Pages

Friday, July 30, 2010

Terus semangat bila dipuji..

Sapa yang tak semangat bila kena puji betul tak? hmmm.. korang pun mesti pernah jugak dipuji kan.. ? lagi2 suami kita.. yurp! sebabnya kadang2 pujiaan diberi tu ikhlas dan automatik kita rasa..auuwwwmmppp!!! hahaa…

aku dulu masa bujang means b4 kawen lar kan.. mmg pemalas lipas lar bab masak2 ni kan.. berbuih lar mulut mama tu dok suh masak n masak.. belajar masak and all about cooking.. tapi hampeh.. tau makan jer.. ahaha… bukan apa.. nak buat sendiri mmg tak suka.. tapi bila dia kata dapur aku tolong kacau2 je.. sambil2 borak ngn dia.. tapi kan.. tak semestinya tolong kacau 2 tu tak bermakna kita tak tengk cara dia masak betul tak? apa yang taruk dalam makanan tu.. hmm macam2 lar..

and mama selalu cakap.. “nati dah kawen ko taw lar camne..?” muahaha.. betul seh.. ok..fyi, aku stil duduk ngn parents lagi even dah kawen.. sebabnya parent tak bagi weouls pindah selagi baby tak keluar.. selagi tak beli umah.. hoihh!! tersedak aku kata nak beli umah.. yes! opcos lar kan.. cuma belum rezeki lagi.. nak nyewa siap cakap lagi.. dari bayar sewa umah orang bek bayar umah sendiri.. hmm.. betul jugak…

ok.. back to the topic.. haha.. mmg ye! aku tak suka masak.. lama2 kita belajar n belajar sampai kita rasa nak cuba resepi itu lah.. ini lah.. rite?? mama selalu cakap.. “ ko bukan tak leh masak.. sedap pun sedap tapi malas” muahhaa.. tetap ada malas.. hahahaa… ye lar.. nak buat camne… kalau masakan ibu lagi sedap.. hahahaa….

tapi bila kita masak.. i mean si isteri masak.. bila suami kita jamah..dah masa tu ko tengok dia makan tak bunyik2.. sampai tambah 3x kali tanpa toleh kiri kanan…? apa ko rasa? mesti nak tanya sedap ke tak kan?? jawapan dia setelah dia sendawa.. baru cakap sedddddddddaaaapp giler… pandai u masak…! ha masa tu ko rasa cam di apungan ok.. owh really! sedap ek? dan dia siap kata tQ lagi sebab masak..ehhehe..

suami mana yang tak puji isteri masak betul tak?? kadang2 mak pak kita pun masih lagi tanya sedap ke tak? lepas tu nyandar kat sofa cam ular sawa kenyang.. hehehe..

bila suami puji sedapp. mula lar kita rasa nak masak itu ini lagi.. semangat ok.. siap goggle nak masak resepi apa pulak..ehhe… orang kata tak taw bertanya.. skang ni banyak resepi bersepah kat internet ni… kita kena rajin goggle je..

kesedapan makanan tu terletak apabila kita masak dengan hati yang penuh ikhlas serta kasih sayang.. insyaAllah… mesti uolls penah cuba jugakkan… see.. apa suami anda akan kata..

aku ni kadang2 masak tu campak2 je.. haha.. sesuka hati aku nak ejas resepi tu… kalau amik resepi mmg aku ejas sikit2… haaha… cam Mr.Shyir tu.. kalau nak makan or nak suh aku masak.. dia akan request lauk yang dia nak makan.. time tu leh aku masak.. masak waktu weekend lar kalau request2 ni.. kalau hari biasa sbb mama ada kat umah. lauk tengah hari dia dah masak jadi kalau lauk banyak aku tak tambah lauk lar.. kalu tak, aku tambah lar menu lain…

kadang2 kita kena mencuba resepi apa yang kta belum pernah buat.. tapi dengan yakin.. insyaAllah jadi punya lar..seronok mencuba ni.. tapi jika gagal tak bermakna gagal selamanya.. atleast kita mencuba…

kalau suami bagi komen ke apa.. jangan kecik hati ke apa.. jadikan pemangkin untuk kita perbaiki kelemahan.. supaya jadi lebih sedaaapp dan seterusnya sedapp sampai hubby kata dah.. tak yah makan kat kedai.. awak masak dah tiptop.. muahahahaa

ok.. roh rajin meningkat… jadi nak usha resepi2 best..eheheh

selamat berweekend youls

Award : Award persahabatan 2010

owh.. tQ to pn. Ciare coz kasi award ni kat AGS ni ha…

 

1) bagi pulak award nih kat 5 org yg korang rase ada nilai2 persahabatan yang baik dalam dunia blogging nih

hmm.. kena bagi jugak ke.. ok2 tapi kalau tak cukup ampon ye…

  • Cik Puan Miera
  • Asna Cute
  • Raihana Miss Moscow
  • ArDina
  • Kak Moon Photog

eh.. tetiba cukup 5 plak.. ahaks!

2) Apa nilai persahabatan yg ada pada setiap pada 5 org tu? war2kan

  • Cik Puan Miera :: aku suka si ana ni sebab dia sempoi.. haha.. cam best walaupun tak pernah jumpa.. tapi kalau cakap mmg stok dah kenal lama.. huhuhu.. blog dia yang terawal aku terjah since mula2 terjebak dunia blogger ni..
  • Asna :: si cumel ni very the humble i tell u.. suka tengok dia learn something if dia tak pasti benda tu.. hehe.. keep it up dengan dunia masakan yang baru asna ceburi.. usaha tangga kejayaan kan.. hehe
  • Raihana :: Minah ni aku jumpa tim wedding aku ritu.. dia datang ok..means bukanlah dari moscow datang semata kat wedding aku.. sbbkan dia cuti.. then kebetulan juga BF dia kawan aku satu kelas.. eh..admire kat dia sbb dia gojes bab2 masak ni.. selalu amik n try resepi dia… wakakak.. sampai mak mertua aku pun amik resepi dia taw.. ha rai.. camne tu? hahaha
  • Ardina :: nak kata baru baca blog dia tak jugak.. tapi kadang2 best je citer pasal life dia.. owh she’s pregnant too.. kongsi2 pendapat best jugek..
  • Kak Moon Photog :: ai suka ini kakak… ni juga OP aku masa kawen.. best hokay dengan dia.. 1st time jumpa macam dah family sendiri.. tak kekok langsung… hehe.. kak moon bila mau ketemu seh?

3) Sila gtau apa perkara paling hebat pernah korang buat sebagai sahabat. Untuk kita semua jadikan panduan dan ikutan.

