ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya klik sini. Ini adalah rekaan semata-mata. Kisah si isteri di realiti seperti sebelumnya tak sama dengan aku coretkan kali ini. Harap maklum. Sambungan cerpen ini dibuat atas permintaan ramai yang inginkan kesudahan cerita isteri malang. Jadi aku pulun juga reka sendiri. Tiada kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Cincin nikah aku |
29.5.2012
Sengaja aku lekatkan gambar cincin aku. Aku
rindu saat itu. Ingat lagi masa nak tempah cincin nikah ni, dia tanya kenapa
putih pink? Kenapa? Aku tak jawab terus sebab malu tengok orang yang handle
tempahan kami. Ini rahsia aku dan Qaidir serta kau diari. Sebenarnya, aku nampak
amoi yang kerja tu pakai putih pink cincinnya. Sebab tu aku berkenan. Design memang
lama dah aku nakkan. Ini untungnya suami kaya. Tapi sekarang, aku rela suami
aku tak kaya. Hurm dugaan bukan? Yang kaya harta akan miskin dengan kasih sayang, yang miskin harta akan kaya dengan kasih sayang.
30.5.2012
Aku makin rajin menulis kan. Sebenarnya,
tadi aku jumpa doktor tu lagi. Dia bagi nasihat kat aku. Aku tahu dia hanya menjalankan
tugasnya. Aku juga tahu pengambilan ubat macam ni tak elok. Aku stress. Dia bagi
aku dua pilihan, sama ada minta fasakh atau relakan je bermadu. Dia tak tahu
betapa peritnya membuat pilihan. Dua-dua pilihan buat aku rasa nak bunuh diri. Aku
benci akan pilihan! Akhirnya, aku menangis sendiri. Suami aku pulang tadi
sedikitpun tak tanya khabar aku. Makin aku rasa sakit hati!
1.6.2012
Setelah aku fikir lama. Aku jadi makin
pening. Mana taknya, kalau aku nak failkan fasakh, sekurangnya aku kena ada RM
40,000. Itu upah peguam. Aku mana ada wang sebanyak itu. Memang suami aku kaya,
tapi takkanlah aku nak minta duit darinya tapi nak minta cerai dengannya? Logik
ke? Kalau tunggu kerajaan, entah bila aku dapat selesaikan urusan fasakh. Aku buntu
dengan pilihan ini!
4.6.2012
Lama aku renung akaun bank aku. Lebih
kurang RM 27,000 semuanya hasil dari nafkah dan wang hantaran yang suamiku
beri. Aku tak kerja demi dia. Ijazah yang aku terima aku simpan buat kenangan
saja. Kadang aku menyesal kerana ikutkan kata suami. Sekarang, kerja tak ada. Duitpun
orang punya. Aku tak mahu gunakan duitnya. Aku rasa terhina. Aku isteinya,
bukan perempuan simpanan yang mahukan duit semata-mata. Aku tak mahu nafkah
zahir saja! Aku rindukan belaian mesra darinya. Abang…saat ini kolam air mataku
tumpah lagi.
7.6.2012
Aku keluar berjumpa kawan tadi. Kali ini aku tak
memberitahu suamiku. Protes. Aku sengaja keluar malam. Supaya dia sedar aku
tiada di rumah. Aku nak buktikan padanya aku juga wujud di rumah itu. Bukan sebagai
tunggul tetapi isteri. Memang aku akui, dulu aku takut buat begini. Tapi keadaan
memaksa. Aku terpaksa memilih untuk jadi isteri yang tak baik. Oh, berbalik pada cerita perbualan
aku dengan Syakira. Dia kata bermadu lebih baik dari bercerai. Dia buat aku
terfikir semula. Arghh kusut!
8.6.2012
Seperti yang aku jangka. Suami aku mengamuk
sebab semalam aku balik masa dia dah tidur. Pukul berapa dia sampai aku tak
tahu. Aku tersenyum puas masa menulis. Dia sedar ketidakhadiran aku. Dia sedar.
Aku mahu dia sedar je yang aku isteri dia. Ya, Allah berikan petunjuk jalan
untuk aku. Kini aku ada tiga pilihan. Apa dia? Esok aku cerita. Pipi sakit kena
tampar dengan Qaidir tadi. Aku masih tersenyum walaupun ia sakit. =)
9.6.2012
Kini aku ada tiga pilihan. Yang pertama aku
cerai. Mestilah sedih bukan? Aku tawar hati nak minta fasakh sebenarnya. Aku sayangkan
dia! Pilihan kedua ialah bermadu. Madu memang manis tapi bagi dia. Bukan aku. Aku
tak nak payung emas. Sebab hati aku tak merelakan pun. Aku tamak. Aku nak dia. Tak
mahu kongsi. Siapa nak kongsi suami kan? Pilihan terakhir ialah aku merapatkan
diri semula dengan dia. Aku mahu bercinta semula dengan dia. Mungkin kami
terlalu lama bercinta hingga kemanisan cinta itu makin pudar. Tapi sekarang aku
tak tahu nak pilih yang mana. 1, 2 atau 3? Kalau pilih yang ketiga, berjaya ke
aku tawan hati Qaidir semula? Arghhhh! Runsing. Aku nak jumpa doktor itu lagi!
Nota Iffah: Mesti nak suruh aku sambung kan? Yalah, aku sambung. Yang pasti memang seronok menaip rekaan berbanding realiti. Aku mahu berfantasi, supaya realitinya akan menjadi seperti fantasi. Itulah yang aku harapkan!
9 comments:
sambung sambung sambung!!! hahaha~
sambung sambung sambung...
psstt dok suh orang sambung cerpen diri sndiri jarang2 dpt bersambung..
imiginasi kami xhebat sgt macam iffah
;)
Pilihan ketiga pls. :) Rindu zaman baca2 cerpen, novel. Tulis mcm2 cerpen 1 buku sekolah. :)
errr..tak tahu nak suruh dia pilih yg ke berapa//hahah. Moga3 dia buat pilihan yg terbaik. =)
isteri mana yang mahu dimadukan.. apapun berbincang adalah perkara terbaik sebelum menjatuhkan keputusan yang mungkin membuat kita kerugian.. nasib baik cerpen..heheee
tolongla bagi hepy ending iffah!
pliss...plisssss..plissss =P
*over plak cik ana ni..kehkehkeh
luv,
cik ana
sambung! aku baru nak stat touching2...
alangkah best kalau ada pilihan no 3 :)
ehhh tanjat mak tetiba ada nama syakira.. hahahhaha
pilih yg ketiga!!! sblm die nk bermadu tnye apa yg tak kena dgn diri perbetulkan dan cuba perbetulkan smpi dia rasa dia xde jalan nk pilih yg kedua... kihkihkih
*eleh part 3 dh siap pun tue kan* cepat publish!!! :p
assalamualaikum iffah....nak juga tahu apa yg terjadi dan apakag pilihan si isteri tu.....:)
sambungan nyer yer...:)
Post a Comment