'Jika nak ikut rentak sendiri saja, itu kuku besi'
Kerjasama politik yang cuba diusahakan antara Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS setakat ini masih belum jelas titik temunya.
Mengulas gesaan PAS untuk mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata gesaan tidak demokratik, tetapi “kuku besi”.
"(Bekas presiden Amerika Syarikat Barack) Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.
"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.
Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.
Beliau ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat untuk itu perlu rentak mereka.
Ini kerana, hujah Hadi, PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain.
PAS setakat ini tidak menolak kerjasama dengan PKR tetapi menentang keras kerjasama dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
'Strategi tak boleh didedah'
Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata pembangkang mempunyai strategi yang tidak boleh dihebahkan kepada media.
“Kita tak tahu tarikh pilihan raya. Ini kan strategi. Ia tak boleh cerita dengan media," kata Azmin.
Azmin bagaimanapun berkata menegaskan pihaknya akan terus berbincang meskipun rumit.
"Dalam mana-mana proses rundingan ia merupakan satu proses yang rumit. Bukan boleh selesai dengan hanya satu pertemuan.
"Kita teruskan perbincangan malam tadi bertemu dengan Pengerusi dan Presiden BERSATU untuk lihat bagaimana boleh maju ke depan," kata anggota parlimen Gombak itu.
Azmin juga mengajak semua pihak berlapang dada.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata tempoh perbincangan parti itu dengan PAS sudah berakhir.
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Baru semalam, seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai
diktator politik.
Hari ini Azmin yang selama ini dilihat sebagai mesra-PAS atau disebut oleh kebanyakan orang sebagai
kartel, telah menempelak Presiden PAS yang menggesa parti-parti lain mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama sebagai "kuku besi", atau di dalam istilah lain "diktator" (di dalam konteks ini diktator politik).
Ini baru betul apa yang diistilahkan Idris Ahmad sebagai CASH!
Semua orang dapat melihat bagaimana "
recalcitrant"nya PAS. Nak suruh orang ikut cara dia, walaupun caranya itu sedang memusnahkan dirinya sendiri.
"Kita (PAS) parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun.
"Parti lain tak pernah alami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.
"Mereka kena ikut PAS kalau (nak) bekerjasama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.
Begitulah kenyataan Haji Hadi. Betapa angkuhnya dia!
Iblis dahulunya adalah hamba Allah swt yang paling taat kepada Allah. Bahkan dikhabarkan dalam beberapa kitab, ketaatan Iblis melebihi para malaikat. Namun beberapa masa kemudian (sampai sekarang), Allah begitu murka kepada Iblis. Mengapa terjadi demikian?
Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan wataknya yang angkuh itu membuat Allah murka. Ini nampak ketika Allah SWT menciptakan manusia pertama, Adam as. Ketika semua Malaikat (termasuk Iblis juga) diperintah Allah untuk sujud (sebagai bentuk penghormatan, bukan penyembahan) kepada Adam, Iblis enggan, seperti dalam firmanNya;
Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu”. Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (QS. Al A’raf:12)
FEATURED ADS