CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

10 Alasan tak nak derma darah yang biasa didengar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni hari menderma darah kat kampus aku. Tapi sayang, aku dah derma dulu. Tak sampai 3 bulan lagi. Jadi tak dapat. Sedih =( Okey, berdasarkan pemerhatian aku sepanjang aku jatuh cinta dengan pendermaan darah sejak 4 tahun lalu, aku dapati ramai yang memberi alasan untuk tidak menderma darah. Bukan orang sekeliling aku je yang banyak alasan. Tapi kalau betul ia alasan kukuh, aku tak salahkan mereka. Cuma nasihat aku, kita tolong orang, orang tolong kita balik. Sampai bila kita nak melarikan diri dari perkara yang baik? Betul tak?

Alasan-alasannya ialah:

1. Takut jarum;
Aku pun takut. Tapi kenapa aku derma juga? Sebab kesedaran dalam diri. Aku pentingkan takut aku ke atau pentingkan nyawa orang lain? Sampai bila nak takut? Akhirnya, aku buat keputusan jangan pandang jarum masa cucuk. Emosi aku terganggu kalau nampak jarum tu. Ngeri! Aku faham tu.

2. Takut darah;
Aku takut kalau darah tetiba memancut keluar. Serius masa aku sakit dulu, memang aku asyik kena tengok darah. Sebab tu aku tak layak jadi nurse atau doktor. Sebab aku penakut dan tak sampai hati. Jadi, masa aku derma aku main mesej ke, baca apapun yang boleh buat aku tak nampak darah. Ia berkesan okey.

3. Berat badan tak cukup.
Ini selalu. Aku pernah juga kena. Apa aku buat? Aku tipu berat. Masa tu 44kg. Tapi aku kata 45kg. Alhamdulillah penipuan berhasil. Tak pengsan pun lepas derma. Cuma pening sikit.

4. Takut sakit.
Ini aku jugak. Sebelum mula derma, kita kena check hemoglobin dengan darah kita jenis apa. Masa nak cucuk tu memang sakit. Aku tak suka sebab dia cucuk mengejut. Lainlah jarum kan. Aku tak tahu benda alah tu nama apa. Lama-lama aku dah lali. Sebab sakit gigi, sakit accident lagi sakit kot!

5. Dah derma sakali cukuplah.
Ini apa? Derma untuk syarat je? Ikhlaskan hati nak tolong orang. Kalau semua pentingkan diri macam ni, berapa ramai mangsa yang memerlukan darah segera mati sia-sia. Pahala okey tolong orang. Tak nak ke?

6. Lelaki jelah derma, perempuan tak payah.
Sebab? Perempuan bulan-bulan dah keluar darah haid. Takut tak cukup darah. Allah dah jadikan kita ni sempurna. Tak ada orang mati kehilangan darah sebab derma darah. Aiyooo.

7. Segan.
Buat baik pun nak segan? Buat jahat tak malu pulak ye? Macam-macam. Tapi kalau aku, aku cadangkan tempat derma tu tertutup bahagian perempuan. Yalah, nak berbaring kat khalayak agak segan sebenarnya.

8. Jauh.
Jauhlah nak pergi derma. Kalau dekat okeylah. Bagi aku, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan jadikan alasan. Ikhlaskan hati. Rajinkan diri ye.

9. Fobia dengan darah.
Aku tahu. Ada yang fobia dengan darah. Kalau tengok mesti pengsan. Jadi pakailah spek hitam ke apa, tutup mata dari ternampak darah. Kalau pengsan, nurse, MA, doktor ramai. Jangan risaulah =)

10. Tak tahu pun ada tempat derma darah.
Aku dulu tak tahu. Sejak masuk IPG ni baru aku tahu. Oh ada eh kempen derma darah. Bukan tak tahu, tapi tak ambil tahu. Tak peduli. Jadi, rajinkan diri, search tempat untuk menderma. Kat hospital, klinik kerajaan, poliklinik sentiasa ada kot. Cuba tanya yang lebih arif.

Ada orang sampai nangis tak dapat derma. Sebab berat badan, faktor kesihatan, hemoglobin rendah dan lain-lain. Tapi kita? Masih tiada sikap kepedulian yang tinggi untuk membantu mereka yang memerlukan. Tak banyak pun darah hilang. 350ML atau 450 ML je. Lagipun, darah kita akan berganti. Lebih sihat bila derma darah. Tak percaya tanya orang lebih pakar =)

Jom sihat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mesti semua mula berasa bosan di rumah. Sebab musim cuti sekolah. Kalau kat pantai timur terperuk je kat rumah sebab hujan. Banjir segala. Aku nak ajar korang tarian mudah. Untuk sihat. Macam aerobik dan poco-poco jugak.

Tarian ni kami buat masa training misi kuruskan badan. Ramai turun berat badan masa tu. Aku taklah sebab tak rajin ke padang. Haha

Cara nak menari korang tengok video. Seksi sangat. Kesian blog aku ni kang. Yang aku ingat masa intro buat marching( betul ke eja ni?) Step 1 start masa dia nyanyi bala chili cha cha tu. Aku tahu macam mana nak menari tapi tak reti ajar korang kalau tak tunjuk. Jadi godek you tube deh?

Sihatkan diri anda walau hanya dalam rumah. *Masih berpeluh sebab try menari tadi sebab nak ingat balik caranya. Selamat sihat kawan-kawan=)

Ps: Dia bola sudah memadai.

saya blogger muslim vs saya blogger muslimah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini untuk sebarkannya. Kita tengok berapa ramai yang sedar tentang hal ini=P
TAG:

Say No To I FOLLOW YOU FOLLOW

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jom sahut!
Klik ini untuk join! Isu ni tak pernah luput. Macam aku jugak. Selalu dapat kes-kes begini. Orang tak popular  pun suruh follow dia balik. Bukan dapat traffic pun datang suruh aku. Tak berbaloi. Gua bukan I FOLLOW U FOLLOW BACK!!!

Atas sebab teguran saudari Qaseh kat komen entry ni, saya dengan besar hati menambah sedikit info dalam entry ni. Buat blogger yang baru dan lama, tak kisahlah mana-manapun. Janji namanya blogger. Sudah menjadi lumrah hidup manusia tak suka dipaksa. 


Tiada paksaan dalam Agama, sesungguhnya telah nyata petunjuk dari kesesatan, maka barangsiapa mengkufuri thaghut, dan beriman akan Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

(Al-Baqarah : 256)

Apatah lagi kita manusia. Tak berapa seronoklah suruh-suruh orang follow kita balik. Buat kerja biar ikhlas. Kalau dia suka blog itu, biar dia sendiri yang follow. Kita tambah follower secara paksa kita dapat apa? Trafik tak naik pun. Dia follow tambah bilangan. Untuk apa bilangan banyak beriban tapi yang baca seorang dua. Tak syoklah kan? Tujuan anda blogging apa?

Sila tentukan tujuan serta matlamat anda barulah anda boleh berjaya macam Abang Ben kita. Berapa follower? Berapa yang tinggal komen? Berapa yang like entry? Maknanya ada yang baca. Belum kira silent reader macam aku lagi. Korang pergi muhasabah. Adakah korang suka tengok follower ramai tapi seorang je baca atau sebaliknya. Kita yang tentukan. =)
Post by,
Miss Ran 

Kempen! Kami tak sambut VALENTINE DAY!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM



PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers