Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Thursday, 20 January 2011

Ziarah Ukhuwwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Luas PengampunanNya

Ziarah Ukhuwwah. Allah itu sebaik-baik perancang. Malam Sabtu 7hb Januari 2011 aku menerima panggilan telefon dari seseorang yang aku kenal akhir 2005 dulu di sebuah daerah yang sangat tenang yang pernah aku singgah, DQ. Panggilan itu sangat mengejutkan dan penuh dengan persoalan.

Dia seperti yang aku kenal, seorang yang sangat tawadhuk dan punya pekerti yang mampu menggugah hati insan lain. Aku belum layak untuk mengatakan yang aku kenal dia tapi cukup perkenalan beberapa tahun ini menautkan hati kami.

Dalam perbualan kami di telefon malam tersebut dia menyatakan bahawa dia akan tiba di Mesir beberapa hari lagidengan hasrat untuk menziarahi kami. Mengapa sebegini pantas keputusan dia? Kenapa secara tiba-tiba? Dia memberi jawapan dia kini berad
a di tahun akhir pengajian pergigiannya di JUST, Jordan.

--------------------------------

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sekitar jam 1510. Sementara Nasri membayar tambang teksi dan meminta pemandunya untuk menunggu kami sebentar untuk membawa kami beredar dari lapangan terbang nanti, aku dan Saff meluru laju mendaki anak tangga di hadapan pintu keluar Dewan Ketibaan 3, Terminal 1.

Waktu itu terdapat kerumunan Masri yang sedang menunggu sanak-saudara, rakan taulan mahupun pelanggan mereka di hadapan pintu dewan tersebut. Me
reka memenuhi segenap ruang laluan keluar para penumpang yang baru selamat tiba. Aku segera menekapkan mukaku ke dinding cermin dewan ketibaan itu untuk meihat kelibat seorang sahabat yang ditunggu-tunggu ketibaannya sementara Nasri mendapatkan Saff dan mengajaknya berehat di palang penghadang di tebing pentas menunggu.

Dari kejauhan aku dapat melihat kelibat dia yang masih seperti dulu susuk tubuhnya sambil menarik beg pakaiannya menuju pintu keluar. Aku berlari anak menuju ke pintu yang dari tadi dikerumuni oleh Masri yang masih menanti-nanti. Aku melambai-lambai. Dia tersenyum tanda menerima isyarat tanganku.

Dia melangkah keluar dari Dewan Ketibaan. Ketibaannya dis
ambut penuh mesra oleh Masri yang menunggu kerana seolah-olah mereka memberi ruang tengah untuk orang lalu-lalang. Aku menyalaminya, berpelukan dan bertanya khabar penerbangan tadi. Lalu aku bawakan dia kepada Nasri dan Saff. Beberapa minit kemudian kami pun beredar meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan menaiki taksi yang sama sewaktu kami tiba tadi.

Dia yang aku maksudkan ialah saudara Imran Zainal Abidin.

-T.A.M.M.A.T-
















Friday, 3 September 2010

Daftar Pemilih : Sudahkah Anda?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

This article is to promote you as a reader of this blog to give commitment to your country. Brought to you by Election Commission Malaysia (ECM).

Why Do You Need To Register As A Voter?

Hanif is filling the form at ECM's mobile unit during his visit to Queensbay Mall, Bayan Lepas

Q : What do you think of our national policies? What strategy should be used to eradicate poverty?
A : These are some of the issues which are discussed and decided by our elected representatives. They decide on policies and laws which may affect our daily lives. They represent our voices and needs in Parliament/State Assemblies. This is because we elect them to represent us in deciding what is best for us.

Q : Am I eligible to register?
A : Yes, if you are a Malaysian citizen; 21 years of age; residing in an election constituency; and have not been disqualified by law.

Q : Where can I register?
A : Election Commission Malaysia (ECM) offices; ECM's mobile units; and Post offices.

Me with the officer after registration

Q : How do I register?
A : Come personally to any of the above premises; bring along your IC; make sure that your details are correct and complete during filling the registration form; keep a copy of your application as proof of your registration.

