Bersama Berjuang

Showing posts with label Isu Nasional. Show all posts
Showing posts with label Isu Nasional. Show all posts

Friday, August 7, 2015

SPRM: BILA EMOSI MENGUASAI, AKAL TIDAK BERGUNA LAGI


Di dalam istilah perundangan, maksud “innocent unless proven guilty”. Selagi tidak dibuktikan bersalah, maka seseorang itu adalah tidak bersalah.
Dalam konteks penahan anggota SPRM juga tidak terkecuali dari istilah berkenaan. Dan, selaku badan yang sangat tidak asing dengan prosedur penahanan dan pendakwaan, tindakbalas yang ditunjukkan adalah sangat tidak munasabah.
Mengapa perlu “sentap” jika memang anggota-anggota yang ditahan itu tidak bersalah? Acapkali kita mendengar ungkapan dari pihak berkuasa yang lain, seperti PDRM yang menyerahkan segalanya kepada siasatan jika anggotanya yang terbabit dengan dakwaan rasuah.
Baca seterusnya DISINI

Sunday, March 9, 2014

Blame-Gamers Wajib Baca Ini! #PrayForMH370


Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecilevidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku

Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Nor Azizuddin Abdul Manan
UUM Sintok.

Monday, January 27, 2014

Thursday, January 23, 2014

VIDEO: Anwar Guna Yakuza Untuk Halang Pelabur Jepun Ke Malaysia!!!



Something fishy is going on...

Anti Tudung - Pabila Ruang dan Peluang Diberi Kepada Puak Anti-Islam


Ramai yang hanya mampu menggelengkan kepala, apabila membaca laporan demi laporan yang disiarkan oleh media-media massa dan laman-laman sosial mengenai diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Hari demi hari, ada sahaja yang tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan segelintir masyarakat khususnya keturunan Cina yang melihat tudung sebagai punca masalah sehingga sanggup bertindak keterlaluan.

Sekiranya sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan seorang guru mualaf, Choi Yi Shan yang dipaksa membuka tudung yang dipakainya sekiranya ingin terus mengajar. Tidak cukup dengan itu beliau yang merupakan tenaga pengajar di SJKC Nan Ya, Johor itu turut diancam sekiranya beliau enggan mematuhi arahan tersebut.

Terbaru, masyarakat dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku terhadap penyanyi wanita, Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 yang dihina dan dihalang dari meneruskan persembahan oleh salah seorang pengarah berketurunan Cina di syarikat Castmet Sdn Bhd.

Hanya disebabkan beliau memakai hijab, pengarah yang dikenali sebagai Shannon Yong itu telah memarahi dan mengarahkannya untuk turun dari pentas sekiranya enggan membuka tudung ketika melakukan persembahan. Menurut Marina beliau merasa sungguh kecewa dan terhina dengan tindakan melampau itu.

“Sebelum turun, saya terpaksa mengemaskan buku-buku lirik di hadapan hampir seratus orang tetamu. Mungkin anda semua dapat bayangkan perasaan saya pada ketika itu.

“Saya merasa amat terhina. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, (tambahan) pula kita berada di Malaysia. Saya merasa amat malu di hadapan para tetamu yang hadir,” luahnya dengan perasaan sedih.

Menurut Marina, sebelum ini perkara itu langsung tidak dibangkitkan oleh wakil syarikat tersebut yang turut hadir ketika sesi rehearsal (latihan)  dijalankan.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil Castment turut hadir bersama, mereka langsung tidak membangkitkan sebarang isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya ketika majlis berlansung, Shannon membangkitkan isu tersebut dengan alasan ia tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat tersebut, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang akhirnya telah menyebabkannya dimarahi oleh Shannon.

Persoalannya mengapa baru sekarang, isu wanita bertudung ini dilihat sebagai masalah? Sedangkan selain merupakan tuntutan di dalam Islam, ia juga merupakan hak asasi manusia yang dijamin di dalam perlembagaan negara.

Mungkin ada yang merasakan, perkara ini adalah merupakan isu terpencil. Namun seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia bukanlah kali pertama. isu yang melibatkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Contohnya media arus perdana sebelum ini pernah melaporkan mengenai sesetengah syarikat di ibu negara yang enggan mengambil wanita bertudung bekerja. Malah dalam beberapa kes, selain membuka tudung mereka turut diarahkan untuk memakai skirt.

Tambah menghairankan ialah, NGO-NGO yang pro pembangkang hanya mampu menjadi syaitan bisu. Di manakah Suaram, yang kononnya selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. Di manakah Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah yang sebelum ini lantang memperjuangkan hak kebebasan beragama? Di manakah parti Pas, yang sebelum ini mengatakan ingin memperjuangkan Islam?

