Thursday, August 11, 2011
Bila Gee nak kahwin?
Kenapa Aku Masih Solo?
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Friday, January 21, 2011
Untuk apa cinta jika tidak sudi...
Hmmm bila takdak keja petang-petang ni camni la jadi nya...bosan..lalu teringat kisah dulu-dulu..
Heheh..tak de pape pun sebenarnya..tajuk entry ni pun sebenarnya aku ambil dari lirik sebuah lagu..iaitu tajuk lagunya adalah cuma aku...
Lagu ni berkisar tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan..kita cintakan seseorang tapi dia tak suka kat kita pun..ha lebih kurang macam tu la..
Bila lagu ni dah keluar kat radio korang dengarlah sendiri yek..yang mana dinyanyikan oleh tak lain tak bukan si mata bulat heliza helmi.. =D pastu bolehla request kalau nak dengar lagi...
Ok, itu saja..sehingga bertemu kembali..heheh
Monday, December 13, 2010
Aku Cinta Kamu (Aishiteru)..
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Back to [*][**]
Wo wo wo..a a ai aishiteru
Sukanya lagu ini..first time aku dengar aku dah suka..saja nak melayan perasaan malam ini...hehe.. ok dah! cau cincau ('',)
Tuesday, November 30, 2010
Aku Ingin Mencintaimu..
*Layan lagu ni di tengah-tengah malam ni.. ('',)
Saturday, November 27, 2010
Cinta ibarat kurap..makin digaru makin sedap..hahaha
Sunday, October 31, 2010
Saat Menilai Cinta
Takdela, aku kesibukan dan keletihan dengan program pandu puteri selama 3 ari 2 malam yang diadakan di hotel grand continental langkawi...hari ni baru la dapat luang masa untuk melihat blog aku ni..
Tentang tajuk saat menilai cinta ni, aku terbaca 1 artikel kat kosmo online..so aku nak share la kat sini dengan korang-korang yang membaca blog aku ni..yang boleh dijadikan tips jugak untuk aku..hehe..
mai kita baca artikel ni...
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Em, menarik artikel ni..bleh diaplikasi untuk sapa-sapa yang masih mencari cinta...n menilainya...ok, dadidu... =D
Wednesday, October 27, 2010
Kalau Berpacaran
Cuma ujung minggu ni aku tak dapat juin geng wondergurlz sebab aku terlibat ngan kursus pandu puteri selama 3 ari dari 28-30 oktober..peringkat kebangsaan punye...memang padat dengan aktiviti yang telah disediakan..so, hajat di hati nak menghiburkan hati di hari ini tidak dapat ditunaikan...sob3...
Tapi hati ini agak terhibur bila dengar lagu best dari ana raffali n suhaimi mior hassan..baru je beberapa kali dengar tapi rasa dah boleh hafal..hehe...aku paste lirik dia kat sini...
Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Monday, October 25, 2010
Lorong Masa Depan
Oleh itu, ku titipkan sebuah sajak disini..untuk kita hayati..
Capai di badan,
Ditinggal sudah
Mengikuti iramanya waktu
Mengantar diri dalam sebuah keadaan
Membahana dalam lingkup kehidupan
Menemukan arti dari sebuah jiwa ini
Kosong...
Menadah dalam gelap malam
Berteriak, melepas sepi
Berontak, melawan daya
Mencoba kembali melawan arus
Begitu sulit
Laksana menjamah sebuah bintang malam
Sia-sia...
Ataukah mengikuti alur ini?
Meski hati tak lagi sejalan
Mimpi ada disana
Dan bukan disini...
Bersama malam ini,
Aku menatap lorong masa depan
Dibalik cahaya bulan
Dibalik gelapnya malam...
Monday, September 27, 2010
Tentang Masa Depan...
