Pages

Showing posts with label journeylifeinsabah. Show all posts
Showing posts with label journeylifeinsabah. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Sunbear di sepilok sandakan


Assalamualaikum. 
Tu hari nak masuk ke Sun Bear park lepas tengok Orang Utan tu tapi tutup pulak. So kitorang repeat lain hari. Ekceli lain minggu lar. sebab encik suami ada oustation kat sandakan lagi. so lokasi sama kat Jalan Sepilok. berdepan je dengan Orang utan center tu.
 

 

 Anak excited jugak sebab nak tengok bear. suka lah berlari sana sini. bayaran masuk RM5 juga. Sunbear park ni baru buka juga. bulan september rasanya. serba serbi baru. nak masuk entrance kena jalan sikit ikut arah jalannya tu.
 kat dalam tu kita tengok bear dengan menara tinjau situ. lepak2 datang lah 3 ekor bear  ni. tapi yang banyaknya si monyet dan keluarga besar mereka. hahaa.. hampeh. best jugak tengok gelagat bear ni.

 Excited tau si kecik ni. haih..rasanya excited tengok monyet2 kot.

 Entrance masuk begini lah. pintu sana tuha. so far okaylah. enjoy jugak. kalau ikutkan kita cam takde apa lar. tapi sebab anak2 rasa seronok tu lebih sikit. sebab diorang ni excited melebih sampai tak nak  balik pulak. kira berbaloi lah spend masa dengan anak2 tu nature kan.

what else to story.. nanti aku belek album kot ada tempat best nk buat entri.
k bai 

Thursday, December 18, 2014

Mesti makan in sabah


 Assalamualaikum. dah hari2 update plak. saja gatal tgn ni ha.
okay kita cerita pasal makan plak. im a food lover serius. tu sebab tak kurus. haha
well benda yang aku suka makan memang akan repeat makan until muak. selagi sedap mari bedal.
 sepanjang aku duk sabah ni, makanan yang aku leh pergi dan akan repeat macam yg bakar2 je. ada lah lagi makanan lain tapi tengok tempat gak. tapi yang dua ni ikan pari bakar dan kepak ayam berpisah tiada. dua2 ngam kat tekak. eleh kat semenanjung ada gak ek? tapi tak sama i tell u. harga tu tak pasti lah murah mahal. kalau pari tu seketul besar RM 12 isi banyak kuah cicah sedap. kepak ayam seketul RM 1.50 pun sedap. pergi sandakan ke tawau ke kk ke memang ni lah aku mencari. sape datang sabah wajib makan.

lokasi aku makan ni dekat pasar malam bandar sandakan yang tepi laut tu. kat situ ada gak orang jual TERANG BULAN aka apam balik la kalau semenanjung panggil kan. sedap amek. oh Cakoi pun sedap lain skit. kat semenanjung beli gitu cicah kaya kan? kat sini cakoi di belah sapu planta n kaya dalamnnya.. sedap okeh.. must try.



sebelum makan jalan di tepi pantai sandakan. amik angin laut skit. seberang tu pulau tanjung aru. dalam sandakan jugak. kira kampung air belah pulau. tepi2 ni pun banyak kampung air.

i love seafood in sabah. eceh. okay sambung citer lain.
pasni nak kita melawat sun bear kat sandakan ni.
ok bai









Thursday, December 11, 2014

Taman Buaya Sandakan

Assalamualaikum.. dah cerita pasal orang utan sepilok kita cerita pulak pasal buaya. yelah dah seminggu berkapung dekat sandakan ni pasal encik suami kerja. jadi ada masa kita explore lar apa ada kat sandakan. lagi pun hotel memang dekat dengan taman buaya ni. 5 minit pun tak sampai. sebab lokasinya di Labuk.
 Masa ni anak2 tak tau lagi nak pergi ke taman buaya ni. haha. dah masuk masing2 terkedu. kahkahkah. penakut rupanya. Bayaran Masuk RM 5 dewasa. Kanak2 RM 2 je. eh ye kot. Kalau tengok dari luar macam tak de apa je kan. cer masuk tengok.

 Masuk je dah banyak buaya tunggu bawah titi ni ha.. terperanjat anak2. huhu.. Fahim tu takut tutup telinga. Taman buaya ni tak lah besar macam kat melaka atau langkawi tu. Cukup lah sekadar yang ada. eh tapi banyak jugak buanyanya.
 statue buaya pun ada. Fahim tak takut tapi adik alahai takut menangis.