:: Macam2 lar kot..hahaha..kadang2 kita kena juga share serba sedikit ilmu yang kita ada.. walaupun tak banyak. tapi mungkin membantu… macam aku buat resepi ke hapa.. aku tak pandai masak jugak dulu.. tapi bila keinginan ada.. then rasa nak share resepi tu.. aku tepek lar kat blog.. walaupun resepi semua orang pun tau.. contoh cam benda kita tak taw.. kita jadi taw betul tak..? Even.. sahabat dalam cyber je… atleast bila dah lama berkawan..rasa dekat je.. chat comment dan sebagainya.. tak perlu rasa iri hati ke apa… sbb kadang2 apa yang sahabat tu buat.. atas kehendak diri sendiri.. hanya berkongsi dan bukan niat menunjuk2.. sapa kita nak berlagak itu ini.. sedangkan ada yang lagi hebat betul tak?::

:: sahabat yang paling akrab dan sehidup semati dah tentu suami sendiri.. dia lar sahabat, teman lelaki, cinta hati, tunang,suami dan bapa kepada anak kami.. tanpa dia tak mungkin hati ini bisa hidup::(dramatik plak..dush sekali.. hehe)

Thursday, July 29, 2010

RESEPI : Lasagna sesuka hati AGS

Ye.. dari semalam aku kata nak tepek resepi lasagna ni kan.. ok! aku tepek skang.. owh ye.. lasagna aku namakan lasagna sesuka hati.. sebab aku buat dengan suka hatinya… hihih…

AMARAN : ENTRI AGAK PANJANG!

MENU : LASAGNA SESUKATI HATI AGS

DSC05443

Bahan – Bahan:

(Untuk lapisan lasagna)

  • 1/2 kotak(7 helai) Kepingan lapisan lasagna :: aku pakai brand bawah ni.. nak pakai brand lain pun boleh.
    DSC05415
  • Cara-cara : Rebus kepingan lapisan tu sehingga kembang.. letak minyak sikit supaya tak lekat.Macam rebus mee spegethi tu jugak kaedahnya.
    DSC05426
  • Pastu angkat dan rendam dalam air sejuk.

(Untuk Inti lasagna)

  • 4 ulas bawang putih :: hiris / chop pun boleh
  • Cendawan :: butang or yang kering pun boleh dan kasi hiris lar..
    DSC05416
  • 1 tin sos preego perisa traditional :: ni terpulang.. kalau nak jadikan lasagna warna putih beli lar yang perisa cedawan tu..
    DSC05420
  • Daging kisar :: Brand Ramly – if takde brand lain pun boleh..janji halal.
  • Lada hitam sikit dan garam.
  • Cara – Cara : Tumis lar bawang putih tadi, naik bau.. masukkan daging pulak.. tumis separuh masak.. masuk sos prego tadi.. dan gaul…
    DSC05425
  • Masukkan cendawan pula, lada hitam/sulah dan garam.. gaul sehingga masak. dan ketepikan.DSC05432

(Untuk Sos Putih pula)

  • Cheddar Chesse :: pakai suku dari satu buku tu.. potong dadu
    DSC05418
  • 3 sudu besar  tepung gandum :: bancuh dengan 1 cawan teh air masak. bukan air teh taw.. jgn kompius..
  • 1 cawan teh susu segar
  • sedikit garam
  • Cara – Cara :: Leburkan semua dalam kuali.. masak sehingga didih dan pekat,
    DSC05430

Okay.. bila semua dah ready.. masa untuk penyediaan pulak..

  • Sediakan loyang/bekas kaca tebal/ bekas yang bersesuaian untuk jenis bakar lasagna ni.. if takde guna loyang kek sudah.. cam aku buat.
  • Letak majerin keliling bekas tu… dan lapiskan selapis dengan kulit lasagna yan dah di sejukkan tadi.
    DSC05433
  • lepas tu.. ambil inti daging tadi.. lapiskan kat atas kulit lapisan tadi..
    DSC05434
  • Kemudian lapiskan pula dengan sos putih tadi.. supaya tutup inti atas tadi.
    DSC05435
  • baki cheddar cheese tadi boleh di letak atas lapisan sos putih tu. parut boleh atau nak jadikan slices pun boleh.
    DSC05436
  • Ulang proses lapisan tadi.. sehingga penuh bekas.. atas sekali, jika ada lebih sos putih boleh letak atas lapisan kulit bersama cheese tadi.
    DSC05438
  • Bakar selama 30 minit.
    DSC05439

DSC05442 DSC05443Ni lar lasagna sesuka hati AGS.. hahha.. hmm.. presentation tu takdelar kan.. tapi rasanya terbaek.. puji diri sendiri.. ok lar tu dari takde..

lain orang lain cara buat lasagna ni kan.. so ni cara AGS buat.. tu sebab sesukati.. owh credit tu Mr.Shyir sebab dia yang amik gambar semua..ai setelkan lasagna ni…hehe..

aku tak paksa korang cuba.. tapi kalau teringin nak buat apa salahnya mencuba.. sekurangnya2 uolls tau yang uolls leh buat lasagna sebenarnya,, heheh..

ok chow!

Wednesday, July 28, 2010

Nak request lagi lar

Eh.. tadi aku kata nak tepek resepi lasagna tu kan… rupanya pic tu semua dalam laptop kat umah.. lupa nak transfer dalam external ni… buat kat umah sudah…

Memandangkan aku punya Anebeseri yang ke SETAHUN ni tak lama lagi,… rasa macam nak request kat Mr.Shyir lagi lar.. ehehhe

P8080094

Hmmm.. request kek ni lar.. adoii!! terliur pulak aku tengok kek ni ha.. ni kek masa hantaran nikah itu hari.. rasanya mmg marveless wokk.. aku suka giler… nak2 ada strawberry idaman hati.. hahahha… P8080095

eh.. kurus pulak muka aku tu.. yelar.. time ni baru pas malam berinai tu.. baru nak berjimba dengan kek hantaran.. muahahah.. setttaaaapp!! tawww…. “Encik Suami.. boleh saya request semula kek yang serupa dengan ini???” heheh… takde hadiah lain pung xpe.. janji nak kek ni.. hahah..

alar.. request je pong… kalau nak bagi lain pun ok jer.. ni pun secara tak sengaja bukak folder lama lalu terjumpa gambar ni. hahaha…P8140176 nah! amik pic perempuan kurus ni.. masa ni baru seminggu kawen… ko tengok kurus kan… hello!! berat ai masa ni 52kg je taw.. je taws.!!! now!!! hmmm.. cannot say it lar…serammm!! banyak sangat lemak tepu berserta berat baby juga.. ahhaha….

mencik!

Baru ok ni..

hmm.. internet kat opis ni baru ok..

tapi sementara takde.. aku kasi setel keja2 dulu..

nak update tapi kejap lagi kot..

kasi aku makan n solat jap…

if rajin.. aku tepek resepi lasagna yang aku buat itu hari..

keja updated opis dah selesai..

kang aku pulun lar ngadap blog uollss…

adios!

