Apa tu Supercube?
Hai Assalamualaikum semuaa,
Weh ada lagi ke orang update blog nowadays? Mesti la ada kan… tapi bukan la I orang nya. Cuma harini rasa macam nak up satu post hihi. The last post yang I up kat blog ni 2018 gaiss. Dah nak 3 tahun berlalu. Ofcourse banyak sangat benda yang berlaku π Sampai I tak tau mana nak start.
But anyways! Since I tengah ada satu topic yang I agak pakar sebab hari hari I dengan benda ni and it is Supercube π Pernah dengar kan? Kalau tak, meh sini I cerita.
Haaa ini la Supercube kalau ada antara korang yang tak tahu lagi. Its a Molasses herbs cube untuk diminum, dimakan begitu sahaja atau boleh juga, dicampur dalam masakan or pemanis mulut. Ni I share macamana rupanya kalau bancuh dengan air. Dalam video ni Supercube roses (campuran molasses dan dried roses).
Apa yang I boleh bagitau, Supercube ni bukan sahaja kelihatan cantik and nampak estetik, tapi juga ada banyak sangat khasiat yang ramai antara kita tak tahu pun sebab bukan ramai orang amalkan minuman herba ni kan.
Selalu dengar perkataan herba je semua orang macam takut dengan rasa dia kelst ke, pahit ke.. walaupun orang tahu yang herba ni benda yang bagus and dikenali sebagai natural remedy.
So far, Supercube now ada 3 kotak (mengandungi 6 jenis herba). Setiap kotak ada kebaikan tersendiri dan mengandungi 2 jenis herba. Kalau you tanya I, semua herbs I suka sebab masing masing after effect dia perghh takyah cakap la. Badan memang akan rasa fully rested and energized lepas minum.
Bawah ni I share kat apa kebaikan untuk setiap kotak tau!
Kalau Osmanthus and Roses ni, untuk dapatkan tidur yang nyenyak, perbaiki kitaran haid and sangat bagus untuk bantu kita bertenang. Sebab dua dua herba ni memainkan peranan yang sangat baik tauu. Jangan tak tau, orang cina dari zaman dulu dah lama amalkan minum Osmanthus ni. Bagus jugak untuk kurang kan period pain (muscle pain).
Yang ini pulak, Ginger and Lavender. Mesti ramai ingat kalau halia halia ni orang tua je la kot yang suka kann.. tapi sebenarnya ramai orang muda yang boleh terima Supercube ginger ni sebab rasa dia okay je and after effect dia paling terbaik. I suka sangat lelagi kalau campur lemon. Macam Ice lemon tea kedai mahal rasa dia. π€£ Lavender pulak kalau ada masalah migraine ke anxiety ke boleh laa cuba minum untuk tenangkan you. Semua tahu kan bunga Lavender memang dikenali untuk menenangkan? Tak tau? Haaa now awak dah tau.
Okay last one. Ni Supercube Red dates and Goji berry. Pun kegemaran semua sebab boleh bantu untuk lancarkan peredaran darah dalam badan. Boleh minum pepagi untuk boost energy, bagus untuk ibu ibu yang menyusu jugak π Best kan?
Hehe kalau nak cakap pasal Supercube ni memang takkan habis. I dah mula minum sejak February 2021, sampai lah sekarang masih kekal amalkan. Benda bagus kita sebar sebar kan, takkan nak simpan sensorang je kann. I pun join jugak as Dropship agent Supercube, satu perkara lagi yang best berlaku dalam hidup I. Segala benda nya bermula dengan percuma, but now I have a Supercube family ☺️
Thanks korang sudi baca I tulis kali ni. I macam nak active balik laaa kat blog ni. Bukan apa, instagram and twitter I takleh bebel panjang panjang. Sini I boleh buat benda tu. Hehehhehehehhe banyak ni weyy I nak cerita. 3 tahun terlalu bermakna huhuhu.
Pape pun kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Supercube boleh click link bawah ni okay?
Link: More about Supercube
Belanja sikit gambar sis bersama Supercube π. That’s all!
Love,
Farhana.
Comments
Post a Comment