Pages

Friday, December 13, 2013

Family day kat Thistle PD


Hujung bulan lepas ada family day company hubby kat thistle pd. from friday to sunday. kira ok bonus lah sebab last holiday kat langkawi. huhu.. dapatlah rehat2 skit. memandangkan pd tu taklah jauh dengan senawang tu kan.. maka kul 3.30 petang dah terpacak kat situ. hahahah.. coii awal pulak ken.. 


Thistle ni hotel 4 star jugak lah. environment lil bit privacy than other hotel. location tak jauh dari teluk kemang. ko lajak skit lepas politeknik tu pandang belah kanan. masuk terus je kedalam. rate per nite rm200++ lah kot. sebab company yg bayor aku mana lah tau regenya. 

sampai terus check in. great! orang tak ramai. boleh lah feeling welcome drink bagai. 


while waiting to get the key. ini budak baru bangin tido. and this hotel hv 6th floor. dapat tingkat 6 ler facing garden. sigh! dapat facing pool sedap gak kan. tp yg penting bilik best. wehuu...!!


katil super king uolss.. 4 beranak golek atas katil pun luas lagi. facilities semua lengkap lah. i like! 

lepak2 jap lepas asar turun kat bawah bawak fahim mandi kat pool.

this is the view. pool pun besar. siap ada slide and all. slide utk kanak n dewasa also hv a pool bar. 


fahim bukan pencinta pool cam budak lain selagi xlebam xnaik kan.. ni setakat celup badan pastu jenis penakot. pfftt. elok lah tu tak lah mak ko pening nak layan.

elok lah kita sunbathing feeling omputih cam kat kusi sebelah nun. hahahha. kelass nak.. 

pantai dia pun private. ada jugak water sport like jet ski and all that. tapi tak sehebak teluk kemang lah. agak2 kul 6pm naik siap2 untuk turun dinner kat f&b plak. 

after dinner lepak2 je kat kids indoor playground.
 
nati sambung next day nya pulak.

Wednesday, November 27, 2013

kisah Fahim Mikael

lama tak bercerita pasal abang fahim ni. alhamdulillah sejak ada adik ni.. dia semakin faham apa fungsi sebagai abang. ni nanti cerita lah. 

mula2 je masa ilham baru lahir mmg agak mencabar bila mana kita nak kontrol toddler yang sebenarnya faham ckp kita tapi buat2 tak faham supaya patents lebih pay attention kat dia. memang menguji sangat2. tapi nak marah lebih2 pun tak guna. dia kecik lagi. nak perhatian maka bagi lah sikit supaya hati dia ada skit gembira.
lagi sebulan (28/12) fahim 3 tahun. sungguh! aku rasa masa cepat sgt berlalu. rasa dia kecik lagi. baby lagi. hakikatnya anak semakin membesar. proses pembesaran memang 100% depan mata sendiri. puas hati.
fahim ni anak yang senang dijaga. rutin harian dia bangun pagi - minta susu- mandi - breakfast- main/ tengok tv/ layan ipad- tido- makan.. budak biasalah. 

cuma kalau adik dia tgh tido, time tu lah dia menjerit lah buat bising lah. -adik plak telinga lintah. pantang dengar suara abang terus bangun. fuh semangat... 
almost 3yrs dia dah off diapers utk siang hari, mlm je pakai pampers. sebab malam dia tidur dgn nanny n tokpa dia. klu terbabas abis katil. lepas ni pelan2 nk off mlm pulak. klu pakai pampers pun nt nk kencing mesti kata nk g toilet yak pun camtu.

cakap memang penuh. cara ckp mcm org tua. geleng kepala klu dengar dia nembebel. 

contoh : 
ibu : fahim makan apa?
fahim : ayim makan eskrem. ibu nak?
ibu : tak nak lah xsedap
fahim : tak nak sudahhhhh

huhhhu.. mcm2 lah.

cepat simpati kalau kita sakit ke luka ke.. dia lah irg pertama yg cemas lari sana sini nk cari tisu buat lap darah tu. huhh 

apa lagi.. hmm senang berkawan. klu kat klinik ke jumpa sedara baya2 dia xpun dah sekolah camtu, selambur dia dok approach lebih2 nk kawan. tak tau lah bila sekolah nt camne..