Tuesday, July 27, 2010

Adakah P atau L?

ha.. teka2.. aku ni ada lesen P ke lesen L? hahaha… gile nak kena lempang laju2 minah ni..? opkos dua2 P n L aku de masa amik lesen.. skang ni jadi Pro Driver Drifting.. ada bran? muahah.. repekans sudah…

alar.. dah sah2 pasal gender kan.. hmm,, masuk 5 bulan ni taw je lar.. gender sudah ada.. tapi nak scan awal sangat pulak.. tu namanya gedik teruja nak kena penampar.. hahahaa.. ah! 7 bulan sok baru scan laki ke pompuan..

tapi kalau based on Chinese kalender lar kan.. adalah tetttttttttt… eh bukan.. tu ikut kalender mengandung cina.. aku akan dapat anak perempuan.. amboiii!! kalau anak perempuan suka lar mak dia.. hahah.. sebabnya ai dah survey baju gegirl cumel2 belako wehhhh!!!!

tapi kalau ikut abi dia dok sebok nak lelaki.. eh.. ni aku lom bagi taw dia lagi ni pasal chinese kalender ni.. hahhaa.. tapi apa2 pon..berserah je lar pada Allah.. Dia yang menentukan.. lelaki perempuan kami terima dengan hati terbuka.. janji anak sihat ibu sihat.. dan dipermudahkan bersalin nanti.. aminn..

hmm.. nama dah ada.. kalau lelaki.. F***** M*****.. kalau prempuan N***** W******.. hamik.. hahah.. tapi tak final lagi.. eh.. lama lagi leh pk ye dok..

kita buat yang fenting dulu lar ek.. owh.. btw congrats to Mama Faris n Fahmi.. She already pregnant for 3rd kid.. adik si fahmi lar.. hahaha.. aku abis pantang dia sambung plak.. muahahhaa…

Simpan je lar wat penuh almari

Salam Nifsu Syaaban semua.. Moga2 kita semua diberkati oleh Allah swt. Hari ni aku puasa.. puasa ganti yang tinggal 1 hari je lagi.. yang lain2 aku dah ganti last year.. wah.. efisyen sungguh hahahaa..  hari ni gak first time puasa dalam keadaan mengandung.. dah pujuk baby agar dapat bekerjasama untuk berpuasa serta menahan lapar dan dahaga… kick juga lite.. bagus ank ibu.. hehehe…

ye! dalam keadaan preggy ni.. paham2 je lar.. kebanyakkan baju adalah tak muat.. tu tandanya.. aku dah gebuzzzzzzzz.. bukan gemok.. gebuzzz ok!!!!.. hahaha.. tshirt yang selim melim.. semua dah haus… tang tettttttttttttt tak leh masuk dah.. apa cer..? hahaha.. seluar jeans mmg dah lama hapus… simpan setelah disahkan preggy.. ahaha..

baju kurung…? hmm last pakai masa kenduri kawen tu hari.. after dis no more no more! ok! senak! sesak! lagi tak leh kancing.. zip separuh..wakakkakkaa… kesian…! simpan je lar.. raya ni tak de makna nak pakai baju kurung ke hapa.. jubah sudah..haha.. xpon maternity dress je lar.. hhahhaa.. suka aku.. janji sedap perut aku.. hahaha…

tapi aku rasa macam haukkkk kalau tengok pic aku lama2 yang leh pakai baju selim melim tu… rasa nak bunuh diri.. hahhahaa… kuciwa! eceh!.. xde makna… gebuzz maknanya suami kita cukup memberi makan kepada kita.. ewah!.. hahha.. tapi takpe.. tanam azam nak selim semula.. halus mulus…

tahun ni tak lar beraya sakan ke apa.. sebabnya.. aku sibuk… adik ipar mau kawen seminggu after raya.. pastu susul dengan program2 kawen mawen.. hahah.. lagi2 nak shopping barang baby after raya ni…ye! waktu tu dah 7 bulan.. harus nyopingg dong!..

uish! mama dah tempah langsir… time to cat rumah pulak.. eh.. sapa plak yang nak buat tu? hmmmm……..

Monday, July 26, 2010

Dari Senawang ke Jempol~~ Wedding Zana & Adiey

Salam Isnin uollss!! amboiii.. liat nye nak bangun pagi2 isnin ni kan. tambah2 kena g kerja… adehh stress! hehe..

Hari sabtu.. mmg da plan nak attend wedding Zana blogger ni..dah dari minggu sebelumnya siap hantar card by hand kat aku.. makanya dengan tulus ikhlas ai menghadirkan diri bersama suami tercinta… owh! pagi tu mmg lengah2 saje.. sebabnya si zana ni bersanding kul 2pm.. apa kes aku nak g awal2.. kang tengah ramai2 tak dapek zana nak lain mokcik yong ni kang…lagi2 family dia pun ai tak kenal nok.. harus lambat attend.. huhu

DSC05502 ni the latest mokcik yong ye.. ada nampak lebarkah..? yes! yes! tak syak lagi.. haha.. ah fedulik! bertolak dari umah pun dekat 1.30pm… muahaha… seb baik senawang jempol ni tak lar jauh mana pong!.. cuma masa kat pilah tu lar kena agak kura2 sikit.. akibat banyak gajah2(lori) yang sedan jalan catwalk.. hahaha.. terpaksa sume kena jadi kura2..

mula2 tengok plan umah ni.. aku pun kompius! oleh kerana aku tanya kat papa camno nak poie.. sudahnya peta langsung tak guna.. haha. redah! jalan simpang Bdr baru jempol – muaddzam shah.. naseb ada signbord ke Gugusan Felda Raja Alias 1-4.. haha.. benti kat simpang ada signboard zana.. wakakka… redah.. jam dah kul 2.30pm dah pun.. selamber.. sampai2 family dah wat acara lucky draw dah pung.. zana plak baru nak makan kat meja beradap tu ha.. salam2 terjah pi makan.. hhaha

DSC05487

oleh sebab tak ramai orang dah… weouls pun makan secara santai2 serta membuat seperti majlis sendiri.. muhaha.. ampon ye zana.. ahkak ko ni mmg gini… bukan reti nak cover2 malu ke hapa.. tema dia mmg belasah je.. ada aku kesah! muaahaha… eh2.. tak lar sampai camtu kan..

ko tengok pic di atas ni.. tak yah cakap banyak.. kata je aku dh chubby.. mokcik yong ni mmg gini.. ni last pakai baju krung pahang ni… eh baju aku tunang ritu.. kain tu ko hengat leh kancing ke? tak main ar.. zip sudah.. ate perut dah besar.. geik gak nak pakai baju kurung.. hamik.. campak tepi dah baju2 gitu..

DSC05488

owh! terasa diri ini almari ok! dush.. eh takpe.. mr.shyir kata tu chubby orang mengandung.. cumel.. ye laki aku yang puji.. orang lain fedulik! baju tu menampakkan aku besar.. zana ko cumel ok.. cung melecung! fink..purple.. amboi temanya… hehee..

apa2 selamat ye zana.. congrats jadi bini orang dah pun.. jaga rumah tangga baik2 ok… eh tangan dia letak atas perut aku supaya dapat berkat baby gak.. hehe. amin2.. perut ahkak ko ni nak mengeras je… bulat sungguh serta senak aku.. hahah.. baby2..

DSC05498

amboiii!!! ko tengok laki aku drive camne.. cam F1 ko.. sebelah tangan lak tu.. ewah! siap perut kempis… wah!! tunggu2.. lepas bersalin aku pun slim semula…

DSC05499 cubaan untuk membuat bibir nipis atau dikenali seksi.. watdehekkkkkkk!… sememeh!.. kami pulang dengan perut yang kenyang.. thank you zana sebab invite weouls.. hehe

Friday, July 23, 2010

Indahnya feeling itu.. eceh!

hmm..ni kes 2 malam lepas lar kot.. hahaha.. nak gelak.. terkejut.. terperanjat semua ada lar.. pregnancy aku pun dah masuk 5 bulan kan.. so gerakan baby yang mild n lite2 tu mmg dah rasa lar..