Langsung tidak kedengaran mereka mempertahankan isu ini atau setidak-tidaknya membuat kenyataan membantah bagi membela penindasan terhadap wanita yang memakai tudung. Sedangkan sekiranya ia melibatkan isu masyarakat bukan Islam, tidak cukup dengan bantahan, malah beberapa perhimpunan dan demonstrasi jalanan turut diadakan.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang memperjuangkan isu yang melibatkan Teoh Beng Hock. Kononnya atas nama perjuangan dan hak kebebasan asasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, waima hadir untuk tunduk bagi memberikan penghormatan terakhir.

Bukan sekadar itu sahaja, ada di kalangan mereka yang sanggup menjadikan tarikh kematian Beng Hock sebagai acara tahunan dengan hadir sambil membakar lilin dan sebagainya. Persoalannya ialah, apakah ia dilakukan semata-mata untuk menuntut pembelaan atau hanya sekadar lakonan untuk meraih simpati dan undi masyarakat bukan Islam?

Monday, January 20, 2014

Harga Kereta Turun 20% - 30% Menjelang 2018... Amiiiiinnnnn...


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018.  Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara, sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. 

Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.   Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN, memohon rebat cukai. 

Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.  Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

Seperti yang dijangka, langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang ‘perasan’ bahawa  kerajaan telah menciplak idea mereka. 

Namun, tidak seperti saranan pembangkang, langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional. 

Oleh yang demikian, kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak ‘mengganggu’ pasaran kereta nasional.    

Jelas, kerajaan cukup berhati-hati  dengan mengambil tindakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai. 

Apa yang pasti, tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang, tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat. 

Isu Kangkong: Siapa Yang Cuba Dilindungi???


Pasaran penawaran di negara ini diboloti oleh satu pihak sahaja. Apa-apa sahaja barangan yang dipasarkan, hanya golongan mereka sahaja yang boleh hidup, manakala seandainya ada campurtangan daripada pihak Kerajaan terutama sekali apabila memberi modal, mendidik dan menggalakkan Melayu-Bumiputera menceburi bidang tersebut, golongan yang sudah lama memonopoli pasaran kepenggunaan, akan segera bertindak, baik dengan cara kasar, mahupun dengan cara halus.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemberian Bantuan kepada Mangsa-Mangsa Banjir Peringkat Negeri Terengganu oleh UMNO Pusat, telah menyebut tentang KANGKONG yang mengalami penurunan harga tetapi tidak langsung disebut dan penurunan itu juga tidak mendapat perhatian daripada para penyokong Pakatan Rakyat.

Hari ini, dunia maya bersepah-sepah dengan bahan ejekan yang dibuat khusus dan secara kreatif oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk mengejek KANGKONG dan perbandingan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Bagi mereka yang pernah hidup pada zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi, kangkung meninggalkan nostalgia dan sentimen mendalam kepada mereka. Ini adalah kerana, ramai daripada mereka, terutama yang tinggal di perkampungan-perkampungan setinggan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, sanggup mengambil kangkong-kangkong longkang yang tumbuh meliar untuk dimasak dan menggantikan nasi yang berasnya tidak mampu dibeli.

Perkara pokok yang menjadi isu ialah KENAIKAN HARGA. Sudah berkali-kali diterangkan bahawa harga komoditi dan servis di Malaysia tidak tertakluk kepada kuasa kerajaan sebaliknya tertakluk kepada teori harga, penawaran dan permintaan. Malangnya, para pecacai Pakatan Rakyat yang sudah buta perut, gagal dalam subjek Ekonomi sewaktu di bangku persekolahan tetap cuba merealisasikan teori karut mereka iaitu KERAJAAN SEBENARNYA YANG MENAIKKAN HARGA, bukan kuasa pasaran.

Mereka juga gagal menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem perdagangan dunia yang membabitkan kesemua negara di planet ini. Mereka sentiasa melihat dan menganggap Malaysia sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai perdagangan luar, tidak mengeksport atau mengimport, tidak melakukan pertukaran barter atau tidak menjadi hub atau feedlot.

Dan lebih aneh lagi ialah apabila mereka berjaya pula meyakinkan ramai rakyat Malaysia bahawa semua barangan yang dikehendaki, tidak perlu diperolehi dari luar, sebaliknya tertanam di tanah Malaysia.

Tidak ada satu negara pun di dunia ini, sekarang ini mengalami penurunan harga, baik barangan, komoditi, makanan mahupun perkhidmatan. Walaupun beberapa negara seperti Greece dan Sepanyol memberikan subsidi yang besar kepada rakyat dalam usaha mempopularkan kerajaan yang memerintah, apa yang berlaku selepas itu ialah, kedua-dua negara tersebut berada di ambang kemusnahan dengan peluang pekerjaan hampir ke paras 0%. Kedua-dua negara itu kini hidup dalam keadaan muflis dan rakyatnya yang suatu ketika dahulu berbangga kerana negara mereka banyak memberikan subsidi, kini terumbang-ambing dan terpaksa mengharapkan belas ehsan daripada pihak luar.

