Pages

Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Ketagih pulak rasanya

Tahu ini kuih apa? bagus… naseb baik tahu.. kalu dok tahu.. mu pk lar sendiri.. hehe… apa kes kecek kelate..? muahaha

ekceli. semalam aku mmg teringin amek nak makan kuih seri muka ni.. adehhh.. sampai ke  tekak dah rasanya,.. cakap kat angah.. pi param carikan kuih seri muka ni…  dia balik nak dekat2 kul 7.10 pm tu.. naseb ada.. caya lar…

naseb ko memahami akak ko yang sedang mengandung dan tekaknya seperti ngada2 tahap gaban.. hahaa… bila time buka.. benda pertama masuk mulut opcos kurma.. pastu terus ngap seri muka tersebut.. uiii makkk!! sedappp ok…. terima kasih lar angah ku sayang…

so hari ni aku rasa nak lagi kuih ni.. jadi akan pesan dekat angah suh g param lagi.. angah kata dia beli kat makcik tua ala2 nenek gitu.. owh! patutlar.. orang lama yang buat.. mesti lar sedapp kan… huhuhuh.. ok semalam ko beli 3 ketul je ka… tu pun di potong2 lagi.. hari ni up lagi 3 ketul.. tak pun up lagi 6 ketul.. hahaha.. tamak disitu..

mmg teringin nak buat.. tapi nati aku goggle lar resepi ni.. nenek aku selalu  buat kuih ni tapi dia selalu buat topping tu kaler coklat.. pastu cam lembik2 ala2 terlebih telur.. ek? agak muak sikit.. hahah.. ampon! komplen2 plak.. huhu..

ok dah tu jer.. korang teringin jugakkah? ok petang kang g Param carik ek..

Gambar ehsan goggle lagik! tapi seri muka aku cakap ni macam di atas lar jugak.. sebijik color tuh..

Tuesday, August 17, 2010

RESEPI : Cucur Udang Panas Garing

Semalam petang memang dah planning nak buat cucur udang goreng ni.. tah apa kes rasa nak makan sangat… yang part garing2 tuh.. fuhhhhh!!! setaaaaappp oooooowwwwhhh… hehhe…

DSC04931

Cucur Udang panas yang kelihatan seperti ini…. nampak tak kesedapan dia? korang nampak je aku yang rasa sedapppp hahhaa…

Menu Berbuka : CUCUR UDANG PANAS DAN GARING

Bahan2 :

  • 2 labu bawang besar :: racik dadu..
  • Udang :: ikut suka nak letak berapa.. dan potong kecik2 juga,, if korang nak letak sekor2 pun buleh.
  • Tepung Gandum :: ikut suka nak banyak mana, aku guna 1/2 kilo.
  • sebiji telur
  • taugeh
  • Daun kucai
  • garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit sikit.
  • AirDSC04922
  • Satukan semua bahan macam ni DSC04923
  • Letak air.. dan kacau rata.. air tu anggaran dalam 3 cawan camtu lar.. ikut adunan aku lar..  DSC04924
  • sehingga jadi cam ni.. jangan pekat sangat.. nati keras pulak.. tak shedapp kang… DSC04925
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak kekuningan.. DSC04926
  • yang ni yang nipis sikit.. garing2 n rangup tuh DSC04927
  • Kasi potong/gunting ikut size sederhana kecik.. kira senang nak makan lar.. DSC04929
  • Untuk kuah.. yang ni ready made.. kuah pecal.. kacang pecal mmg dah ada.. letak air panas je.. DSC04930
  • Sos cili pedas manis
  • Bahan2 :: 3 Ulas bawang putih dan 3 sudu cili kering (blender sekali),3 sudu besar sos cili, 2 gula beku, 2 sudu bsr gula putih,sedikit garam.sedikit air
  • Cara buat :: masuk semua bahan atas.. masak sampai didih n pekat.DSC04931

Hidangkan begini… siap sudah… hehehehe… Menu berbuka semalam ada kuewtiaw jugak.. tapi yang laku cucur udang panas ni.. hahaa.. lepas tu baru perabihkan kuewtiaw tersebut.

Seronok pulak masak2 ni kan.. ni yang nak goggle resepi je ni.. hehe…

eh! sorry.. baru kul 1 lebih ni kan.. adoii.. published pasal makanan pulak… aku yang tengok ni pun lapar.. apatah korang kan..? hehhe…

adios!

Monday, August 16, 2010

Resepi : Tepung Pelita Sedap

Salam isnin… diam tak diam dah 6 ramadan kita berpuasa.. syukur masih dikurniakan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa.. lagi2 dalam keadaan mengandung ni kan..

so.. hari Jumaat lepas mmg terasa nak makan tepung pelita tapi buatan sendiri.. kat FB dah memekak2 mencari resepi.. Hari sebelumnya tu adik aku beli lar tepung pelita kat param.. hmm.. nama je tepung pelita sekali aku kategori kan.. sup tepung pelita.. ya amponn!!! cair amat.. rasa lagi lar… xmanis.. ish. orang yang nak berniaga ni pun satu.. berniaga lar betul2.. buat kuih/makanan tu biar lar sedap cukup masin masam..pendek kata cukup rasa lar..dah cukup disitu..

tanpa berlengah.. terus goggle ke blog rai..mmg hari tu dia ada post resepi tepung pelita without kukus.. amik resepi.. terus buat mujur bahan pun senang,, mmg dah ada kat umah pun,, hehhe,,

DSC05587

Bahan bahan :

(Lapisan Hijau)

  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan air daun pandan yang dikisar / (atau)paste pandan 1 sudu tapi jadikan dia 1 cawan juga – kalau tak pekat jugak buh lar pewarna hijau tu sikit.
  • 1 sudu kapur sirih larutkan sedikit air
  • 4 cawan air
  • Cara membuat : Satukan semua bahan atas kacau sehingga larut dan sebati.. jangan sampai berketel. Masak atas dapur kacau sehingga pekat. dan masukkan ke dalam bekas.

(Lapisan Putih) : ada ubah sikit dari resepi rai.. sorry ye rai..hehe

  • 1 Cawan santan pekat/pati santan
  • 3 cawan air
  • 5 sudu tepung beras
  • sedikit garam
  • Cara Membuat: Campur semua bahan di atas.. kacau dan gauk sebati. masak atas dapur, kacau sehingga pekat dan tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan..

DSC05592 Akan dapat macam ni lar.. lapisan santan tu macam lemak2 sikit.. sedapppppp… hehee

DSC05593 Versi camera hampeh mmg gini. pencahayaan nak lebih,, hahaha…. nak amik gambar masa dah siap semua lupa.. pastu bila dah buka lagi lupa.. tinggal lar satu bekas je lagi tinggal.. muahha. tak sempat nk snap semua…

keseluruhan adalah sedap dan terbaik.. thanks tu RAI.. sebab share resepi.. if tak de resepi.. takde lar taw buat menda ni kan. Cuba dengan Yakin kan rai.. puas hati dapat makan teung pelita yang betul2 punya.. bukan sup tepung pelita ok.. hehehe..

nak cuba silakan… pasti tak nyesal.. hehee,…