Gambar ehsan dari Google.. Tak mampu pulak nak tukar duit raya sebanyak ni.. (",) |
Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa, "Alaaa abang ni, kedekut la.."
"Abang bukan kedekut dik.. Kalau boleh biar ramai sikit yang merasa duit raya dari abang.. Kalau setakat nak bagi adik sorang, RM100 pun abang boleh bagi.. Orang kata, bagi biar ikhlas dan ikut kemampuan.. Adik pun jangan dok datang rumah orang semata-mata nak kutip duit raya ye.." (",)
Cuba kita fikir-fikirkan situasi berikut:
Kategori C:
Di waktu pagi
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru.. Boleh pakai masa raya nanti.. Mesti orang lain jeles la..
Di waktu petang
Ali: Nampak muram je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru..
Ali: Tukar kereta baru nampak gembira, tukar duit raya baru nampak muram pulak, kenapa??
Ahmad: Kereta baru aku boleh pakai.. Duit raya baru aku kena kasi kat orang.. Macam mana aku tak muram..
__________________________________________________
Kategori B:
Di waktu pagi
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru.. Boleh pakai masa raya nanti.. Mesti orang lain jeles la..
Di waktu petang
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru.. Macam mana tak gembira.. Dapat jugak aku sedekah kat budak-budak masa raya nanti..
__________________________________________________
Kategori A:
Di waktu pagi
Di waktu pagi
Ali: Nampak muram je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru..
Ali: Kenapa muram pulak??
Ahmad: Risau pulak aku kalau2 timbul rasa riak bila guna kereta baru..
Di waktu petang
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru.. Macam mana tak gembira.. Dapat jugak aku sedekah kat budak-budak masa raya nanti..
34 comments:
Wow! Cool!
C - bt sy berkerut muka
B - pun berkerut muka.
A - tiba-tiba jadi ceria.
Duit raya tu sbnrnya dgn niat ikhlas memberi hadiah yg tak seberapa. Ertikata lain, sedekah.
Semoga murah rezeki kamu dan kita semua.
Amin!
Assalamualaikum :)
nikmat lebih enak dirasai bila dikongsi bersama..ayat cm dlm iklan eskrem Walls la plak,,hehe..
tapi sungguh kan,,x best laa makan sorang,gembira sorg2..org lain pon nk merasa..
p/s : selamat hari raya Fuad :)
err,,bang..duit raya ! rm1 pon takpa..hehe.gurau !
Assalamualaikum :)
nikmat lebih enak dirasai bila dikongsi bersama..ayat cm dlm iklan eskrem Walls la plak,,hehe..
tapi sungguh kan,,x best laa makan sorang,gembira sorg2..org lain pon nk merasa..
p/s : selamat hari raya Fuad :)
err,,bang..duit raya ! rm1 pon takpa..hehe.gurau !
ketiga-tiga situasi saya tak rasa...sebab..
1) saya belum bergaji dan tak ada duit nak beli kereta
2) belum bergaji nak bagi duit raya..org cakap setakat yang mampu jer..so, setakat untuk adik2 yg masih skolah jer dapat bagi (",)
Duit raya itu kan utk yg mampu saja. Kemampuan setiap org tak sama yg penting ikhlas...
tak sama RM1 sedekah dr orang yg bgaji RM1-2K dengan RM1 org yg bergaji 8-9K,, :)
xpe, yg mahu d suburkan silatur rahim,,bukan mahu di tabur wang :)
insyaAllah ini raya pertama saya dgn status 'pekerja' :)
Assalamualaikum...
Dapat beli kereta dan digunakan untuk tujuan ibadah, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk, itu sebaiknya.
Memberi hadiah atau sedekah di hari raya maka itu juga boleh membersihkan harta dan wang kita menjadi suci.
Semuanya ada kebaikan jika diniatkan semata kerana Allah..