Kangkung turun harga dan ianya memang berita benar. Siapa sebenarnya yang mengalami kerugian atau pengurangan keuntungan daripada penurunan harga kangkung? Apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula kadar harga kangkung yang sudah turun itu?

Kangkung tiba-tiba menjadi peluru terbaik oleh para pecacai Pakatan Rakyat untuk menghentam Najib Abdul Razak dan UMNO sekaligus menutup ruang-ruang kritikan, cemuhan atau kebencian terhadap perbuatan Pakatan Rakyat dalam menaikkan sentimen permusuhan di kalangan rakyat negara ini menerusi polemik KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, mahupun tindakan JAIS menyerbu premis The Bible Society of Malaysia yang sebenarnya sudah terkantoi besar bagi tujuan politik di Sarawak. Pakatan Rakyat dan jentera-jentera propaganda mereka gagal menjawab isu kereta mewah yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Justeru, apabila Najib Abdul Razak menyatakan tentang kangkung turun harga, inilah masanya untuk mereka mengalihkan perhatian. Isu kangkung telah digunakan dengan seluas-luasnya. Ramai yang terikut-ikut dengan permainan ini sehingga lupa apa sebenarnya yang sedang berlaku, terutama sekali kegiatan DAP di Selangor yang sedang giat merampas tanah-tanah yang telah dicabut status TOLnya dan menempatkan pelbagai premis entiti untuk masyarakat marhein.

Lebih menarik lagi ialah apabila para pecacai Pakatan Rakyat tidak langsung menghiraukan faktor penurunan dan kenaikan harga seperti yang dinyatakan oleh Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Kemaman, sebaliknya melawak-lawakkan Kangkung yang bagi mereka merupakan makanan hina yang tidak penting.

Ada dua perkara yang boleh dirumuskan dalam isu KANGKUNG ini iaitu; pertama, Pakatan Rakyat terlalu terdesak sehingga perlu memutarbelitkan isu sebenar dan dalam isu KANGKUNG, mereka telah berjaya melakukannya; kedua, para pecacai Pakatan Rakyat memang dari jenis yang telah ditololkan dan langsung tidak faham teori serta konsep ekonomi, termasuklah ekonomi Islam yang turut membenarkan pasaran menguasai permintaan dan harga.

Disebabkan itulah, mereka tidak malu-malu untuk menjadikan KANGKUNG sebagai isu untuk membalun UMNO dan Najib Abdul Razak sekaligus membantu para pemborong yang membekalkan kangkung ke pasaran untuk menaikkan harga komoditi tersebut.

Justeru, maafkanlah mereka kerana kejahilan mereka yang sangat diperlukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya yang berjenama LGBT seperti Anwar Ibrahim mahupun yang berfahaman Islam songsang seperti pak-pak lebai PAS.

Sumber: MyKMU

Friday, December 13, 2013

Jawapan Jurutera Kepada Para Pengkritik Kereta Nasional


APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. 

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut: 

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan. 

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham. 

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini? 

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah. 

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri. Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?” 

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur. 

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. 

Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka. 

Engr. Hj Norzafry B Norhalim Mantan Presiden Pembina. 

Sumber: Tengoktvonline.

GERAKAN TIMUR:
GT tetap berbangga dengan kereta nasional...

Masih teringat Leem Keet Siyal dan Kapal Sink gelakkan Tun M sewaktu idea pembinaan kereta nasional ini diutarakan. Kononnya Malaysia tak mampu membina kereta sendiri..

Friday, November 22, 2013

Malaysia Pesat Membangun Dgn Kadar Inflasi Rendah - Moody's Investor Service


Malaysia sebelum ini telah menerima amaran dari Fitch Ratings iaitu agensi penarafan kewangan yang membuat penilaian kurang memberangsangkan berkenaan kedudukan hutang negara.  Dari situ, kerajaan telah mengambil langkah-langkah drastik seperti mengurangkan subsidi bagi memulihkan kedudukan Malaysia di mata pelabur asing. 

Penilaian dari Fitch seharusnya dilihat hikmah di mana ia berjaya membantu kepimpinan mengambil langkah awal untuk memulihkan keadaan. 

Hari ini, ternyata kepimpinan telah berjaya melonjakkan penarafan kewangan Malaysia sepertimana yang direkodkan oleh Moody’s Investor Service, iaitu satu lagi agensi penarafan kewangan antarabangsa. Penilaian Moody dikategorikan kepada 9 tahap iaitu Aaa, Aa, A, Baa, Ba, B, Caa, Ca dan C dengan tahap ketepatan yang dinilai dari nombor 1, 2 atau 3.