Q : When can I register?
A : During office hour throughout the year.

Q : What should I do after registration?
A : Check your name and registration status at ECM website (http://www.spr.gov.my) or by phoning any ECM office.

Q : When can I vote?
A : Once the Electoral Roll is certified and there is an election on your constituency.

Sunday, 15 August 2010

Flora & Fauna Kampung Halaman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penayayang

Menikmati keindahan flora dan fauna di sekeliling rumah nenek di Lorong Masjid, Kg Seri Tiram Jaya, Tg Karang.

Sakura Di Gurun Sahara

Daun So/Melinjo

Jantung Hati Buah Pisang

Jantan & Betina



























Monday, 2 August 2010

Barakallahu lakuma.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

TAIPING, 31 Jul - Sari berita bergambar. Majlis menyambut menantu telah diadakan dengan jayanya oleh keluarga Ust Hj Zakaria Ahmad di kediaman beliau beralamat Kg Aman, Pokok Assam.


Majlis jamuan makan diadakan di dalam dewan bersebelahan dengan kediaman pengantin perempuan. Pasangan En Mohd Husmar Israq Husin dan Pn Naimah telah dahulu diijabkabulkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir bulan Februari yang lepas.

Segenap lapisan masyarakat hadir bagi memeriahkan majlis ini termasuklah DS Menteri Besar Rakyat bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat handai pengantin perempuan.





IPOH, 1 Ogos - Berita bergambar dari Ipoh, Perak. Satu majlis menyambut menantu telah diadakan dengan gilang-gemilang oleh keluarga Dr Shukor dan isteri di Dewan Cempaka Sari Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Perak.


Majlis yang didahului dengan majlis akad nikah antara kedua mempelai telah diadakan di kediaman pengantin perempuan tepat jam 9.00 pagi. Dengan 15 lafaz [haha], En Muhammad Fitri Tokiran telah sah menjadi suami kepada Pn Balqis Asma' Saidah Abdul Shukor.











Majlis jamuan makan di dalam dewan diserikan lagi dengan persembahan daripada anak-anak yatim yang turut diundang.

Sekian dahulu berita. Berita disunting oleh Ehmad Hamdi B Naem. Assalamualaikum.

Sunday, 25 July 2010

C.I.N.T.A

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malaysia sebuah negara berbilang bangsa. Kedatangan para imigran terutama dari Tanah Besar China dan India ke Tanah Melayu tidak berapa lama dulu telah memberi makna baru buat Tanah Melayu [baca : Tanah Orang Melayu] setelah perkenan Tuanku memberi status kerakyatan kepada mereka.

Kini, setelah lebih 50 tahun Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan pecahan bangsa Melayu, Cina dan India ini telah disatukan dengan slogan 1Malaysia seperti yang diwar-warkan dalam semua majlis kerajaan oleh YAB Najib Razak. Namun, setakat mana penghayatan kepada konsep yang dibawa itu masih tidak menampakkan hasil.

Sedang rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini hendak disatukan pada satu slogan, 1Malaysia; orang-orang Melayu makin berpecah. Kuasa duit UMNO, kedudukan dalam parti PKR dan kesederhanaan PAS memecah corak fikir orang Melayu kepada dua. Satu yang menyokong UMNO-BN dan satu lagi menyokong PAS/PKR-PR.

Itu landskap politik Malaysia. Dada akhbar tak sudah-sudah melariskan cerita telagah politik ini saban hari. Media arus perdana pun tak kering-kering menjaja isu-isu yang memberi kepentingan politik masing-masing.

Hasilnya, yang sibuk berpolitik sangat asyik mencari peluang untuk naik dan yang marhaen tak sudah-sudah tersepit dengan tekanan ekonomi dan tak lupa juga generasi pelapis habis terkena kudis.

Saya ingin berkongsi satu luahan generasi pelapis ini yang ditulis pada tiang jejambat pelintas jalan kaki berhadapan dengan stesen Komuter Sungai Buloh. Ia berkisar cinta. Ya, CINTA.