Malam semalam tu kan aku melayan lagu2 kat youtube tu sampai kul 1 am.. mmg anak aku ni pun sama berjoget bagai.. hahaha.. jadi bila mata agak layu call 1.30am tu… aku pun baring lar.. sambil2 tasbih kat tangan berzikir.. owh! ni dah jadi habit pulak.. nak tido kena berzikir sampai terlelap kalau tak susah nak tido dengan aman..

aku rasa time tu aku baru terlelap kot.. kira zikir2 terlelap gitu. sekali aku terkejut akibat tendangan padu yang diberikan oleh anak aku ni.. makkk aihhh!! mmg terkejut habis wokkk! terperanjat ko tak yah cakap.. sampai aku cepat2 panggil mr.shyir.. dia pun terkejut sebb aku terkejut.. ingatkan sawan ke apa.. wakakaka.. sekali anak tendang dengan kuat.. huhu..

gooooooooodd job!! aku suka giler… dah tendang tu dia kita leh rasa lagi pergerakan dia. tapi lite2 gitu.. wahh!! terbaek ar.. seb baik ibu tak sakit jantung taw.. dah berderau darah akibat terperanjat tahap 8 kuasa 16 taw tak..? hehe..

alhamdulillah.. now da buleh rasa dia gerak dengan aktifnya.. cerita kat mama.. mama kata maybe lelaki kot.. siap dah panggil nama dah.. iaitu.. F*****.. ahaks! tetiba ok.. muaahaha.. bab2 nama ni.. masih dalam selected.. tapi dah ada yang berkenan. tengok lar.. kasi solat istikarah dulu ke.. eceh!..ehehe.. yelar.. gender pun lom taw lagi kan.. hehe..

hmmm.. ramai gak ada kata perut aku kecik masuk 5 month ni.. ada kata besar.. eh tah lar.. tapi aku rasa dah berat amat dah.. kalau dah duduk tu.. nak bangun bercinta plak.. hahhaa… tapi bila dah sudah makan.. perut tegang tu tak tahan.. bulat sungguh.. muahaha.. duduk kena sandar je.. nak lipat2 perut ni tak yah ar.. hahaa.. kim salam…

eh! hari jumaat ke..? tak cayo lak… insyaAllah esok nak attending wedding blogger kat Jempol n9.. susah2 je last week si Zana ni siap hantar kad by hand kat aku.. jumpa area taman umah.. huhu.. ramah budak ni… kecik je.. hahaa… terasa diri ini almari dibandingkan dengan zana ni,, hahaha…

owh! selamat hari Jumaat semua.. hehe

Thursday, July 22, 2010

MUSIC : Maher Zain – Baraka Allahu lukuma

hmm.. tetiba layan lagu ni pulak.. ni sume gara2 adik2 ipar aku suh dengar.. sekali terjebak.. niceeeee… lagu2 arabic! me loikeeeee!!.. ehhehe.

kisah lagu blessing untuk perkahwinan lar lebih kurang gitu.. tu pun ka lyric tu hado.. eh..cam sedapkan..if kawen tema2 arab buat lagu ni… haduiii.. tetamu pun leh joget2 jugakk.. wakkakakka… banyak jugak lagu2 dia yang sedapp. banyak tentang keagamaan lar..

Malam tadi sambil wat autopublish en3.. dengar lagu ni banyak kali.. sekali anak aku pun suka dah..berjoget sama dalam perut ibu dia.. ahhaha.. gooooooodd!!! abi dah tido layan lagu ngn ibu..

ya baby! arab.. arab lah.. hehe… btw.. anak2 arab cumel belaka kan.. hehe.. suka.. hahaa

Si bulat Aween yang cumel

Since budak bulat ni mama jaga.. ya Amponn!! mmg bulat sebulat2nya ok..owh ye…! those yang tak taw aween ni sapa.. dia kira lil cuzen aku yang paling kecik.. maksu aku punya anak.. siang mmg mama jaga..

Back to the topic.. dak kecik ni.. kuat nyusu  dan kuat makan jugak. tapi dia malas.. selepas kenyang harus lar tido.. hahaha.. dasar ko ek dak kecik…

DSC05250

Baru 5 bulan.. tapi cannot go lar.. nak makan jugak.. ari tu masa 4 bulan lebih.. aku test2 gak bagi si kecik ni makan biskut baby bite si fahmi.. sekali dia makan ok.. kalu amik.. terus ngamok… skang ni pagi sekeping baby bite.. petang sekeping rusk pulak.. susu tetap susu ok.. hahha,, cumel..

camne tak geram wokk.. asek sengehh je.. pandai tu kalau nyanyi tepuk amai2 ke.. twinkle2 ke.. mesti tepuk tangan tak pun nyanyi sama.. hehe.. comel… tapi niarap malash.. akibat badan yang berat tu.. heehhe… DSC05253 ha.. cumel tak saya.. aunty2 sekalian.. aku kalau balik kerja..wajib main ngn dia.. dah siap mandi… sungguh cute.. kang mummy dia amik kat kul 7pm tu.. suka lar.. hehe…

baju dia pun dah sendat2 dah.. hahaha… membesar dengan drastik ko dik.. hmm… aku  ni dah lar mengandung.. duk ngulit ngn dia hari2.. ada yang kenan kat anak aku ni kang.. sebab aku suka panggil dia bulat donat.. hehehe… takpe cumel.!. seb dak kecik ni ada.. leh prektis jugak.. ahaks!

RESEPI : Ikan Bawal Sweet Sour

Amboiiiiiiiii.. pagi2 aku dah letak n3 resepi kan.. ahahaha.. bukan apa.. dah ada dalam draft ni.. kasi publish je lar.. hahha..ni menu masa weekend lepas kot… nak kuar malas.. kasi masak sudah.. bukan susah pun….

DSC05379

ok2.. tengok pic ni… rasa2 cam best tak.. hehehe.. bagi aku best ar sebab aku yang masak.. nak taw best ke tak.. kasi buat lar kan.. hehe..

dan sebab tak nak kedekut ngn korang.. aku share resepi ni ngn korang.. tak susah.. untung2 balik keja kang.. pi cari ikan bawal buat sendiri ye tak.. dah save untuk dinner kang.. huhu..

malas mau bebel.. aku kasi je resepi ni..

IKAN BAWAL SWEET & SOUR

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan bawal :: tak kira lar besar mana.. ikut size uolls yang nak makan berapa orang.. kalau makan berdua..sedang2 sudah…
  • 4 ulas bawang merah :: tumbuk kasi hancur..
  • 3 ulas bawang putih :: tumbuk tanpa belas kasihan
  • 5 sudu cili boh :: ikut suka kalau nak pedas tambah lagi
  • 4 sudu sos cili
  • 2 labu bawang besar :: potong bulat2..maksud aku hiris lar bulat2…
  • mix vegetable :: ikut suka jugak kalau nak lebih nak kurang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air secukup rasa
  • Tepung Jagung :: if tak pekat tambah lar.. kalu dah pekat tak yah tepung jagung pun takpe..