Moody telah menilai Malaysia di tahap A3 dalam kedudukan bon asing sekali gus menukar penarafan dari stabil kepada positif.   Bon tukaran asing jangka panjang dan deposit pula masing-masing berada di tahap siling A1 dan A3.  Kadar risiko tukaran tempatan pula berada pada tahap siling A1.

Bersandarkan mandat yang diperolehi kerajaan BN melalui PRU yang lalu, Malaysia dijangka akan mengalami kesukaran untuk kekal kukuh dari segi kewangan.  Ini ditambah lagi dengan percubaan demi percubaan dari berbagai pihak untuk mencetuskan ketidakstabilan melalui demonstrasi dan provokasi kaum dan agama yang tidak kunjung henti. 

Bagaimanapun, terbukti Malaysia berjaya mengharungi semuanya dan kini kedudukan kewangan Malaysia kekal kukuh.  Apa yang berlaku membuktikan kebijaksanaan kerajaan dan juga kematangan rakyat negara ini. 

Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak sebelum ini dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada laporan positif Moody. 

Selain itu, agensi tersebut juga menerima baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dalam masa terdekat.  Secara dasarnya, Moody meletakkan keyakinan terhadap Malaysia untuk mengurangkan defisit yang mana akan turut menstabilkan jumlah hutang negara. 

Dari laporan Moody, adalah didapati bahawa Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kadar inflasi yang rendah berbanding semua negara lain yang mendapat taraf A. 

Pendapatan Kasar Dalam negara telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.1% iaitu yang tertinggi di antara semua negara bertaraf A.  Malaysia juga memperlihatkan peningkatan dalam pelaburan swasta dengan kadar purata 17% dari 2010-2012 iaitu lebih tinggi dari tempoh 5 tahun sebelumnya.   Di masa yang sama, Malaysia juga memperlihatkan pembayaran yang sihat. 

Moody turut menyatakan bahawa rekod cemerlang Malaysia ini antara lainnya berpunca dari  kecekapan Bank Negara. 

Secara dasarnya, kedudukan kewangan di Asia Pasifik dijangka stabil sehingga 12 bulan akan datang. Namun, Malaysia tidak harus leka kerana laporan Moody mengenai perkembangan yang dijangka akan semakin perlahan di China mungkin akan menjejaskan kita. 

Setakat ini, Australia dan Indonesia telah mengalami sedikit kesan dari keadaan ekonomi China ini apabila China mengurangkan import bahan semulajadi. 

Bagaimanapun, kita pasti kerajaan sedia maklum akan perkara ini dan akan mengambil langkah awal bagi mengelak sebarang kesan ke atas Malaysia. 

Tuesday, November 19, 2013

Kenapa Strategi Anwar Ibrahim Tiba-Tiba Bangkitkan Isu Pengintipan Amerika? Ada Sebab Tu Derrr...!!!


Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango), Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.

Bertempat di Parlimen semalam, dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan. Konon atas dasar prihatin, dia mengatakan kerajaan Malaysia seharusnya bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Namun, persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar prihatin terhadap isu dan masalah negara, mengapakah dia langsung tidak menyentuh berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Comango? Bukankah isu tersebut juga tidak kurang pentingnya, tambahan pula ia menyentuh sensitiviti agama Islam? Atau mungkinkah Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan oleh Comango itu?

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini selain mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Selain daripada itu, Comango juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.

Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah Comango. Ia disifatkan sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat turut memainkan peranan yang proaktif bagi mendesak tindakan terhadap Comango.

Malah media arus perdana semalam melaporkan, MuslimUPRo akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.

Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.

MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah sebelum mengatakan tuntutan Comango itu tidak membahayakan negara. 

Kesimpulannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar seharusnya berani untuk tampil bagi menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan yang dikemukakan itu. Apa guna berlagak alim, sekiranya takut untuk menyatakan pendirian pakatan pembangkang dalam isu Comango.

Monday, November 18, 2013

VIDEO: Rafizi Ramli Meroyan Di Parlimen Gara-Gara Tak Jaga Mulut Sendiri.. KahKahKahKahKah!!!



Bila orang mencelah... kau nak mencelah.... last-last meroyan bila orang balas balik..

Hambik kaaauuuuu...!!! KahKahKahKah...

Fakta Perobohan Kuil Diputarbelit, Akibatnya Kerajaan Dituduh Rasis!


Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kritikal yang dihadapi oleh PKR, Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu perkauman.

Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar ala 'apartheid' seperti mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada suatu masa dahulu.

Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.

Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja di dalam Dewan Rakyat di bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKL selama ini bukannya kuil.

Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat simpanan arak.

Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.

Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.

Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut.

Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India dan kemudiannya dieksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan untuk menyerang dan memfitnah kerajaan.

Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi menunjukkan sikap terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan terus 'pijak kepala' untuk mendapat sokongan.

Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat akan terhakis.

Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat kestabilan negara.

Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara akan hancur atas perbuatan mereka itu.