 Buaya ni kena kuarantin sekor sebab dia pernah makan 4 orang manusia. cis!! tapi besar weh. cuma yang aku musykil kat sini mana orang ni tau yang buaya tu dah pernah makan 4 orang. bila masa dia tengok? dia campak orang dalam tu ke apa.. nampak sgt menipunya. hahaha


 kawasan buaya ni terbahagi beberapa kolam. dari kecik ke besar2 semua ada. masa ni buaya semua tido. dah makan kot. terlepas persembahan buaya. sebab masuk dah kat kul 12 tghari. show kul 11.30 atau weekdays memang xde show.
 selain dari tu ada lah farm ville kecik2 dalam tu. Rusa, kambing, burung2, ayam, kura2, biawak, eguana, ikan, boleh bagi depa makan. masuk RM 1 then amik lah makanan yang dah siap gantung tu. Ni fahim bagi rusa makan kangkung.

okaylah jugak. kawasan bersih.cuma dah lama sikit. then ada ubahsuai sikit.
tula jelah. nati citer faveret food in sabah plak.

kbai.


Wednesday, December 10, 2014

Sepilok Orang Utan Sandakan

Assalamualaikum.
Rasa Malas betul nak menaip. bukan apa tiap kali nak menaip mesti ilham duk kacau. tak dapat nak bertenang2. terus malas update. 

Since dah alang2 duk tawau ni, setiap kali husband pergi outstation jauh skit kena lah ikut. bukan 2 3 hari tapi seminggu plus. tu hari ada kerja di sandakan maka ikutlah anak beranak ke sana. walaupun duk hotel je tapi ada masa yang dia free tu kita jalan2 di sandakan tengok apa ada.

Antaranya pergi melawat Orang Utan sepilok. Anak2 cam excited sgt. tapi bukannya boleh pegang2 kan.sekadar tengok habitat kehidupan orang utan ni jelar. Hotel yang kami tinggal tu pun tak lah jauh. dalam 15 minit sampai lah. sebab kitorang duk di Hotel Labuk, kira kawasan ni belom sampai  ke Bandar sandakan baru dan lama.
 Bagi dah sampai sandakan of cos tau lah road sana camne.hiihihi. senang je cari jalan sepilok mesti jumpa nak ke Orang Utan ni. First masuk area ni suasa pun dah hutan. just enjoy the nature. Tiket masuk RM5 dewasa RM 2 kanak. Bawah 3 tahun FREE dan kamera fee RM10. dan of cos jugak ko tak boleh bawak beg, botol air, apa2 objek yang boleh menarik perhatian si Orang Utan. Maka silakan pergi simpan barang kat dalam peti simpanan yang disediakan. owh.. jangan lupa bawak tisu, kain lap ke untuk lap peluh. kalau ada kipas kecik lagi bagus sebab masuk hutan is panas oiii.. peluh2 menapak.
 lepas pintu masuk ada trail cam gambar kat atas ni. sepanjang dalam hutan ni je jalan yang ada.. menapal dan takde shuttle k.. kena jalan sampai satu hall ni untuk tengok orang utan makan. kalau boleh pergi sini dekat2 waktu Orang utan feeding, tak lah rasa rugi sangat. time feeding jam 10 pagi dan 3.00 petang. time aku gi kul 3 petang. panas sikit dan berpeluh lah akibat menapak tadi. tu pasaL suh bawak kipas ke tisu tadi.

 Memula masuk trail tu agak seram. yelah kiri kanan hutan, bunyi unggas semua, pastu redup dek pokok2. risau pulak binatang lain yang melompat. hihi. sampai kat hall , tunggu few minit camtu nak tengok kemunculan si Orang utan tu keluar. pastu keluar lah sekor2 nak cari makan. sebab dia tau time makan dia.
 anak2 dah ready.
 makanlah secara berjemaah. Makanannya kacang panjang, sayur2, pisang, betik dan lain2..
 pastu dua orang ni mula lah nak berlari2.. bosan lah tu..
 lepas je orang utan tu makan. moh lah kita g tengok depa ni training guling2 dan sebagainya. Sini jugak ada buat servis adopted Orang utan. siapa nak boleh lah join. dalam hall ni tak panas. ada aircond. lepak2 jap. sambil tengok si orang utan training gayut semua lah. dia ada trainer depa. sampai anak2 aku pun duk guling sama tengok orang utan ni guling. hahahha
see kiri kanan hutan ye.. elok lah bawak stroller kalau tak larat nak dukung. aku memng tak larat dukung si kecik tu, tolak dia larat lah.