dan fahim ni cepat boring. masak aku. aku rasa tak nak masukkan dia tadika awal2. sebab nanti bila lama sgt kat tadik a confirm dia xnak g sekolah lg alasan cikgu lambat abis silibus. boringgg hahaha

suka lah nak. mak tetap sayang anak. byk lg. tp cukup lah kot. nk live update. sila ke ig n keek i ok.. 

ok chow

Thursday, November 14, 2013

follow me - Ann mikael

memandangkan skang serba serbi nk social network je. meh la follow aku kat instagram, keek. dayre, fb and twitter.. 

ni lah antara penyebab kenapa blog aku ni tak berupdate. sibuk kat mendalah ni sampai blog pun terabai. 

do follow me - Ann Mikael

 



Wednesday, October 30, 2013

STROLLER & BUGGY FAHIM DAN ILHAM

salam.. kali ni citer pasal stroller and buggy yang aku dah guna pakai.. nk review lah skit yg mana sesuai ke tidak di bawak travel..

macam2 lah citer pasal stroller ni.. yg hilang, rosak, besar lah and etc.. being a parents mesti nk anak selesa and compact nk dibawa kemana saja kan.. mana patut beli mana yang tak.. to me beli pun ikut kemampuan. ada rezeki beli lah hok mano kenan deh.. hhihi

so, sepanjang tempoh anak2 kecil ni.. kira sejak ada anak2 ni.. aku ada 2 stroller and 2 buggy..2 untuk fahim 2 untuk ilham... nak nyimpan pun kemain banyak pulak..meh check it out..

1) SCR bumble bee - tak silap aku lah.. 1st stroller untuk fahim. harga dalam RM300 jugak lah..lipatnya kedepan besar lah jugak.  malangnya tak bertahan sampai skang sebab hilang masa naik flight ke Jeddah nak buat umrah dulu. hilang kat mana pun aku tak taw lah. sebabnya aku naik ETIHAD AIRLINES pastu ada plak transit kat Abu Dhabi. then ke Jeddah plak. cari kat airport Jeddah xjumpa gak. aku syak stroller ni dah ke paris ke london ke.. sbb abu dhabi kan airport transit to world country kan.. halallalaann toyibbaaa.. masa kat jeddah kena uji hilang stroller. dalam kepala camna lah nak bawak fahim saie tawaf nanti, sudahnya ada hikmah pun hilang tu.. stroller tak boleh bawak masuk masjid ponngg...
2) brand VIVA cap china kot - harga RM 167.00 style buggy, lipat macam payung tu. beli pom sebab nk travel ke jakarta. malas nk bawak stroller merah tu. byk kali turun naik flight. since hilang yg merah tu, belasah si oren ni je lah. sampai lunyai, hood tah kemana, bakul bawah tu koyak.. tapi still leh guna kot2 tersedak ke kan. cuma yg xbest bila dah besar fahim tu macam xmolek la nk guba buggy ni.. sebab seat tu cam kecik .
3) sweet cherry 10- yang ni stroller paling besar yang aku ada. abi diorang berkenn sgt nk stroller gabak camni. smart lah apa. yup memang betul. then harganya rm599. gulp!!! nasiblah. bab bagusnya selesa memang selesa, boleh transform bucket tu jadi macam2 style, kedepan kebelakang tegak eh mcm2 lah.. cuma part tak best, kalau nk lipat dia kena pisah bucket n rangka tu. lipat kemain beaar plus berat oiiiiii.. kalau simpan bonet keta penuh dia je. jalan2 kat mall boleh lah. g travel tolak tepi siap2. xsesuai langsung. tapi bestnya rangka tu boleh masuk car seat baby. senang xpyh bawak bucket besar2. ak pakai car seat scr7 boleh in dgn rangka tu.