Bercakap tentang masa depan, aku pon taktau keadaan aku macamana nanti..macammana dengan pekerjaan aku ni..keluarga aku...aku hanya mampu berangan..lau ikutkan, nak kumpul duet banyak-banyak, beli kereta mewah, buat umah besar-besar..tapi tu la, smua tu angan-angan...yang belom tentu jadi kenyataan..mustahil la...tapi tak juga mustahil..lau aku mampu mengubahnya...aku juga ada perancangan diri utk menjadikan hidup aku lebih baik...aku harap perancangan ni berjalan dengan lancar...aku hanya perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan... untuk diri aku pulak, aku mestilah mahukan yang terbaik...mancari calon suami yang terbaik..bukannya aku nak yang terlalu sempurna, cukuplah sekadar yang sesuai dengan aku, yang boleh jaga aku, tanggung makan pakai aku, bimbing aku dari segi agama dan sayang aku sepenuh jiwanya...kita semua tahu setiap orang tak dilahirkan dengan sempurna...maksud aku dari segi sikap dan kelakuannya..lau nak yang sempurna, sampai bila pon tak jumpa...manusia dianugerahkan dengan kelebihan masing-masing..dan tak lupa juga kekurangan turut ada dalam diri kita...kelebihan tu kita perlu bersyukur, kekurangan tu kita kena cuba baiki diri untuk menjadi lebih baik...
Oh ye, dah alang-alang tulis pasal masa depan ni...aku nk imbas balik masa zaman kecik-kecik dulu...masa aku kecik-kecik dulu macam-macam jugakla angan-angan aku...nak jadi doktor la..tu la cita-cita pertama yang aku jawab bila cikgu kat sekolah tanya..pastu cikgu tnya, lau tak dpt jadi doktor, kamu nak jadi apa...aku pn jwb ‘saya nak jadi cikgu lah’..ha tengok...cita-cita yang ke-2 tu dah berjaya menjadi kenyataan..alhamdulillah syukur sangat...aku teringat lagi kisah aku masa lepas SPM..arwah ayah aku nak sangat aku masuk maktab..dia nak sangat tengok anak dia ni jadi cikgu...tapi aku degil..aku nak jugak jadi dokter...siap bertekak gak la ngan arwah ayah...lau ayah ada lagi aku nak minta maaf sangat-sangat..memang apa yang ayah rancangkan tu la yang terbaik...sebab ayah mesti tau kebolehan anak dia ni...adegan sedih sekejap..sob2...ok, berbalik kepada ceritanya, aku nak sangat jadi dokter kan..aku dapat tawaran matrik...result aku tak la power mana..ramai lagi kwn-kawan yang ok..tapi aku tergolong antara pelajar terbaik jugakla...hehe...aku dapat je tawaran matrik tu, aku memang nak pegi sangat la..yela cita-cita nak jadi dokter ni...last-last skali ayah aku pon setuju la..tapi tau tak aku dapat matrik mana? Bukannya matrik canglun, arau @ penang..tapi matrik gopeng, perak...jauh tu..hehe.. aku la yang isi jauh-jauh tu..saja nak merantau..ayah aku taktau pon..aku cuma bagitau aku isi matrik kedah, perak n penang..tapi aku tak cakap yang aku letak matrik perak tu 1st choice...huhu...tengok-tengok dapat perak..tapi ok pe..akak aku pon dok perak..leh gak jalan-jalan umah dia..tapi jauh jugakla gopeng ngan umah akak aku tu..kt taiping...
Nak sambung cite lagi ni...nape aku dah masuk matrik tapi tak dapat jadi dokter? Ha meh sini nak jawab...sebab...sebab result aku tak layak untuk jadi dokter...aku ni berangan ja sakan..hehe..tu la 1st time aku masuk asrama..aku tak biasa stadi kt asrama..salunya aku stadi kat umah ikut time aku la..bila dok asrama ni, terus kehidupan aku berubah..aku tak dapat belajar dengan betol..kawan-kawan lak terror-terror belaka...aku ni biasa-biasa ja..bile result exam kuar, memang agak teruk la..heee...tapi ape yang best kat matrik ni, aku memang enjoy la ngan kawan-kawan aku..kawan-kawan aku kat matrik tu memang best..tu la salah 1 sebab result aku teruk jugak kot..hehe...tapi takdela teruk mana, dapat jadi cikgu jugak kan...macamana aku leh jadi cikgu? Citenye cmni...bila kuar je matrik, aku apply BPG (bahagian pendidikan guru) utk masuk maktab la..aku dapat interview die..kt IPDA...aku pon pi la intebiu tu...tapi aku dapat tau aku tak lulus..em cedih gak la..sebelom tu aku ada isi gak borang UPU untuk smbung degree la..smuanya aku mintak coz pendidikan...aku minta merata la, upsi la, upm la, utm la, ums, n mcm2...oh ye, aku terlupa nak cerita ssuatu...
