Bersama Berjuang

Showing posts with label MAHASISWA. Show all posts
Showing posts with label MAHASISWA. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Mahasiswa Telah Bersuara "Jgn Liwat Kami"!!!



Perkembangan terbaru pilihan raya kampus yang berlangsung pada semalam di lima buah universiti awam telah menunjukkan perkembangan yang positif untuk kerajaan.

Umumnya mengerti, pertembungan sengit antara Aspirasi Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa, yang tidak boleh dinafikan, masing-masing berpihak kepada kerajaan dan pembangkang.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut maklumat, Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24) kecuali di UTHM (25/27)

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan sekaligus menjadi satu-satunya universiti awam di negara ini di mana kerusi perwakilan tidak pernah dimenangi oleh Pro-M.

Baca seterusnya DISINI

Wednesday, September 12, 2012

EDISI KANTOI: Dokumen Kerugian UNISEL Yang Ditandatangani Menteri Besar DIDEDAHKAN!!!



Dokumen di atas ialah laporan audit unisel yg telah ditandatangani oleh MB dan juga pegawai kewangan negeri Dato Arif Rahman. 

Kenyataan bahawa kewangan unisel perlu diselaraskan adalah satu pembohongan untuk menutup kelemahan mereka semata.  Untuk makluman, GT beroleh maklumat dalaman bahawa MB sendiri telah melenting gara-gara kebocoran maklumat ini. 

Kantoi beb... kantooiiiii... hehehe... 

Berdasarkan polisi Unisel, pendapatan Unisel adalah dari yuran pengajian dan juga yuran penginapan yang diberikan kepada pelajar dan ianya diiktiraf sebagai pendapatan secara rasmi apabila yuran pengajian dan yuran penginapan diterima daripada pelajar.

Pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah menurun dan agak merundum. Pada tahun 2008 pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 94.40 juta, tahun 2009 ianya menurun sehingga RM 93.51 juta manakala pendapatan 2010 ianya terus merundum sehingga RM 75.48 juta. 

Perbezaan penurunan pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2009 adalah sebanyak RM 890,911 atau berkurangan sebanyak 0.94%, pendapatan dari tahun 2009 sehingga 2010 menurun sebanyak RM 18,033,558 atau berkurangan sebanyak 19.28% manakala dari tahun 2008 sehingga 2010 pendapatan terus merundum dengan perbezaan sebanyak RM 18,924,469 atau menurun sebanyak 20.05%. 

Kerajaan PKR Sgor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah pelajar Unisel mencecah 13 ribu orang. 

Persoalannya... Ke manakah duit PTPTN yang dibayar oleh para pelajar?  Gone somewhere???

Tuesday, September 11, 2012

UNISEL Kerugian Berjuta Kerana Menteri Besar Selangor Tokoh Korporat... Ke Keparat???



Tanjong Karang - Laporan kewangan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan Negeri masih mendiamkan diri.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011 lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

"Disebabkan Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.

"Universiti ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40 juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48 juta bagi 2010.

"Bagi 2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.

"Mana hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat disini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.

"Apabila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai lalu, masa itu Meteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya belajar akaun dengan dia.

"Sekarang sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu rakyat negeri itu.

Noh turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini.   

Monday, June 25, 2012

Kutipan Bayaran Balik PTPTN Merosot Dari Bulan Mac Gara-Gara Isu Mansuh PTPTN. Anwar Wajib Bertaubat!!!


Puncanya Anwar.  Tidak lupa juga segelintir mahasewel pendek akal.  Kini, kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN semakin merosot gara-gara #Occupy Dataran... 

KLIK SINI untuk mengetahui maklumat terperinci.  

Tuesday, June 12, 2012

Isu PTPTN: Mari Kenali "Biawak Hidup" Rakyat Selangor!


Dia seharusnya menjadi nakhoda kepada negeri Selangor Darul Ehsan.  Setelah 4 tahun lebih mengepalai bahtera Merah Kuning, dia tidak ubah seperti mana waktu mula-mula pemerintahannya dahulu.  

Kurang cerdik, dan ambil jalan mudah dalam amanah yang diberikan kepadanya oleh Tuanku Sultan Selangor.  