4) my dear buggy - ni aku beli pun sebab nk travel naik flight. mmg xlah nk bawak scr10 tu. si oren tu plak xselesa utk ilham nanti. maka beli lah buggy ni. bole fahim pakai gak. harga rm229. lipat pun jenis payung style. kecik skit dari so oren. berat 5kg je pun. boleh sandang je kat bahu. selesa pun selesa. masuk bonet pun xpenuh. berbaloi kot beli.

antara 4 stroller semua pun ok. bergantung lah pada si parents kalau nak pilih stroller or buggy yang berkenan. yang penting senang nk bawak travel baik naik keta baik naik flight, ringan, compact, harga berpatutan, lipan kecik dan kalau smart tu bonus lah kan.. 

okay ni je perkongsian dari aku untuk kalian yg mencari stroller berkesesuai. beli ikut kemampuan, klu ada lebih nk beli branded skit tu juga bonus.

see ya

Review dan Tips travel ke Langkawi

Salam, seperti yang dijanjikan..nk review lah skit pasal trip tu kan.. walaupun ada org lagi bagus review pasal travel depa.. tp xpe ni cara aku lah kan.. saje nk share.. kalau membantu alhamdulillah.. kalau x.. pandai2 lah..

1) TIKET FLIGHT - ni pandai2 lah uols grab kalau ada promo ke apa..aku g 4 beranak RM285 only.. cheap huh? beli 3 bln b4 fly.. nasib gak lah kot



2) NAK BAWAK STROLLER/BUGGY - kalau naik AirAsia aku tu hari masa drop baggage bagi tau nak bawak stroller naik atas sbb masih nk pakai sementara kat gate. kalau xnak pakai, ko masuk sekali dlm baggage tu. cam aku bawak sampai tangga..lipat elok2 letak tepi tangga nanti org kat bawah tu masukkan stroller/buggy kat dalam perut flight tu. haha.. pastu sampai airport langkawi boleh amik kat tangga tu balik kalau xde cari kat tempat claim baggage sekali. ok faham kan 

3) BOOKING HOTEL - ni aku booked sebulan lagi nk travel. nasib jugak ada kosong.. ikutkan mcm xdapat je. kalau ak main walk in sumpah tido dalam keta agaknya.. ak stay kat hotel BEST STAR RESORT PANTAI CENANG..mmg betul2 mengadap laut, facilities alhamdulillah, nak g makan senang..nk street shopping pun senang..ada cenang mall lagi.. 

bilik ni super deluxe sea view, mmg sea view betul bukak sliding terus pasir pantai, nak pantau anak main pasir pun senang.. dari bilik je.. lagi best depan bilik ni ada org jetski banana bot semua tu.. 


dan best lagi kalau air pasang ombak dia dalam 30 meter je dari pintu sliding tu.. fuhh aku mlm pertama cam takut.. tido dengar ombak.. kelasss weehhhhhh..

bilik superb.. besar.. katil king size.. bilik air ada bath tub.. tv lcd.. aircond pun sejuk.. ehh hihi...sesuai lah family kecik cam aku ni.. muat ok tido sekatil 4 beranak.. xsempit pun.. 

dan harga satu malam RM220 sahaja.. oklah.. xmahal xmurah.. just nice.. berbaloi lah depan pantai kan..

4) SEWA KERETA - ni pun booked sebulan.. 4 hari RM300 dapat nissan latio.. uihh best lah keta ni.. kalau walk in ak tak taw lah bape.. xtentu.. kadang demand dioranh ni.. better booked dulu lah..



5) MAKAN : aku xlah g makan kat tempat kelass pun.. tepi jalan pun boleh.. tapi2 kalau boleh xyah lah makan kat restoran HAJI JELANI tu ( lokasi : simpang 3 dekat laman padi) sbb mahal lah. org langkawi pun xsuggest makan kat situZz hmm.. kalau ko kat pekan kuah. try makan kat EE BURGER.. area medan selera dkt al ikhsan kot.. alah google je.. 

6) CABLE CAR - tiket adult RM15 child RM10.. dgn syarat tunjuk mykad/mykid - kalau ada stroller xpayah lah bawak naik atas sbb rugi - kalau dari bawah kat parking tu nampak kabus atau nk hujan,xyah lah naik, sbb xpasal terkandas.

