Ini la kerja kami masa kat UMS..menjadi minah rempit..he..
Tapi bukan merempit macam mat rempit..kami ni pompuan..bawak moto pon ala-ala pompuan la..kami masih sayangkan nyawa kami dan masih berfikiran waras... =D
Kat ums aku selalu merempit dengan ija, dira, su dan wahidah..kerap kali aku yang jadi pemandunya.. tapi video kat bawah ni ija yang jadi pemandunya...aku pembonceng yang merakam video ini..haha..
Punyala dasat tak dasat..siap rekod lagi video merempit ni..aku tak ingat dah kenapa aku boleh rekod video ni...sesaja ja kot..tapi detail yang ada kt handset aku tarikh video ini direkod adalah pada 8 Februari 2009..hampir 2 tahun yang lepas..
Masa ni kami on da way ke ODEC ums, mengambil angin petang dan bergambar-gambar di sana bersama-sama ngan kawan kami yang telah menunggu di sana..
Disebabkan aku sekolej kediaman dengan ija, memang kami selalu merempit bersama..gi kelas pun sesama naik moto..time ni ija memang dah jadi artis dan sambung balik pengajian selepas tangguh 2 semester..
Walaupun dia ni artis, tapi dia macam kita-kita jugak..tak kisah pun nak naik moto ni..kereta dia ada ja kat kolej kediaman tu..kalau hari hujan @ malas nak naik motor baru kami naik kereta..
Rindu sangat nak merempit macam dulu..tapi tu la, sekarang dah masuk alam pekerjaan..dah tak sama macam dulu..sesapa yang masih study tu, gunakanlah masa yang sebaiknya masa kat U...memang kenangan yang terindah adalah kenangan masa belajar dulu..macam-macam yang kita belajar bila kita kat universiti..kawan kita lah yang paling rapat dan tempat bekongsi suka dan duka..
Bila dah bekerja ni lain pulak caranya..kita menjadi lebih dewasa dan perlu menjaga tatatertib sebagai seorang pekerja..tambah-tambah pulak aku ni seorang guru..memang tak boleh jadi hu ha hu ha terlebih macam masa study dulu..apa-apapun aku tetap enjoy dalam kerjaya aku bersama-sama teman-teman sekerja aku kat sini.. =D
Kat bawah ni ada gambar yang sempat dirakam masa zaman merempit dulu-dulu..
p/s: kat sekolah menengah pun merempit jugak..start dari form 3 dah bawak motor pergi sekolah..rindu jugak nak merempit ngan kawan-kawan sekolah menengah.. (T_T)
p/s/s: saja mengimbau kenangan lama ini..esok dah start sekolah..so esok bermulalah hari baru dari segi kerjaya aku..semoga tahun ini semuanya berjalan lancar.. ('',)
4 comments:
hoho..jum rempit ge..lama xnek moto kann
aah lama xrempit sejak ada keta ni..he..jum2 bila nak rempit?
tompang menge-tag anda kat sini
http://aiifa-aiifa.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html
hoho ok2, tag la.. =D
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...