Perkara ini harus ditangani segera dan secara serius sebelum nasi menjadi bubur.

Tuesday, November 12, 2013

Kenapa DAP Perlu Pastikan Generasi Akan Datang Bodoh Tentang Sejarah???


Pengumuman Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM menerima cemuhan dan bangkangan hebat dari DAP.  Menurut Idris, kerajaan bukan berniat untuk menggagalkan para pelajar SPM tetapi hanya ingin memastikan mereka mempunyai pengetahuan mengenai sejarah asas negara ini.  Jika subjek itu tidak dijadikan wajib lulus, maka ramai yang akan hanya mempelajarinya secara sambil lewa atau mengenepikannya langsung.

Blog Lim Kit Siang memaparkan tulisan Koon Yew Yin yang membincangkan perkara ini dari sudut pandangan DAP.   Yew Yin menyifatkan keputusan ini merupakan satu tindakan paling teruk bagi pendidikan di Malaysia.  Hujahnya, sistem pembelajaran di negara ini sudah cukup teruk di mana tahap kecekapan pelajar bagi matapelajaran penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Inggeris begitu lemah, maka menjadikan Sejarah yang ‘tidak penting’ sebagai subjek penting hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk.

Menurutnya, Malaysia perlu terlebih dahulu memberikan perhatian kepada kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan para pelajar jika benar ingin menjadi negara maju.  Dan matapelajaran sejarah tidak akan membantu.

Sebagai seorang yang rasional, penulis bersetuju dengan Yew Yin dari satu segi.  Namun begitu, penulis juga bersetuju dengan Datuk Seri Idris Jusoh.

Yew Yin berhujah atas fakta yang benar mengenai kelemahan pelajar kita dalam sains, matematik, Bahasa Malaysia dan Inggeris, serta ketiadaan skil penting untuk menjadi negara maju, tetapi di masa yang sama beliau telah menidakkan punca masalah itu berlaku.

Jika kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan pelajar yang menjadi kekhuatiran Yew Yin, maka ketahuilah bahawa matapelajaran Sejarah mampu mengatasinya.  Apa yang penting ialah kita harus mempunyai guru yang bijak yang dapat mengajak murid-muridnya menganalisa serta belajar dari sejarah itu.  Dari subjek Sejarah, anak-anak murid dapat berhujah memberi pendapat serta berbincang mengenai sesuatu peristiwa, di samping meningkatkan pengetahuan am.  Ini akan menjadikan mereka lebih matang kerana dapat membuka minda terhadap  kejadian sebenar yang telah berlaku dan mampu berulang di masa hadapan. 

Dengan menuduh bahawa sejarah negara telah dimanipulasi, menunjukkan bahawa Yew Yin telah tidak berhujah secara rasional, tetapi emosional.  Yew Yin menuntut agar sejarah tidak dipengaruhi sentimen politik, tetapi Yew Yin sebenarnya berhujah atas sentimen politik yang tegar.   Oleh itu, penulis menganggap Yew Yin sebagai seorang hipokrit, sama seperti para pemimpin DAP juga.

Yew Yin, seperti juga Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota DAP berada dalam keadaan ‘denial’ atau penafian iaitu tidak dapat menerima sejarah.  Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambarnya diheret oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang 13 Mei. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar ahli-ahli partinya di atas lori membawa penyapu sebagai simbol untuk menghalau Melayu dari Kuala Lumpur.  Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar-gambar 13 Mei di mana lambang DAP dapat dilihat di mana-mana kerana menjadi pencetus kepada rusuhan.

Lim Kit Siang tidak mahu mengaku yang beliau dan partinya adalah dalang rusuhan kaum dan bertanggungjawab mencetuskan kebencian.

Selain 13 Mei, masalah DAP mengenai sejarah juga, ialah komunis.  DAP dibentuk dari semangat komunis yang kuat dan semangat itu masih lagi membara sehingga ke hari ini.  Buktinya ialah usaha berterusan DAP untuk menjulang komunis sebagai wira menentang penjajahan.   Walhal, komunis menentang penjajah atas alasan untuk menjajah juga.  Komunis tidak mahukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dengan undang-undang yang ditiru dari British.  Komunis ingin membentuk negara komunis dengan seorang ‘tokong Cina’ sebagai pemimpin.

Atas hakikat inilah, DAP terlalu takut dengan sejarah dan tidak mahu anak-anak mereka mempelajari sejarah.  Mereka menanamkan dalam minda anak-anak mereka bahawa sejarah tersebut adalah palsu walaupun terdapat gambar-gambar dan juga laporan-laporan dari berbagai pihak termasuk mereka yang terlibat secara langsung yang masih hidup.

Keengganan mempelajari sejarah menjadikan satu-satu bangsa itu jahil, tidak prihatin dan tidak matang.  Ini terbukti melalui sikap anak-anak Cina hari ini yang cukup ‘terasing’ dari sistem sosial negara.  Mereka tidak punya jati diri, tidak punya rasa cintakan negara dan tidak memahami atau menghayati kewujudan negara ini.