Ihsan...ada pada A...
assalamualaikum wbt...
masa raya-raya ni la boleh keluarkan sedekah, ringan tangan berat timbangan.. insyaAllah...
tahun kedua berstatus "pekerja", alhamdulillah, klu Allah bagi rezeki lebih boleh bagi lebih.. Tapi kalau sebaliknya maka ikut kemampuan jer.. insyaAllah..
kereta x leh beli sebab belum ada lesen.. heheh.. (n_n)..
like
semoga semua ceria di hari raya
:DD
hmmm smoga hari2 ceria walau tidak berkereta baru,,& sekadar melemparkan senyuman sbg sedekah...SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN!
tapi takde kete baru.. he he...hmmm jap akak nak fikir akak ni kategori mana.. ;)
baru nak ternganga tengok duit2 tu, ingatkan yang fuad punya... he he.
apa-apa pun raya ni banyak2lah bersyukur kerana masih dapat merasai nikmat Allah yg tak terhingga ni kat kita,berbanding negara lain sedih(doakan untuk mereka).
story akh ni mmg mantap! setiap sudut jaringan ada jak manfaatnya.
nak tergolong juga dalam kalangan mereka yg kategori A tu..heh~
~salam ramadhan~
amboi fuad, pandai betul mereka2 situasi yg memang ada kena mengena dgn org2 kita ni....btw, niatlah duit raya tu sebagai sedeqah, moga2 Allah terima sebagai ibadah....akak ada 3 anak ni, deme kata nak jugak duit raya fuad tu, sehenget pun jadilah.....:)
assalamualaikum encek.
hm, back to our niat kan. keihklasan bukan dinilai dengan jumlah yang kita sedekahkan kan.
~tahun ni memang tak merasa ler duit raya dah. nam memberi pun macam tak berkemampuan je. ~uhu
yey2 raya rumah fuad dapat duit merah :P
suka entry ni
hny mampu g duit ry tuk nk buah je dulu sbb lom keje lg
suka2.. nanti jangan lupa pada yg memerlukan ea..
insyaAllah berkat hidup..
selamat berhari raya akhy.:)
hmmm... tahun ni x brp kisah nk tukar duit raya dan x kisah juga pakai kereta lama...
pergh,kira ok la,sy x bekerja,selamat dari di serbu oleh budak2 nie..
Ikhlaskan kerana Allah.
...kalau xde, mane membuatnye.
salam aidilfitri tuan rmh... :)
mommy farra:
yup, tul tu.. tak kira lah byk mana yg diberi kan, yg penting ikhlas.. bagi byk2, dalam hati rasa tak berapa nak ikhlas, tak guna gak kan.. hehe..
aizureen:
budak2 kategori tua biasa sy bagi lebih RM1.. jemput datang rumah.. untung2 dapat rm10.. hehe.. (",)
cikgu ma:
alahai siannya, meh datang umah.. saya bagi duit raya.. (",)
kak zakie:
kalau macam kak zakie, saya ingat mau jugak saya dapat duit raya rm50.. hehe..
mutiara:
orang yg gaji rm8-9k, RM1 tu rasa macam seposen je kot.. (",)
wah, boleh la husna dapat duit raya dari auntie mutiara.. (",)
tuan razak:
wsalam wbt..
yup, benar bagai dikata.. beli kereta, supaya mudah nak pergi rumah saudara mara atas tujuan merapatkan silaturrahim pun bagus jugak kan...
nashir:
selamat hari raya.. moga beroleh kebaikan yg banyak sepanjang ramadhan dan keceriaan di bulan syawal..
nam:
wsalam...
kalau tak de lesen, suruh driver bawakkan... kalau beli kereta utk dijadikan bahan pameran boleh jugak.. gurau2 je..(",)
sakinah:
sakinah mesti lebih ceria kan, sbb masih boleh dapat duit raya.. (",)
cikgu sue:
kalau pakai kereta baru, silap2 semakin kurang duit raya yg dapat diberikan.. (",)
slmt hari raya cikgu.. mohon maaf ye atas salah n silap.. (",)
kak afida:
incik hitam tu masih baru lagi.. tak baik menduakan dia.. (",)
saya punya tak leh tunjuk.. duit raya adalah rahsia.. (",)
nazihah:
a'ah kan.. mereka kat sana barang mungkin tak dapat beli apa2 yg baru.. tapi mudah2an mereka tetap merasi nikmat kegembiraan di hari raya..