7) UNDERWATER WORLD - tiket adult RM28 Child below 3 FREE. show ur mykad/mykid

8) LONG PERIOD PARKING LCCT - kitorang parking kat park yg ada signboard RM1 perhour / RM16 perday. lokasi kat sebelah pos mail tu.. menghala jalan nak kuar ke highway tu lah. situ je lah plg murah. kt depan2 tu alkmalum mahal. aku park 4 hari RM52 kot camtu. hubby yg bayar. i tak tau.

9) ROAD LANGKAWI - haihh senang sangat.. biasanya bila ko sewa kereta nanti dia bg sekali langkawi maps.. ha senang ikut jelah. klu ada garmin sendiri lg bagus. xsusah pun. yg penting ada lesen memandu baru boleh pandu kereta. hahaha

10) SHOPPING - memandangkan aku xberapa shopping masa tu.. apa yg ak tahu Haji Ismail group ada mall sendiri. ko terjah lah mall dia kat pekan kuah tu. tp ak prefer beli segala choc mak nenek kat coco valley kat underwater world tu.. situ murah skit dari hig. klu ada byk masa boleh lah nk compare mana murah mana mahal

cukuplah kot 10 review n tips aku ni.. based on itinerary yg aku pergi tu hari lah.. harap membantu lah.. bagi yg 1st time ke sana.Bagi aku langkawi ni fun n enjoy bila kita buat sport activities, tapi kalau dah anak beranak pi.. kecik2 plak anak2.. memang tak lah... huhu.. tunggu anak2 dah remaja kita g lagi... haha.. sebab aku aim jetski tour 4hour yang regenya RM400 per pax per jetski.. wuhuuuuu...

ok till then, chow

Saturday, October 26, 2013

SFGV : Day 4..

dah day 4.. flight kul 1.35pm.. pagi bangun amik breakfast then lepak je kat balconi depan sambil amik angin pantai. fuhh best2.. then siap2 semua kul 10am check out. sambung shopping coklat kat coco valey underwater world n guess what.. choc kat situ lebih murah dari Haji ismail group tu.. choyy betul lah.. pk next time beli situ je lah.. #tipstravelannmikael

oleh kerana lama lagi.. g cari minyak gamat lah.. tapau makan dulu.. then lepak lah kat airport.. cun.. abis lepak terus masuk gate.. eh jap b4 that check in baggage xoverweight fuhh nasib..

lepak gate semenyara tgu flight.. cam biasa anak aku sorang ni mmg terlebih peramah.. buat airport tu apaknya ada share.. hahah.. 

weeeee.. mak dia over nak duk tepi gak.. haha.. bkn apa senang nk bf si kecik ni..

sampai lcct.. bayar parking kena lah rm 52 untuk 4days car park situ.. ok lah kot.. #tipstravelannmikael

ok dah abis cuti2.. mari kumpul duit untuk next cuti plak.. next entry aku review apa2 yang patut.. kot boleh membantu uols yg nk g langkawi jugak..

see ya..

Thursday, October 24, 2013

SFGV LANGKAWI : DAY 3 Cable Car

6 okt 2013 :
aktiviti outdoor cabel car lah plak.. nasib cuaca ok..alhamdulillah sampai lah ke puncak.. huhu.. tiket for adult RM 15 , child RM 10 kena tunjuk lah mykad/mykid kalau tak RM35 per pax. propa sgt harga kat kaunter tu.. then kalau bawak stroller.. nak naik atas ppon boleh klu stroller kecik lah.. kalau tak ko letak jelah kat bawah.. ak saje bawak atas.. sbb anak teruna yang kecik belum tentu lagi.. kang tetiba tido. ada backup.. cehhh #tipstravelannmikael


fokus kat ilham bukan ibunya.. kemain nak menitik air liur tu nak...


nice view... alhamdulillah.. ciptaan terindah.. cantik pulau langkawi ni
 by the way, satu cable car ni ko kena share lah dengan sape pun.. sbb kalau xnak kongsi.. ko kena booking.. curlasss... genting sky way tak camtu pun taw.. nyampah! #tipstravelannmikael
abang fahim chill aje.. tak takot pun... tapi xnak berdiri sbb ketaaaqqq.. hhaha

dia cam biasa buat hal sendiri.. while aku tengah bf kan ilham.. main lari2 kat keliling tu.. layan kan aje

sumpah view lawa2 kat sini


i love you sons

anak abi.. blue sky at the back...