Cara – Cara :DSC05377

  • Goreng ikan bawal tersebut, jangan sampai garing sangat.. sedang2 je..
DSC05378
  • Panaskan minyak, tumis bawang sehingga terbit bau..
  • Masukkan cili boh/kering..tumis sikit.. masukkan pula cili sos.. gaul2.. masukkan air sikit..
  • Masukkan garam dan gula.. gaul sebati.. air yang dimasukkan tadi untuk dapatkan kuah yang banyak untuk cover ikan tu nanti..
  • agak2 dah gelegak.. masuk mix vegetable tadi.. gaul2 lagi.. sambil2 tu rasa2 lar.. cukup masin tak.cukup garam tak.. cukup pedas tak.. if kurang tambah mana patut.
  • last masukkan bawang besar tadi.. if kuah tu cam cair sikit.. boleh masuk tepung jagung skit yang dibancuh dengan air.. buh dalam agak2 je.. kang banyak2 pekat sangat tak syiok jugak..
  • dah setel sume tutup api.. n curah je kat atas ikan bawal tadi

  DSC05379 lebih kurang macam ni lar.. cover atas ikan tadi.. hidangkan.. pastu makan ngn nasi panas.. klu aku satu dish ni je dah kira ok plus nasi akan bertambah2.. ahhahaa…

uoolsss leh cuba lar kot kalau nak.. mesti suami anda suka. hehhe….

hmm. banyak2 resepi.. aku tak lar presenting cantek2 benar.. alar kad sudah.. kira aku ni tak segan ar nak tunjuk hasil usaha sendiri walaupun tak kreatip.. hahahahaa…

owhh!! tidak.. melaparkan aku jugak tengok menu ni.. dush!

Wednesday, July 21, 2010

Besday Party Faris dan Fahmi

Last Saturday.. petang tu weouls satu family g celebrate besday party Faris n Fahmi kat Putra Perdana.. dah mmg plan celeb besday dak kecik ni.. mmg tiap2 tahun pun celebrate.. so decide buat kat umah diorang je…

order kek 1/2 kg je.. tu pun tak abis.. wakakaka.. Faris 14 July yang si adik fahmi 08 Jun.. tapi buat sekali je.. Faris 4 tahun adik fahmi 1 tahun.. hehe… dah besar dah dak2 ni…

ni lar besday boy yang gembeng.. hahaha..asek kena sakat nangis… yang tukang sakat mmg ramai ar. ahhahaa.. sugar paper power rangers tu dah jadi apa tah..

:: Ahmad Faris Zulhilmi.. jangan noty2 taw.. kalau tak.. tak nak beli ben10 untuk faris.. hahaha..::

Yang adik ngan mama dia… dia tecik lagi.. setahun belum pandai jalan lagi.. aiyokk!! lambat lar adik ni.. tapi naik tangga adalah laju.. sampai tak sedar dia dh kat atas… hishh noty jugak.. memanjat kasi je kat dia.. hahah… aween juga terpinga2 tak mengerti apa yang mereka nyanyikan… hahah

Muka aween cam tak puas hati diperlakukan sebegitu.. ahhaha… what! selambak in da houseee.. hihih

budak selambak ni.. ko kasi apa je kat kepalatu.. semua ok jer.. tak tanggal2.. hihih.. bagusssssss…

den makan2… lepak2.. after 12 am.. chow balik seremban.. hehehe…

sekian..

Monday, July 19, 2010

RESEPI : Pizza Italia version AGS

hmm.. Lately ni agak rajin masak memasak.. hhohoh.. entah napa tah.. tetiba roh raji ada mari kan… tapi disebabkan Mr.Shyir dok berzikir kata dah lama sangat tak makan pizza made by AGS.. so aku pun apa lagi.. berkungtaw lar didapur pada jumaat malam sabtu tu.. ahhaha…

Hari tu aku ada tengok program masakan Chef Wan bersama Ayamas kat Itali tu kan. ada satu slot tu dia buat pizza italia.. jadi jenuh gigih dan goggle resepi..alar kat website ayamas tu je pung.. hehe…

DSC05355

hari tu pun aku ade buat pizza kan… ok inti nya lebih kurang sama je.. cuma doh saje berbeza..

PIZZA ITALIA

Bahan2 membuat doh :-

  • 1 kg tepung gandum :: boleh dapat 7 – 8 keping regular pan
  • 2 sudu majerin
  • 3 paket yis/mauripan :: larutkan dalam 3/4 gelas air
  • 1 1/2 sudu teh garam :: larut sekali dengan yis
  • 2 sudu sudu tepung :: if takde pun takpe
  • 3 sudu besar gula
  • 400 ml air

Cara2 membuat :

  • Gaul semua bahan2 kering tadi hingga sebati.. masukkan air dan air yis tadi..
  • adun sehingga lembut dan sebati…
  • bahagi kepada 7 – 8 bahagian (anggaran 120 grm utk per pan)
  • Biarkan dalam 30 minit atau hingga naik/kembang..
  • ** jika doh tadi lembik.. tambahkan tepung sikit supaya boleh uli di pan nantiDSC05356

** untuk inti cam dalam pic ni.. aku just guna:

  • 1 tin sos preego perisa traditional :: 1 tin leh guna hingga 7-8 pan.. terpulang pada penggunaan
  • sos cili sikit
  • daging kisar :: digoreng bersama lada hitam + garam sedikit
  • sosej
  • cendawan butang :: cap ayam brand
  • bawang besar :: potong bulat2
  • tabur sedikit serbuk cili
  • Mozarella n cheddar cheese parut atas nya.. :: nak lebih cheezy lebihkan cheese nya..
  • ** bahan2 ni ikut turutan masa tabur inti ni.. if ada cita rasa lain.. leh tambah juga..
  • ** bakar dalam 20 minit.. suhu 210 cel.

okey.. klik sini untuk resepi pizza yang sebelum ni.. http://greenstrawberryheaven.blogspot.com/2009/09/mari-belajar-buat-pizza.html

jangan risau.. mmg 1 kg doh tadi buleh dapat dalam 7 –8 keping pizza tu kan.. tapi if uolls buat kesemuanya pun takpe.. buat je.. lepas tu bakar dalm 10 minit je.. kira buat cam frozen lar.. then kuarkan after 10 minit tu.. balut dengan plastik makanan tu. simpan dalam peti ais.. lagi lama simpan. lagi sedap.. lebih2 lagi kalau rotinya tu agak nipis sikit.. ala2 dominos.. hehe…

malam buat pizza tu.. 2 keping regular di bantai kat umah tu.. mereka kata sedappp… family aku mmg jenis kalu ke pizza hut tu bukan taste tekak diorang.. tapi bila home made tu.. licin pulak.. nampak gayanya tak yah ke pizza hut lar lagi.. buat sendiri…

hmm tetiba rasa nak buat frozen pizza.. ahaha.. eh bukak cafe pizza pun ok gak ni.. hehehe..

those yang nak cuba boleh cuba.. AGS hany kongsi resepi sahaja…

sekian,

Tag : sesi menjawap tag dan award

Firstly.. tocei kepada Puan Farah.. wah.!.. sebab tag dan award ni.. untuk tidak mendukacitakan anda.. hambo jawap deh.. hehehe

1.apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu:
:: Anngreenstrawberryheaven. sebab2nya aku rasa cam unik je nama tu.. muahaha… tak lar unik mana.. disebabkan juga aku pecinta strawberry.. makanya aku buh strawberry kat situ.. plus green tu sebb suka color hijau.. tapi tu dulu kot… skang dah khianat hijau.. sebab skang suka carca marba… hahahaha.. ::


2.ape nama URL blog dan dari mana datangnya nama itu:
:: greenstrawberryheaven.blogspot.com.. sama sebab di atas. sebab aku suka ::

