Monday, December 19, 2011

Rancangan Bersamamu Ramli..

Sebuah van rancangan Bersamamu Ramli di  TV 10 melewati sebuah kampung yang mana terdapat orang yang miskin dan susah. Van itu tidak berhenti di situ namun terus menuju ke hujung kampung yang mana terdapat sebuah rumah banglo yang besar dan cantik kepunyaan seorang hartawan.

Setibanya di hadapan rumah banglo tersebut, Ramli memberi salam..

Ramli: Assalamu'alaikum..
Tuan rumah: Wa'alaikumussalam wbt... 
Ramli: Apa khabar, tuan.. Kami dari rancangan Bersamamu Ramli di  TV 10.
Tuan rumah: Oh.. Saya tidak memerlukan bantuan.. Rumah saya sudah cukup besar.. Kereta saya sudah cukup banyak.. Andaikata kamu mencuri salah sebuah kereta saya, mungkin saya tidak akan perasan akan kehilangannya..
Ramli: Tapi, kami mendapat laporan bahawa tuan memerlukan bantuan..
Tuan rumah: Nun, di tengah-tengah kampung, ramai penduduk yang miskin dan susah yang memerlukan bantuan dari kamu..
Ramli: Oh, macam ni tuan.. Mereka miskin dan susah di dunia, tetapi mereka datang kepada amal agama... Tuan kaya dan senang di dunia, tetapi tidak datang kepada amal agama.. Kemiskinan dan kesusahan mereka di dunia adalah sementara. Manakala, tuan berkemungkinan besar akan menghadapi kemiskinan dan kesusahan yang berpanjangan di akhirat.. Maka, tuan lebih layak mendapat bantuan..
Tuan rumah: Jadi, apakah jenis bantuan yang akan diberikan..
Ramli: Bersama kami, beberapa orang ustaz yang didatangkan khas dari jauh untuk memberi sedikit nasihat agar tuan akan terus kaya dan senang bukan sahaja di dunia bahkan pada kehidupan akhirat..
Tuan rumah: Saya ingat saya yang kena kesian kat orang lain.. Rupanya, orang lain yang kesian kat saya..

p/s: ada sapa-sapa mau jadi penaja rancangan ni?? (",)
________________________________

Sesuatu yang saya dengar dari majlis ilmu:

Seorang yang susah di dunia, dimasukkan seketika ke dalam syurga, kemudian ditanya oleh Allah swt, "Bagaimana kesusahan kamu di dunia dahulu??" Maka dia menjawab, "Saya tidak pernah berasa susah di dunia bahkan saya sudah lupa apakah itu kesusahan.."

Seorang yang senang di dunia, dimasukkan seketika ke dalam neraka, kemudian ditanya oleh Allah swt, "Bagaimana kesenangan kamu di dunia dahulu??" Maka dia menjawab, "Saya tidak pernah berasa senang di dunia bahkan saya sudah lupa apakah itu kesenangan.."

30 comments:

Cikgu Ma said...

ramli, datang umah saya...saya perlukan bantuan Rush Hitam satu.. =)

Lien said...

Ada keje kosong kat Tv10 tak? Nak mohon. Apa kelayakannya?

Mindaberbisa said...

Situasi, apabila kita berdepan dengan situasi yang lebih baik, situasi yang lepas terus tenggelam. Apabila kita berdepan dengan situasi yang buruk, situasi itu memakan diri kita bulat-bulat tanpa disedari dulu pernah merasainya. :)

Norsha said...

bagus program ni Ramli....ajak org jadi kaya di dunia dan di akhirat, dari penaja sampai ke pengacara semua dapat pahala, InsyaAllah.....

Afida Anuar said...

Fuhyooo...dah ada rancangan tv tersendiri... akak nak join bule?;)

s a r said...

assalamualaikum encik.

alhamdulillah. bagus gak rancangan ni.. msti ramai yang jeles kalau progrm bersamamu ni tak datang rumah dorang.

p/s- maaf encik. nak tanya. ayat yang pertama tu kan. 'seketika ke dalam syurga'. maksud?

Egg Head said...

sejak bila pula ramli buat part time pangacara tv10 nie...bukan ramli nie ustaz ke???

Nazihah@Jiha said...

teringin plak nak tgok rancangan bersama mu Ramli TV10 ni..tp, sini takda Tv ~sedih~ heh~

nam said...

assalamualaikum wbt..

nak jadi team.. boleh ker?

program ni seperti program gash jugak.. dari pintu ke pintu, dari mata ke mata, dari hati ke hati..

syabas tuan ramli.. (",)

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Wahh...best....ada rancangan baru...

Ieda leh jadi pengacara rancangan ni....hihihi...^_*

Noorieda said...
This comment has been removed by the author.
Kamarol Azli Bahari said...

rancangan ini mmg bagus..tp tidak akan pernah berakhir episod rancangan ni...

faraherda.razalan said...

Sy tak penah rs sng dgn amalan sy. Ckpkah? Diterimakah?

Hanya Allah yg tahu..

=|

tehr said...

rancangan ni boleh berikan apa sahaja ni
kalau yang dah lama menduda, boleh tolong carikan isteri tak?

ukhti,mardhiah said...

:)abi husnanya, mard nk jd pengacara utk program ni boleh?
boleh?
boleh?
ohh..oo..best!

Bang Hassan said...

Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

نور توفيقة ادريس said...

Touched to read this comment:

"rancangan ini mmg bagus..tp tidak akan pernah berakhir episod rancangan ni..."