super abi..

while waiting hubby dok sibuk amik gambar.. letih lah. marilah bersila je,. buat tempat tu ko punya

im carried this 7.5kg boy..

abam sangat sekarang nih....

peminat dari errrr india kot.. siap amik gambar ngn ilham.. ok nak.. kita bajet retis je


cepat2 turun sebab awan mendung dah muncul.. sebelum terkandas adalah lebih baik turun.. sejam lebih gak kat atas tu..

terus balik ke hotel.. lepak2 kasi anak main pasir plak..dan tengok sunset...
malam dinner kat area pantai tengah.. kalau kat simpang Asenia resort kena ke kanan.. then terus.. ko nampak ada orang jual sate sarawak.. lupa nama kedai tu.. Difia ke apa tah.. sate dia superb sedap.. ikan bakar n makanan lain sume sedap.. harga pun tak mahal sangat... #tipstravelannmikael
berlalu lah hari ke 3...
next day nk balik dah...

Wednesday, October 23, 2013

SFGV LANGKAWI : DAY 2 Underwater world

5 okt 2013 : 
breakfast kat hotel je pun.. amik makan kat balkoni depan bilik ni je.. layan ombak rindu sekali..ehh?? haha.., sambil tunggu anak2 bangun..plan asal nk g cable car.. so siapkan anak2..sekali tengok cuaca dan dah sampai pun kat parking cable car tu.. kemain gelap plak langit tu.. mesti hujan lebat jap lagi.. sekali betul. ok fine tukar lokasi kita indoor je kat under water world tu..senangkan.. tak kena hujan.. 

.ok tiket RM 28 adult , child below 3 is FREE..#tipstravelannmikael syukur.. ahhaha.. saje nak happy kan anak2.. kita masuk lah akuarium ni walaupun aku rasa xde beza pun dari dulu n sekarang.. sama je.. aku rasa akuaria klcc tu lagi best..and sekali lagi sebab anak2.. apesalahnya tengok jelah.. dan bestnya keterujaan dia tu.. priceless ok.
happy face..

adik pasrah dalam stroller.. owh kat tunnel ni boleh tengok penguin duk menyelam.. best taw..
ikan kecik kata fahim

pingu..pingu.. haha.. pastu cerita tak abis2 bila tengok pinguin ni

adik plak..excited bila pinguin tu duk main depan dia... haha.. kelakar.. kepala dia pun sama duk menyelam cam pinguin tu..
setelkan underwater water world terus ke pekan kuah.. nak g makan kat EE Burger sebab depa kata sedap.. oleh kerana tak bukak lagi.. so kita pi haji ismail group beli cekelat.. memandangkan aku sedang berpantang segala jenis susu and coklat.. maka nafsu membeli mmg xde lah.. hubby hantu cokelat.. sila beli.. aku pulak mind set dah kata nak g langkawi hanya untuk bercuti bukan shopping.. sampai hubby offer beli tefal aku tak nak.. baik gillaaa hhaha.. xpe nanti repeat lagi. muahaha...

EE burger bukak.. pi makan kat situ. hmm not bad.. order burger apatah yang ada nenas tu.. sedakk wehh.. chicken chop pun sedap... dengan air buah = RM 24 je.. portion besar.. baru puas hati. then balik hotel rehat2. Malam skit baru kuar balik cari makan. #tipstravelannmikael


memandangkan kat pantai cenang je.. maka kita makan kat situ2.. makan tepi jalan, ada lori jual makanan tu.. sedap gak.. murah dan kenyang.. tu yang kita nak... huhuh area kat cenang mall tak silap aku.. dekat dengan the cabin tu.. ilahm tido dalam carrier yang abam duduk dlm buggy diam2.. sbb dia kalau berjalan mmg tak boleh kejo..


melepak2 di depan cenang mall... amik angin malam tengok gelagat orang.. macam2...
jalan pantai cenang ni havoc lah malam2. tapi siang mcam takde apa plak.. huhuh
ok to be cont.....