3.ape method dalam penulisan anda:
:: seperti penulisan sastera..ok sila lempang aku.. haha.. tak lar.. cara penulisan adalah sesuka hati mak nenek.. aku rasa nak baku.. boleh.. nak funky2 bleh.. nak cakap n9 buleh.. ek kesimpulan suka hati ::

4.pernah rasa nak hapuskan blog?sebab musabab:
:: penah jugak.. tapi tak penahnya buat pun.. hahaha.. aku sayang blog ni.. walaupun ko bukak macam tu je blong ni.. biar lar orang kata bosan.. aku tak bosan.. hahaa..::

5.pernah ahli keluarga anda baca blog anda:
:: uikk!! mmg hado.. mereka kepochi.. hahah.. jeles sebab aku ade blog.. tu sebab diorang un ada blog sama.. wakkakaka.. mmg dorang baca blog aku.. bukan setakat family mily2 sekali… dengan bff mr.shyir.. ha sapa lagi.. ramai.. malu mak.. seb baik terbaek.. wah.. tetiba ::

6.ape perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik:
:: ai tak kisah nok… blog masing2… aku rasa dah cantek dah ni.. walaupun aku bukan teror benar dalam edit2 mengedit ni.. malah hancor tentang tersebut.. hihi ::

7.bila blog anda diberanakkan?
:: Bulan feb 2009.. now dah setahun setengah lar.. huhu..

8.siapa orang pertama yang tahu anda ada blog:
:: pasti lar hubby aku.. sebab dia yang mengizinkan aku berblogging.. hingat senang ke… tetiba terjebak.. hehe.. sampai bila aku tak update.. sibuk suruh update pulak.. aik! ::

9.perasaan anda bila orang berkata tentang blog anda di sekolah:
:: ada ke? rasanya takde.. aku dah keja time tu. hahah..

10.10 orang seterusnya akan di tag:

:: xnak 10.. aku buat 5 jer.. hehehe

a) Ciare aka mak buyung bulat gete..hihih..

b) Miera aka ibu Cyrus

c) Dna aka mom to be jugak

d) xyra aka cuzen merempit.. haha

e) nysa aka yg sedang gigih nak SPM

f) yang lain rasa nakbuat.. silakan.. hehe..

Selesai sudah..sesi menjawap tag..

sekian

Friday, July 16, 2010

Malam untuk Detingg…

DSC05327

Malam tadi g dating ngn Mr.Shyir kat Jusko Seremban 2 ni jer.. uiii.. lama tak dating weouls ni… Mr.Shyir sibuk ngn ayam2 dia… pagi2 dah kuar.. petannnggg baru pulang… so malam je lar yang buleh borak2… ecehhh tu pun nak bagitaw.. muahahhaa..

so malam tadi g dating jap.. ala bukan apa.. saja nak cari barang… beli apa2 yang fatut… hehe.. almaklum… skanng ni ai nye ***** takleh dah pakai 34B ko.. makk aihh!! mengandung ni lebih dari tu.. ahhaha… tak main B ai kena beli C… muahahahhaa….ukur lilit jugak berubah.. hamikk disitu.. ini kot yang membuat pertmbahan berat badan ni.. selain baby… wakkakakaa…

Memandangkan birthday faris nak celebrate esok.. so beli hadiah budak becok tu sekali.. si adik fahmi je tak beli lagi.. petang kang aku cari lar…

eh KFC.. sedapnyaaa…. amk dinner plat saje.. aku amik seketui ayam Mr.shyir.. tu pun dah sengkak perut… masuk cheesy wedges lagi n mashed potato tu ha.. haha..adakah saya nampak chubby?? jawap tidak ok.. sapa jawap ye.. saya cubit  buku lali anda sebnyak 4.5 kali..hahah..

plan nak tengok tak menjadi.. ate. klu midnite lewat sangat pulka. sudahnya.. beli DVD je lar nanti… heheh…

owh.. macam nak buat pizza itali.. dapat resepi doh yang baru.. kang balik aku terjah tesco..

Thursday, July 15, 2010

PROMOSI : Kupon Taman Buaya & Taman Permainan Air MELAKA

Salam Semua.. hari ni AGS nak bukak satu promosi.. promosi kupon je.. bukan pakej2 tu ye.. AGS ada beberapa kupon untuk uols rebut.. ok.. bagi sesapa yang plan bercuti or one day tour ke MELAKA.. dan uols ada plan juga nak ke Taman Buaya Melaka dan Taman Permainan Air Melaka buleh lar beli kupon yang AGS promosi ni.. dengan harga yang murah… kupon masih available..

IMG_0009

Klik untuk tumbesaran lanjut.

IMG_0003

**SEMUA KUPON MASIH ADA STOK**

untuk kupon ada 2 jenis.. Dewasa dan Kanak-kanak. Hanya perlu bayar kepada AGS dengan :-

Dewasa – RM5 sahaja untuk dapat 2KUPON.

Kanak2 – RM 1 sahaja untuk dapat 1KUPON.

Cara guna kupon tersebut :-

  • Setiap kupon tertera BUY 1 FEE 1 coupon. Maknanya jika sampai dikaunter.. anda hanya beli 1 TIKET MASUK(Dewasa/Kanak2) dan anda akan dapat 1 TIKET PERCUMA dengan hanya menunjukkan kupon ini.
  • Setiap satu kupon guna kaedah yang sama.. dan hanya boleh redeem sekali jer…
  • Kupon sah sehingga 31 OKTOBER 2010.
  • Maklumat lanjut dibelakang kupon tersebut.

IMG_0004 

TERM AND CONDITIONS

  • The use of these Taman Buaya & Taman Permainan Air – Buy 1 Free 1 coupons constitute your acceptance of terms and conditions associated with this promotion.
  • Please present and mention Taman Buaya & Taman Permainan Air before purchase.
  • Not Valid with other coupons,in house promotions,discount and functions
  • A purchase is required for each coupon.
  • Taman Buaya & Rekreasi (Melaka) Sdn Bhd are not responsible for lost,stolen or damaged coupons.
  • Each Coupon is redeemable once only
  • Offers expire OCTOBER 31,2010. No cash Value
  • No verbal agreement by distributor is accepted.
  • Customer service line : 1-800-88-1043

Jika ada sebarang pertanyaan dan Pembelian boleh email di anngreenstrawberry@live.com  

Terima kasih

Dunia Baru Reunion

hmmm.. semalam aku menggoogle ke sana ke mari.. ketika itu aku rasa nak on9 FB je.. sekali terjebak.. eh apa pulak terjebak..? ye lar niat nak tido awal sekali.. tak de makna ok.. teruja aku…imageAku terjebak ngn cerita atas ni… alar aku rasa aku je kot yang lambat tau.. uolls dah tengok kot.. hihi.. yep! Dunia Baru Reunion.. OMG! kelakar habis cerita ni k.. mata yang dah ngantuk bila gelak tak hengat mengikik terus segar ok.. tak sabar nak tunggu next episod…

Citer ni tak ditayangkan kat tv.. tapi uolls leh g kat www.gua.com.my.. yup tengok on9..nasib tenet laju.. cepat je aku loading sampai 17 episod yang ada setakat ni…

ok lar aku review sikit lar.. yang mana sedang tengok ni. marilah kita menanti next episod..hehehe.. DB’R ni kisah diorang dah abis study semua lar.. kira masing2 dah kerja dan kawin.. dah jadi baik.. kira fun jugak citer ni.. walaupun ada beberapa karekter tambahan dan karekter lama yang ditukar.. tapi still ok n funny..Disebabkan dah lama terpisah.. so diorang plan nak buat reunion untuk geng diorang…untuk karekter aku review sikit jugak..