Selain itu, mereka juga tidak mampu memahami budaya dan sensitiviti kaum lain.  Pendek kata, mereka tidak punya emosional kualiti yang mana menjadikan mereka warga yang biadap dan manusia yang tidak prihatin.  

Dalam kata lain, mereka menjadi manusia yang dingin, kaku tanpa perasaan sayang dan hormat.  Sebaliknya, hati mereka penuh dengan kebencian, dendam dan ketamakan.

Lebih teruk lagi apabila sekolah-sekolah Cina pula menanamkan kepercayaan bahawa sejarah negara telah ditukar oleh kerajaan. DAP pula menggunakan kempen Sejarah Sebenar sebagai ‘senjata’ untuk terus menghasut anak-anak Cina agar tidak mempercayai dan mempelajari sejarah.  Ini menjadikan masyarakat Cina sangsi, prejudis serta benci pada kerajaan.  Perasaan ini kemudiannya membawa kepada kecelaruan identiti kerana tidak dapat mengaitkan diri mereka kepada negara mereka sendiri.

Sebenarnya, tiada siapa yang untung dengan tindakan ‘memusuhi’ sejarah.

Negara akan sentiasa berada dalam keadaan bergolak jika masyarakat Cina terus mengambil sikap memusuhi sejarah.  Dan seperti juga peristiwa 13 Mei, tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap pergolakan ini melainkan DAP sendiri.

Kerajaan tidak akan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus jika tiada ancaman untuk menukar dan menghasut rakyat.  Oleh kerana ancaman itu berterusan, maka pendekatan paksaan ini telah terpaksa dilakukan.  Sejarah yang dilupakan pasti berulang, mungkinkah itu yang Yew Yin inginkan?

Tuesday, October 22, 2013

Goods & Services Tax (GST) : Artikel Untuk Pemahaman Anda


Nampaknya sudah tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak dihebahkan.

Di sini, saya ingin bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca perspektif tepat mengenainya.

Perkara pertama perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai.

Selain itu, langkah lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus.

GST adalah sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020.

Buat masa ini, asas rangkuman cukai kita terbatas iaitu terlalu bergantung kepada cukai pendapatan, baik cukai korporat mahupun cukai individu.

Jumlah penduduk Malaysia mencecah 29 juta tetapi bilangan yang membayar cukai pendapatan kurang daripada dua juta orang.

Takkan individu dan badan korporat yang sama diminta membayar cukai berkali-kali, malah didesak lagi membayar cukai lebih?

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.

Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.

Pelbagai sebab yang mendorong kita memperbesar asas cukai, antara lain adalah hasil pendapatan yang tidak dilaporkan.

Sistem cukai nilai tambah seperti GST adalah cukai penggunaan yang mana bayaran cukai akan dikenakan pada setiap tahap berlakunya penambahan nilai dalam proses itu. Ini bermaksud GST hanya akan dibayar oleh golongan yang mampu berbelanja.

Jika anda mempunyai pendapatan tetapi tidak membayar cukai atas sebab tertentu, anda masih mahu membeli dan menggunakan barangan. Bila anda berbelanja, cukai yang dibayar sebagai GST dapat disalurkan kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan.

Jika anda bimbang GST akan menyukarkan hidup anda, perlu diingat apabila GST dilaksanakan, kadar cukai sifar boleh dikenakan atas barang keperluan asas sebanyak mana yang mungkin.

Matlamat ini yang sedang diusahakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat cukai ke atas barang keperluan asas.

Apabila GST dilaksanakan nanti, cukai jualan serta perkhidmatan yang kini pada kadar 6.0 hingga 10 peratus akan dihapuskan.

Pada tahun awal pelaksanaan GST, pendapatan kerajaan belum boleh memperlihatkan keuntungan kerana hasil yang diperoleh akan mengimbangi kehilangan akibat penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Akan tetapi, sesudah beberapa lama, GST akan menyumbang kepada sumber pendapatan kerajaan.

Langkah yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan hasil pencarian rakyat akan menjadikan rakyat semakin mewah. Apabila pendapatan rakyat semakin meningkat dan jumlah penggunaan juga meningkat, punca pendapatan daripada GST juga akan bertambah untuk kerajaan.

Apa pula manfaat GST untuk rakyat? Pertama, pengguna tidak akan membayar cukai lebih di atas pembekalan barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan kerana cukai akan ditetapkan berkadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut.

Kedua, penambahan hasil bagi kerajaan membolehkan program kebajikan masyarakat seperti BR1M, iaitu program pemberian tunai untuk golongan rakyat berpendapatan rendah diteruskan.