sini banyak omputih lah. diorang suka bab2 nature.sebelah orang utan sepilok ni ada tempat sunbear. nak pergi tapi dah tutup. kita gi next time plak. kat luar entrance adalah statue orang utan yang boleh amik gambar. tapi si ilham takut. haahah..

okeh tu je.. sambung citer lain plak. penat taip. lama tak menaip entry panjang.
kbai


Thursday, May 8, 2014

Jalan-jalan di tempat orang

8/05/2014 - khamis

Assalamualaikum,
Lama betul tak update blog, 
Malas malas malas malas malas kuasa 800, 
Eh entahlah, jadi suri rumah lagi malas nak update blog,
Padahal banyak je citer nak merepek dalam ni,
Okay lets start merepek..

Yup, aku ni nomad skit,
Kejap kat tawau kejap kat semenanjung,
Tp banyak kat semenanjung, 
Ada masa kat tawau, kang nak puasa aku balik tawau balik, 
Sebab skang ni hubby banyak oustatiob,
Cam no point plak duk rumah bertiga dengan anak2 aje,
Marilah pulang ke semenanjung,
Alah lagi pun cousin kawen lah,
ilham nak check up lah n byk agenda lagi,

So tu hari aku pi tawau bertiga dengan anak2 je naik flight,
Perghhhh berpeluh tapi alhamdulillah berjaya,
Tau jelah flight 2h50m ingat dekat ke, 
Bosan okeh, nasih baik anak2 tenang.

Jam yang pertama, naik je kasi chill anak2, bg makan fries n etc senyap jelah, xde plak nak hetic dalam tu, fuhh alhamdulilah.

Adik kecundang masuk separuh masa ke  2, tdo yipppeeee... Marilah on ipad, kasi abg bertenang layan movie dia, kasi donlod apa patut sebelum fly, tp ada kejadian 1/2jam nak landed, boleh plak dia jerit "ibuuuuu,  nak berak lah!!" Hadoiiii, kasi borak2 ngan dia langsunh lupa nak berak, hahahha suh dia tahan dulu, sampai umah baru setel.. Kehkeheke..

Jadi supermak handle anak2 dlm flight, dah landed semua okay, dipermudahkan. 1st time fly bertiga sebelum ni abi ada sekali. But its okay time to challange myself. 

Basicly duk rumah aje, sbb xkoje kan, ate jaga anak2 dan somi je lah. Yeahhh, best kah duk tawau ni? Alar dapat duk disamping suami dah syukur tau dak, bahagia rasanya, walaupun tawau tu xsegah kl uiii, bandar 80s to 90s tau. But its okay best jugak merantau.

Bila hubby ada keje jauh skit marilah ikut jugak, kita pi lahad datu- kunak- semporna back to tawau. Yeahhh... We enjoy the route, the journey, the view n more.walaupun keliling kau kelapa sawit. Hikhikhikhik


Pagi2 dah keluar eh tak la pagi sangay about 8am jugak lah, okay cuaca sini lain skit, well cerah awal gelap awal. Time sama lah cuma bila cerah gelap awak ko rasa masa tu cepat 2 jam dari semenanjung. Like 6pm dah cerah like 7am kat s'jung, 6pm like 8pm kat s'jung gelapnya, kira korang kul 10mlm kami ni rasa kat sini kul 12 mlm dah padahal masa sama je. Kuikuik.. Budaya sini lain skit lah.. 

This is laut lahat datu, not recommended to be here longer,.. Aku pun xstay here sbb hubby ada keje kejap je kat sini, perjalanan dari tawau ke lahad datu takes 1h30m kalau tak banyak lori, sebab sini xde highway ye, jalan 2 way kiri kanan sawit, struktur jalan pun xberapa elok. 

So just take a picture n sit in the car. Malas aku nak kuar panas terik, sini pun orang bajau banyak. Suhu mak ai 42c.. Panas wokkk..

Later, kita teruskan perjalanan ke kunak. About 45minit - 1jam  from lahad datu.hubby ada kerja n jumpa orang. Sekali lagi duk dalam kereta. Eh kuasa aku nak kuar, bukan ada apa pun kat pekan dia, pekan kecik je pun. 

 Before sampai tu, ada sport area benti amik pic ladang sawit. Sini nice view lah. Btw, tawau n sabah it self byk utk eco pelancongan, tanaman sawit banyak, tu yg kiri kanan banyak sawit.

Owh setel di kunak, terus tuju ke semporna.. Okay sambung nanti ye.

Lotsa love ❤️, 
Ann mikael jibrael