Allahuma'ana.. Insya Allah..

APAN said...

aku x mampu nak menaja...setakat nak bagi sokongan tu boleh lagi la kot...
huhu...

Unknown said...

SALAM,
OH BAGUS N3 INI .... ADA PENGAJARAN.

aliza said...

ya allah bongkaknya tuan rumah,.. tapi dia sedar bhw bantuan perlu diberikan pada yg hak tapi tanpa disedarinya dia juga memrlukan 'bantuan' untuk menemui yg Hak...

mhafiz_ydin said...

gua selalu gak ikut rancangan ni p rumah2. x lama, seminggu 2 kali ja. jom r ramai2..

Kakzakie Purvit said...

Kakak nak turut serta dengan group Ramli kat tv10 tu boleh tak?

~Sal Ismail~ said...

harus dpt rating tinggi ah rancangan ni~ ;)

yg kaya,terlalu alpa..hingga lupa segala~
yg miskin,walo biasa, bersyukur seadanya~

fuad ansari said...

cikgu ma:
oh, kereta rush kami warna pink je yg ada.. (",)

lien:
ada ada... kelayakannya, islam, yg mahu islah diri,yg mahu jadikan dakwah maksud hidup n tahan maki.. (",).. ok?

kak syikin:
nampaknya bukan melayu je mudah lupa... bakan, seluruh ummat mudah lupa.. (",)

cikgu norsha:
masing2 akan beroleh saham yg mana saham tu tak turun2.. naik memanjang.. (",)

kak afida:
boleh... kalau gi rumah orang perempuan bujang2, akak ajelah yg jadi pengacara...(",)

sha ar:
wsalam wbt...
tak larat ramli nak datang sume rumah.. (",)

seketika di dalam syurga?? maksudnya dimasukkan sebentar sahaja ke dalam syurga buat menikmati keindahan syurga.. itupun sudah melupakan kesusahannya di dunia.. menjawab soalan tak? (",)

tuan jabbar:
jangankan ustaz, kalau jadi mufti sekalipun, mahu tak mahu kena turun padang jumpa manusia yg semakin hari semakin kelihatan jauh dari agama.. (",)

nazihah:
nanti kalau kami datang kawasan jiha, leh tgk secara live ye.. (",)

kak salwa:
wsalam wbt..
boleh.. kami mmg memerlukan team jadi banyak.. klau boleh setiap DUN ada sekurang2nya satu team.. byk oo rumah nak kena pergi.. (",)

ieda:
wsalam wbt..
ieda mmg berbakat..
elok la tu..
ramli pun tak larat nak jadi pengacara sorang2.. (",)

kamarol:
barang mungkin, kiamat sahaja yg bakal mengakhirkan rancangan ni.. (",)

Fara:
seharusnya, amalan baik menimbulnya rasa senang di dalam hati manakala amalan yg tidak baik, menimbulkan kegusaran di dalam hati..

tapi mungkin fara kategori yg masih tidak senang dek kerana tak tahu amalan sudah mencukupi atau tidak..

jangan pernah rasa cukup bahkan
terus menerus buat usaha atas amalan baik kita, dan lihatlah hasilnya pada kehidupan akhirat nanti..

mudah2an diterima.. insyaAllah.

fuad ansari said...

mr tehr:
tuan serang duda ke??

nak carik isteri tak susah tuan... nak kami tolong jugak ke.. (",)

mard:
mestilah boleh... mana nak larat ramli jadi pengacara sorang2.. lagi2 kalau ada orang bisu, mard leh jadi penterjemah.. (",)

tuan hassan:
wsalam wbt... (",)
hakikatnya, segala yg baik datang dari Allah swt.. (",)

pqa:
bermaksud, terlalu ramai orang utk ramli jumpa... hurm.. berat tugas ramli, berat..

apan:
sokongan pun sudah memadai.. tak pun, tuan jadilah pengacara, penat ramli nak jadi pengacara sorang2.. (",)

uncle LF:
wsalam wbt.. uncle LF doa2kan lah ye agar rancangan ni berjaya..

kak aimaniman:
tapi dia sedar bhw bantuan perlu diberikan pada yg hak tapi tanpa disedarinya dia juga memrlukan 'bantuan' untuk menemui yg Hak... <--suka ayat ni.. (",)

hafiz:
jom kita.. (",)

kak zakie:
mestilah boleh.. sume pun boeh..lagi2 insan yg punya ramai kawan macam kak zakie.. lagilah membantu.. (",)

saL ljou:
mudah2an.. (",)

bukan mudah bila jadi orang kaya kan... mudah jadi leka.. (",)

Mindaberbisa said...

Manusia mudah lalai, panduan syarak mencegahnya.

Mindaberbisa said...

Mana entry "BaPaK KeNCiNG BeRDiRI, aNaK KeNCiNG BeRLaRi.." ?

Link tidak sampai.

Bijen M. said...

Orang miskin dapat masuk syurga 500 tahun lebih awal.
Ramli, tolong datang sambut takaza kat Kerteh hai ni.
Heheh!

fuad ansari said...

tuan saiful:
kalau rancangan bersamamu afida anuar, boleh la sambil2 cari jodoh... untunglah.. (",)

p/s: mintak2la kak afida tak baca..

kak syikin:
tidak dapat dinafikan bahawa dunia mmg melalaikan..

disebabkan akak dah bertanya, entri tu dah diadakan balik.. (",)

tuan bijen:
uish, berat tugas Ramli lepas ni.. ada takaza dari jauh.. (",)

s a r said...

terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...