Besar kemungkinan pelaksanaan GST hanya akan dimulakan pada pertengahan 2015 dan itu pun jika GST diumumkan pada bajet akan datang. Hal ini kerana jangka masa antara 12 hingga 18 bulan diperlukan untuk memperkemas pelaksanaan cukai nilai tambah ini.

Bayangkan sejenak jika anda seorang pengilang barangan pengguna, contohnya minuman dalam botol.

Anda perlu membeli barangan mentah seperti gula, perisa minuman, botol dan lain-lain daripada pembekal. Pembekal ini akan memasukkan cukai GST dalam harga jualan mereka kepada anda.

Bila anda menjual minuman anda pula, anda juga harus meletakkan harga minuman yang ditambah dengan cukai GST. Namun, anda berhak membuat tuntutan rebet daripada nilai harga yang tidak anda masukkan, yakni cukai yang dikenakan oleh pembekal ke atas anda. Untuk itu, anda perlu menyimpan semua rekod anda dengan betul dan kemas.

Kerajaan akan membantu peniaga, khususnya peniaga kecil untuk membuat sistem penyimpanan rekod agar mudah peniaga melaksanakan sistem cukai nilai tambah ini tanpa masalah.

Banyak manfaat lain diperoleh daripada sistem penyimpanan rekod ini. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa nilai modal yang begitu tinggi mengalir keluar dari Malaysia tetapi nilai itu tidak sama dengan nilai yang tercatat dalam akaun negara.

Kira-kira 80 peratus daripada nilai itu adalah harga pindah, iaitu syarikat terbabit memindahkan kos mereka ke serata dunia hanya semata-mata untuk mengurangkan bayaran cukai.

Sesudah pelaksanaan GST, perbuatan seperti ini lebih sukar dilakukan kerana semua rekod akan disimpan pada setiap peringkat dalam proses penambahan nilai.

Rekod dalam rantai perniagaan akan mencatatkan nama pembekal dan harga bekalan, sama juga bagi anda yang menjual, semuanya akan disimpan. Rekod seperti ini akan menunjukkan dengan mudah sebarang pemesongan yang berlaku.

Bukan setakat pemesongan nilai modal, malah perbuatan lain juga boleh dikesan menerusi rekod ini. Hal ini memudahkan kastam mengesan mereka yang mengelak duti dan membolehkan Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat pihak yang melarikan diri daripada membayar cukai.

Pelaksanaan GST akan memastikan pengemaskinian rekod yang lebih sempurna dan memungkinkan kutipan cukai dan duti yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Cukai bernilai tambah ini sudah pun dilaksanakan di kebanyakan negara dunia serta ASEAN. Malah, negara pengeluar minyak juga sudah melakukannya.

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah cukai GST ini luas asasnya dan dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan.

Golongan kaya selalunya berbelanja lebih, jadi mereka yang mesti membayar GST, bukannya golongan berpendapatan rendah.

Bila dilihat daripada aspek mana pun, GST sememangnya langkah progresif bertujuan untuk menyusun semula sistem cukai negara kita. GST adalah suatu langkah imperatif, kemestian memang bukan satu-satunya sebagai sumber hasil yang mapan bagi sebuah kerajaan ekonomi yang maju dan membangun untuk melabur balik kepada sektor yang memerlukan. - AA


* Penulis ialah Ketua Eksekutif di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Monday, October 7, 2013

Rukun Negara Dijadikan Panduan Untuk Serang Negara... Siapa Punya Angkara???


Secara ilmiahnya, senario ini sedang menghakis salah satu prinsip negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Tidak ada lagi nilai-nilai murni orang timur.

Itu adalah permulaan, di mana selepas itu, kita dapat lihat apabila pihak berkuasa sering dicabar oleh mereka. Demonstrasi jalanan bermaharajalela. Undang-undang diketepikan, tanpa punya rasa tanggungjawab terhadap majoriti yang menghormatinya.

Bukankah tingkat prinsip Rukun Negara yang seterusnya adalah kedaulatan undang-undang?

Baca seterusnya DISINI

Thursday, September 19, 2013

PANASSS.. Hanya Untuk Dibaca Oleh Macai Fuckatan Harami SAHAJA!!! Pro UMNO/BN Dilarang Membacanya!!!


Siang tadi blogger-blogger MACAI pembangkang bagai mendapat durian runtuh bila terjumpa gambar Tun Razak menjadi askar Jepun.


Bila jumpa gambar tu, masing-masing upload dalam blog dan menfitnah Perdana Menteri ke-2 sebagai tali barut Jepun.

MyMassa tunggu punya tunggu, ingatkan ada lagi gambar atau fakta-fakta lain yang hendak dihujahkan. Rupa-rupanya MACAI tetap MACAI. Mereka hanya pandai SPIN fakta mengikut telunjuk bos mereka.

Kalau MACAI bagi satu gambar, macam mana pulak kalau MYMASSA balas dengan dua gambar ni!