~salam syawal~ (",)
cikgu norsha:
untuk anak2 cikgu, jgn kata sehengget, seploh hengget saya bagi.. insyaAllah, jika dipertemukan.. (",)
s a r:
wsalam wbt..
alaalala, meh sini.. saya bagi... sy mmg bersimpati dengan orang2 peringkat pertengahan ni.. (",)
kebiasaan orang2 peringkat pertengahan adalah orang2 yg baru habis blaja dan baru je keje (atau bekerja sebagai penanam anggur) (",)
hidayah:
alahai, lupa pulak nak p tukar duit raya warna merah.. sampul merah ada la.. nak?? (",)
titisan hujan:
husna pun anak buah TH kan?? hehe...
saya ingat, TH pun masih dibolehkan utk dapat duit raya lagi.. (",)
cahaya kemahsyuran:
saya juga dikalangan insan2 yg memerlukan.. (",)
slmt menyambut syawal ya ukhti.. (",)
ummu fatimah:
kat dompet ummu tu, dah tersedia ada duit raya yg besar2.. apa nak dikisahkan.. (",)
kereta lama ummu tu masih mau berjasa lagi.. dia masih belum nak pencen lagi.. sian dia kalau ummu bei yg baru..(",)
tuan fuad akmal:
masih tak bekerja pun, tapi korban tuan utk agama lebih dari yg bekerja... tahniah...(",)
apa lagi, tuan jadilah dikalangan yg menyerbu... (",)
cikgu humairi:
itulah tu... ada tu adalah.. kalau takde, nak nak camne kan...
tak sabar nak dapat duit raya dari cikgu.. hehe..
sis intan:
wsalam wbt... meh masuk rumah... untung2 dapat duit raya.. (",)
salam aidilfitri gak.. moga kita dapat kembali kepada fitrah setelah mencuci dosa di bulan ramadhan..dan moga dapat kekalkan kebaikan ramadhan pada bulan2 yg lain.. (",)
yeay!
kalau offer nak bagi, boleh la request berapa jumlah kan. ~ahah.
kalau boleh nak yang gambar train and ship tu, 7 keping. :D terima kasih.
p/s- tunggu ni. ;D
Cerita Umar RA pulak, dia sedekah sikit setan dok bisik kat dia setakat sedekah banyak tu baik tak payah.
Lagi dia tambah sedekah.
Setan pun jem, lagi dok hasut lagi dia tambah.
Ha ha ha!
s a r:
kalau nak ada gambar ship n train tu, kena tunggu raya cina.. (gurau2 je)..
jgn katakan yg ada gambar ship n train, yg ada gambar wau pun saya boleh bagi.. hehehe..
p/s: tunggu pakcik posmen tolong hantarkan ke?? (",)
tuan bijen:
hehehe.. setan pun.. kot nak bisik pun, yg pi bisik kat saidina umar buat pe... hehe..
p/s:bukan setan bertempiaran lari ke kalau nampak kelibat umar ra.. berani pulak depa nak pi bisik erk.. hehe...
dalam harta kita ada hak untuk orang lain.
ada yang bertanya saya, apa fadhilat sedekah yang plg senang ingat.
jawab saya,
ia akan selamatkan anda dari kemalangan maut,kebakaran,pembunuhan.kalau mati pun bukan kerana eksiden.
jom sedekah!
salam eid mubarak
taqabbalallahuminna
tuan izmer:
benar tuan.. senang kata, tak rugilah kalau bersedekah... saham di akhirat dan keselamatan di dunia...
slmt hari raya tuan izmer.. mohon maaf andai ada salah dan silap.. (",)
kalau nak hantar yang wau, kenalah hantar bebanyak. kena tanam kepercayaan tinggilah ni kat pakcik posmen nak kene hantar duit yang gmbar wau. ~eheh
wahh..nice entry..no coment except...absolute entry...:)..hopefully,u follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/
hafrawiey ozakawa:
dah macam orang jepun namanya.. beraya di jepun ke? (",)...
insyaAllah... (",)
Post a Comment