Kenali "biawak hidup" rakyat Selangor sepanjang zaman... DISINI

Monday, June 11, 2012

Isu PTPTN: Akhirnya Kebenaran Terpacul Dari Mulut Fuckatan Sendiri!



Gempar politik yang dibuat oleh pembangkang apabila cuba meraih populariti akibat dari cadangan memansuhkan PTPTN semakin di penghujungnya.

Kita sedia maklum bahawa cadangan tersebut dianggap “pendek akal” dan tidak popular oleh kebanyakkan rakyat normal, kecuali Rafizi Ramli dan segelintir pengikut Syiah laknatullah yang cuba juga menegakkan “benang yang basah” untuk terus menjadi wajah kesayangan Anwar.

Umum mungkin sudah mengerti, bagaimana Anwar Ibrahim “dilibas” kiri dan kanan oleh rakan sekutunya seperti DAP dan PAS dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan gara-gara isu PTPTN yang dilihat “memakan diri sendiri”.  Tidak hairanlah, sekiranya DAP mengajar PAS untuk bermufaraqah dalam isu PTPTN ini.  Sungguhpun begitu, PAS terus mengharapkan askar Syiah mereka bergerak untuk terus meracuni golongan mahasiswa di dalam isu ini.

Amat menghairankan apabila terdengar lolongan dan salakan dari pemimpin PR apabila PTPTN mengambil keputusan untuk memansuhkan PTPTN di Unisel.  Kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan-perkataan popular yang digunakan bagi melabel betapa “zionisnya” kerajaan ke atas pelajar-pelajar di universiti tersebut.

Baca seterusnya DISINI

Isu PTPTN: Setelah Dibantai Sekutunya, Kini Anwar Gelabah Lagi!!!



Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung! 

PAS yang sebelum ini beriya-iya mengarahkan askar syiah mereka yang diketuai oleh Khalid Ismath, yang mengidolakan Mat Sabun sebagai nadi belakang gerakan-gerakan mahasiswa termasuklah untuk mansuhkan PTPTN terpalit sama atas strategi yang akhirnya menyerlahkan kebodohan yang melantun-lantun.  

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.

Thursday, May 10, 2012

Naib Canselor UiTM Takutkan Khalid Ismath? WOW!!!



Umum mengetahui betapa seorang mahasiswa yang cuba mengejar populariti murahan bernama Khalid Ismath adalah penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Rasanya, seluruh rakyat Malaysia tahu akan sikap biadap dan kurang ajar mahasiswa ini terhadap norma dan budaya hidup orang Melayu,  orang Timur.  Lebih dari itu, kenyataan berupa hasutan dan ancaman terhadap seluruh warga kepolisan adalah bersifat mencabar kedaulatan undang-undang negara.  Secara tidak sedar, Khalid Ismath menghina kuasa Yang Di Pertuan Agong selaku ketua negara yang bertanggungjawab terhadap institusi keselamatan.

Itu dari segi budaya hidup dan Perlembagaan Negara.  Dari perspektif Islam, akuannya di dalam akaun FB bahawasanya dia adalah syiah dan Nik Aziz tahu akan perkara ini membuktikan pendirian akidahnya.  Dan Syiah, yang terkenal dengan sifat ekstrim, membawa kepada satu lagi kemungkinan; pengganas dan subversif.

Baca selanjutnya DISINI

Tuesday, May 8, 2012

Pengakuan Khalid Ismath: "Tok Guru Nik Aziz Pun Tahu Aku Syiah". Takkan Pok Nik Diam Je Kot?


Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sebagai umat Islam, kita ulama muktabar telah mengistiharkan Syiah sebagai terkeluar dari landasan Islam.  

Syiah lebih kepada agama politik, yang mana terdapat prinsip Syiah, iaitu Al -Wilayah, satu prinsip yang mana mereka tidak akan mengikhtiraf mana-mana pemimpin negara selagi mana pemimpin itu bukan dari kalangan mereka (berfahaman Syiah).  Dan mendirikan kerajaan Syiah adalah matlamat utama mereka, dengan menghalalkan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan yang sedia ada. 

Sebagai contoh, huru-hara yang berlaku di Timur Tengah didalangi oleh Syiah.  Bahkan, sirah Islam sendiri tercatat bagaimana sahabat Nabi, Uthman Affan terkorban dalam demonstrasi pertama dalam sejarah Islam, yang diketuai oleh Abdullah Saaba, seorang yahudi yang terkemudian mencipta fahaman Syiah ini.