Masa aku kat matrik..nak dekat-dekat ngan final exam...kejadian sedih menimpa diri aku...ok, ni masuk part sedih ni..sedia tisu ye kawan-kawan...hehe...ctenye camni...ujung minggu tu aku plan nak ikut membe aku g jalan-jalan kl...aku pon nak tepon la mak aku nak bagitau nak p kl...tapi tatkala aku nak gtau nak gi kl, mak aku gtau aku dulu...yang ayah aku tak berapa sihat...aku pon tak jd bgtau mak aku nak p kl..terus ubah perancangan..ari jumaat tengahari tu lepas je abes kuliah aku terus balik kampung...ari jumaat tu jugak ayah aku masuk sepital..smpai je kat alor setar aku terus menuju ke hospital..ayah aku ditempatkan di wad X2..lau tak silap aku la..perkara ni dah 5 tahun lebih berlalu...aku pon menjadi penghuni d hospital tu..menemani ayah aku..setiap ari macamtu sampai ari isnin aku terpaksa balik ke matrik...sepatutnya ari ahad dah kena balik..tapi sebab ayah aku sakit, aku lanjutkan cuti aku...ari isnin tu ayah aku dah macam sihat sikit..aku pon pulang ke matrik..sampai kat matrik pon dah petang...soknya ari selasa aku pon p kuliah..ari selasa tu keadaan ayah aku bertambah baik..adik aku kata ayah aku dah boleh balik umah...sebenarnya ayah aku tak suka masuk hospital..dia lebih suka dok umah..ayah aku pon gembira dapat balik umah..aku pon seronok la ayah aku bertambah sihat...aku masih ingat lagi, petang selasa tu aku pergi beriadah bersama member..amek angin kat kawasan matrik tu..aku terlupa bawak nset..bila waktu dah nak dekat senja aku pon balik ke bilik...pastu aku terlihat ada miscall dari nombor fon umah..aku pon col balik..adik aku jawab fon, dia kata ayah sakit balik..makin teruk..aku tak sangka benda ni berlaku...aku pon dengan kelam kabut p jmpa warden, minta kebenaran untuk balik...warden boleh hantarkan ke stesen bas di medan gopeng..aku pon siap-siap la...dalam kul 8 lebih bergerak ke stesen bas tu..perjalanan dekat sejam jugak..sampai kat medan gopeng tu, tiket ke alor setar dah takdak..bas baru je bertolak..tiket hanya ada pada jam 2pagi..nak tak nak kena la nek bas kul 2 pagi...warden bawak aku balik ke asrama..dia akan anta balik ke stesen bas tu pukul 1 pagi...