Tajul – Mamat ni cam biasa.. dah tak kembang2 dah rambutnya.. kemas dan menjadi business man yang berjaya lar.. masih lagi dengan bisness dia tu.. mmg kelakar ok watak dia ni..dia yang plan buat reunion ni.. so nak kumpul semua member balik.. hehe

Madihah – dalam DBTM tu kan dia mengandung hasil perkahwinan dengan darius tu kan.. jadi diorang dikurniakan anak perempuan  yang di gelar “BELASAH GIRL”.. huhuhauhauah… anak dia masyaAllah.. nakal giler… siap madihah ni pun kena belasah ngn anaknya.. sebab masa madi ni mengandung.. dia suka tengok wrestling.. tu sebab anak dia jadi gitu… hihi.. best jugak

opie – dia nak gemok ok.. akibat stress lalu makan.. makan lalu stress.. hahaha.. makan dan makan terus gemok… dia kerja kat company yang mencipta anti virus.. dan selalu kena buli ngn staff2 opis tu juga bos dia.. sebab opie nie senang perasan yang bos dia suka kat dia.. pendek citer.. asik kena pijak je lar.. watak ni seolah cam orang bodoh je.. pastu 1 hari dia cipta virus kat semua pc opis dia supaya dia dapat join reunion tu. hahah..

Suzana – Dia dah jadi baik.. berpurdah bagai.. tapi setakat ni belum tunjuk muka lagi lar.. asek tunjuk since dia pakai telekung je.. dia kawen dengan orang arab. jadi isteri kedua… kira dah sopan ar.. hihihi..

Sariah/Mariah – watak sariah tu stil sama.. sariah tu alar2 sengal camtu kan.. asek kena buli… tapi sariah tu keja kat kutub utara.. jadi yang akan join reunion tu si Mariah.. kembar sariah. dia satu opis dengan opie.. tapi selalu buli opie.. watak mariah gedik tapi sengal.. hahhaa..

Aniza – Dia dah kawen jugak.. tapi suami dia garang giler.. hahah.. kalau nak lembut kan hati suami dia.. kena nyanyi lagu Justin bieber.”baby baby ohhhh..” haha… lawak.. tajul yang jadi mangsa.. hahaha.. aniza mmg workaholic.. sampai kena strok… hahha..

so far aku dah abis 17 episod.. yang pasti citer ni mmg lawak habis… aku dah addicted nak tengok lagi.. tapi kena tunggu sok lar.. sebab dia tayang isnin,rabu, jumaat je kat gua.com.my..

so anyone yang peminat citer Dunia Baru.. and dah ikut citer ni dari awal.. boleh lar klik kat www.gua.com.my..

have fun guys!

Wednesday, July 14, 2010

secara tiba tiba pulak

hmm.. tak taw lar napa secara tiba2 aku kena selesema pulak.. kalau pagi2 tu biasa lar after mandi tu kan.. yelar.. syok2 korek hidung (maaf kurang sopan.. ah belasah!) terbersin tu perkara biasa.. pastu ok lar kan…

elok aku kuar umah nak g kerja.. sekali mata dah start gatal.. apa lagi dengan sesedap rasa menonyoh2 mata ini tanpa menghiraukan kot2 menjadi juling.. muahaha.. seyes.. mula2 sebelah je.. pastu dua2 belah.. pastu mula lar aktiviti membersinkan hidung sendiri sambil memandu dalam keadaan samar2.. ewahhh.. handal ko kan… buatnya apa2 jadi tak ke naya… sepak 80 kali baru taw…

motip kat sini… start dari pagi sampai skang.. aku kebersinan sahaja… dah dekat habis tisu ni ha… kepala sudang ting tong.. kalau di sorongkan bantal… pasti terlentang disitu…

Tapi apakah kebersinan ini akan berhenti setelah berjumpa dengan sang suami..?? eh.. ayat jiwang fulak.. dushh!..tah lar.. nak makan ubat cam tak confident pulak.. takut apa2 kat baby.. tahan je lar kot ni.. xpun cabut hidung ni jap.. simpan dalam peti ais selama 2 jam.. kuikuikui… gile apa perempuan ni…

dah lar.. eh..! ada petua untuk berhentikan bersin2 ni tanpa makan ubat? hmm.. yang aku pasti hidung aku ni menghampiri ke arah kemelecetan.. huhuhu…. meh2 kasi petua sikit…

Tuesday, July 13, 2010

Warning ini harus diNyahkan..

image hmmm… aku taw korang bermasalah dengan menda alah ni kan… aku pun tak taw napa leh jadi gini.. Maybe sebab url aku ada link dengan website adik ipar aku tu.. maybe juga aku perlu me”remove”kan banner adik ipar aku buat seketika…

Rata2 readers bagi taw yang uols tak leh nak bukak blog aku.. tapi xpe.. ada blog link kat facebook kan… those yang nak baca dari facebook buleh add aku…eh tetiba promote fb sendiri.. apa kes?

ok2 dah.. aku akan cuba selesaikan secepat mungkin… adik ipar aku cakap suh removekan banner dia kat sidebar tu.. nati ku cobak..sama jugak.. aku cari jalan lain.. or ade sesapa nak tolong..? hehe…

stil leh baca blog ni.. tapi korang klik and proceed je… insyaAllah takde virus.. ewahh cam pasti je.. tapi aku hari2 je buat tak apa kot.. hihihi.. mujurrrr…

ok roger out

Persiapan apa yang patut.. cadangan je kot..

Sebelum tu… Salam 1 Syaaban untuk semua.. ada yang puasa hari ni..? tahniah diucapkan… alhamdulillah… sedar tak sedar dah Syaaban dah kan.. bulan depan dah Ramadhan pulak.. sekejapan pulak..masa bergerak dengan pantas hingga kita semua tak terasa betul tak? hehe..

ok lar back to the title.. banyak nye persiapan yang aku rasa cam nak buat kali ni… ecehhh…. macam buat je kan.. tah2 tak terbuat aku rasa hahahahhaa….