Sumber : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Tu dia! Salah satu sebab kenapa tentera Jepun kalah kerana kejayaan FORCE 136/Wataniah melancarkan perang gerila terhadap Jepun. Antara pasukan FORCE 136 / Wataniah yang berjaya adalah kumpulan pimpinan Tun Razak di Pahang. Tak percaya? Cuba baca pendedahan blog malaysiaflyingherald

"The fact is that some of Malay radicals known as Kesatuan Melayu Muda – KMM (Young Malay Union) that have been recruited and fooled by Japanese espionage network prior to the hostilities which has helped the Japanese. Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan?"

Baca seterusnya di sini : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Bukan macam blog MACAI yang baru jumpa gambar tu tadi, blog malaysiaflyingherald telah dedahkan keperwiraan Tun Razak sejak bulan Julai lagi. Jadi kalau ada MACAI cakap MyMassa cuba cipta fakta untuk backing bapa kepada DS Najib memang silap la. Fakta tu dah ada lebih awal. Cuma MACAI je buta mata hati dan cuba mencipta fitnah kepada NEGARAWAN.

Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah dengan adanya pasukan Wataniahlah, Bintang Tiga atau MPAJA gagal merampas Tanah Melayu selepas Jepun. Tak percaya lagi? Inilah buktinya.



Sumber : WATANIAH DAN TUN RAZAK

Sebab itulah penyokong KOMUNIS / Bintang Tiga seperti blogger MACAI marah dengan pahlawan Melayu seperti Allahyarham Tun Razak.

MyMassa harap fakta mengenai kewujudan FORCE 136 dan WATANIAH dapat disebarkan supaya rakyat tahu sejarah sebenar mengenai Tun Razak.

*Sebar-sebarkan.

Sunday, September 15, 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera... Najib Razak Belajar Dari Morsi Mesir???


Bersabarlah… ambil ikhtibar dari kejatuhan Morsi di Mesir gara-gara tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau pro Islam, dengan membuka pintu Rafah dengan segera setelah diangkat sebagai Perdana Menteri. 

Akhirnya, pihak zionis Israel dan Amerika sakit mata dan hati, lantas terjadilah apa yang kita semua lihat pada hari ini. Itu belum dikira kegagalannya menyelesaikan masalah utama; bekalan makanan kepada rakyat Mesir, yg mengakibatkan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan berpihak kepada tentera.

Baca seterusnya DISINI

Thursday, September 12, 2013

Siapa Menteri Yang Menangis Tersedu-sedu Gara-Gara Pemansuhan I.S.A dan E.O ?


Penulis memikirkan, apakah yang berlaku terhadap tangkapan dalam skala besar-besaran dalam Ops Cantas. Sekiranya mereka berstatus suspek, tanpa ada bukti kukuh, apakah penjenayah ini bakal terlepas dari hukuman? Walhal, secara risikannya, pihak Polis mempunyai informasi-informasi terhadap kegiatan jenayah mereka. Apakah harus “caught in the act”, barulah dakwaan boleh dikenakan? Apakah perlu orang awam menjadi mangsa dahulu baru boleh bertindak?

Lucunya, pihak polis telah mengeluarkan senarai kumpulan gengster. Ini bermaksud, mereka wujud, dan tindakan perlu diambil. Cukupkah bukti untuk menahan mereka hanya berbekalkan tattoo dan simbol-simbol kumpulan ini?

Baca seterusnya DISINI

KENALI CINABENG HAMLAU: Sudahlah Gagal Menarik PelabUr Asing, Malah Malaysia Pula Diburuk-burukkan!!!


Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri.  Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia.  Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini. 

Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan. 

Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang. 

Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.  Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap.  Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh. 

Akibatnya, Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari.  Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama. 

Tetapi, Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.  Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional. 

Nampaknya, Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab.  Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain. 

Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus.  Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah. 

Tetapi realitinya, 62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa, pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)

Manakala, Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta.  Jadi, di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion? 

Namun, kita faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik.  Kita sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun.  Kerana itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula.  Atas dasar ini, mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.

Bagaimanapun, kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum.  Lebih pelik lagi, dalam keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata. 

Hakikatnya, pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta.

Pengambilalihan inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng.  Nampaknya, Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya. 

Apapun, kita tidak pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur.  Kini, kerana Guan Eng, Malaysia dan Pulau Pinang juga, mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa masuk pelabur asing. 


Kerana Guan Eng juga, DAP berada dalam kekalutan.  Justeru, kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini sebagai Ketua.   Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.   

Rasanya, sudah sampai masanya DAP berubah.  Oleh itu, sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP, pemilihan semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan.  Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain. 

NAAAHHH... Blueprint Ekonomi Melayu Bumiputera. Tak Reti2 Untuk Hadir???


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.

Menurutnya, antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.

Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.

"Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia," katanya.

Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.

KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...