Katanya :
C - Ciuman pertama
I - Insan yang dikehendaki
N - Nak mencuba
T - Tempat buat maksiat
A - Anak hasilnya

Ini tafsir CINTA anak-anak sekolah generasi pelapis kepimpinan negara. Adakah sama dengan tafsiran CINTA yang sepatutnya difahami oleh kita semua? Fikir-fikirkanlah.

Sunday, 30 May 2010

Armada Kemanusiaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat ini armada kemanusiaan 'Lifeline 4 Gaza' sedang mendekat ke pelabuhan Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan berupa bahan-bahan pembinaan sekolah dan hospital, alat-alat perubatan dan ubatan serta kelengkapan sekolah umpama pensil dan buku-buku di samping bantuan pakaian dan kelengkapan rumah.

Kapal kargo

Ini merupakan armada bantuan kemanusiaan terbesar di dunia melalui jalan laut ke Gaza.

Para pendokong misi kemanusiaan ini dari seluruh dunia sedang merasai denyut nadi yang berlaku di sekitar Laut Meditrenean hari ini. Setiap detik yang berlaku adalah sejarah yang sedang terlakar. Kita mahu menjadi sebahagian daripada sejarah itu. Sebuah armada kemanusiaan bakal berhadapan dengan Syaitan Dunia Israel. Bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku bila berhadapan dengan Israel.

Aku merenung Meditreanean

Kita selaku umat Islam yang betul-betul memahami misi perjuangan saudara kita di Gaza harus terus kuat berdoa memohon kemudahan dan nusrah Allah untuk mengatasi Israel laknatullah.

Bila saya membaca berita-berita perkembangan terkini yang berlaku atas kapal banyak mengingatkan saya kepada pelayaran saya dan sahabat-sahabat dari Pelabuhan Safaga menuju ke Pelabuhan Islam Jeddah musim haji 1430H yang lepas.

Perjalanan atas laut banyak memberi kita semangat dan ingatan bahawa pergantungan kita hanya pada Allah yang Maha Kuasa. Atas laut selama 3 hari 3 malam itu cukup untuk mendidik diri supaya redha dan berserah dengan apa yang bakal berlaku di hari muka.

Dengan bekalan makanan yang terhad dan suasana kapal yang ramai orang ditambah lagi dengan ruang untuk bergerak yang terhad sebenarnya Allah sedang mengajak kita untuk lebih dekat lagi dengan-Nya.

Kapal yang membawa sejumlah 700 aktivis kemanusiaan

Hari pertama atas kapal mungkin kita seronok sebab ini adalah pelayaran pertama kita. Tapi seronok itu sekejap saja, tidak sampai 12 jam pun. Dalam tempoh 2-3 jam saja sudah setiap inci kapal kita jejak.

Jadi, baki masa 2 hari setengah itu kami peuhkan dengan aktiviti berfaedah atas kapal. Riadah atas kapal.


Kami ulangkaji tertib manasik haji di samping muzakarah kelompok dan pembacaan al-quran yang berterusan. Bayangkan dalam tempoh masa 3 hari itu saja sebuah al-quran dapat habis dibaca! Dari mana datangnya kekuatan ini kalau bukan dari hati ikhlas kita yang memohon kekuatan daripada Allah.

Dua hari sudah berlalu. Hati sudah tidak sabar untuk menjejak ke bumi kembali. Tatkala kapal mula mendekat ke pelabuhan kami para hujjaj keluar ke anjung kapal dengan pakaian ihram serba putih beramai-ramai melaungkan lafaz talbiah. "Labbaikallahumma labbaik..".

Detik gembira menghampiri pelabuhan

Suasana ketibaan itu umpama sambutan hari kemenangan apabila Allah memudahkan urusan kami sepanjang atas laut untuk menjadi tetamu-Nya.

Harapannya, semoga seluruh anggota misi kemanusiaan ini akan dimudahkan urusan oleh Allah untuk mendekat ke Pelabuhan Gaza dan menyambut hari kemenangan mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara kita di Gaza sana.

Wallahu'alam.

Salam pejuangan dari Kota Kaherah!