyat lain ada bergambar bersama dengan ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, sebagai kenang-kenangan kerana beliau mengumumkan persaraannya dalam politik.

Kor Ming mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

“Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang. “Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihan raya umum (PRU) yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

“Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu,” katanya.

Menarik kes ini kerana semakin jelas Kerajaan Kelantan ‘ada’ memberikan tanah untuk balasan. Isu ini akan membuka pendedahan lebih bermakna untuk menunjukkan ‘salah laku’ kerajaan PAS Kelantan.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, sebelum ini enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga sebelum ini mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Monday, December 3, 2012

APABILA SI PENJAHAT MERASAKAN ORANG LAIN JAHAT SEPERTI DIA…


"Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi...Umno, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup. Umno juga, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni."
 - Lim Guan Eng

Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri Pulau Pinang hari ini, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya.

Guan Eng memberi amaran jika Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.

Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.


Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.

Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa semua 'program emas' pakatan pembangkang, termasuk bantuan sekolah, akan terhapus jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana selama ini kerajaan Persekutuan yang ditabdir BN banyak menyalur peruntukan untuk pelbagai program di negeri ini, termasuk membabitkan pendidikan.

"Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM3.8 bilion bagi tujuan pendidikan di seluruh negara tidak terkecuali Pulau Pinang, peruntukan itu tidak termasuk bantuan untuk menaik taraf sekolah.

 "Saya nak tanya juga kepada Ketua Menteri, apa bentuk bantuan yang dia bagi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Rakyat (SAR)dan Sekolah Mubaligh," katanya kepada pemberita,, hari ini.

Bagaimanapun Guan Eng mengingatkan penyokong supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau. Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini,

Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut. Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.

"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Guan Eng mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang memberi amaran kepada anggota parti DAP jika BN kembali berkuasa di Pulau Pinang, Umno akan memastikan semua program emas untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah, tidak ada lagi.

Guan Eng dilapor membuat kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen DAP semalam.

"Saya juga nak tahu di mana tanah yang diberikan untuk membina SJKC dan SJKT, setiap tahun Kementerian Pelajaran menerima sejumlah peruntukan yang tinggi dan diberikan secara adil untuk semua sekolah di seluruh negara," katanya.

Terdahulu, Mohd Puad merasmikan program 'Kembali ke Sekolah 2012' serta menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada 400 pelajar dari 19 sekolah di bawah program 'Intel Involved Matching Grant' (IIMGP) dan empat badan amal.

Selain itu, sebanyak 100 unit komputer riba terpakai juga diberi kepada sekolah dan badan amal terpilih untuk kegunaan pembelajaran serta pengajaran guru dan pelajar

Tuesday, November 20, 2012

JAWATAN PM - PAS, HADI 'NGENDENG', MEMANG MUKA TIDAK TAHU MALU…

Orang yang Hadi 'muliakan' pun TIDAK SETUJU  beliau untuk jadi Perdana Menteri. Menanam saham pada 1999 yang tidak membawa pulangan apa-apa...Itupun masih berharap dan 'ngendeng'.
 No way! Itu kata DAP sebagai peringatan kepada PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai jawatan Perdana Menteri.

Yang jelas PAS dan DAP akan bergaduh siang malam mengenai jawatan Perdana Menteri sementara PKR bertepuk tangan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan selamat.

Itupun kalau pakatan pembangkang menang. Kalau tidak menang, pergaduhan itu akan ‘melukakan lagi’ pembangkang dan Hadi kini akan terus ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’!

Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Kota Bharu dan sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama selain mendapat sokongan Dewan Muslimat pada muktamar itu.

Terang lagi bersuluh apabila DAP pada Jumaat (16 November 2012) dan semalam (19 November 2012) mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh pakatan rakyat sebelum ini iaitu Anwar.

PAS dan Hadi bagaikan muka tidak malu kerana 'ngendeng' walapun disebut oleh DAP dan PKR bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri tetapi terus ‘merenget’ mengenainya.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Amat jelas kenyataan Guan Eng ini memberi peringatan kepada PAS jangan syok sendiri!

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon. Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," kata Guan Eng kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau menyatakannya mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada muktamar dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, pembangkang telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

Malah, Guan Eng turut menafikan DAP mempunyai kesepakatan dalam isu hudud yang dibawa Pas. Sebaliknya katanya, DAP tetap akan bersama pembangkang memenangi Putrajaya dan memperjuangkan isu membanteras rasuah, memberi kesamarataan serta wujudkan dasar yang adil.

“Memang perbezaan pendapat wujud antara DAP dan Pas tapi kita perjuangkan agenda yang ada dalam Buku Jingga. Kita hormat Pas seperti Pas hormat DAP. Kita berganding bahu dalam isu-isu bersama iaitu lawan rasuah dan mahu selamatkan Malaysia dimiliki rakyat bukan kroni," katanya.

Amat jelas, jauh panggang dari bara (api) dalam konteks Hudud antara DAP dan PAS dan ini memperkukuhkan lagi keyakinan bahawa DAP tidak akan benarkan Hadi atau sesiapa sahaja daripada PAS untuk jadi Perdana Menteri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu, malam Jumaat lalu (16 November 2012) menegaskan pakatan pembangkang pada hari tersebut sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU13.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Selain itu bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online menunjukkan Anwar menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' mengatakan bahawa Anwar, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Hadi dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berdasarkan perkembangan berkenaan, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut

 "Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas berkenaan.

Walau sejauh mana perbincangan, PAS tidak akan ke mana-mana kerana DAP tidak akan mengubah pendiriannya. Selain itu apakah Anwar yang berjuang mati-matian untuk menjadi Perdana Menteri dengan mudah menyerahkan kepada Hadi?

Jawapannya PAS dan Hadi membuang masa berjuang melalui PKR kerana yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Anwar.

Dan Anwar jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri akan pasti memberikan ruang dan perhatian lebih besar kepada DAP kerana ia sekutu lebih ‘bermakna’ daripada PAS yang akan menjadi saingan berterusan kepada PKR dalam pakatan pembangkang yang rapuh.