About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pasu bunga. Show all posts
Showing posts with label pasu bunga. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

Layan Diri di SSF - Idea Menarik


As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji berpeluang ke SSF di Sri Damansara untuk meninjau perabot untuk adik Mak Aji yang ingin membeli perabot rumah yang baru dibelinya tidak jauh dari rumah Mak Aji. Dia diwakili anaknya, anak buah Mak Aji. Setelah membayar perabot yang dipesan, Mak Aji mengambil peluang meninjau-ninjau sambil menjamu mata. Layan beberapa foto yang menarik berikut:
Rak berupa tangga yang cantik untuk menempatkan
pasu-pasu kecil.
Pasu yang boleh digunakan untuk disangkut pada beranda!
Harganya RM29.90 setiap satu.
Cantik, kan!
Satu lagi idea pasu untuk beranda.
Ada cangkuk di belakangnya untuk dicangkuk ke beranda.
Tengok bunga tiruan ini terasa berkenan tetapi apabila merujuk
harganya, kirim salam sahajalah!


Friday, 24 May 2013

Misi Mencari Bunga Raya

As-salam.

Beberapa hari lepas kami ke nurseri Sungai Buloh dalam misi untuk mencari pokok bunga raya ungu dan kuning. Kami menuju ke nurseri paling hujung sebelah kanan sebelum kuil - kedua-dua warna ada cuma semua pokok bunga raya baru sahaja disembur racun, masih basah daunnya (serangan ulat - ada kesan-kesan daun mula mengeriting). Harga sepokok juga agak berpatutan berbanding di tempat lain.

Pilihan pokok bunga raya agak tidak banyak. Malaslah pula kami ke jalan menghala ke Subang Airport (dari Sungai Buloh) - pun agaknya harganya lebih mahal, wallahualam!

Yang bagusnya kami terjumpa pasu bunga yang harganya agak murah berbanding yang dibeli/ditinjau sebelum ini. Kami biasa membeli pokok di sini dan agak kenal dengan pakcik Indon yang berjual di situ. Selain itu Mak Aji membawa balik empat pokok bunga marigold (bunga tahi ayamlah), dua yang kuning dan dua yang oren untuk dikawankan dengan pokok tomato yang akan ditanam nanti (sistem buddy). Pokok roselle juga dibeli lagi sebab yang ditanam dahulu mati (mungkin gara-gara Pak Aji yang membakar sampah hingga terkena tempias api).

Sepokok hiasan gantung juga dibeli - mengeluarkan bunga seperti tiub berwarna merah. Entah apalah namanya ya?? Ini rupanya:

Versi berdaun besar warna bunganya merah darah ikan mengarah ke ungu.
Kelopak bunganya juga lebih besar tetapi jumlah bunganya kurang.
Mak Aji beli pokok yang berbunga begini.

Yang dibeli  berdaun kecil tetapi belum mengeluarkan bunga lagi.
Setelah pulang dari nurseri dan terbayang-bayangkan bunga raya ungu, terjumpa pula bunga raya ungu berikut dari imej Google - memang cantik, kan!
Terjumpa lagi foto bunga raya ungu! Cantik bukan!
Sumber foto: esciencenews.com

Bunga raya ungu, masih kutunggu kamu!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...