Fahaman ini telah menyusup masuk ke Malaysia, dan tanpa berselindung, ia meresap masuk ke universiti universiti tempatan.  

Dakwaan bahawa Khalid Ismath itu seorang Syiah nyata berasas, apabila Khalid mengakui bahawa Nik Aziz sendiri mengetahui bahawa dia adalah seorang berfahaman Syiah.  


Apakah pegangan sebenar Nik Aziz dalam perkara ini?  Apakah beliau terlalu jahil untuk memahami apa itu Syiah, atau menghalalkannya demi dendam kesumat politik, yang sebenarnya berasaskan kesalahan parti itu sendiri ketika bergabung dengan UMNO di Kelantan suatu ketika dahulu?  

Jika benar, maka tepatlah dakwaan ramai pihak bahawa Nik Aziz hanyalah ulama politik, yang dipandu oleh kepentingan politik, sementara menjadikan Islam sebagai topeng untuk bermuka-muka.  

Tidak hairanlah, fahaman Syiah subur mekar di kalangan penganut PAS, kerana Mursyidul Amnya sendiri mengiktiraf fahaman sesat itu apabila tidak bertindak berdasarkan ajaran Islam murni, berdasarkan dakwaan Khalid Ismath sendiri di dalam akaun FB nya.  

Tontonilah video dibawah, bagaimana mahasiswa Islam terkeliru, dan tidak pula diperbetulkan oleh pemimpin PAS yang kununnya memperjuangkan Islam!  Yang dibela adalah Syiah, dan yang membela menggunakan larangan Islam sebagai method. 

Berani pula mengaku sebagai mahasiswa Islam...

Sabda Rasullullah SAW " Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk di dalam golongan kaum itu".


Wednesday, April 25, 2012

0.0001% Mahasiswa Bangang, Puncanya Anwar Al Shamsidar!



Mungkin ramai tidak sedar bahawa yang melalak-lalak ingin mansuh PTPTN sebenarnya hanyalah 0.0001% dari kesemua 2.5 juta pelajar IPT, termasuk Universiti, Universiti Kolej, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain IPT awam dan swasta yang ada di Malaysia ini.   

Itupun dalam 250 orang yang berdemo di Dataran Merdeka itu bukan semuanya pelajar.  Antaranya terdapat mak nya atau nyonya tua, apek tua, mak-cik dan pak cik berumur lebih 40 tahun, remaja yang rosak akhlak, yang berperangai tidak senonoh dan sebagainya.  

Jika benar semua mereka ini adalah peminjam PTPTN maka tentulah mereka antara pelajar-pelajar benak, pemalas yang sememangnya menjadi balaci atau pencacai sepenuh masa Pakatan Rakyat.   Ramai juga di antara mereka kelihatan seperti manusia sesat tetapi tidak pula kelihatan seperti sedang mencari-cari arah hidup.  Sebaliknya selesa dengan kesesatan dan cara gelandangan sebegitu. 

Justeru, apa yang boleh diperkatakan mengenai isu demo mansuh PTPTN ini?  Yang sebenarnya,  demo PTPTN ini bukanlah isu langsung! 

Kita juga tahu bahawa DAP dan PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan Anwar untuk memansuhkan PTPTN.   Semua orang bertanya dari mana hendak dikaut RM43 billion untuk menampung kos pendidikan percuma dan Anwar tidak mampu memberi jawapan yang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak tahu jawapannya.  

Akhbar-akhbar Cina juga menyiarkan banyak tulisan dan juga pendapat yang mengkritik idea pemansuhan PTPTN ini.   Hari ini juga tersiar satu tulisan di Nanyang Siang Pau yang meluahkan rasa malu dengan tindakan Pakatan Rakyat mempromosi sifat meminjam tetapi enggan membayar. 

Menurut penulis tersebut, budaya Cina sering menekankan sifat membayar balik pinjaman, dan , inilah faktor utama kejayaan bangsa mereka.  

Sepatutnya, orang-orang Melayu merasa jauh lebih malu lagi kerana membayar balik pinjaman bukanlah sekadar tuntutan adat atau budaya tetapi tuntutan agama.   Dan kerana enggan membayar hutang juga membuatkan ramai orang Melayu tidak berjaya.  