Sampai je kat asrama aku pon wat la keja aku..aku tak lupa col umah untuk tanya keadaan ayah...mak kata ayah ok sikit lepas makan ubat..n leh lagi tengok tv..aku pn tak risau sgt...tepat jam 12, sempat lagi aku p mesin baju kat blok sebelah..yela, nak balki kampung, nanti banyak pulak baju tak berbasuh...dekat-dekat kul 1 aku pon siap-siap nak balik...warden pon anta aku kat medan gopeng...tunggu punya tunggu bas yang kul 2 tu pon datang...dia datang lambat sikit..dalam 2.30 baru jalan..mak aku dok asyek talipon tanya kat mana dah...aku cakapla dalam kul 6 kot baru smpai..mak kata lau smpai gitau kat abang suh abang amek kat shahab perdana...smpai ja kat shahab, aku tak col pn abang aku..malas nak susahkan dia..aku pon naik bas pulang ke umah...sampai kat simpang kola, mak aku col..aku cakap dah dalam bas...sat lagi sampai...dah nak dekat sampai umah, aku pon tekan loceng...aku turun dari bas n lintas jalan...masa nak lintas jalan tu aku tengok umah aku ramai orang..napa ya ramai orang..keta pon banyak...aku tak rasa apa-apa lagi...bila dah lintas jalan aku nampak van..van yang sangat aku kenal..jantung aku mula berdegup kencang..aku pon lari masuk ke umah...Ya Allah...sampai ja kt pintu umah, aku lihat tubuh ayah aku terbujur kaku diatas katil...aku tak tau nk gambarkan perasaan aku waktu tu...sedih, marah, geram, smua ada...kakak aku datang peluk aku...aku pulak nanges-tengok meraung ‘napa tak cakap ayah dah takdak...’..kak aku kata ayah dah takdak semalam lagi..kul 12.05 tengah malam...mak saja tak nak gitau sebab taknak bagi aku risau..aku menanges punya menanges...smua cuba menenangkan aku...pada masa tu susah untuk aku terima kenyataan...tapi lama-kelamaan aku pon redha dengan pemergian ayahku...semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... itula kisah sedih aku..yg agak tragik... :( sob2...
K, nk smbung balik cite dari atas...taknak cte sedih-sedih dah..lepas ja abes matrik, aku pon bekerja kat pekan rabu..kedai potostat n kedai runcit...smpaila keputusn UPU kuaq, aku pon benti..aku dapat tawaran kat UMS course pendidikan dengan sains...akhirnya dapat gak apa yang aku idamkan..kursus pendidikan...lau ayah aku ada mesti dia gembira...4 tahun stadi kat UMS, akhirnya dapatla aku menggenggam segulung ijazah...ijazah sarjana muda dengan kepujian pendidikan dengan sains..major bio n minor kimia...skang aku dah jadi cikgu..tapi bukan ajar subjek bio n kimia..tapi ajar math n sivik..huhu..sebab sekolah ni dah kelebihan cikgu sains..takpela..aku pon happy jugak dapat ajar math..memang subjek kegemaran aku pon kat sekolah dulu...tu la cite nye cmne aku leh berjaya jd ckgu...
Skang ni pasal masa depan aku, aku pn taktau apa akan jadi nanti..aku cuma doakan yg terbaik untuk diri aku dan juga keluarga aku...cikgu pon dah jadi, pasni ape pulak ye..huhu..tunggu n lihat...adakah aku berkahwin dengan putra raja? Haha (angan-angan yang tak tahan) haha...gurau je..tak mungkin sama skali...okla, tu saja cite aku..nanti aku sambung tajuk len pulak...da...
p/s: ni ada gambar konvo aku selitkan untuk tatapan bersama.. =D
Sunday, August 15, 2010
Mencintai & Dicintai...
Sebelum memulakan entri ini, aku ingin menyelitkan sebuah lirik lagu untuk kita hayati bersama..aku sangat suka dengan lirik lagu ini...
Mencintai...bkn senang untuk mencintai seseorang..apatah lagi Dicintai.. Manusia perlu sesuatu untuk mencintainya kerana cinta dan kasih sayang adalah kategori yang agak penting untuk mengisi kembali atau menyembuhkan kembali hati yang terluka..cinta yang lahir dari hati adalah cinta yang tulus murni..mencintai seseorang sudah menjadi fitrah semulajadi..mencintai sahaja tidak lengkap tanpa dicintai...apabila ada rasa mencintai dan dicintai, barulah kebahagiaan itu dapat dikecapi... mencintai seseorang yang belum tentu milik kita sangat memeritkan..atau dalam erti kata lain kita bertepuk sebelah tangan atau cinta kita tidak berbalas..