ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yup kisah sama masih berulang. Sampai aku pulak rasa bosan. Bosan dengan sandiwara dunia. Bukan dunia realiti aje tapi dunia blog. Mula-mula aku melangkah dunia Yahoo Messenger. Aku suka. Seronok. Tapi lama kelamaan aku bosan. Bosan dengan gelagat manusia. Lebih-lebih lagi yang bergelar melayu.
Ya bukan aku nak mengaibkan bangsa aku sendiri. Tapi aku sedih. Melayu makin lama makin hilang arah. Hilang matlamat hidup sebenar. Mereka hidup seperti bayang-bayang. Ikut kemana pergi. Jika sekali ombak bah, maka dia pun berubah. Tak boleh sangkal lagi.
Tak payah pergi jauhlah. Masuk YM tengok ada otai. Kita pun menikus sepi. Layan newbie je. Macam tu jugak halnya bila masuk Blogger group. Masuk sibuk sana sibuk sini. Akhirnya newbie je layan. Yang kira lama mana pandang. Ada segelintir pandang ada yang langsung tak tegur. Kenapa? Bajet dah besar sangat.
Biar aku ingatkan korang. Kita ni manusia. Sama je. Kat luar mungkin korang hanya si makanik(contoh). Dan aku bos besar sebuah syarikat. Kenapa aku bila masuk satu komuniti aku tak beritahu korang yang aku kaya? Sebab aku nak sama tarafkan kita sesama blogger. Aku tak nak kata aku orang kaya nanti korang fikir aku berlagak.
Kita sama-sama berkawan. Tak kiralah baru ke lama. Kalau tak ada baru, mana korang digelar blogger lama? Lama manakah? Patutnya makin lama makin banyak buat ibadah. Mengingat mati. Kita tak tahu ajal kita. Ni tak, makin lama makin menjadi-jadi. Rasa diri sangat hebat. Semua orang kenal. Ramai orang ampu. Tapi bila kat kubur? Ingatlah korang sorang-sorang je.
Tak payah fikir dunia aje. Kita tak sedar masa sedang berlari tinggalkan kita. Buat apa kita nak terus leka. Kejar populariti. Sedangkan pengisian blog kita? Sekadar omongan kosong. Sekadar lawak-lawak yang tak menyedarkan orang lain. Hebatnya manusia apabila dia boleh merubah manusia lain ke arah kebaikan. Cuba kita selitkan dunia blog kita dengan sedikit nasihat. Dengan sedikit itulah boleh menjadi bekalan kita di akhirat sana.
Bukan populariti jamin kita. Allah tak pandang semua tu. Kita senang di sini. Di sana belum tentu. Kita hebat bermaki-makian di sini. Di sana tubuh kaku tak bergerak. Yang ada lidah, jari, tangan, kaki, telinga, bulu mata, mata yang akan jawabkan untuk kita. Jari inilah yang menulis perihal buruk tentang orang. Mulut inilah memaki orang. Sanggup ke kita tanggung? Dosa yang ada pun belum tentu terhapus.
Belum campur dosa memfitnah orang? Lagi besar dosanya dari membunuh. Kenapa korang tak ambil senapang je? Bunuh terus. Kalau benciu sangat tengok seseorang. Kita menulis biarlah berpada. Jangan ingat tak ada yang baca. Contoh aku tulis tentang si Polan maki si Anu konon si Anu beromen dengan awek si Polan. Si Anu terdengar dari kawan baik si Polan. Tak ke si Anu sedih?
Orang lain menyebarkan. Kira fitnahlah. Kita pulak sibuk sebarkan benda yang kita tak tahu hujung pangkal. Kita tak rasa bersalah ke dengan Si Anu? Fikirlah wahai manusia. Kita hidup di dunia singkat je masanya. Takut kita tak sempat minta maaf kepada semua yang hatinya disakiti...
Aku dengan ini meminta maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan aku selama aku hidup. Tak kiralah aku sengaja atau tidak. Aku jua insan biasa yang sering lakukan kesilapan! MAAF AKU BUAT KARANGAN DAN MUNGKIN ENTRY TERPANJANG AKU.
Post by,
Miss Ran