Selama ini, PR yang paling hebat melaungkan Melayu baru, yang moden berdaya saing dan mampu berjaya tanpa menggunakan tongkat.  Oleh itu, kita tidak faham, bagaimana pula di masa yang sama PR ingin menambahkan tongkat dan memanjakan lagi rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dengan menambahkan subsidi itu dan ini, menjanjikan bulan dan bintang dan segala-galanya.  

Semuanya ingin disuapkan oleh PR kepada rakyat supaya kita merasa gembira dan tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup.  Dan kini PR juga yang ingin memulakan era segalanya percuma di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah sama rata tidak kira sama ada pelajar tersebut cemerlang atau tidak dalam pelajaran peringkat menengahnya.  

Sedangkan memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi juga merupakan satu ketidakadilan selain membantutkan motivasi pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.  

Lagipun, bukankah ini bertentangan dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, kuat dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah walau di mana saja kita berada?

Tindakan PR ini hanya akan mengakibatkan kelahiran lebih ramai graduan tidak cukup masak seperti Anwar Ibrahim ataupun Adam Adli.  

Kini, demonstrasi PTPTN sudah jelas tidak berjaya, sebabnya ialah dalang pemikir dan penggeraknya adalah terdiri dari graduan tidak cukup masak belaka.  Ramai di kalangan rakyat menggeleng-gelengkan kepala melihat peserta demonstrasi yang tidak senonoh dan biadab dengan pihak berkuasa.   Akhirnya, hasil yang diperolehi PR melalui demo PTPTN hanyalah imej parti yang semakin buruk dan bukti kebodohan pemimpin-pemimpinnya.  

Apapun, melihat angka sokongan terhadap pemansuhan PTPTN membuatkan kita mengeluh lega.   Ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar di IPT seluruh negara masih lagi waras dan benar-benar layak bergelar mahasiswa.  Hanya 0.0001% sahaja yang merupakan ‘maha tak berguna’ yang kewujudan mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara, dan jauh sekali kepada dunia.  

Tuesday, April 24, 2012

PTPTN Wajib Batalkan Pinjaman Mahasiswa Yg Berdemo



Riuh rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.

Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa ipt memohon pinjaman PTPTN.

Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian. 

Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.

Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya.

Tapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula wang pinjaman yang telah digunakan. Hutang wajib di bayar, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad. 

Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi meneruskan pengajian di ipt selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?

Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib baik barangkali kerajaan PKR Selangor ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat, itupun kalau tamatlah.

Friday, April 20, 2012

PTPTN: Naib Canselor UM Sebenarnya Seorang Pondan ???



Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.


Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya. 

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut. 

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara. 

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Penghuni Flat Kg Kerinchi Mengamuk Di Dataran Merdeka, Adam Adli Lari Lintang Pukang!



BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak, ‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu.  Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished business’.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit.  Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.

Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya.  Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.  Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.

Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi.  Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai.

Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini.  Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara.  Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini.  Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis.  Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.

Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah?

Friday, April 13, 2012

Demo Anti PTPTN: Penjelasan Bergrafik Yg Perlu Anda Hebahkan!



Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Klik Utk Besarkan Imej
Sebarkan kartun ini kepada mahasiswa dan ibu bapa mereka agar tidak dilabel mahasewel!

Adam Adli - Manifestasi Pelajar Bodoh Tapi Mahu Popular!



Mungkin masih ramai yang tidak kenal Adam Adli, seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ‘superhero’ penyelamat rakan-rakannya di universiti dari ‘didera’ oleh AUKU.  Perjuangan Adam Adli berupa siri-siri demonstrasi di mana perbuatan seperti menurunkan banner pemimpin negara serta melalak-dan melolong dijadikan senjata bagi menunjukkan ‘kebijaksanaan’ para pelajar.    

Walaupun Adam Adli adalah bakal guru kerana menuntut di UPSI, beliau bukannya berjuang menuntut peruntukan untuk membuat kajian tentang teknik-teknik mengajar atau memahami psikologi kanak-kanak bagi membantu UPSI melahirkan guru-guru cemerlang di masa depan.   Ini kerana, Adam Adli tidak berminat dengan masa depan, beliau lebih berminat dengan masa kini, menikmati ‘populariti’ sepertimana yang diimpikan oleh mana-mana anak muda jalanan yang tiada arah tujuan.  