Tuesday, October 22, 2013

SFGV LANGKAWI : DAY 1 Holiday time..wee

Assalamualaikum.. haihh apesalah "rajin" sgt nk update blog ni kan.. hahha... well biasa lah tu.. 
ok sebelum citer pasal kami anak beranak pi bercuti... apakah SFGV tu? = Small Family Great Vacation cewahhhhh... senang ak nak cari label kat blog sendiri..

ok lets start.. kisahnya aku masa dalam pantang tu, terbukak web AA ricky2 tiket tetiba terus purchase.. haha.. dasarkan.. alah 4 beranak RM 280 je uolss sebat jelah.. then lagi sebulan nk fly baru dok booking hotel n kereta.. dah deposit senang lah hati skit.. tunggu masa fly jelah..

4 Oct 2013 - flight time 1.55 pm. drive and park kereta kat LCCT tu je.. alah park yang jauh untuk long period tu RM 1 per jam / RM 16 per day tu.. Hubby drop kami kat terminal dulu then dia gi parking.. hoihh boleh tahan jauh ok..tapi takpe 4 hari baru RM52 camtu lah kot.





This 2 boys are very excited. terutama fahim lah, nak sangat tengok keterujaan dia bila nak take off tu.. ternyata EXCITED gile.. bila tengah tgu kat gate tu kan nampak.. omg! buat cam rumah sendiri.. phewwwww

Lepas je hubby parking, terus ke kaunter drop baggage. stroller tak masuk sekali sbb nak pakai. nanti sampai kat tangga AA tu, lipat letak tepi tangga nanti org AA kat bawah tu tolong simpankan. Bila sampai kat Langkawi terus amik balik Stroller kat tempat claim baggage tu. #tipstravelannmikael
seat awal2 dan booked duduk satu row.. beli jugak lah RM 6 per seat. tak nak lah duduk bersepah kan.. lagi2 anak kecik.. fahim mulut bising lah.. haiiyooo.. Ilham biasalah bukan taw apa pun.. cuma masa nak take off susu kan dia.. supaya tak sakit telinga.. kalau tak susu bagi punting ke apa yang boleh buat dia telan air liur #tipstravelannmikael
kena paksa amik pic.. kalau ikut dia nak berlari je. nak plak firefly flight fokker ada kat situ.. ya ampun bingit bunyi enjin dia






 keluar pintu airport terus amik kereta sewa yang kitorang dah booked tu.. dapat kereta nissan lation. uiitt best jugak kereta tu.. comfort, bonet besar, auto,aircond sejuk haha dan paling penting JIMAT sangat2.. recommended lah... dapat kereta terus cari tempat makan dulu. since hotel memang kat cenang beach, makan dekat2 jelah. tapi adoiii terkena betul makan tengahari kat situ.. kalau sape tahu kedai makan HAJI JELANI yang sebelah Laman Padi tu.. better tak yah lah ko singgah makan situ. tekena habis, apa je kitorang makan Nasi putih ikan sambal + nasi goreng ayam + teh o ais 3 = RM 29.00 puihhh.. mahal nk mampos...pfftttt..  #tipstravelannmikael

malas fikir bayar terus je cari hotel check in. Alhamdulillah.. aku stay kat Best Star Resort. memang superb lah view sini. satu malam murah je. bilik mengadap laut. boleh tengok anak dari bilik je. apa taknya, bukak sliding je dah pasir.ni nanti aku review k..
view dari bilik. Rare kan..

 sampai bilik rest jap.. pastu masa melepak tepi pantai.. weee... fahim lah excited.. nk main pasir je lah dia..

excited nampak "KOLAM' katanya.. laut nak oiii..
adik pun excited jugak... suka lah kena angin kuat tu..

belah kiri yang ada bumbung tu lah best start resort

ibu and mikael. takde apa buat kat pantai tu.. saje amik angin je.. syok sgt
super like!! nice shot..
ok selfie.. nampak jauh je kan belakang tu.. tapi percayalah bila air pasang ombak dia sampai depan pokok kelapa tu.. malam tido pun dengar ombak tepi bilik je..

day 1 tak banyak buat apa pun.. rilek je banyak..
ok sambung day 2 nanti k..