About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label trellis. Show all posts
Showing posts with label trellis. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Trellis Tumbang Akibat Ribut

As-salam.

Sekarang hujan turun setiap hari dan alhamdulillah kerja menyiram cukup ringan! Walaupun begitu hujan juga kadangkala membawa sekali ribut. Dua hari lepas ribut mengakibatkan kemusnahan beberapa buah rumah di Kelang. Mak Aji juga terkesan dek ribut tersebut. Trellis yang menempatkan pokok akar dani serta kesidang tumbang menyembah bumi. Sebuah pokok di luar pagar hadapan juga tumbang dibongkar angin kuat!

Trellis tumbang. Khemah pun tersangat uzur, rabak dek hujan panas!
Sedih Mak Aji tengokkan trellis yang terbongkang!
Setelah operasi mencantas hingga togel kedua-dua pokok, trellis dinaikkan semula ke tempat atas - top-heavy yang menyebabkan tumbang trellis ni.
Khemah berganti baru yang saiznya lebih kecil dan warna yang lebih ceria! - warna bendera Kedah!

Esok insya-Allah akan bersambung lagi operasi membersihkan laman agar tiada lagi kesan ribut dua hari lepas. 




Tuesday, 14 May 2013

Trellis Baru

As-salam.

Alhamdulillah selepas puas mengecek, akhirnya Pak Aji tunaikan juga permintaan untuk membina trellis yang agak teguh berbanding trellis yang ngok-ngek ngok-ngek hasil bikinan Mak Aji sendiri! Cumanya agak terlebih teguh, tak?? Apapun alhamdulillah siap sudah tempat baru untuk kacang panjang, bunga telang dan sirih memanjat. Pokok-pokok kacang lain yang sebelum ini menumpang pokok mangga, pokok katak puru serta pokok kemboja Jepun juga sudah dialihkan ke sini. Selesailah soal tumpang-menumpang (cuma agak sesaklah sedikit (jangan gaduh sudah). Saksikan:

Amacam, ok tak trellis baru ni??
Pokok kacang dah memanjat sampai ke atas dan bunga telang masih belum apa-apa lagi.
Sekali pandang trellis ini semacam tempat gantung buai sahaja! Pak Aji tidak mahukan yang kekal melekat di dinding jadi inilah yang dihasilkannya. Habis baki stok kayu yang disimpannya untuk projek ini. Alhamdulillah hajat akhirnya kesampaian (never deny the power of persuasion, he he!!)



Thursday, 2 May 2013

Cubaan Membuat Trellis

As-salam.

Seperti saranan kawan-kawan blogger, Mak Aji mencuba membuat trellis/para/tempat memanjat untuk pokok sirih, kacang panjang dan bunga telang. 

Mak Aji membeli lima batang buluh kecil dengan harga 80 sen setiap satu (Anak buah Mak Aji sebut, "selesai sahaja pilihanraya, cabut sahaja buluh/kayu bendera, tidak payah dibeli-belipun!"). Alahai tidak mahulah Mak Aji, nanti susah soal jawab nanti di sana! Ranting yang melintang diambil sahaja sekitar laman. 

Apabila melihatkan trellis ini, terasa di hati - semacam tak cukup aja! Rasanya perlu dibuat penambahbaikan pada trellis ini dalam sedikit masa lagi sebelum sokong membawa rebah! Apapun saksikan cubaan pertama ini:

Trellis sementara hasil cubaan pertama. Di kiri kacang panjang, di tengah bunga telang dan di kanan pokok sirih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...