Masa depan Adam Adli sebagai guru juga masih belum tentu kerana beliau kini digantung dari belajar kerana terlalu asyik berjuang demi masa kini.  Dan hari ini, Adam Adli terus tegar menyambung perjuangannya untuk berdemonstrasi menentang PTPTN pula pada hari Sabtu nanti.  

Kita pernah mendengar pepatah ‘bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus’ iaitu seorang yang ingin mengajar orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul.    Tetapi,  apa akan jadi jika seekor anak ketam yang belum lagi pandai berjalan dengan kaki yang masih lembik ingin mengajar bapanya berjalan, iaitu sepertimana Adam Adli ingin mengajar kerajaan?   

Akibatnya, akan terpaksalah kerajaan mencari dana RM43billion untuk menanggung kos akibat penghapusan PTPTN.  Jika tidak, beberapa IPTS mungkin terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar di mana akan membawa kepada peningkatan mendadak masalah pengangguran.   Inilah yang bakal berlaku jika tuntutan Adam Adli dilaksanakan. 

Sebenarnya, matlamat Adam Adli mudah sahaja iaitu, jika pembelajaran adalah percuma sepenuhnya, maka rakan-rakan seperjuangannya di universiti-universiti seluruh Malaysia tidak akan merasa terdesak untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapat pekerjaan yang baik untuk membayar balik hutang PTPTN.  Sama ada tuntutannya masuk akal dan praktikal, tidak pula terjangkau oleh otaknya.  

Yang mampu difikirkan oleh otaknya ialah jika PTPTN dihapuskan, bolehlah pelajar-pelajar seperti dirinya menghabiskan masa berdemonstrasi, melalak dan melolong ke sana ke mari tanpa perlu risaukan apa-apa. 

Jika dibaca blog Lim Kit Siang akhir-akhir ini, kita melihat beliau memaparkan beberapa artikel terutamanya dari Aspan Alias dan Mariam Mokhtar yang secara sinis dan tidak langsung merujuk kepada Melayu-melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat atau lebih tepat Melayu UMNO sebagai bodoh dan ketinggalan.  Alasan mereka, Melayu UMNO terlalu menjaga ketuanan, rasis, jumud dan bersifat paranoid terutama apabila melibatkan agama dan bangsa. 

Mungkin, di mata Aspan Alias dan Mariam Mokhtar, Melayu seperti Adam Adli yang menyokong Pakatan Rakyat adalah simbol anak Melayu yang bijak, cerdik dan pandai, seperti juga mereka berdua.  

Ciri-ciri Melayu bijak mengikut standard Pakatan Rakyat ialah mereka mestilah mudah ditunggang oleh pihak dan kaum lain, mesti terbuka menerima hak asasi manusia mengatasi batas-batas agama, mesti menerima sikap rasis kaum Cina yang enggan membuka peluang untuk bersaing sama rata di dalam sektor swasta dan perniagaan kepada kaum Melayu dan menolak untuk mempertahankan hak bangsa sendiri.   

Kerana itulah mereka mendewakan Anwar Ibrahim graduan Pengajian Melayu kelas 3 sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kerana beliau menepati semua ciri-ciri ini.   

Berdasarkan hakikat ini, Pakatan Rakyat nampaknya berazam untuk melahirkan lebih ramai Melayu ‘bijak’ melalui siri-siri demonstrasi yang didokong ataupun disokong mereka termasuk demonstrasi Bersih dan Lynas yang membabitkan anak-anak Melayu di Universiti.   

Pelik sekali kerana ciri-ciri bijak di mata Pakatan Rakyat adalah berbeza mengikut kaum:

Bagi kaum Cina, bijak bermakna mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadi pelajar cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik atau membuka perniagaan baru.  Mereka juga wajib menguasai berbagai cabang ilmu, menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya.  Di masa yang sama, mereka wajib terus berjuang demi memastikan kaum Cina terus mendominasi dan memonopoli ekonomi Malaysia serta memartabatkan budaya dan bahasa nenek moyang mereka.  