Antaranya je lar ni.. katanya cadangan je kan… kalau terlaksana alhamdulillah…hehee…

  1. Puasa  Ganti – Umumnya bagi perempuan adalah WAJIB kena ganti kan… ye.. aku dah ganti last year… tapi ni ada baki 1 hari je lagi.. hmm.. harap2 dapat ganti lar.. harap2 juga baby akan memberi kerjasama terhadap ibu beliau untuk gigih ganti puasa.. hehehe…. uoollss!! cepat2 ganti ok.. hehee.
  2. Wedding Adik Ipar – yep! adik Mr.Shyir akan kahwin  1 week after raya.. makanya mungkin agak bz sikit tulun2 untuk wedding adik ipar aku.. adik ipar aku ni perempuan.. jadi persiapan harus lebih tapi majlis adalah sederhana saja… dgn membuyung ini harap dapat tlong lar.. buat kerja duduk2 buleh lar kot.. hehehe…
  3. Cat dalam rumah – erk! ini cadangan mama aku.. tetiba kata nak tukar color rumah pulak.. yelar.. dalam rumah cam tadika.. lagi color dah 6 tahun…. katanya nak buat all white.. senang match dengan langsir ng apa color pun.. yolah.. kita tunggu je lar sapo yang nak buek ni.. ahhahaa
  4. Tukar langsir – also cadangan mama jugak… haha..nak tempah.. tempah skang.. kang semua orang sibuk.. tak jadi apa langsir tu pulak… kuikuikui…
  5. Kuih raya – hurmm.. rasa nya tahun ni aku tak buat kot.. wkakakakak.. cam nak beli je… tak pun tempah kat kakak sedara aku ni je… sebab dia amik tempahan kuih raya.. tapi Samprit je lar.. sebab samprit dia adalah terbaik… nanti lar aku buat n3 khas untuk beliau… heheh..
  6. Baju Raya – hmm pun aku beli je.. ate takkan nak pakai baju  kurung.. masa tu dah almost 7 month kot.. haruslah perut ke hadapan..sah2 kain tak muat.. jadi pakai saje baju maternity.. beli je.. Mr.Shyir also beli saje.. dan jubah mama beli ritu pun tak pakai lagi… pakai jubah senang..
  7. Baby stuff – rasanya lepas raya baru pulun beli kot.. sekali beli.. skang menabung je dulu.. malas nak pergi banyak kali kat baby shop.. kang benda tak penting jadi penting plak… list je dulu…
  8. hmmm.. apa lagi ek… nati aku ingat.. aku sambung plak.. heheheee…

ko tengokkk… belum apa2 lagi dah ada listing segini.. puasa belum.. tetiba nak buat persiapan raya plak.. apekehalnya.. apa2 pun.. cam uolls pun ada jugakkan cadangan2 tertentu…ecehh… semoga terlaksana lar ek…

Monday, July 12, 2010

RESEPI : Popiah Sayur Ayam dan Sos Pedas Manis AGS

Salam semua.. bertemu kembali dalam ruang masakan AGS.. kali ini AGS akan membuat Popiah Goreng dan bersos..ewahhhhhhhhhhhh!!!! berlagak cheppp ye ko ann.. ferasan ok.. dah2… ekceli dah lama sangat kan tak buat n3 masakan.. adehh.. bukan tandanya ai tak masak ok.. cuma lately ni tak rajin snap2 ketika masak.. camno tu.. asal masak je camera kat bilik.. hamik disitu.. makan semua dah selamat masuk perut..

AMARAN! ENTRI AGAK PANJANG.. KALAU SANGGUP SILA TERUSKAN..!!

ok2 now kita mulakan bahan2..

POPIAH SAYUR BERINTI AYAM SERTA BERSOS

Bahan2 : Hidangan 50 ketul/keping popiah (ikut 1 pack kulit popiah)

  • 2 batang carrot
  • 2 biji Sengkuang
  • kacang panjang
  • 200g isi ayam di dadu kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur (di dadarkan hancur/scramble egg)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

DSC00499

Carrot dan kacang panjang di racik halus.. jangan terlampau halus sangat nati lembik pulak.. DSC00500Sengkuang pun di racik macam ni..DSC00502

Ayam di dadu begini.. ikut suka kalau nak lebihkan..

cara2 :DSC00504

- Tumiskan bawang merah dan putih sampai naik bau nya.. agak2 dah harum tu kira ok lar.. jangan sampai hangus pulak..

DSC00505

- Masukkan isi ayam tadi.. gaul sampai isi ayam tu masak..DSC00509- masukkan serbuk kunyit 1 sudu juga garam dan gaul sebati. DSC00510

– sementara tengah2 tumis tu.. kat tungku sebelah..   dadarkan hancur/scramble egg 3 biji telur.. dan tepi kan dulu.

DSC00511

- back to kuali tumis tadi.. terus masukkan sayur2 tadi… dan gaulkan.. rasa2 lar..samada ada garam cukup ke tak.. tak cukup tambah.. jangan terlalu masin pulak..

- bila sayur2 hampir masak, masukkan telur hancur tadi gaulkan sekali dengan sayur tadi.. sbatikan..

- tak perlu tambah air..sebab sengkuang tadi akang kuar kan air..

DSC00512  - dan siap, angkat n terus tapis kan.. supaya air sayur dan minyak tu ditoskan keluar.. untuk elakkan masa menggulung popiah tu jadi basah… sejuk kan dulu sebelum menggulung.. kalau tak popiah tu akan jadi lembik..

DSC00529

-Bila inti dah sejuk.. baru kita gulung popiah.. cara gulung popiah boleh rujuk kat belakang plastik kulit tu..ni kulit hak besar tu.. kalau pakai yang saiz kecik tu.. agak susah nak gulung.. 

- Bubuh inti pun harus lah bila makan tu tak celah gigi.. maksud aku.. inti kena padat lar…kalau inti sikit sangat pun nanti grang tak cantik sebab minyak meresap…

Tips : kalau kita tak nak popiah kita masa goreng tu minyaknya resap kedalam popiah tu.. makanya kena gulung popiah tu padat2 dan rapat.. jadi popiah kita akan jadi rangup dan tak lembik dek kerana minyak..

DSC00516

- Bila dah goreng jadi lar camni.. goreng sehingga keemasan camtu.. makan panas rasa rangupp je.. fulamakkk..!!

ok abis bab popiah.. mesti nak kena cicah sos kan… kalau makan dengan sos cili biasa cam tak umppphh plak.. buat sos kejap n senang je.. masa tengah nak sejukkan inti tu boleh lar buat sosnya…

SOS CILI PEDAS MANIS

Bahan-Bahan :

  • 5 sudu besar cili boh/cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos cili (apa2 brand pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • Gula kabung/Merah (kalau takde gula putih pasir pun boleh.. kena rasa2 lar manis nya..)

DSC00514

- masukkan cili boh + bawang putih di blender, masuk ke dalam periuk.. masukkan cili sos sekali..

DSC00513

-masukkan Gula tadi.aku masukkan gula kabung yang dah dibelah..sebelah kanan tu…DSC00515

- Masukkan kan sikit garam dan gaul tunggu hingga masak.. masa dah gelegak tuu.. rasa2 lar manisnya,pedas nya.. if kurang tambah lar apa yang patut..

DSC00517    - dan selesai kan jadi seperti ini..

Sos ni boleh dimakan untuk cicah cucur udang ke.. cekodok bawang ke… tauhu sumbat ke.. sedap jugak.. hehe..

ok selesai sudah.. resepi ni aku tak google kat mana2… ni resepi turun temurun dari mama aku.. dan aku selalu jugak buat..

buat popiah ni semalam nye citer.. alkisahnya.. makan popiah kat umah sedara aku ritu tak berapa nak ummphh.. sekali buat sendiri baru puas hati.. sebabnya popiah yang ritu berminyak dan inti tak cukup… heheh.. alhamdulillah.. baby suka sebabnya ibu dia makan banyak.. kuikuikui..

Sorry lar.. n3 panjang2 camni.. hehee.. if sesapa nak try buleh je nak try.. sapa2 nak share resepi ngn kita pun ok jugak.. tapiiiii bila makan popiah secara panas2.. dan sajikan pulak dengan air teh o panas dipetang hari.. sangattttt syiookkk…

Sekian dari : cheptakklungklingklungklingpun..