Sedangkan bijak bagi kaum Melayu pula bermakna bersikap seratus peratus sebaliknya dengan mencontohi pemikiran dan perlakuan Anwar Ibrahim, Adam Adli, Mat Sabu, Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Aspan Alias dan Mariam Mokhtar.  Kenapa dwi-standard pula?

Friday, April 6, 2012

PTPTN: Sebarkan Perkara Ini Kepada Mahasiswa! Anwar Kantoi Lagi!



1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri. 

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. 

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

Baca seterusnya pendedahan Dr. Khir DISINI

Wednesday, April 4, 2012

EDISI DEDAH: Insiden Ditumbuk Adalah Drama Lakonan Rupanya! Cehhh..!

Semalam GT ada menulis berdasarkan sentimen kemarahan rakyat terhadap kebiadapan Adam Adli, mahasiswa sewel yang mengabaikan pelajaran untuk berpolitik. 

GT terima maklumat dari sahabat Unit Amal PAS, bahawa Adam Adli sebenarnya ditumbuk oleh puak PKR sendiri yang tidak berpuas hati dengan performance anak papa, si Nurul Izzah yang sibuk dengan "urusan luar", termasuklah bergelumang dengan Adam Adli sehingga mengenepikan kepentingan pengundi Parlimen Lembah Pantai. 

Puak PKR tempatan seringkali dianaktirikan, sungguh pun mereka merupakan barisan hadapan jentera yang memenangkan Nurul Izzah pada PRU 2008.  

Namun, GT lebih realistik kepada artikel ini.  Masihkah anda ingat tentang kejadian seorang brader yang bernama Ruslan Mokhtar?  Adam Adli hampir ditumbuk olehnya.

Dan atas insiden itulah, Adam Adli, atas nasihat "seseorang", merancang plot terbarunya seperti DISINI

Tuesday, April 3, 2012

MESTI TONTON: VIDEO Adam Adli Kena Balun! Tahniah Kepada Si Hati Berani, Ribuan Lagi Yang Menanti!



GT sudah menjangkakan perkara seumpama ini akan berlaku.  Ia bukanlah suatu yang baru dalam budaya Melayu, apabila api kebencian dan sentimen dimainkan.  Bukankah itu kemahuan PKR, DAP dan sekutunya?  

Melayu jiwanya halus, santun dan budi menjadi pegangan.  Namun, jangan dibangkitkan amarah Melayu, kerana bisa lenyap seluruh kota dengan amuknya.  

Perbuatan provokasi dan kurang ajar Adam Adli melampaui batas-batas orang Timur, persis seperti membenarkan LBGT dan biseksual bermaharajalela di bumi bertuah ini. 

Maka, gelombang kemarahan yang pernah menjadi api gelora suatu ketika dulu dibangkitkan kembali.  Kesabaran punya had, dan kesabaran tidak bertahan selamanya.  Jangan dipertikaikan amukan Melayu, kerana itu sudah menjadi darah dagingnya.  

Dan amuk itu tersimpul rapi, dengan santun, budi dan pekerti menjadi saksi. Setinggi mana pun kesalahan,  maaf Melayu mudah memberi.  Maaf lagi memaafkan.  

Namun jangan terlupa, kesempatan dan kesabaran yang diberi, rebutlah sebelum ia jauh pergi.  Tatkala ia sudah menjadi api, amat sukar mengawal diri.  

Hey Adam Adli, ada ribuan genggaman berbuku menanti.  Kurang ajarmu akan dihadapi, dengan ribuan lagi yang menanti, waktu untuk jadi sejati, sejatinya diri, diri yang sejati!  

Tahniah kepada si Hati Berani!

Saturday, January 14, 2012

Video Anwar Perlekeh Adam Adli, Pemimpin Mahasiswa CGPA 2.5




A very interesting explanation in a very relaxing mood.  Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya.  

Bukan Anwar Liwati, ini Anwar Hadi.

Wednesday, December 21, 2011

Antara Anwar Dan Saifuddin, Siapakah GodFather Mahasiswa Kurang Ajar?


Kerja Anwar hanya meracuni fikiran mahasiswa, sementara Saifuddin pula dilihat menyambut idea dan fikiran itu agar "dihalalkan".  Teori dominonya ada disitu.  Bersambut-sambutan, bersahut-sahutan.

Kebetulan, atau Perancangan?  

Siapa sebenarnya GodFather budak-budak CGPA 2.5 itu?  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...